Wednesday, December 14, 2005

Kejang di Meeting Room

Aku tak tau nak mula kat mana hari ni. Dah 2 hari aku tak buat posting. Sibuk nye pasal. Ye la..dua hari berturut2 aku bertapa dalam bilik mesyuarat utama ATMA menjadi setiausaha mesyuarat yang paling setia. 2 hari la jugak aku balik keje bila bulan tengah mengambang. Aku takde hal...sebab blum ada komitmen yang jitu! Tapi kesian lak tgk staf yang dah ada anak2 kecik ni kan? Malam2 anak2 nak attention, tapi dah tugas..kene berkorban. Nasib la ek...nak wat cemane. Keje bermusim....

Smalam ngan kemarin 2 hari aku mengadap result exam budak2 SISKA ni. Pergghh..yang pandai, teruskan kepandaian korang. Yang kena tendang, selamat menjalani kehidupan sebagai orang awam semula. So far dalam rekod aku untuk semester ni ada la 18 cadangan yangnak ditendang. Apa pun ni subject to approval from Senate UTM. Kalau diorang kata ok..ok la. Isnin depan Insya Allah aku ke Skudai lagi. Tapi kali ni tak la buat lawatan Cik Kiah. Serik aku dah..

Bila aku balik sini semula, teringat kenangan pi modul tentera time kursus DPA intan dulu. Serba sedikit cerita tentang tentera ni...this was the first outcampus module for us from sidang B.

Ahad 3 Julai 2005, bertolak ke Pusat Latihan Tempur Tentera Darat, PULADA. Pagi2 lagi berkumpul kat OD intan tu. Naik bas....awal2 tu tak bape mesra lagi ngan ahli sidang..maklumla kawan2 baru. Hehehe...berenti makan kat ayer kroh..aku sental seadanya, tak breakfast dohhh...

Dalam kul 1 camtu sampai la ke Ulu Tiram. Kem ni menjadi tempat tido selama seminggu. Heheheh. Tak tau apa nak jadi...lantak pi la..bas bawak pi mes..makan punya la sedap. Sental lagiiiiiii. Pastu terus hantar depan berek. Pecah platun...aku dapat la platun 1 dengan a few fwen. Hmm...makan ubat malaria tah hapa tah. Petang tu terus orientasi kem, dapat peluang try kuih gulung tentera yang famous tu. Mau muntah ijau tengah padang. Apa pun, aku maintain. Balik berek, masuk toilet...uwekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk keluar segala isi perut aku. Hahahha padan muka. Slama ni aku dok tgk SISKA kene, skang aku dah rasa.

The very next day, kehidupan kitorang dipenuhi dengan kenderaan 3 tan tu. Rambut dah potong rekrut. Macam sami buddha plak. Pakai baju loreng..sebijik askar. Hmm...panjang ropenye cerita ni.

Banyak aktiviti mencabar kisahnye. Well, tido dalam utan. Time tu merasa la tak mandi tak berak tak kencing sume. Muka berminyak ngan mekap askar ijau itam coklat tu. Makan ration askar (eh..sambal sardin tu sedap aaaaa), ambush malam tu tetap menarik walaupun tertido2 menunggu musuh. Aku pulak betul2 landing atas sarang semut, masya allah gatal tak hengat, siap masuk dalam seluar lagi. Ayoyo....nyamuk toksah kira la. Repellant abis dikongsi..konon takmo bintat badan la. Ceh....manje!

Naik gunung panti was such a great experience. Letih nye...dah le takde trek, main redah je jalan ke gunung tu. YAng ni banyak menguju kesabaran. Sebab too steep. Siap kene panjat batu lagi. Wowowo..aku kagum dengan diri aku sendiri, cemane aku leh lepas aku pun tak tau.

Apa lagi ek...haa...main2 dengan M16 tu aku rasa common kot. For a 1st timer menembak, I managed to get 13/20. Tak tau la, tapi pada aku ok la. Aku tau ada kawan2 yang dapat lagi banyak. Tak heran ahhh...hahaha..kemampuan diri sendiri.

Anyway, among all..repailling (betul ke aku eja ni?) tu menguji keberanian aku turun dari tempat tinggi. Menara goyang..kene gak turun. Main redah je. Janji sampai tanah...kan kan kan?

Errr...aku lupa lak, inokulasi tempur tu sungguh la mencabar. Peluru lalu atas kepala...bawak M16 crawl2. Bom meletup lagi. Yang aku heran time aku lalu kolam tu je mesti bom meletup, orang lain tak pulak kene macam aku. Air busuk tak hengat...tadah je la. Yang pasti baju aku paling kotor antara semua. Kes mandi selut. Yang menarik, budak2 pompuan ni kan bila kene merangkak pakai M16 tu buat muka seposen menahan berat. Konon berat la...tapi bila dah kita amek bawakan untuk derang, mencicit tinggalkan hamba abdi yang bawak ni. Grrrrrrrrrrrrrr........marah pun ada. Tapi toksah kira apa la. Kawan nye pasal

On the last day, ada log relay. Aku tak dapat lupa bila aku kene carry 'anak tiri' aku yang pengsan. Siap lempang2 lagi. To Zakuan, sori ye aku lempang ko. Ye la..ko pengsan sambil senyum, mata tak tutup. Cemane la aku nak caya.

