Saturday, June 24, 2006

Bosan...

Minggu yang macam biasa...aku takde mende sangat citer menarik nak ditulis dalam blog ni. Keje aku cam biasa je, balik2 jadual waktu kuliah, peperiksaan khas graduan bla bla bla..sampai aku naik muah dah dengan keje aku.

Last week meeting dengan Pak Maon pasal Jawatankuasa PPP apa kebenda tah..tetibe je kene panggil jadi ahli, so aku dengan bangganya la memintak jasa baik Pak Maon untuk beli software untuk plotkan jadual waktu. Dan keputusannye, memang Pak Maon dalam proses membeli software tu dengan kerjasama BTM ATMA. Jawapan yang memang aku nak dengar selama ni. Untuk Pak Maon (Dato' Komandan), terima kasih banyak2 atas apa yang telah disediakan. Dalam kelam kabut Pak Maon ni, ada gak perasaan kesian nun di sudut ati kecilnya.

Weekend lepas jugak aku pegi Dinner Alumni Artisukma UKM yang mengumpulkan artis2 UKM dari zaman tok kaduk dulu sampai la kabaret2 yang baru grad. Artisukma = Persatuan Artis2 UKM. Isk, artis jugak aku ni heh. Apa pun, dinner was great. Ada joget lambak lagik. Mak ayam panggil naik stage, dengan batik bersepatu, macam pakcik2 tua masuk dangdut pulak rasanya. Sudah dihantamnya Johore Sport Club, start je muzik, terus aku jerit "Round 59..." macam cite Lantai T Pinkie la pulak. Terancang tunjuk, alah segak alah jaga bagai, siap kunang2 mabuk sume, abis muzik terus semput. Kah kah kah...maklum la lama tak goyang2 macam zaman ligat dulu.

Minggu ni plak represent bos aku untuk meeting HUT ATMA yang ke 11. Ulala, masuk2 je bilik meeting aku sorang je yang takde uniform. Lain2 sume jantan2 askar, aku je jantan kabaret. Oh tidakkk...dah la CO pun tak kenal aku (dimaafkan sebab CO baru), orang lain sume pandang2 macam aku ni wat salah. Maklumla kan aku ni civillian, derang sume ada unipom, walaupun pangkat tak besar mana tetap la ada unipom.

Minggu ni jugak la aku rasa malas tahap cipan nak keje. Kadang2 aku rasa muak asek buat benda tu je...maka pada hari Jemahat, dengan niat jahat aku pun purak2 nak amek EL, tapi memang btol pun pasal moto aku bengong. Tapi normally kalo moto takde pun, aku bole naik komuter ke tasik selatan untuk ke opis. Nak dijadikan cite, aku call Kak Saadiah aku nye kerani tu cakap nak EL, kemdian aku call Kak Radzmah, kerani lagi sorang untuk maklumkan pada bos aku dan last skalu aku sms bos aku mintak EL, sudahnye bos aku call, tak payah EL, datang pejabat.

Dengan akurnya aku pun bersiap2 nak gi opis dalam keadaan yang terpaksa. So, aku pun taip sms untuk hantar ke Kak Saadiah untuk cakap aku tak jadi EL, gini ayatnya "Mati la bos tak kasi EL, sia suh datang jugak". Dengan yakin aku pun send. Dapat je delivery report, message sent Cik Hussain...mati la aku tersalah hantar kat bos la plak. Masak aku...masak...

Sampai je opis, mengadap...bos tanye "Kamu mengata saya kat belakang ke?" Aku pun cakap la.."mana ada cik hussain, saya hantar nak cakap pasal tak jadi cuti, message tu patut kene baca camni" siap aku buat aksi2 lagi bagaimana ayat tu patut dibaca. Yang jadi issue bos aku tu salah baca, dia ingat aku suruh dia pegi mati. Alahai...kesian aku, kesian lak bos aku. Apa pun, moral, jangan hantar SMS kat bos..nanti salah baca.

Huhu...takpe la minggu depan elok la kot bos aku tu. Aku insap, takmo EL2 lagi dah. Slama ni aku tak penah wat. Tu la, tak penah wat jahat, nak wat jahat gak. Padan muka.

Well, last nite aku ke INTAN Kiara lagi sekali. Kali ni menggegarkan dewan serbaguna intan dengan kawan2 kabaret batch 2/04. Zapin ghalit lagi...tapi rata2 audience kagum la ngan kebolehan kitorang ni kan. Macam pro dancer katanya. Ahh..lantak la, yang penting sume orang enjoy, nak2 budak2 2/04 yang datang bagi sokongan. Macam biasa la kalau zapin, vokal tak hengat bergegar satu dewan. Ahaks...untuk kawan2 kabaret (Chen, Jaja, Midy, Pidah, Pian, Jojie, Jimmy, Miri and my partner Sara) thanks for ur time and effort untuk pektis. Lenkali kita nari lagi ehhh?

Ok la, cukup untuk hari ni....kali ni pun takde gambo nak letak..nanti la aku letak untuk posting pasni....Wallahua'alam

Thursday, June 15, 2006

Apa ya? Aku sudah weng...

