Monday, December 04, 2006

Tengok Teater Pulak....

Jumaat malam lepas lepas acara gegaran kat KKM tu, balik je keje terus aku siap2 untuk ke Istana Budaya lagi sekali untuk teater muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu dengan sahabat2 sekelian. Sekali lagi kat ruangan ni aku nak ucapkan terima kasih kat Wawa sebab mengoffer aku tiket percuma. Bukan 1 atau 2 tapi 8 tiket. Pening aku nak mencari kawan2 mengikut. At last ada 5 orang saje. Lagi 3 keping Wawa bagi kat Kelab Teater Rimba UKM. Time banyak tiket, banyak la sangat. Time takde tiket, payah la nak dapat. Tuhan saja yang tau waktu tengok PGL dulu, punya la penat menunggu kat depan entrance untuk masuk. Hehe....

Lepas maghrib, aku ke umah abang R untuk park moto. Pegi ngan dia la kali ni. Dah banyak kali ajak dia pegi tapi asek tak dapat je. Kali ni try lagi sekali, kebetulan dia free. Kalau tak sebelum ni asek sibuk dengan tesis master dia je. Call abang Boy, jumpa dia kat IB je la. Gerak ke sana, lalu MRR2, kat situ jem manja2 je. Masuk jalan tun razak lepas ampang park tu, gileeeeee jem. Macam kura2 kereta jalan. Mungkin pasal ari jumaat malam kot. Orang nak ke sana sini. Balik kampung la itu la ini la. Sesak teruk la. dah pukul 8 sampai kat situ. Abang R lapar, bawak dia mamam kat Warung Karimah (weh Karimah.....gerai ni takde bau mangga punnnnn)

Aku cukup la sekadar minum je, sebab baru je sental cubadak yang aku goreng waktu balik keje. Tetibe je fon bunyi, Wawa call tanya kitorang kat mana. Dia takut kitorang tak datang. Suruh abang R speed up, terus masuk IB. Abang Boy nye batang idung pun tak nampak lagik. Call dia, rupanya sangkut dalam jem. Tunggu kejap, tak nampak gak. Last2 tinggalkan tiket kat kakak yang jaga pintu tu, aku ngan abang R proceed masuk. Kawan2 KKM pun tak sampai lagi.

Aku melangkah masuk dengan perasaan hepi macam show2 sebelum ni gak la. Tengok set dah grand. Harapnye show grand. Lepas negaraku (asal ke IB, ada show je musti kene nyanyi negaraku, nangis matsaleh2 sume...hahahha). Dok kejap, dengar muzik mula, aku dah rasakan aura kehambaran. Dengar lagu intro, hambar lagi.

Dalam kalut2 tu, Abang Boy sampai. Skali tengok blazer kaler ijau terang daaa....sebab dia pakai round neck, kene la ka tahan, depa bagi blazer untuk masuk. Tunggu sat, mula la babak2 kat flat seri wangi tu, aku rasa hambar tah hengat. Macam nak tido pun ada. Nak gelak dengan lawak2 depa tu pun aku tak reti. Abang R dah buat muka bosan.

Tanya dia....."boring ka?"

"taktau nak gelak tang mana....." maka mengerti la aku dia pun bosan. Yang aku heran orang lain leh gelak2 lak.

Tahan gile kebosanan aku sampai la waktu interval. Nak keluar kat tengah2 sangat la rude. Lagu2 yang ada langsung tak best. Dialog pun tak best. Tak macam tengok kat TV. Slalu kalau pengarah Hatta Azad Khan nye naskah, best. Ini tidak. Nasib baik la tiket free. Kalau tak sia2 je beli mahal2 tapi dapat show yang tak setimpal dengan apa yang dibayar.

Dah tensen sangat, waktu interval, kuar gi regangkan otot yang kejang dek kebosanan. Kuar la soalan dari mulut aku,

"nak proceed?"