9 Julai balik smula ke INTAN. Muka hangus, jemur tengah panas. Kawad bagai...kaki melecet...tak biasa pakai boot. Padan muka. Apa pun kenangan kat PULADA mengajar aku erti ketahanan diri. Mental semua tu (quote Staf Edwin ngan Staf Rosli). I managed to go tru all the obstacles..kira kuat la aku ni. Sambung lagi lain kali. Cerita modul lain lak ye...daaaaaaaa

Friday, December 09, 2005

Rombongan Che Kiah Ke Skudai

Huargghghhhh....mengantuk seh! Letih jetlag...chewahh..macam terbang jauh je! Smalam buat lawatan Che Kiah ke UTMSkudai. Trip amek jubah konvo ATMA on 18.12 ni.

Smalam trip bermula kul 9 pagi dari Sg Besi..10 malam baru sampai balik. Mana taknye, siap singgah Batu Pahat..beli kerepek. Tangkak lagi, beli kain. Aku yang tak bersalah ni tetibe kene heret sekali. Staf2 aku nak beli barang. Anak pinak ramai. Grrr..geram aku. Ye la, kalau awal lagi takpe, dah lewat kene ikut gak. Muka aku pun macam2 warna jadinye...menahan rasa geram. Biasa la kalau pompuan beli kain kan lama..hahhaha. Yang peliknye lelaki pun sama, beli kain ngalahkan pompuan. Takpe, pasni kalau ada trip jubah lagi, aku nak bawak yang belum kawin je. Tak pun SISKA. Pegi..amek barang...terus balik. Dah tak payah nak susah2 singgah sana sini..

Anyhow, bas ATMA tu penuh dengan jubah UTM. KAli ni mrasa aku pakai jubah UTM plak. Jubah menarik...sebab bukan student punye...so ala2 mak hayam la...jubah vogue!

Aku balik je terus p join budak2 futsal makan. Jadual kembali seperti biasa...malam jumaat ada futsal. Yang pasti pagi tadi aku masuk lewat. Saje je..buat suka ati mak bapak sendiri kan. Dah balik lambat sangat..rasakan!

Err..apa ek...one thing about DPA...kat INTAN tu kitorang diajar untuk panggil Penyelaras Projek Kanan (PPK) as tuan. Err..wierdo...terlalu kebritishan. Aku kat sini gred 41 pun orang panggil tuan. There's nothing to be proud of. Rimas pun ada..aku bukannye apa, sekadar nak memberi pandangan membina. Adakah dengan panggilan tuan itu akan meninggikan rasa hormat orang kepada seseorang itu? Kalau tuan tapi perangai macam tak tuan..takde gunenye gak kan? Tolongla sape2 ubah la mende ni. Tak gemor teman.

Dah la tu..melalut lak. Manyak keje ni...satu lagu untuk hari ni

Masihkah Ada Cinta by Rahimah Rahim

Betapa pun jauh pandangan mata
Betapa pun bebas kaki melangkah
Namun terasa diri terpenjara
Oleh suatu ikatan yg tidak ketara

Walau kau cuba menjauhkan diri
Walau kadangkala aku membenci
Namun setiap kali terpandang mu
Kehangatan di hatiku dingin bagai salju

Antara kasih dan kasihan
Antara jemu dan harapan
Biarkanlah di sini
Aku terus begini sendiri

Tak mungkin ada yang dapat mengerti
Gelisah yg datang melanda diri
Masihkah ada rasa cinta
Ataukah sekadar kau berpura-pura

Yea yea..esok cuti...yea yea...

Wednesday, December 07, 2005

Kembali ke ATMA

Assalamualaikum..

Kembali semula..lama dah aku tak menulis ni. Alhamdulillah, dah tamat Kursus Diploma Pengurusan Awam dengan jayanya. 6 bulan macam 6 hari je. Rasa macam baru semalam aku berjalan2 kat taman rimba komanwel tu...tup tup smalam aku dah tercongok kat ATMA ni semula.

Banyak pengalaman yang aku dapat kat sana. At least mentally aku dah strong enuff, walaupun tak totally strong, at least cukup la nak membantu aku menghadapi masa depan dengan cerlang. Hes hes hes...

To all friends...I miss u all. Sidang B penggal I, sidang C penggal II, kekawan lain, kabaret2 sekelian..memori yang ada akan aku simpan sampai bila2. Sedih, gembira, marah semua adat idup la kan. Kenang2 balik sume tu..isk isk isk...sedih ohh...acara perpisahan jumaat lepas cukup pilu pada aku. Bila lagi aku nak berjumpa dengan kekawan semua. Kalau tak nangis tipu la namanya. Tapi ada yang cukup kuat untuk tidak menitiskan air mata. Tah le..part2 pisah ni tak leh tahan aaaa..time keluarga angkat pun meleles ngan mak angkat. Hhuhuhu.....

Ingatkan nak ceritakan pengalaman aku time DPA tu..nanti la ek..wat masa ni, ni je yang termampu, pasni aku citer part by part..aku fokuskan kat modul2 luar. Esok aku nak ke Johor..pi amek jubah konvo budak2 ATMA ni. Aku bertugas jadi Anak Kundang time konvo (yang duk sebelah canselor hulurkan skrol tu...betul ke istilah aku ni? tapi tu la aku nye part). Pegi balik ari...macam mak limah ke pasar...huhuuhhu....

Balik opis banyak berubah gak..ramai muka baru..so aku macam biasa la..nak kenal aku datang jumpa aku...hes hes hes....tapi si Padil tetap dengan dirinya itu..hari ni tak masuk opis lagi. Padil..padil..

Keje mencabar lagi time aku masuk ni. Konvo, exam result, jadual waktu..tulunnnnnnnnn nak tiyak la camni! Ok la..takat tu dulu untuk hari ini...edisi pengenalan selepas DPA..

Abang Idung..I miss u...