Hari ni berpeluang mencuri sikit masa nak menulis kembali dalam blog aku ni. Untuk pembaca-pembaca yang setia, ampun banyak2 atas ketidaksempatan aku menghapdape blog yang idup segan mati tak mau ini. Keh keh keh...

Minggu ni concentrate jadual waktu kuliah untuk tahun 1 dan ke atas. Juling mata aku tgk jadual diorang yang sangat pelik. Isnin petang tak leh usik, ada military training. Jumaat petang tak leh usik, ada TTS (Tempur Tanpa Senjata). Malam tak leh ada kuliah. So waktunye amatla terhad ditambah pulak dengan pensyarah2 part time yang request itu request ini untuk mengajar. Nak kelas kul 3 ke atas, nak kelas kul sekian2. Belum lagi pensyarah dalaman, nak kelas isnin pagi nak kelas itu nak kelas ini. Kang aku tak ikut, mogok lak pastu datang serang aku. Kalau ikutkan ati, aku bagi je apa yang aku dah buat. Tapi ikut la motto "KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI". Baru la customer oriented namanya, selaras dengan apa yang dikehendaki oleh pihak atasan.

Jadual dah siap untuk Foundation Year, junior la tu. Kelas pun dah running alhamdulillah. So far ok kot. Tapi kadet2 baru ni masya allah kelakar tak hengat. Normally untuk civilian tak patut salute bagai. Tetiba sedang elok aku jalan nak mengadap bos aku. Tetiba je...tegak berdiri "Selamat Petang tuan...saya _______ (aku tak ingat nama daaaa, siap sebut nombor tentera lagik) mohon kebenaran untuk menjalankan tugas" Hah lantak korang la..tapi yang aku fobia bila derang hentak kaki depan2 tatkala aku dalam keadaan tenang dan fikiran ala2 braeakaway. Akan berlaku la aksi2 memalukan dari Penolong Pendaftar sepertimana semalam. (Hoiiiiiiiiiiii....apa...eh..apaaa - malu malu malu). Nampak cengey, suara tak hengat kuat tapi masya allah kantoi plak. (Moral : jangan sakat orang suka melatah, kang lekat kat diri sendiri). Untuk mak long kat Bota Kanan, ampun sebab slalu usik Mak Long dulu...tobat takmo dah. Seksa jadi camni. Orang buat main slalunye.

Macam2 ragam aku tengok budak2 baru ni. Yang pakai baret macam ultraman pun ada, yang macam roti nan pun ada. Excited giler nak masuk kelas. Rasakan la bilik tunggang langgang, kena susun sendiri. Korang nak belajar, susun la kerusi sendiri. Takde pekdahnye aku gi susun untuk korang. Abis rosak kuku aku ni...hahahah

Untuk adik2 yang KG dan menghitung hari untuk passing out depan orang ramai, semoga tabah ye. Ada la sorang ni masik tak caya kene buang. Peliknye dia takmo jumpa aku, dia sudah pos kawan dia pulak. Ala2 berlakon cerita Tamil sangat. Tak boleh tidur malam la, tak lalu makan la. Memacam. Kalau dah semester lepas result teruk, knape semester ni masih nak main2? Nak kata aku pandai sangat kat UKM dulu tak jugak. Tapi at least aku sedar kat mana kedudukan aku. Bukan tak penah dapat result bawah 2.0. Penah, tapi pandai2 la bangun sendiri. Nak jatuh tergolek senang, aku jatuh dulu dari kedudukan yang tinggi, bila dah jatuh tu sakit nak naik balik. Tuhan saja yang tau betapa seksanya nak naik semula. Azab! So apa yang aku lalui dulu tu aku jadikan iktibar dan teladan untuk adik2 yang tengah belajar ni. Yang mana penah aku nasihat waktu semester lepas dulu, ada yang insaf, syabas. Yang tak reti2 bahasa tu, aku malas nak cakap apa dah. Sendiri buat, sendiri tanggung. Ada yang parents datang, marah Pejabat Akademik pasal tak ceritakan masalah anak diorang which I totally disagree. Ingat ini sekolah menengah ke? PIBG? Masalahnye anak2 diorang MALAS. Tak mau belajar! So itu bukan masalah Pejabat Akademik. Tu masalah diri sendiri.

Dah letih aku mengomel kat sini. Nak sambung keje ckek. Ni ha ada kadet yang dah kene berenti datang jumpa nak surat pengesahan untuk menyambung pengajian di tempat lain. Nak entertain sat. Ingat "KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI". (Mati la kalau mak ayam Rais tgk ayat ni)

Wa ilalliqa'. Ma'assalamah

Monday, June 05, 2006

Mari menapau kacang

Hoi apa! Ehh...apa (Pidah, ko tau kan apa ini?) Kejap je rasanya dah dua minggu berlalu. Lama gak aku tak update blog ni dek kebizian (purak2 bizi ke?) yang amat sangat. Minggu lepas turun JB lagi, mesyuarat jawatankuasa tetap senat mengenai peperiksaan. The week before pun turun JB jugak, pembetulan keputusan peperiksaan sebelum mesyuarat. Masya allah, terkangkang kau. Sampai demam2 kat opis ari ni. Batuk2 dah start...huk huk huk...Minggu depan lagi satu pun kene ke JB smula, proses slip peperiksaan budak2 kadet ni.

