Macam Fendiosman poskan sebelum ni, Fendiosman tetiba terasa nak menambahkan koleksi gelas tembak yang ada dalam simpanan Fendiosman. Jadi, bersempena cuti Hari Natal yang lepas, Fendiosman tetap luangkan masa untuk mencari Gelas Tembak bagi memenuhkan rak simpanan di kediaman Fendiosman.
Ke mana?
Kali ni Fendiosman gigih memandu ke selatan tanahair dengan muka yang toya, dan kebetulan Fendiosman ada tugasan di Melaka sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas, lajaklah sekali ke bawah. 3 jam perjalanan dari Kajang, Fendiosman tiba ke destinasi...
Setelah hampir 3 tahun tak ke Johor Bahru, sampai juga akhirnya walaupun Fendiosman kesesatan akibat pembangunan yang pesat terutamanya di kawasan bandaraya. Mungkin demi Wilayah Pembangunan Iskandar, kemajuan tidak dapat ditolak.
Dan kali ni Fendiosman hinggap di sini, yang menawarkan harga yang berpatutan serta pakej yang menarik!
Pakej apa ya?
Haaaaaaaaaaa, nampak di hujung kaki Fendiosman ittewwww? Kalau bonda Phachat dengan wifinya, Khatimah dengan tv plasmanya......Fendiosman akan mencari hotel yang ada tempat ini untuk merilekskan diri! Kalau ada, Fendiosman akan berikan keutamaan kepada tempat sebegini.
Biliknya pun lumayan juga! Eh, awat 2 katil? Haaaaaaaaaa...ada teman Fendiosman yang walaupun last-menet punya plan, dia sempat juga terbang ke mari dari Putrajaya untuk sama-sama menyertai misi mencari gelas tembak. Jadi, dapatlah kos direndahkan sebab bayaran bilik dipecahkan kepada 2.
Hari pertama tiba, cukuplah dengan berehat dan bersidai di tepi kolam mandi. Musim cuti sekolah ni biasanya hotel-hotel akan penuh terutamanya di tepi kolam mandi! Fendiosman pula feeling-feeling jadi matsaleh dengan membaca buku cerita sambil suntanning! Heh! Benda baik apa salahnya kalau kita tiru kan? Maksud Fendiosman bukan bab suntanning tu, tapi bab membaca.....
Hari kedua kunjungan, Fendiosman gigih menaiki bas ke seberang tambak untuk memastikan misi mencari gelas tembak tercapai.
Walaubagaimanapun, kerosakan yang dibuat mestilah tidak melebihi 100 dollar. Makanya perbelanjaan hendaklah dirancang dengan rapi supaya misi dapat dicapai di samping dapat menikmati apa yang dihajatkan selain dari mencari gelas tembak.
Bas ke seberang memang sardin dengan penumpang. Begitu juga di CIQ kedua-dua negara.
Kali ni Fendiosman memilih untuk menaiki bas ke Kranji MRT besides the normal Bugis MRT. Saja feeling2 nak naik memusing pulau.
Untuk keselesaan, Fendiosman cadangkan anda untuk naik di Bugis! Takde la kebosanan menunggu dalam tren.
Tapi untuk mereka yang suka menikmati pemandangan macam Fendiosman, silalah habiskan masa anda di dalam tren. Heh...............niat Fendiosman sekadar nak mancari gelas tembak. Jadi takde benda sangat yang perlu dikejar.
Destinasi pertama, Vivo City untuk menaiki kereta kabel. Tahun 2007 dulu teringin nak naik, tapi sebab Sang Hansuari gayat, jadi terpaksalah menjaga hati sahabat walaupun hati sendiri meronta-ronta nak naik. Pendamkan dulu hasrat sampailah berpeluang semula.
Tiket naik menatang ni 26 dollar untuk perjalanan pergi pulang ke dua destinasi yang berbeza.
Destinasi, ke Pulau Sentosa. Sebenarnya dari Vivo City ke Sentosa ni ada monorel yang berharga 2 dollar. Tapi sebab Fendiosman teringin nak naik menatang alah ni, korbankan sikit demi pengalaman yang menyeronokkan.
Pemandangan memang indah....
Sambil merentasi laut, (yang ni kompem telo Sang Hansuari tersorok masuk dalam) gondola terolang aleng dibuai angin sepoi-sepoi bahasa.
to be continued....






2 comments:
Sentosa Island!!! Best destination ever!!
bestnyer
ni yang rasa nk bjengket ke sana next year!
Post a Comment