Tuesday, January 17, 2006

Main Tembak-tembak Jom!

Gambar2 ni diambil kat PULADA time kursus DPA INTAN dulu. Main2 dengan Karl Gustav Anti-Armour. Canggih siot...tapi berdesing telinga, bergegar bumi bila menembak!

Gambar ni diambil dari siri skandal DPA. Hehehe..sebab member aku ni yang launch peluru, terus dia tembak bukit. Pasal geli kene pegang (tu kata orang la). Tapi sebenarnye gabra, takut peluru meletop! Aku pun menggigil time pegang menda alah tu.

Dalam hati...Ya Allah, kalau meletup ni, alamat hancur lunyailah badan aku! Tapi bangga gak, dalam seluruh sidang B tu, ada 4 orang je yang berjaya guna benda ni (I was one of them). Tak kena target pun takpe la...janji dapat rasa! Keberanian memegang dan menembak tu adalah satu perkara yang aku boleh banggakan. Hins hins hins.

Yang gambar beruniform ni pulak time merempuh halangan sebelum kene campak dari menara repelling yang bergoyang. Badan berat tapi gagahkan jugak. Kalau tak, jatuh dalam air tu, taknak aku! Ada gak kawan yang jatuh...aku keje ngan askar, takkan nak jatuhkan imej kot! Malu besar beb...apa pun it was fun. Akan diingat sampai ke mati!

Kat merempuh halangan ni ada macam2 benda gak. Termasuk la memanjat tembok, meniti titi goyang, dan paling tak lupa, TEBUAN. Kene sengat sedas kat kepala. Whew....berpinau kejap. Kawan2 lain kena sengat kat Panti, aku kat PULADA. Ada ke patut!

Haa, yang ni pulak berendam dalam tasik sarimah lepas buat battle innoculation. Rujuk posting aku sebelum ni. Cari la aku kalau jumpa dalam gambo ni! Hehehe...saje je letak mekap lebih2 time nak crawl tu. Konon bersemangat askar la. Konon seronot la mandi2 manda dalam tasik tuh! Skali tasik berselut sebenonye kat bawah. Group aku yang last buat crawl, maka tasik yang jernih pada mulanya dah berkeladak. Apa pun, dapat best finishing time. Overall, haprek..kalah doh! Sebab kantoi buat log relay. Ahhh..menang kalah tak kisah, yang penting pengalaman tu.

Apa pun pengalaman2 ni semua menjadikan aku lebih kuat, mentally i mean. Bila kena torture (ye la..jadik askar seminggu, so idup pun macam askar la kan), aku rasa aku jadik seorang yang lebih tahan lasak. Hehehehe......alamak, cenonet la plak gambo kat bawah ni.


Monday, January 16, 2006

Perhimpunan Bulanan Bersama Komandan

Ermmm...hari ni bangun awal la pulak. Awal2 pagi dah kena terpacak kat opis pasal ada perhimpunan bulanan bersama komandan, Dato Mail Meon. Dah lama aku tak berhimpun camni. Dulu time sebelum masuk INTAN sekali je kot aku pegi, pastu missing. Hahaha..siap dapat show cause letter lagik. So tahun baru ni aku berazam nak tunjukkan muka kat situ!

Pagi, konon start 0745 skali dah tercegat situ, komandan lom sampai. 0805 baru la dia sampai. Dah letih aku erdiri. Masing2 takut tumbang. Ye la, lom breakfast. Buatnye dia membebel panjang, nauzubillah. Tapi apa yang ditakuti tu menjadi kenyataan, Dato Mail bebel panjang sampai kul 9. Dah la panas. Berdiri dengar ucapan, kat sebelah aku tetibe eekkkk..eeekkkk dum! Akak Roziyah tumbang. Isk..askar dah tumbang! Huhu, aku takut aku pulak yang dum...kontrol. Gunakan skil yang ada untuk menten kat depan tu! Malu beb kalo orang tgk kita tumbang.

