Fendiosman mintak mahap la ye murid murid. Lately memang Fendiosman bizi sangat. Sangat tak sempat untuk mengemaskini blog yang bersawang ini. Lepas satu event ke satu event yang berlangsung. Walaupun Fendiosman bukanlah sebagai Ketua Segala Istiadat di tempat itu......
Tapi, Fendiosman tetaplah gigih memastikan bahawa segala aturcara yang dilangsungkan tersusun, dengan dayangnya, dengan susunan teraturnya, dengan susunan kerusinya, dengan mekapnya, dengan groomingnya. Semuanya mestilah perfect supaya tidaklah ada yang memberi komen negatif kepada susun atur acara yang dihidangkan.
Kerja Fendiosman apa ya?
Nampak mudah.......tapi sebenarnya kadang-kadang memaksa Fendiosman menjadi Sailormoon yang sentiasa membanteras kejahatan. Heh....
Tugas hakiki Fendiosman adalah berurusan dengan Pembangunan Modal Insan, tetapi kerja sampingannya adalah menjadi Ketua Protokol kepada setiap acara yang dilangsungkan di Kementerian ini. Dan tugas ini amatlah rumit untuk memastikan setiap tetamu yang hadir ke sesuatu acara dilayan dengan sempurna. Dari tempat duduknya, dari kerusinya, dari taggingnya, dari view from seatnya, dan paling utama.....dari segi susunan keutamaannya.
Makin besarrrrrr tetamu itu, makanya semakin rumitlah cara layanannya. Tapi yang paling rumit adalah tetamu yang tak berapa nak besar tetapi feeling-feeling besar. Kad jemputan tak jawab, lepas tu nak cari seat VIP. Adoilah.......kenalah tadah telinga menahan carutan.
Pasal tulah Fendiosman tetap menjelma menjadi Sailormoon walau di mana pun acaranya, demi memastikan petugas-petugas tak dihauk oleh mereka yang tak sepatutnya menghauk. Untuk mereka yang diundang ke mana-mana majlis, kalau ada RSVP tu, bawak-bawaklah reply kepada penganjur. Bukan apa, untuk mengelakkan dari sebarang masalah seperti takde tempat duduk sewaktu majlis berlangsung.
Walau serumit mana pun acaranya, paling penting adalah senyuman yang lebar menyambut ketibaan tetamu. Sebab impression yang pertama akan memastikan kegembiraan tetamu sehingga hujung acara.
Yang penting layanan mesra tanpa mengira orang putih ka, orang hitam ka, orang coklat ka, orang biru ka. Semuanya dilayan sama rata.
Tapi kalau dah awal-awal kena carut, tetaplah Fendiosman bersilat untuk mempertahankan diri. Heh...
Ujung minggu ni masa untuk berehat sebelum bertugas di satu acara.....
Tapi ke mana ya?
Trip kali ni tak termasuk dalam SKT Fendiosman, tapi dah alang-alang.................terus je la! Hiks...









1 comment:
mcm gunung mat cincang jer... hihihiiii
Post a Comment