Menjelang jam 11, datanglah pick-up menjemput Fendiosman untuk sesi rawatan 4 jam di spa. Fendiosman google senarai spa di Bali dan kebetulan yang ni nampak menarik, serta review pelanggannya yang membuatkan Fendiosman pun teringin nak membuat rawatan di situ. Tapi, kalau hujung minggu, kena buat tempahan awal. Pelanggannya ramai yang menunggu untuk dibelai dan dimanja..................
Perjalanan ke Antique Spa ini mengambil masa kurang lebih 20 minit dari Kuta. Dan............anda akan disambut dengan senyuman yang tulus dari hati oleh pekerja spa tersebut.
Minuman teh serai disajikan sebagai pembuka kepada proses buangan angin! Heh..........
Menu rawatan di spa........
Fendiosman memilih pakej Kama Sutra, 4 jam dengan kerosakan yang akan dibuat berjumlah 660,000 rupiah sahaja. Pengunjung boleh memilih salah satu daripada rawatan-rawatan yang disenaraikan, dan Fendiosman memilih item nombor 1 untuk rawatan pada tengahari ittewwwwwwwwwwwww....
Rawatan menggunakan minyak aroma lemon, scrub lulur (jamu katanya) dan cucian kepala menggunakan sari alpukat yang sangat harum! Terapisnya boleh dipilih. Lelaki atau perempuan. Jadi tak timbul isu tak boleh masuk sebab tukang urut berlainan jantina.
Bilik rawatan..................
Kalau di Malaysia rata-rata spa memasang muzik bunyi burung, muzik gamelan dan sebagainya sebagai elemen kedamaian. Di spa ini, hanyalah bunyi air mengalir yang ada. Lain-lainnya dibiarkan secara natural. Bunyi alam. Kebetulan spa terletak di tepi sawah, kawasan kampung. Ada bunyi ayam, ada bunyi cengkerik, bunyi kapal terbang pun ada jugak. Sehinggalah Fendiosman tertidur dengan nyenyak sekali.
Rawatan bermula dengan urutan, diikuti dengan luluran, serta basuhan kepala. Tak perlulah Fendiosman tunjukkan gambar sesi rawatan sebab takde orang nak ambil gambar!
PERINGATAN: GAMBAR DI BAWAH MUNGKIN MENGGANGGU SENSITIVITI SESETENGAH PIHAK, SILA TINGGALKAN LAMAN INI SEKIRANYA ANDA BERASA KURANG SENANG DENGAN PERLAKUAN YANG DIMUATNAIK KE LAMAN INI.
Selesai rawatan, Fendiosman direndamkan dalam tub untuk merilekskan badan. Untuk yang badan berangin, bolehlah membuang angin dalam air! Heh........................
Dan setelah diurut dan dilulur, sekali lagi jamuan teh serai pembuang angin! Kepala dibungkus untuk memberikan kesan maksimum sari alpukat yang dilumurkan di kepala. Memang wangi!
Selesai berehat seketika, Fendiosman dimandikan bagaikan bayi dalam bilik rawatan. Memang 100% diuli oleh terapis. Some people mungkin rasa hanky panky yang berlaku di sebalik tabir rawatan ini, tapi sebenarnya tidak. Terapis adalah sangat profesional dalam menjalankan tugas.
Khayal dibuai belaian terapis, 4 jam yang berlalu amatlah pantas. Sedar-sedar dah kena bayar harga kerosakan sebanyak 660,000 rupiah.
Apa pun, memang Fendiosman sangat berpuas hati dengan rawatan yang diberikan. Fendiosman mengesyorkan tempat ini kepada semua pembaca. Harga berpatutan, tempat yang aman damai. Suasana persekitaran yang mengasyikkan. Dan paling penting, terapis yang sangat bagus! Tippingnya harus diberi berlipat kali ganda. Heh.........
Kalau diberi peluang ke Bali lagi, Fendiosman memang akan menjadikan Antique Spa ini sebagai destinasi wajib yang perlu dimasukkan ke dalam senarai tempat kunjungan tanpa sebarang perasaan prejudis lagi! Paling penting, misi utama kunjungan ke Bali telah berjaya dilaksanakan.
to be continued........................
3 comments:
wow.
terlampau sungguh gambar2 ni.
segan i nak nengok.
hahahahahahaha
pilih terapis laki ke pempuan.. ke yang pempuan berhalkum tuh... hehehehe
ada bad experiences pegi spa dkat bali last july. tgh sedap kena massage sempat lg dorang copek duit dlm purse wa. pndai pilih kaler ungu2 plak tuh. siall. btw bali rocks. sesuwai nk memadu amara jerk.shopping x best.
Post a Comment