Tengok kat bawah stage pun ada gak SISKA yang tumbang. Nak menunjukkan betapa lamanya Dato Mail bebel kasik amanat tahun baru! Hehehe..tahun baru dah tengah bulan dah. Takpe, tadah telinga je la. Mendengar apa2 yang perlu. Yang berkaitan, aku take note. Yang takde kaitan, masuk kiri keluar kanan. Kali ni Dato Mail cakap pasal Towering Personality. Dah dengar kat INTAN, masuk sini ada lagi. Huarrrggghh...perut dah nyanyi. Bila la nak abis! Dok sabar dan sabar dan sabar akhirnya 0900 tamat ucapan. Whewwww, baju dah ala2 peluh, sebab berblazer bagai. Lari2 ingat nak pi makan, skali sampai opis banyak la pulak peminat yang menanti.

"Tuan, kelas saya tak jalan lagi, dah 3 minggu ni. Cemane ek?"

"Encik Tariq, bilik kuliah saya takde kerusi"

"Encik Tariq, bilik kuliah saya jadi stor kerusi"

"Tuan, saya nak mintak senarai CPA pelajar, nak buat annual report"

"Encik Tariq, saya nak tukar slot kuliah saya"

"Encik Tariq, saya nak tengok senarai bilik yang digunakan, sebab saya nak tambah kelas tutorial"

Hah..tu la antara soalan2 yang aku dapat dari pensyarah dan SISKA kat sini. Layan serba serbi, terus la gi makan.

Balik sambung lagi. Bilik Kuliah kene tutup pasal nak buat makmal bahasa. Kelas tak cukup, dah nak tutup pulak. Mana la aku nak tabur budak2 ni lepas ni? Untuk kelas 2006 ada 450 SISKA baru dijangka masuk. Pening pening! Lepas ni, adik2 SISKA sekelian duduk la kat bawah pokok tepi padang ye! Blajar kat situ!

Well..weekends tak buat apa pun. Sabtu aku keje. Gantikan Isnin lepas yang cuti. Tetibe ada sesi amanat tahunan pengarah akademik. Dengar je la. Masuk dewan bestari, bismikallahumma ahya wa amut....doa biasa dibaca time masuk OD INTAN. Same rule applies here. Petang ke Alamanda ngan Farah Pramugari. Dah tak larat nak terbang dah. Ngadu ngan aku. Senang je, apply masuk gomen! Hehehe...tu je solution yang terdekat. Nak challenge, tapi nak keje berjaminan, maka join la gomen. Bukan apa, aku jangkakan pasaran keje skarang ni akan jadi makin mencabar. 1987 gawat! 1997 gawat! Who knows 2007 pun gawat balik! Choy choy choy!

Cukup untuk hari ni. Sambung lagi lain kali....

Naik kapal terbang, pengumuman yang biasa didengari...


Pre-safety announcement:

Tuan-tuan dan puan-puan, untuk keselamatan anda, kami akan menunjukkan cara-cara menggunakan peralatan kleselamatan di dalam pesawat ini. Oleh sebeb prosedur keselamatan pesawat ini mungkin berbeza dengan yang lain, sila tumpukan perhatian anda kepada anak-anak kapal di depan kabin anda.

Ini tali pinggang keledar anda, untuk memasangnya, sila lekapkan plat logam ke dalam kepala tali pinggang keledar anda dan tarik ikatan tali pinggang untuk mengetatkannya. Untuk membukanya, angkatkan plat pada tali pinggang anda.

Sekiranya tekanan udara dalam kabin rendah, topeng oksigen seperti ini akan terkeluar dari unit di atas. Tarikkan topeng tersebut dengan serta merta dan sangkupkan kepada hidung dan mulut anda dan bernafaslah seperti biasa. Anda mesti memasangkan topeng oksigen pada diri sendiri sebelum melayan orang di bawah jagaan anda.