Dua-dua dah tak sanggup. So we decided to go to kampung baru untuk makan nasik lemak. Bukan yang antarabangsa tu, tapi yang 60 sen sebungkus tu. Ala, yang kat depan sekolah rendah tu. Leh tahan la, tapi sebab aku tak fancy sangat nasi lemak ni melainkan nasi lemak cik nor kat kampung aku tu. Sebat je laaaa...Abang Boy sampai 4 bungkus. Amek ko, tak nangis tengok dia sebat camtu?

Sambil tu layan sat keputusan Semi AJL 2006. Tahniah untuk artis yang berjaya! Ahaks. Balik sampai kajang kul 12.30, terus pancit. Tak larat nak rempit balik umah, sudahnye landing kat umah Abang R je. Mekasih Abang R kasi tumpang tido....

Untuk Wawa, mekasih kasi tiket ye. Walaupun show tak best langsung, terima kasih la jugak pasal ingat kat aku ni. Hik....cmane la teater tu leh masuk panggung? Mungkin pasal Hatta Azad Khan tu bekas pengarah IB kot? Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Cukup untuk ari ni.

Saturday, December 02, 2006

Gegar siottt....

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Penduduk di Lembah Klang, Melaka dan Pulau Pinang hari ini cemas apabila berlaku gegaran di beberapa kawasan di negeri-negeri itu ekoran gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda utara Sumatera, pagi ini. Ibu pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) di Petaling Jaya turut mengesan gegaran itu pada pukul 11.58 pagi.

Gegaran tersebut juga menyebabkan lebih 50 pekerja beberapa buah syarikat di bangunan Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (Pertam) panik setelah bangunan setinggi lapan tingkat itu bergegar sebanyak dua kali.

Mereka kemudian bergegas turun ke bawah bangunan apabila gegaran kedua menyusul tidak lama kemudian pada pukul 12.05 tengah hari.

Timbalan Ketua Pengarah (Aplikasi) JMM, Leong Chow Peng bagaimanapun berkata, gempa bumi yang berlaku itu tidak menghasilkan tsunami.

Pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan kerosakan akibat gempa bumi itu daripada pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia.

‘‘Kedalaman pusat gempa iaitu kira-kira 200 kilometer dari permukaan bumi mungkin menjadi punca gempa itu tidak menghasilkan apa-apa kemusnahan.

‘‘Pihak kami juga menerima panggilan daripada orang ramai dari sekitar Lembah Klang, Selangor dan Pulau Pinang yang merasai gegaran itu,’’ kata Chow Peng ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan JMM, pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 3.4 (utara) dan longitud 98.8 (timur).

Katanya, kedudukan pusat gempa bumi itu ialah 35 kilometer ke tenggara Medan dan 267 kilometer dari barat daya Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Di Selangor, pegawai bertugas di Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Shah Alam, Mohd. Razani Mamat berkata, pihaknya menerima tiga aduan berkaitan gegaran itu yang berlaku di beberapa tempat di sekitar negeri itu.

Katanya, antara kawasan yang merasai gegaran itu ialah di Crystal Plaza di Petaling Jaya, Kolej Taylor dan Wisma Subang di Subang.

Di Pulau Pinang, Pengarah Jabatan Meteorologi Pulau Pinang, S. Santira berkata, gegaran tersebut dapat dirasai kira-kira lima minit di beberapa bangunan tinggi di negeri itu berdasarkan kedudukannya yang dekat dengan utara Sumatera.
Antara bangunan tinggi yang menerima kesan gegaran ialah Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan dan kompleks membeli-belah serta bangunan Northam.

‘‘Kita menerima panggilan daripada orang awam mengenai gegaran di Komtar kira-kira pukul 12.05 tengah hari.

‘‘Namun gegaran itu tidak menyebabkan tsunami kerana kita tidak menerima amaran atau isyarat mengenainya,’’ kata Santira.

Berita ni aku ambik dari utusan ari ni. Aku relate kan dengan kejadian semalam kat office. Well, dalam pukul 12 tengahari camtu, sedang khusyuk aku buat keje kat bilik, tetibe aku rasa macam sikit goyang, kepala aku pening2 sikit. Aku ignore je la. Ala biasa je buat keje pening2 ni. Then, dengar macam ada orang buat pengumuman kat PA tu, tapi sayup2 je bunyinya. Sekali lagi abaikan, mungkin ada orang nak test PA kot?

Dok kejap, Puan SUB lalu kalut2 depan office.

"kenapa kamu semua tak turun? ada pengumuman tadi suruh turun bawah. Bangunan bergegar!"

Hmm....aku tercengang kejap. Nak runtuh ke bangunan KKM ni? Capai la apa2 yang patut! Helmet, jaket, kunci rumah, kunci moto. Budak2 kat tingkat 10 tu semua dok kalut keluar. Semua sibuk dok kata pasal gegar. Time2 gegar ni masih dan lagi tekan butang lif, nak turun. Patutnya waktu emergency kena guna tangga. Waktu kat lif tu aku rasa gegar lagi. Akak yang pregnant tu kata:

"Akak ingat perut akak yang gegar....."

Aku ni jenis menggelabah. Dah cuak tak berani naik lif, so aku decide turun tangga kecemasan. Ala 6 tingkat je. Tapi letih jugak la melangkah turun ke bawah tu. Kalau kat ATMA office memang kat tingkat bawah. So, kalau ada latihan kebakaran ke apa ke main terus redah gi assembely point. Sampai je bawah, kat lobi tu dah ramai2 ada. Tapi yang dari tingkat 10 dan ke atas je yang turun. Lain2 macam takde apa2 yang berlaku. Kebetulan waktu lunch dah nak sampai.

Kelakar pun ada. Tapi that was my first encounter rasa gegar2 kat bangunan. Cuak jugak walaupun sikit je gegar. Mana la tau kot2 nak roboh ke apa ke kan? Since macam orang endah tak endah je pasal gegar tu, aku pun angkat kaki la balik untuk lunch. Heh heh....
Bersyukur ke hadrat Ilahi sebab menjadikan Malaysia di luar lingkungan gempa. Semalam je kat Indonesia ada 2 gempa. Satu pagi satu malam. Satu di sumatra utara satu lagi sumbawa. Lega bila dengar takde kemusnahan yang teruk. Kesian kat diorang, baru je tsunami kat acheh, followed by nias, pastu kat jogja nye gempa lagi. Lepas satu2......
Udah le kot! Takde mende nak tulis sebenarnye. Sekadar pengalaman aku merasa gegaran gempa yang sikit, sikit kalau nak dibandingkan dengan orang2 yang berada di kawasan malapetaka.

Wednesday, November 29, 2006

Tribute to so-called gula-gula Hacks


Hari ni aku nak meluahkan rasa kurang senang aku tentang apa yang dah berlaku kat diri aku dan kawan-kawan seperjuangan PTD sekelian yang terlibat dengan majlis konvokesyen kat PICC hari tu. Syukur majlis berjalan lancar. Tapi dalam diam tak diam, semalam dalam Yahoo Group batch aku, Kak Jaja Dangdut dah mengumumkan pasal surat yang dihantar oleh gula2 hacks kat semua KSU Kementerian pasal ketidakhadiran para graduan ke majlis konvokesyen. Dan kat KKM ni, nama2 sapa yang tersenarai dalam list dapat surat tunjuk sebab dan kene jawab kepada Puan SUB(SM).

Tak ke macam celaka namanya tu? Nak kata aku ni baik sangat tak de la, yes I admit kitorang balik awal pukul 5.00 petang dari PICC tu. Tapi logik ke raptai majlis setengah hari buat seharian? Dari awal pagi sampai la ke pukul 7.30 petang? Nak pulak time pukul 6.00 tu semua dah fed-up dengan pengurusan majlis yang huru hara.

Macam ni la ceritanya, surat jemputan konvokesyen yang kitorang dapat tu dah la tak detail. Yang dibagi tau sekadar raptai a day before, dan tarikh hari langsung konvo.

