Tuesday, January 09, 2007

Recce Tempat Meeting

Ingatkan dah takde lagi otstesen untuk aku tapi rupa-rupanya ada jugak peluang mengheret beg kat airport. Kali ni ke Kota Kinabalu. Merecce tempat untuk meeting TKSU P / TKSU K dengan TPP JKN yang dijangka pada bulan 2 nanti. Insya Allah. Maka dah disebabkan aku ni urusetia kene la melaksanaan amanah untuk memeriksa hotel yang bakal menjadi venue meeting tu nanti.

It was a short trip there, tak dan nak pi mana2 pun. However, ada jugak la slot untuk aku selitkan untuk leisure bersama kawan2. Untuk kawan2 di sabah sana aku nak ucapan terima kasih atas kesudian meluangkan masa dengan aku. It was an unplanned trip. So kelam kabut la jugak.

The flight was at 12 noon, pukul 9.30 dah keluar ke KUL, bukan apa, dah naik 737 kene la awal sikit untuk dapatkan tempat duduk idaman aku tu. 14A, spacious with more legroom for a long journey to KK. Terminal kat KUL on that day sesak dengan keluarga yang menunggu kepulangan orang yang tersayang dari Mekah. 1st flight...ada wartawan, ada orang ramai.

The plane departed on time. Macam biasa la kalau flight lebih 1 jam ni ada provide makan. Tapi makan pun kan......sangat la selipar jepun steak yang aku dapat tu. Sakit rahang aku ngunyah. About 2 hours later landing. Terus amek lugagge, proceed to arrival hall. Driver JKN Sabah dah tunggu untuk drive to hotel.

Oleh sebab ada sorang EO ikut sekali, makanya dia tak entitle untuk duduk kat hotel2 grand, aku downgrade la ke hotel murah. Kes takmo kongsi bilik.....biasa la aku kan kekwat! Hahahaha..Tang Dynasty was the place to stay. Check in, settle down, rest kejap. Malam agenda berjumpa kekawan lama.

Untuk kak anne, zarey bibik, pisang & wifey. It was a pleasure to see u guys there. Pisang, aku sentap pasal ko tak sound pun yang ko nak kawen kat kitorang sume. To all readers, Pisang ni adalah antara kawan baik aku kat UKM. Budak Teater Rimba. Sama2 dok kat Aminuddin Baki dulu. Dah gebu ko skang ek? Dulu papan sekeping je. Makan malam kat Teluk Likas. Sambil2 berhibur dengan deruan ombak malam. Sudahnye ujan turun. Berselerak lari cari tempat perlindungan. Selesai makan, back to hotel, tapi sebelum tu limpas ke bandar kk, termasukla ke mini putrajaya diorang yang baru tu.

The very next morning, meeting time. Pagi2 lagi gerak ke JKN Sabah kat Rumah Persekutuan. Jumpa orang2 yang akan terlibat sama dengan mesyuarat ni nanti. Bincang pasal benda2 yang perlu, yang tak perlu, persiapan, hotel, perjalanan majlis yada yada yada.....

Settle meeting, gerak ke hotel untuk tengok hotel mana yang bersesuaian. We went to promenade, hyatt (rasa la banyak crew mas dok sini), le meredien....tengok la mana2 yang sesuai untuk bermesyuarat bulan 2 nanti.

Dah abis lawatan semua, time to pusing2 KK town lagi. Sebab plane aku pukul 8, banyak la masa kat KK untuk aku spend dari pukul 2 petang. Destinasi, pasar filipina tengok mutiara untuk mama, tengok kraftangan untuk orang2 tertentu yang aku ingat. Tapi sebb duit dah tak bape banyak, beli la sikit dulu. Nanti insya allah bulan 2 sok aku soping sakan. Hahahahah.....

Dah abis soping tingkap sambil beli sikit2 barang, time to go to the airport. Dah janji ngan si Shaza kabaret UKM ni nak date kat sana. Lama tak jumpa makcik ni. 4 tahun dah....seronok banget aku dengan gosip2 dan cerita2 yang dikenang. Sambil2 gelak kat dalam KFC KKIA tu. Hahaha.....nanti bulan 2 kita jumpa lagi ye?

Time to depart, merasa naik 777 malam ni. Takde la kebosanan aku termenung. Dapat plane besar, ada IFE untuk ditonton. Babai Sabah, nanti aku datang lagi.....

