Tuesday, January 02, 2007

Kenduri kendara

Ish, lama betul tak update blog ni. Ye la sejak2 line internet terganggu sebab gempa kat Taiwan tu, ditambah pulak dengan kemalasan aku untuk menaip. Sibuk la...sori sangat2. Sebelum tu, tahniah untuk Nadia, Anas dan Ameirul yang telah selamat melangsungkan perkahwinan. Nadia dan Shafree *betul ke ejaan aku ni? Mierul dan bini (aku taktau nama laaa), semoga berbahagia menghadapi kehidupan berumahtangga. Anas, sorry sangat tak dapat hadir. Aku doakan masing2 akan bahagia ke akhir hayat hendaknya. Untuk pembaca sekelian, belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Idul Adha dan Selamat Tahun Baru 2007.

Ehm, kenduri Nadia kat Hulu Langat sana, aku pegi dengan kawan2 siblingsku. Bedah (as usual la, kali ni laki dia takde. Terbang pegi Bombay), Fawah Wiwda + Fawina, Pazura, Mudz + Syerry + Kasih (pandai kau bancuh eh? anak sebijik muka kau), Bek..(should i mention?). Mari kita lihat aksi2 kat kenduri umah Nadia.

Ni kononnye baru sampai la, sambil posing2 pegang hadiah. Kecik konon hadiah tu, skali aku pulak kene dera angkat microwave kat bonet kereta bedah. Seksa gile. Seb baik la aku ni askar kan? Hahahaha.....tak gitu Bedah? Sedangkan moto pun aku leh angkat, apa pulak la microwave tu? Just a piece of meat (ni ikut vite Gubra nye dialog.....)

Syerry n Mudz, sape sangka kan? Kat sekolah aku tak pandang kau, kau pun tak pandang aku walaupun sekelas. Sudah at the end, jadi husband and wife pulak.

Kau ingat gigi kau cantik? Hahaha....cukup la sekerat je, takyah tengok nasik kat pinggan. Hmm...aksi2 kat umah Nadia tak banyak sangat. Pasal aku tak bape in the mood to take picture. Rasa macam ada langau pulak kat meja aku waktu tu! Tak gitu Bedah?

Well, better we proceed with Meirul's wedding. Kat Melaka nun. Punya la sakan pi kenduri. Dalam2 sibuk orang kalut kata banjir kat selatan, kitorang redah jugak pegi. Alhamdulillah, selamat pegi dan selamat balik tanpa setitik hujan pun dalam perjalanan. Kalau bapak aku tau ni, alamat abis la aku. Macam aku pegi JB hosmet aku kawin last 2 weeks, jadi isu besar wooo.....rasa la kene tembak waktu balik kampung.

Macam biasa, roadtrip dengan Bedah dan Senah. Ada tambahan, Fawah dan Fawina. Kononnya nak naik myvinatang putih aku tu. Tapi memandangkan takut tak muat (dan memang tak muat bila barang2 soping di melaka masuk dalam bonet), maka naik la Waja Bedah.

Well, sepanjang perjalanan ke Jasin tu, apa lagi! Acara gosip gosipan bermula. Bibir bawah bertemu idung, siap terjongket bibir lagik. Dengan laki si Bedah tu, boleh la tahan keJoyahannya tu. Kalau sekali tengok, mesti orang ala2 konfius. Jantan ke? Rupanya dah jadi laki orang. Hahaha..mungkin surrounding keje dengan teapot di awan biru mengajar laki Bedah jadi macam tu. Kannnnnn?

Hmm..meriah sambutan kenduri kat umah Meirul. Ramai yang datang. Selalu nasib orang yang kawin lewat dari orang ni dah takde orang nak datang. Maklumla kan, ada anak bini. Payah nak jaga. Tapi kali ni ramai. Takde la rasa sunyi sepi. Total dalam 20 orang la datang kot dari siblings family. Alhamdulillah, selamat makan selamat segala. Time to balik oledi. Tapi kitorang berlima takde la balik terus. Ada misi muhibah melawat gereja sempena krismas. Gila hapa? Tapi yang tu nanti la aku ceritakan. Posting ni untuk kenduri je....

Isk...hanjeng btol line internet ni. Nak upload gambo pun tak leh. Nanti la ada masa aku upload aksi2 kat umah Mierul. Bila dah takde gambo, tak reti dah aku nak explain. Cmane eh? Really need a prop to write a story! So sad.....


No comments: