Kalau diberi peluang ke Bali lagi, Fendiosman memang akan menjadikan Antique Spa ini sebagai destinasi wajib yang perlu dimasukkan ke dalam senarai tempat kunjungan tanpa sebarang perasaan prejudis lagi! Paling penting, misi utama kunjungan ke Bali telah berjaya dilaksanakan.
Selesai aktiviti rawatan di spa, Fendiosman pulang ke hotel sebentar untuk menyelesaikan beberapa perkara. Dan kemudian, Fendiosman cuba explore lagi satu pantai yang ada di Bali, berhampiran dengan pantai Kuta. Nama pantainya adalah Pantai Petitenget. Sangat cantik! Ombaknya lagi besar dan deburannya lebih kuat jika nak dibandingkan dengan di Kuta.
Pengunjungnya tak ramai, hanya terdiri dari warga tempatan, dan matsaleh tua yang sukakan ketenangan. Mungkin kerana pantainya jauh dari pusat hiburan, dan bilangan hotel agak terhad di kawasan sekitar.
Menariknya di sini adalah pemandangannya yang cantik! Dan ditambah pula dengan modelnya yang memang suka bergambar. Fuhhhhhhhhhhhhhhh!
Tenang dan menenangkan.....
Berhampiran Pantai Petitenget, terdapat sebuah kafe yang menyajikan pemandangan yang indah tatkala mentari terbenam!
Tak perlulah makan berat, sekadar nak tengok sunset sahaja. Mocktail seperti ini lazat bila diminum tatkala melayan perasaan.
Sambil minum, nikmati pemandangan indah ciptaan tuhan.
Memang mempersonakan..................
Mungkin yang datang ni rata-ratanya sama seperti Fendiosman, nak menikmati pemandangan indah!
Kalaulah hari-hari boleh tengok pemandangan macam ni! Nescaya hilang stress....
Sebab dalam mode musafir, bolehlah duduk sampai hilang cahaya merah di kaki langit! Memang Petitenget ni antara pantai yang cantik di Bali. Bezanya, tak sesohor macam Kuta itu. Antara tempat yang mendamaikan jiwa pengunjung.
Dah siap berdamai-damai...................malamnya...........
Party time katanya!
Ke mana ya? Bounty la, sebelah Paddy Club yang kebaboooo waktu Bali Bombing dulu. This is the most happening club sekarang. Ada 4 dance floor. Penuh dengan saleh saleh sekelian. No wonder la diorang yaang ramai tewas waktu kebaboooo dulu.
Kebetulan waktu Fendiosman berkunjung, ada Halloween Party. Eh, sama pulak dengan akaksaleh kat atas posing!
Makanya Fendiosman pun turut serta, bersama-sama teman dari Malaysia, dan Bali. Tak perlulah mabuk-mabuk macam matsaleh. Minum orange juice saja dah cukup. Walau mana pun kita pergi, jangan lupa diri ya murid-murid!
Sebab bila kita lupa diri, jadila macam ni.......................sampai menari tak sedar apa di sekeliling! Dalam banyak-banyak gaya tarian, baik secara live di disko ini, maupun dalam scene disko, Fendiosman saksikan ramai yang menari naik tangan ke atas. Apa yang menarik pun Fendiosman taktau......
Jadi, Fendiosman cuba la gayakan.....tapi tak rasa apa apa pun! Apakah? Tetap jugak menari atas stage waktu jadi kabaret dulu masih the best! Sebab ada orang tepuk, dan dalam keadaan yang sedar!
Kalau tak sedar macam dia ni? Macam mana? Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....
Walaupun orang kata dah ok, tapi cuak la jugak bila masuk ke tempat maacam tu. Memang risau la jugak. Kot-kot kebaboooo lagi skali, tak ke haru! Tapi, bila dah kata nak explore tu, sometimes kita kena berani untuk mengatasi perasaan yang bukan-bukan dalam diri kita ittewwww.....kan?
to be continued........................
No comments:
Post a Comment