Thursday, January 04, 2007

Trip to Melaka....

Hmm, posting ni bersambung dari posting sebelum ni, berkenaan dengan rombongan cik bedah, cik senah dan kawan2 ke Melaka. Lepas je abis kenduri Mierul tu, terus la mencari2 tempat penginapan yang jauh nun di Pantai Klebang. Riveria. Si Senah dah buat reservation. Masya Allah, ramainye ummat kat apartment tu. Ye la Christmas Eve kan. Dengan cuti yang panjang, maka banyak la manusia yang bercuti-cuti Malaysia.

After relaxing a bit, pukul 6 start la perjalanan mencari ikan bakar kat Umbai (kalau ikut Bedah dia kata Mumbai...feeling2 dok kat India konon). Since kitorang ni musafir, bole la kuar awal cari makan. Sampai je kat Umbai tu, orang tak bape ramai sangat. Tapi by the time nak mula makan, tempat pun takde untuk orang2 yang baru sampai.

Memang la Bedah dan laki ni ahli makan. Pilih makanan Subhanallah, takut aku! Tapi kan, mujur la bukan aku yang kene bayar. Mekaseh la ye...blanja aku, Fawah ngan Fawina makan. Kalo aku yang gi situ, sekor ikan je la kot yang aku makan.
Haaaa...tengok aksi ahli gosip tahap dewa dewi ni memilih ikan. Tu baru tengok2 je. Macam2 la, dari bersisik sampai la bercengkerang. Pilih punya pilih, selesai siap suruh masak itu ini, makanya kat bawah ni la hasilnya.
Hmm...sedap hingga menjilat jari. Si Fawah sampai tak pandang kiri kanan dah tu. Kalau mak mertua lalu mesti tak pandang belakang. Makan dan makan dan makan sampai tak leh bernafas aku. Punah acara jogging dan senaman aku selama ni. Dari siang sampai la ke malam asyik mengunyah je!

Selesai acara makan tu, dalam perjalanan balik singgah la kat tepi jalan tengok barang2 rotan. Mujur la tak naik myvinatang aku tu. Kalo tak haaaarrruuu, masing2 beli barang. Beli bakul sebesar-besar bakul, beli raga sebesar-besar raga. Punya la susah nak menyusun. Laki bini tu bawak beg sebesar alam. Oh tuhan.....

The very next day, sesudah melantak di cafe yang penuh sesak, bergerak ke bandar hilir, masuk muzium, naik bukit, amek gambo, posing segala...

The five of us....gambo2 terlampau posing tu tak le aku letak kat sini. Menjatuhkan kemaluan aku je. Tapi si Fawah cukup paham kehendak aku bila posing. Heh...teringat Dato K(H) kat INTAN dulu. Memang pandai cari angle yang boleh menghilangkan kesan2 double chin kat muka aku ni.Dah abis pusing2 gereja pada hari krismas, next destination, Mini Malaysia Ayer Keroh. Ala tempat yang Kak Ani manage tu. This is my 3rd time here. Waktu kecik2 dulu dah penah masuk. Tapi tak bape ingat la. So this time masuk dan perhati betul2.

More or less macam Mini Indonesia yang pernah aku jejakkan satu masa dulu. Tiket dia 15 hengget, pada aku tak berbaloi nak dibandingkan dengan apa yang ada. Not that interesting. I suppose depa patut buat macam Mini Indonesia, every rumah ada orang kat dalam. Ada show. Baru la best! Mungkin kesilapan buat Mini Malaysia ni kat Melaka. Kalau buat kat KL mungkin ramai orang akan datang untuk bekerja.

Ada jugak show tarian kat arena dia. Pada aku, kalau nak tonjolkan kat tourists, biarlah nampak macam pro. Ni aku tengok ting tong masing2. Level2 amatur macam aku je! Huhu...hentah la, mungkin ni la antara sebab tak bape ramai orang nak melawat tempat2 macam ni. Tapi pada aku, peluang nak tengok rumah2 kat Malaysia ni dah cukup memadai la. Hmm, siap balut badan dengan bendera negeri tu. Hmm, penat jalan seharian, time to go home. Such a wonderful time there. Ye la...slalu otstesen sensorang, ni ada kawan yang sekepala nak layan. Bibir2 terjongket waktu bergosip. Senah, Bedah....pasni ke mana lak?

