Dah sunyi pejabat Fendiosman hari ni, tak ubah macam perpustakaan. Kalau hari-hari biasa, penuh dengan hilai tawa pegawai-pegawai di bawah seliaan Fendiosman. Satu ketika dulu, bila Fendiosman mula duduk di kerusi ketua unit ini, keadaan itu sungguh asing buat Fendiosman. Tapi, alah bisa tegal biasa, tiada masalah untuk Fendiosman menyesuaikan diri.
Walau apa pun keadaan, PERTAMAnya, Fendiosman panjatkan kesyukuran kepadaNYA kerana memberikan kesempatan untuk berkhidmat di pejabat yang penuh dengan pelbagai kerenah. Seterusnya, TERIMA KASIH tidak terhingga kepada Tuan Haji Ahmad Nazari kerana menyelamatkan Fendiosman dari belenggu yang menyebabkan Fendiosman murung gara-gara suasana yang sukar diceritakan dengan kata-kata. Walaubagaimanapun, Fendiosman berterima kasih jua kepada pengalaman yang dilalui kerana tanpa pengalaman itu, Fendiosman takkan jadi sekuat hari ini.
Hari ini juga adalah hari terakhir Fendiosman berkhidmat di pejabat ini sebelum Fendiosman memulakan hari sebagai PELAJAR di peringkat lebih tinggi dari kelulusan sedia ada. Fendiosman gunakan baki cuti tahunan yang ada untuk mempersiapkan diri sebelum berangkat meninggalkan tanah air dalam masa kurang dari sebulan. Ditambah pula dengan sambutan 'Idulfitri yang menjelang, Fendiosman rasakan waktu itu amat mencemburui Fendiosman.
Tapi, dalam kesuntukan waktu ini, Fendiosman juga berasa amat lega kerana dapat berehat sejenak dari tugasan sebagai PEKERJA, sebagai ORANG BAWAHAN, dan juga sebagai KETUA. Harapan Fendiosman apabila kembali nanti, Fendiosman dapat menganjakkan minda Fendiosman ke satu keadaan yang lebih baik daripada apa yang Fendiosman punyai sekarang.
Eheh.....rasa macam bukan Fendiosman yang tulis kan? Haaa....sebelum cuti-cuti panjang ni, Fendisoman nak gambarkan yang indah-indah, takmau dah pikir yang serabut-serabut. Jadi, marilah kita sama-sama BELLYDANCING untuk meraikan keseronokan dapat bercuti ini! Yeayyyyyyyyy!





2 comments:
aku baru perasan hang dah start balik, Effy. jom asah balik skill menulis ;)
hahahaa... lepas jadi student ni, sure fb dan blog akan penuh dgn catatan dan gambar2 perjalanan saudara, kan? =)
Post a Comment