Hari patut raptai tu, berbondong-bondong kitorang pegi PICC. Semangat ni pakai number 1 dress. Sampai ada dia sedia bekpes. Tapi aturcara raptai? Takde....so taktau la apa yang bakal berlaku. Then ada pengumuman suruh masuk bilik menunggu. Dengan akur, kitorang melangkah masuk. Konon ada raptai bergambar. Tunggu sampai 3 jam, baru la sesi selama 5 minit tu berlangsung.

Kat sini dah hangin dah. Sudah bergambar, masuk tercongok kat bilik menunggu lagi. Pastu dibawak ke pintu2 masuk dewan pleno untuk perarakan masuk graduan. Berdiri lama lagi kat situ. Perut dah bunyi2 lapo. Ye la, makan pukul 7.30, ni jam dah injak pukul 1 tapi takde apa pun lagi yang berlaku selain berdiri tercegat depan pintu dewan pleno.
Dah sekian lama tercegat, baru la masuk. Duduk. Raptai acara dalam dewan pun mula. Time ni lagi la lawak. Macam tak organized langsung. Nak kata majlis 1st time, aku admit la 1st time buat kat PICC, tapi kan ke sebelum2 ni dah penah buat kat Bukit Kiara? Emcee start majlis. Patut waktu raptai penuh takde la keluar ayat ni waktu emcee tengah bercakap. Ni petikan dia.. "ulang balik ayat tadi tu" boleh tak tengah full raptai cakap camtu? Dah penat menjalani kebosanan, pukul 3.30 baru lepaskan kitorang lunch. Pastu pukul 4.30 suruh masuk balik? Dah la kat PICC tu kafe sebesar tapak tangan! Dengan orang dekat 600 orang nak suruh 1 jam break?

Dengan hati yang meradang, aku pegi la kuar ngan kekawan. Abis makan masuk smula. Taklimat pasal pakaian aturcara semua. Lepas abis raptai baru taklimat? Masa berlalu, dah pukul 5.30 petang aku dah tak tahan lagi. Dengan baju istiadat kat badan, nak dipakai lagi esoknya, aku angkat kaki la. Balik umah. Yang lain2 pun ramai cabut sebab nak amek bini, anak yang dah abis keje!

Sudah pukul 6.30 petang waktu aku kat umah, hosmet tersayang message kata gula2 hacks mengamuk pasal ramai takde! Halooooo....kitorang seharian dari pagi melangok takde wat apa2 tu patutnye appreciate la! Buat majlis tunggang langgang lagi nak marah2 kitorang. Some of us ada meeting kat office. Macam aku ni, berampun dengan boss nak g majlis konvo. Tolong la...lagi mau tulis surat kat sume KSU, kata tak datang raptai.

Untuk kawan2 ku yang bernasib seperti aku ni, harap korang sabar ye! Paham je la dengan gula2 hacks tu! time malam KSN nye raptai dulu aku dah kene jugak. Aku tau macam mana perasaan korang skang ni!

Untuk yang berkenaan, some people say boss is always right! However...pegang kata2 pujangga melayu, "raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah". I'm not saying dia zalim, tapi kalau tak betul, kami kat bawah ni pun ada hak untuk bersuara.

Sepanjang aku jadi artis kabaret, bila ada function kalau full dress raptai, takde de orang nak stop tengah jalan suruh patah balik! Ni macam tak reti buat pulak. Macam aku cakap la kan, bukan sekali baru diorang wat mende ni, dah banyak kali! Tempat je berubah. Geram tauuuu....sebab tetibe lak kata kitorang ni sebagai punca ketidaklancaran majlis (ikut surat yang sampai kat KSU setiap kementerian laaa). Tak pasal2 dapat surat tunjuk sebab.

Cukup la kot. Kang buat posting panas2 kang ada lak kaki retort nak melaporkan! Pantang tok nenek aku.....