Tuesday, January 02, 2007

Kenduri kendara

Ish, lama betul tak update blog ni. Ye la sejak2 line internet terganggu sebab gempa kat Taiwan tu, ditambah pulak dengan kemalasan aku untuk menaip. Sibuk la...sori sangat2. Sebelum tu, tahniah untuk Nadia, Anas dan Ameirul yang telah selamat melangsungkan perkahwinan. Nadia dan Shafree *betul ke ejaan aku ni? Mierul dan bini (aku taktau nama laaa), semoga berbahagia menghadapi kehidupan berumahtangga. Anas, sorry sangat tak dapat hadir. Aku doakan masing2 akan bahagia ke akhir hayat hendaknya. Untuk pembaca sekelian, belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Idul Adha dan Selamat Tahun Baru 2007.

Ehm, kenduri Nadia kat Hulu Langat sana, aku pegi dengan kawan2 siblingsku. Bedah (as usual la, kali ni laki dia takde. Terbang pegi Bombay), Fawah Wiwda + Fawina, Pazura, Mudz + Syerry + Kasih (pandai kau bancuh eh? anak sebijik muka kau), Bek..(should i mention?). Mari kita lihat aksi2 kat kenduri umah Nadia.

Ni kononnye baru sampai la, sambil posing2 pegang hadiah. Kecik konon hadiah tu, skali aku pulak kene dera angkat microwave kat bonet kereta bedah. Seksa gile. Seb baik la aku ni askar kan? Hahahaha.....tak gitu Bedah? Sedangkan moto pun aku leh angkat, apa pulak la microwave tu? Just a piece of meat (ni ikut vite Gubra nye dialog.....)

Syerry n Mudz, sape sangka kan? Kat sekolah aku tak pandang kau, kau pun tak pandang aku walaupun sekelas. Sudah at the end, jadi husband and wife pulak.

Kau ingat gigi kau cantik? Hahaha....cukup la sekerat je, takyah tengok nasik kat pinggan. Hmm...aksi2 kat umah Nadia tak banyak sangat. Pasal aku tak bape in the mood to take picture. Rasa macam ada langau pulak kat meja aku waktu tu! Tak gitu Bedah?

Well, better we proceed with Meirul's wedding. Kat Melaka nun. Punya la sakan pi kenduri. Dalam2 sibuk orang kalut kata banjir kat selatan, kitorang redah jugak pegi. Alhamdulillah, selamat pegi dan selamat balik tanpa setitik hujan pun dalam perjalanan. Kalau bapak aku tau ni, alamat abis la aku. Macam aku pegi JB hosmet aku kawin last 2 weeks, jadi isu besar wooo.....rasa la kene tembak waktu balik kampung.

Macam biasa, roadtrip dengan Bedah dan Senah. Ada tambahan, Fawah dan Fawina. Kononnya nak naik myvinatang putih aku tu. Tapi memandangkan takut tak muat (dan memang tak muat bila barang2 soping di melaka masuk dalam bonet), maka naik la Waja Bedah.

Well, sepanjang perjalanan ke Jasin tu, apa lagi! Acara gosip gosipan bermula. Bibir bawah bertemu idung, siap terjongket bibir lagik. Dengan laki si Bedah tu, boleh la tahan keJoyahannya tu. Kalau sekali tengok, mesti orang ala2 konfius. Jantan ke? Rupanya dah jadi laki orang. Hahaha..mungkin surrounding keje dengan teapot di awan biru mengajar laki Bedah jadi macam tu. Kannnnnn?

Hmm..meriah sambutan kenduri kat umah Meirul. Ramai yang datang. Selalu nasib orang yang kawin lewat dari orang ni dah takde orang nak datang. Maklumla kan, ada anak bini. Payah nak jaga. Tapi kali ni ramai. Takde la rasa sunyi sepi. Total dalam 20 orang la datang kot dari siblings family. Alhamdulillah, selamat makan selamat segala. Time to balik oledi. Tapi kitorang berlima takde la balik terus. Ada misi muhibah melawat gereja sempena krismas. Gila hapa? Tapi yang tu nanti la aku ceritakan. Posting ni untuk kenduri je....

Isk...hanjeng btol line internet ni. Nak upload gambo pun tak leh. Nanti la ada masa aku upload aksi2 kat umah Mierul. Bila dah takde gambo, tak reti dah aku nak explain. Cmane eh? Really need a prop to write a story! So sad.....