Ada pelbagai lagi aktiviti seperti membuat kepang rambut (dreadlock), tatoo, pijat pijat Bali (which is agak mahal sebenarnya.................). Tapi yang paling penting, dapatlah berehat dengan tenang dan aman.
Kalau orang kata nak makan di Bali ni susah, sebenarnya tak la sangat. Sebab banyak outlet makanan segera yang menawarkan makanan dengan harga yang berpatutan. Halal, jangan khuatir sebab di pintu restoran ni terpampang cop halal Majlis Ulama Indonesia. Nak cari Halal JAKIM memang takde la dik nun....
Konsepnya adalah melapik perut dan bukannya MELAHAP ye. Jadi makanlah seadanya............
Malam di Kuta, kebetulan waktu Fendiosman berkunjung ni adalah low season, jadi takde la sesesak bulan-bulan superpeak season.
Tapi di depan Pantai Kuta, memang tak tertandinglah kesesakannya. Dengan spedanya, mobilnya, kudanya, yang berjalannya. Memang mengundang kesesakan! Tapi satu benda yang Fendiosman terperasan, kalau dulu tak banyak pengamen di sini, sekarang ni macam setiap 10 meter anda akan bertemu dengan pengamen sekelian. Pengamen? Apakah? Tukang aminkan doa kah? Ohhhhhhhhhhhhhhhh tidak, pengamen itteww adalah peminta sedekah ya. Taktiknya, dia akan gunakan kanak-kanak sekecik setahun yang baru belajar berjalan ittewww untuk mengikut kita. Kalau ikut hati kebapaan maupun keibuan, lebih-lebih lagi orang Malaysia yang terkenal dengan murah hati ittewwwwwwwwwwwwww, anda akan tersentuh dengan keletah mereka lantas menghulurkan wang. Tapi Fendiosman tetap dengan hati kejam, walaupun terdetik perasaan kesihan. Cuma mampu bersimpati di dalam hati. Sampai hati mak bapak diorang suruh mintak sedekah macam tu. Jadi, silalah berhati-hati ya murid murid!
Aktiviti malam pertama adalah tinjauan di sekitar diskos serta kalabun malami terutamanya di kawasan yang telah dibom satu masa dulu. Sesaknya masih kekal dengan warga Australia. No wonder dalam senarai nama di tugu peringatan mangsa bom ittewww dipenuhi dengan nama warga Australia. Rasa macam kat tempat depa sendirik minus the waiter and waitress! Nanti Fendiosman ceritakan pengalaman Fendiosman sendiri masuk berHalloween di tempat tersebut. Malam pertama pun Fendiosman masuk! Tapi sekadar buat tinjauan! Hiks! Lagipun di tangan ada satu bungkusan beg tangan Uluwatu Handmade Balinese Lace untuk Mama Fendiosman. Tak boleh nak bebas sangat. Cukuplah sekadar aktiviti tinjauan saja.
Pagi berikutnya, Fendiosman habiskan dengan termenung di pantai buat kesekian kalinya. Sebab feeling-feeling nak tanningkan kulit!
Sambil melihat mereka bermain papan seluncur.....memang mempersonakan! Orang pun tak ramai sangat. Rata-ratanya pergi tour barangkali!
Rasanya seluruh pantai tu Fendiosman yang punya! Nak ambik gambar matsaleh sunbathing rasa macam pervert sangat. Jadinya kenalah ambil gambar jurulatih seluncur ni.
Lama sangat berjemur, rasa melekit dah badan. Orang lain pakai short, bikini segala. Fendiosman tetap dengan jeans panjang dan polo-T. Konsep menjimatkan baju. Kaedahnya baju tu dah dipakai semalam, tapi sebab nak duduk berjemur dalam peluh, tak perlu la berkira sangat!
Sementara menantikan sesi rawatan spa, Fendiosman melihat gelagat matsaleh yang datang bercuti!
Orang negara kita, kalau bercuti mestilah kena pergi bershopping. Kalau tak dapat shopping menggelupurlah kepanasan. Fendiosman sendiri dah lalui pengalaman bershopping dengan warga Malaysia. Uuuuuuuuuuuuuuu......mengerikan! Matsaleh ni, cutinya adalah untuk relaks. Dia akan berjemur di tepi pantai, atau di tepi pool, sambil membaca buku. Memang betul-betul relaks. Fendiosman rasa seronok tengok Matsaleh sekelian ni. Fendiosman pun cuba ikut cara tu tapi tak membaca la, kesannya memang menjimatkan wang ringgit daripada mengalir kepada benda yang tak sepatutnya. Daaaaannn...paling penting, beg tak berat ya murid-murid!
Menjelang jam 11, datanglah pick-up menjemput Fendiosman untuk sesi rawatan 4 jam di spa. Fendiosman google senarai spa di Bali dan kebetulan yang ni nampak menarik, serta review pelanggannya yang membuatkan Fendiosman pun teringin nak membuat rawatan di situ. Tapi, kalau hujung minggu, kena buat tempahan awal. Pelanggannya ramai yang menunggu untuk dibelai dan dimanja..................
to be continued........................
No comments:
Post a Comment