Monday, November 01, 2010

1,222 miles away............

Heh........apa kebenda 1,222 miles away? Kalau Bonda Phachat, mungkin dia sudah gembira sebab dia dah dapat Enrich Gold. Kalau Cik Holland yang baru balik ke Malaysia tu, mungkin dia agak sceptical sikit sebab nak mengejar status Enrich Gold. Kan SUPar kan?

Kisahnya, Fendiosman masih ada baki ASEAN Pass yang Fendiosman telah terbeli tempoh hari. Dan Fendiosman mempunyai impian untuk memanjakan diri sambil menikmati keindahan pantai tatkala matahari terbenam di samping menikmati layanan di spa persis orang-orang kaya.

Jadinya, perjalanan Fendiosman pada kali ini sangatlah singkat. Hari Jumaat Fendiosman berangkat, pulangnya hari Ahad.

Ke bumi mana yang Fendiosman jejak?

Tatkala Indonesia dilanda bencana berganda, tsunami di Mentawai dan letusan gunung berapi di Merapi, Fendiosman jejakkan juga kaki ke sana. Bukanlah di kawasan bencana tapi nun ke Pulau Bali. Walaupun perasaan cuak tu ada, tapi alang-alang dah beli tiket, lagipun nasihat perjalanan tak dikeluarkan, jadi Fendiosman beranikan diri untuk berkunjung ke sana buat kesekian kalinya.

Dan seperti biasa, Fendiosman mulakan perjalanan dengan singgah sebentar di Golden Lounge untuk menikmati kemudahan yang disediakan. Antara kemudahan yang ada termasuklah mengambil aiskrim untuk Bonda Phachat sewaktu perjalanan pulang gara-gara aiskrim itu amatlah sedap. (Menurut kata Bonda Phachat la....)

Fendiosman hanya mengambil peluang menikmati sarapan. Sebab dah takde lagi kiccik minyak, jadinya Fendiosman bolehlah menikmati apa yang Fendiosman inginkan. Contohnya Norwegian Shrimp with Cherry Tomato yang lazat itu.....

Serta selambak hidangan sarapan pagi ala Amerika 


Jemputlah makan ye..............sangat tempting!

Errr...kali ni Fendiosman tak cari rumah gergasi atas awan sebab Fendiosman sangat letih. Tidur tak cukup! Hari Isnin - Rabu ke Kuching, malamnya baru sampai. Khamis pagi sesudah subuh, jam 5.45 dah ke airport untuk trip ke Sungai Petani balik hari. Jumaat, sesudah subuh juga Fendiosman keluar dari rumah untuk mengejar kapal terbang seawal 8.50 pagi.

Sebab dah kenyang, Fendiosman tak melantak dalam kapal terbang, takat mintak tapau sudahlah. Ingatkan satu, tapi skali dia bagi empat, sebab pramugari rasa seronok bila dipuji.

"awak cantik sangat hari ni.............."

Terus dia senyum sampai telinga. Lantas membekalkan Fendiosman dengan Beef Lasagna, Nasi Lemak serta crew meal berisi Chicken with Noodle.

Sebab dah dia seronok dipuji cantik, dia tak kisah bila Fendiosman duduk melepak di galley untuk berbual-bual manja.

"Sir....you've made my day today................"

Dan Fendiosman disajikan dengan pelbagai barangan yang ada di galley tersebut!


Hampir 3 jam selepas penerbangan, sampailah ke Pulau Dewata.

Bandara Ngurah Rai masih seperti dulu..................dikelilingi ombak yang menghempas.

Kali ini, Fendiosman menetap di Wina Holiday Villa Kuta. Harganya lebih kurang 60 dolar semalaman. Dah kata nak memanjakan diri, takde la nak duduk hotel chap ayam. Tema hotel ni, sama seperti di Malaysia. Let Us Manja You. Sesuailah dengan konsep percutian Fendiosman kali ini.

Yang paling penting, ada wifi..................(ni kriteria Bonda Phachat, tapi kalau Kak Timah Speku mesti takmau sebab TV dia bukan LCD maupun plasma)


Sampai dalam kolam renang pun ada. Makanya waktu Bonda Phachat menyelam mesti dia gembira pasal boleh update facebook.

"Farah Salma : sedang menyelam sambil berfacebook di hotel ini. Rasa gembira kerana WiFinya di mana-mana saja..............."

Tandasnya semua ada air, taklah seperti hotel di Melaka yang Bonda Phachat duduk haritu. Kena pakai kertas tisu katanya..............

Dan yang penting, berdekatan dengan Pantai Kuta yang glamer itu...................

Bolehlah Fendiosman menikmati pemandangan laut dengan berjalan kaki cuma!

Dan takde perkara lain yang paling mendamaikan selain dari menikmati Teh Botol tatkala menyaksikan matahari terbenam di depan mata..........

to be continued........................

2 comments:

nishashburn said...

owh teh botol... hehe...
insya allah, saya bakal mengunjungi kawasan ini awal tahun hadapan... tapi seperti biasa, perjalananku hanyalah menggunakan kapal terbang merah sahaja... apa yg menarik utk dishopping di sana ya? rasa nak cari paintings, baju cotton putih brand uluwatu... selebihnya bergambar dan bermanja2an di spa2 :P

afzan said...

wah!!boleh tapaukah konsepnya?malatops!yelah..iolss bukan pemegang gold card..terpaksa la kan jadi sceptical sajork..huhuh...tak kesampaian la nampaknya nak gold jugak...huhuhuh....