Tuesday, January 09, 2007

Recce Tempat Meeting

Ingatkan dah takde lagi otstesen untuk aku tapi rupa-rupanya ada jugak peluang mengheret beg kat airport. Kali ni ke Kota Kinabalu. Merecce tempat untuk meeting TKSU P / TKSU K dengan TPP JKN yang dijangka pada bulan 2 nanti. Insya Allah. Maka dah disebabkan aku ni urusetia kene la melaksanaan amanah untuk memeriksa hotel yang bakal menjadi venue meeting tu nanti.

It was a short trip there, tak dan nak pi mana2 pun. However, ada jugak la slot untuk aku selitkan untuk leisure bersama kawan2. Untuk kawan2 di sabah sana aku nak ucapan terima kasih atas kesudian meluangkan masa dengan aku. It was an unplanned trip. So kelam kabut la jugak.

The flight was at 12 noon, pukul 9.30 dah keluar ke KUL, bukan apa, dah naik 737 kene la awal sikit untuk dapatkan tempat duduk idaman aku tu. 14A, spacious with more legroom for a long journey to KK. Terminal kat KUL on that day sesak dengan keluarga yang menunggu kepulangan orang yang tersayang dari Mekah. 1st flight...ada wartawan, ada orang ramai.

The plane departed on time. Macam biasa la kalau flight lebih 1 jam ni ada provide makan. Tapi makan pun kan......sangat la selipar jepun steak yang aku dapat tu. Sakit rahang aku ngunyah. About 2 hours later landing. Terus amek lugagge, proceed to arrival hall. Driver JKN Sabah dah tunggu untuk drive to hotel.

Oleh sebab ada sorang EO ikut sekali, makanya dia tak entitle untuk duduk kat hotel2 grand, aku downgrade la ke hotel murah. Kes takmo kongsi bilik.....biasa la aku kan kekwat! Hahahaha..Tang Dynasty was the place to stay. Check in, settle down, rest kejap. Malam agenda berjumpa kekawan lama.

Untuk kak anne, zarey bibik, pisang & wifey. It was a pleasure to see u guys there. Pisang, aku sentap pasal ko tak sound pun yang ko nak kawen kat kitorang sume. To all readers, Pisang ni adalah antara kawan baik aku kat UKM. Budak Teater Rimba. Sama2 dok kat Aminuddin Baki dulu. Dah gebu ko skang ek? Dulu papan sekeping je. Makan malam kat Teluk Likas. Sambil2 berhibur dengan deruan ombak malam. Sudahnye ujan turun. Berselerak lari cari tempat perlindungan. Selesai makan, back to hotel, tapi sebelum tu limpas ke bandar kk, termasukla ke mini putrajaya diorang yang baru tu.

The very next morning, meeting time. Pagi2 lagi gerak ke JKN Sabah kat Rumah Persekutuan. Jumpa orang2 yang akan terlibat sama dengan mesyuarat ni nanti. Bincang pasal benda2 yang perlu, yang tak perlu, persiapan, hotel, perjalanan majlis yada yada yada.....

Settle meeting, gerak ke hotel untuk tengok hotel mana yang bersesuaian. We went to promenade, hyatt (rasa la banyak crew mas dok sini), le meredien....tengok la mana2 yang sesuai untuk bermesyuarat bulan 2 nanti.

Dah abis lawatan semua, time to pusing2 KK town lagi. Sebab plane aku pukul 8, banyak la masa kat KK untuk aku spend dari pukul 2 petang. Destinasi, pasar filipina tengok mutiara untuk mama, tengok kraftangan untuk orang2 tertentu yang aku ingat. Tapi sebb duit dah tak bape banyak, beli la sikit dulu. Nanti insya allah bulan 2 sok aku soping sakan. Hahahahah.....

Dah abis soping tingkap sambil beli sikit2 barang, time to go to the airport. Dah janji ngan si Shaza kabaret UKM ni nak date kat sana. Lama tak jumpa makcik ni. 4 tahun dah....seronok banget aku dengan gosip2 dan cerita2 yang dikenang. Sambil2 gelak kat dalam KFC KKIA tu. Hahaha.....nanti bulan 2 kita jumpa lagi ye?

Time to depart, merasa naik 777 malam ni. Takde la kebosanan aku termenung. Dapat plane besar, ada IFE untuk ditonton. Babai Sabah, nanti aku datang lagi.....

