Dan takde perkara lain yang paling mendamaikan selain dari menikmati Teh Botol tatkala menyaksikan matahari terbenam di depan mata..........
Di Pantai Kuta ni, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti di lain-lain pantai yang ada.
Pantainya bersih, dengan deburan ombak yang menghempas!
Boleh berehat melunjur kaki..........sunbathing katanya!
Boleh juga melihat kapal terbang mendarat di Ngurah Rai (cenonet je kapal terbang tu....sebab kamera Fendiosman tak canggih)
Di samping itu, boleh jugak berbogel di tepi pantai.........(Fendiosman suka gambar ni pasal ala-ala konsep kemesraan bapa dan anak)
Anda juga boleh bersenam............(macam abang-abang papan seluncur ini. Kalau badan muskul takpa lah, kalau ada one big pack saja, payah la sikit kot)
Mungkin yang suka mengambil gambar, boleh juga duduk dan klik klik ragam manusia di tepi pantai...
Yang sukakan hewan, boleh jugak bawak hewan berlari-lari bersama. (rasa macam Mariah Carey punya video clip pulak......)
Aktiviti papan seluncur pun ada juga. Memang Bali terkenal dengan aktiviti ini! Kalau orang Malaysia, biasanya masa dihabiskan di pusat membeli belah. Macam datin-datin yang Fendiosman sama-sama pergi ke Jepun dulu. Ulang alik je pergi Flea Market. Tah apa la yang diroyankan sangat kat sana.
Untuk pasangan-pasangan yang menikmati bulan madu, menyusuri pantai ini amatlah romantik suasananya. Berjalan di persisiran pantai sambil berpegangan tangan, dan menikmati suasana yang mengasyikkan tatkala matahari terbenam di kaki langit.
Ataupun, untuk pasangan yang dah lama bercinta, bolehlah jalan jauh-jauh macam ni kalau rasa malu nak pegang tangan.....
Satu suasana yang sangat mengharukan Fendiosman. (Dan sebab asyik, terlupa la nak ambik gambar sampailah selesai acara....)
Pasangan ini asyik dilamun cinta. Berpeluk bermesra la kononnya. Dan satu ketika, si lelaki melutut di hadapan si wanita (nak kata dara...................darakah?), disulami pemandangan mentari terbenam, lantas bertanya adakah si wanita sudi menjadi suri hatinya.
Fendiosman biasa tengok dalam tv, tak pernah tengok live. Ternganga la sat. Si wanita menangis kegembiraan sambil mengambil cincin yang dihulurkan. Fendiosman pulak yang lebih-lebih telenovela. Heh..........tapi awas kalau nak bermesra-mesraan, takut diambil gambar paparazi macam sorang pelakon Malaysia dulu.
Kalau rasa bosan dengan pasangan bercinta, cuci mata dengan ragam orang. Ni kumpulan Baywatch yang gigih menunggu kalau ada orang lemas. Cari yang versi Pamela Anderson takdak pulak. Hanya abang-abang muskul sahaja.........
Boleh juga kalau ingin berjalan berkumpulan sambil mengirai di tepi pantai.
Kali ni pose wajib Fendiosman hanya ambik dari paras bahu sahaja. Konsep menelan matahari nih....
Paling penting, adalah matahari yang terbenam di ufuk barat! Kebetulan cuacanya bagus, jadi suasananya sangat jingga.
Ada pelbagai lagi aktiviti seperti membuat kepang rambut (dreadlock), tatoo, pijat pijat Bali (which is agak mahal sebenarnya.................). Tapi yang paling penting, dapatlah berehat dengan tenang dan aman.
to be continued........................


No comments:
Post a Comment