Awalnye tahniah kepada para pengantin baru yang melangsungkan perkahwinan ari tu. Acap hosmet lamaku, Kid matrik mateku, Cik Jah Figure of 8 dan Hasry (aku tambah nasik wooo kat umah kenduri). Semoga ikatan yang dijalinkan kekal sepanjang hayat. Amin.

Cerita terbang ke JB last week, aku terbang GCC. Well, macam biasa la kan terbang GCC sah2 la ada makan walaupun kejap je. Tapi ada la insiden yang aku malu giler sampai la ari ni. Kisahnye hobi aku yang suka mintak salted peanuts (kacang masin) dari kapal terbang tu tak kira la kelas apa pun aku terbang (sedap la kacang tu, tambah2 kalau makan sambil minum coke). Kali ni gini ceritanya:

Aku : Cik, boleh saya mintak kacang tak? (aku dah translate melayu ha)
Pram : Sure, I'll come back to you shortly..

Sedang aku dok rilek tu dia bagi la 2 paket kacang...dalam hati aku terdetik, (Mak aiii kedek gile bagi 2 paket, aku dok EYCL pun dapat 3-4 paket)Time dia serve makan aku tanya la lagi:

Aku : Can I have extra packets of these please (aku tunjuk kat kacang aku tu)
Pram : U want to tapau Mr Tariq?
Aku : Boleh jugak (sebenarnya memang nak tapau pun)
Pram : I'll come back to you shortly sir...

Dok kejap lepas tu, sampai la masa nak landing, diorang pun mula distribute hot "tarwel" (ikut style SQ nye cabin crew), dan collect pinggan. Nampak la pram tu bawak satu beg plastik. Aku ingatkan apa...rupanya:

Pram : Mr Tariq, your peanuts as requested...(seplastik besar dia bagi aku)
Aku : Mak aiii...banyaknye. (muka aku dah panas sebab malu)
Pram : Tadi encik cakap nak bawak balik, ni saya bungkuskan la....

Masya Allah, malunye aku. Satu beg penuh dekat 40 paket kacang aku dapat. Siap ada tulis "PROPERTY OF MAS" lagi. Macam perli la pulak kan? Dalam hati dia aku rasa mesti camni, "nah, hamek sume...nak tapau sangat!". Tapi apa pun, servis dia best aaaa...mungkin dia guna pendekatan "Going Beyond Expectation". Takpe la, dalam malu2 tu aku tetap jugak letak dalam beg, pastu gi UTM buat kenduri kat pejabat akademik. Hahaha (morale: jangan mintak tapau makanan dari kapal terbang).

Previous week, ada insiden memalukan gak. Ni kat KLIA pulak, bila nak naik limo. Dengan muka slambe aku heret beg kat arrival hall lepas beli kupon teksi (berangan jadik crew la kunun heret2 beg). Sampai kat depan gate tu dengan yakin aku bagi kupon kat orang jaga teksi tu (terkedek2 heret luggage dengan garment bag lagi), ok la dia tunjukkan teksi. Normally kereta yang ada Hyundai Matrix, tak pun Proton. Kali ni dapat kereta apa tah, yang kena panjat dulu ke dalam baru duduk tu (luas tak hengat, satu kampong leh muat dalam tu).

Nak dijadikan cerita, aku ni naik penuh yakin tak tengok belakang. Ala2 letak ponggong dulu baru naik kaki kan! Skali aku letak ponggong tergolek terlentang aku dalam teksi tu...yakin sangat (malu gilos aku...). Apa pun tetap gak aku cover. Kali ni purak2 la kononnye kaki tersadung kat pintu. Hahaha (apa pun tetap la aku malu..panassss) (Morale: Biasakan diri anda buat imporvisasi bila ada insiden2 memalukan).

Dah abis cite malu, masuk cite keje lak...macam biasa bila peksa abis, kena proses la result. Bila dah proses, banyak la keje nak kene buat. Macam nak tercabut bontot aku bawak kotak 30 kilo. Berat sehhh angkut mende tu. So, meeting kat skudai minggu lepas baca result kadet2 ni. Alhamdulillah, tak banyak sangat problem macam semester lepas. So far ok la. Berdepan ngan TNCA baru. Sempoi je, cool! Tapi orang kiri kanan dia lak banyak bunyi.

Isk...Delegates ATMA ada 7 orang including me! So, bentang keputusan sume, ada la kot 17 orang yang KG. Slamat la adik2 sekelian. Hari ni prepare memo untuk BPLK nak maklumkan bape orang yang KG, yang Grad lagi. Manyaknye keje......Lillahi Taala.Cukup entry untuk hari ni. Malam ni toink toink kat INTAN lagi. Minggu depan dah show. Lentik lentik...ahahaha.....

p.s aku lupa bawak kabel camera aku, so esok aku update posting ni dengan gambo2 skali ye!