6 comments:

Anonymous said...

rasa nak carut KKM lah..ni bukan carut ko yer fendi...

cakap tentang berhemah dan berjimatcermat lah ni..perluker ada meeting untuk nak buat meeting lain..
pastu hantar pegawai dua org dari ibupejabat ke KK untuk meeting tempat nak meeting...mana pergi kemudahan telekonference..internet tak terkonksi ker kat ibupejabat??...i`m sure kalau call pun boleh dapat kotation..hotel hotel tu pun sure ada webpage kan...
sangat membazirlah rasanya tapi begitulah cara org gomen bekerja kan...
masa gawat dulu..nak meeting lkat hotel 2 bintang pun tak lepas..kan..tapi bila dah tak berapa kawat..pekelining untuk berhemah tu buang masuk tong sampah...

sajer jerni nak carutz KKM..lalaalal

Anonymous said...

sasah ko terasa kan fendi? haha! teruk la dbi ni. statement mcm kecewa sangat dengan kkm. no wonder la bukak gp kan? hiks! tapi itu la hakikatnya uols. kalo keje dengan gomen ni terpaksa la ikut rentak dengan orang atasan. temanya YANG MENURUT PERINTAH. kalo dia jadi kedekut kita ikut kedekut dan bila dia berboros kita pun sama jadi boros. insyaallah bila fendi jadi orang-orang besar nanti tau la dia camne nak handle thing i a better way kan?

Adi Osman said...

Dbi...

U r not the first one to say sumthing like that. Ada a few doctors...previously askars, yang kata macam tu. In fact, kat KKIA ari tu, ada doktor dari HQ yang terus menembak depan2.

Konsep...SAYA YANG MENURUT PERINTAH. Kat INTAN dulu memang ditrain macam tu. So nak tak nak..memang ikut perintah.

Pasal jauh ke dekat ke, mesyuarat ni gilir2 setiap negeri. Last meeting was in Penang, sebelum tu Sarawak, sebelum tu Pahang. Dah Sabah naik, Sabah la tempat tujuan.

Erm, telekonferens...jangan berangan la nak buat semua tu kat Parcel E ni. Bangunan kat sini, semuanya access terlalu lembap. Sampai nak buat komen untuk blog ni pun amek masa setengah jam untuk submit.

Dbi, bila deal dengan top management yang cerewet ni, kena la tahan dan kena la terima apa yang depa nakkan. Even lampu kat hotel pun jadi issue kalau tak kene. Silap haribulan, kalau tak kena gaya dapat notis transfer 24 jam.

Sabar ye Dbi...dah keje aku camtu. Kalau kau nak maki ke apa ke, dah memang nasib macam tu. Biasa sangat dah.....

Anonymous said...

ala fendi..ko memnaglah menurut perintah..aku tak carut ko pun...

mende ni belaku kat mana mana gov.department..masa gawat berhabis nak berjimat..sampai aircon pun kena tutup ikut masa...

PAP-fire stone ker??-kecewa is not a reason to be on my own...

sorrylah kalau kau terasa tapi komen tu mmg ditujukan utk orang orang lebih atas dari kau..
sorry ek...

Adi Osman said...

pap...aku tak teras walau seinci pun dalam hati ni.

dbi..apa yang kau kat tu betul. part yang mana aku tak setuju tu tetap aku tak setuju. tapi aku takde mende yang boleh aku buat. sekadar menganggukkan kepala je.

penah dengar tak ni?
"barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (yakni perbuatan), sekiranya tak mampu, dengan lidah (yakni tutur kata) dan sekiranya tidak mampu gunakanlah hati (mendoakan supaya mereka berubah), dan itulah selemah-lemah iman" - maksud hadith

Adi Osman said...

Serizal....

Perkhidmatan kaunter tu memang diakui macam hanjeng la kan. Kalau pegi kaunter pakai selebet2 je lom tentu lagi orang layan dengan best! Kene salah gunakan jawatan yang ada, baru la orang layan, sebab takut markah SKT kurang.

Pasa perabih duit tu, ekceli aku pun tak bape setuju kalau abihkan kat jalan yang tak bape sesuai, tapi apa nak wat kan. Ikut je la apa depa nakkkk.....

SYMP