Jaket keselamatan terdapat di bawah tempat duduk anda. Sarungkan atas kepala seperti ini, dan pasangkan klip pinggang anda, dan tarikkan tali ini untuk mengetatkannya. Sebelum meninggalkan pesawat, gelembungkan separuh jaket keselamatan dengan menyentak tag kiri sahaja. Gelembungkan jaket keselamatan anda sepenuhnya dengan menyentak tag kanan selepas meninggalkan pesawat. Tiup dua corong ini untuk manambahkan angin dalam jaket. Tarik tag ini untuk menyala lampu pada waktu malam dan tiup wisel untul menarik perhatian. Pintu-pintu kecemasan dan gelongsong keluar terdapat di kedua-dua bahagian pesawat ini.

Sila ambil perhatian pintu-pintu dan tingkap-tingkap kecemasan yang berdekatan dengan anda. Sila tinggalkan semua barang-barang anda dan ikut arahan anak-anak kapal untuk keluar dengan cepat dan selamat. Kad keselamatan ini terdapat dalam saku tempat duduk di hadapan anda. Sila baca dengan teliti. Terima kasih di atas perhatian anda.


Korang tak caye? Kalo tak caye..cube naik kapal terbang, dengar dengan teliti! Sama tak? Hehehe, ni kalau naik 737 ngan airbus 330. Kalau naik kapal lain, ada skrin tv kat depan.

Ok...till then tataaaa

Friday, January 13, 2006

Lamanye tak post entry!

Ya allah, sedar tak sedar dekat dua minggu aku tak post entry. Sangat la bizi kehidupan ini! Last week aku ke JB, outstation lagi. Takde mende pung, pi hantar jubah konvo budak2 ni, then amek result bercetak SISKA untuk semester lepas.

Duit kering..tuhan saje yang tau cemane perasaan bila otstesen takde duit. Dah aku bawak si padil opisboy aku ni, lagi la muka sedih dia duit takdak. Dia datang kat tepi aku, bisik "bos, ada duit lebih tak? duit saya dah abis la, nak pinjam boleh?!" alahai...sedih plak aku dengar. Aku bos, takkan nak bagi pinjam? Konflik. Aku bukak wallet, tgk brape yang aku ada, sebab standby untuk hotel (in case kad kredit reject).

Slow2 aku tarik a few notes 10 hengget,

"nah...hamek la, buat makan ngan beli rokok!"

"bila nak bagi balik bos?" padil cakap

"tak yah, tu buat blanje, saya tau kamu takde duit"

situasi camni akan selalu berlaku dalam kehidupan seorang pegawai, nak kene treat orang bawahan properly. Same case goes to my boss. Kalo pi makan ngan aku, dia yang bayarkan. Sampai aku pun naik segan. Tapi lately sejak2 aku balik dari INTAN ni, kira cowteam la, sape nak bayar dulu..ari ni aku bayar esok dia bayar! camtu la seadanya.

Dan trip ke JB tu, aku tak stay kat usual hotel aku check in. Kali ni disebabkan budget ciput, i decided to go to Seri Malaysia Larkin (90 hengget termasuk tax untuk gomen staff). Kalau stay Putri Pan Pac (168 incl tax). That was the 1st and last time ever staying kat Seri Malaysia JB. Bilik baru dia syellek perabot terus letak customer kat dalam. Bau....huh...sakit kepala aku. Katil, azab. Siap kepala katil yang lekat kat dinding tu boleh jatuh. Ngeri ahhhh. Takmo aku stay situ lagik!

Hmm..balik kl macam biasa la kan, masuk2 pejabat je dah melambak keje menanti. Tuhan saje yang tau!

Minggu ni sabtu keje keje. As if hari isnin lepas ATMA tutup. So kene la ganti ari sabtu ni. Alahai, sabtu...keje..full day plak tu! Konon nak apply cuti, skali tak approve, since esok ada amanat pengarah akademik ATMA (Prof Azahari). Ada saja la nanti tu...sabar je la. Dengar dengar dan dengar. Ala abis sangat bosan2 aku tido je dalam dewan Bistari tu. (macam kat OD INTAN la plak). Ready for the action! (bismi kallahumma ahya wa amuut...zzzzzzzz)

eh..aku dah tak reti nak tulis apa dah. Kering idea la! Huwaaaaaaa......