Hari ahad lepas aku selamat melangkah masuk ke rumah sewa baru yang berselang pagar dengan rumah lama sebelum ni. Rumah cikgu sekolah menengah aku. Kebetulan dia ada terdengar cerita aku menderita dengan hosmet lama yang idup bagaikan sejenis biawak. Duduk nak, sewa lambat sangat bayar.
Larat ke aku nak tanggung kalau kau malas keje? So, aku pun mengambil keputusan nak melarikan diri dari hosmet yang sihat membesar di rumah tu, mencari la rumah baru! Dulu kat tingkat atas sekali. Kali ni kat tingkat bawah sekali.
Larat ke aku nak tanggung kalau kau malas keje? So, aku pun mengambil keputusan nak melarikan diri dari hosmet yang sihat membesar di rumah tu, mencari la rumah baru! Dulu kat tingkat atas sekali. Kali ni kat tingkat bawah sekali.Untuk askar2 kat Kem SB tu (Bullah, Bob, dan Roden) mekasih sebab tolong aku mengangkat barang. Waktu masuk umah lama dulu, aku rasa 2-3 beg je. Kali ni nak keluar, masya allah! Aku rasa leh letak selori barang2 aku tu. Tak sedar pun bila aku membeli barang yang banyak.
Bab pindah umah tu bukan aku nak cerita sangat. Ni aku nak cerita perihal jiran aku yang bizibodi, joyah tak hengat. Rasa macam masuk pindah ke Wisteria Lane pulak. Aku bukan apa, aku rimas kalau suka jaga tepi kain orang ni. Waktu kereta aku park masuk kat kawasan apartment tu, dah ada orang jengah kat balcony rumah dia. Budak2 askar tu menjawab la dengan makcik Joyah bizibodi tu. Macam2 dia interview budak2 tu.
"Bujang ke dah kawin?""Nak duduk berapa ramai?"
"Keje apa?"
"Keje kat mana? Keje apa?"
"Kalau bujang, dia jenis bawak balik pompuan ke rumah ke?"
Hah...ni antara soalan yang budak2 askar tu kena jawab. Perlu ke soalan macam tu? Aku bayar duit sewa, suka hati aku nak duduk berapa ramai pun. Yang dok jadi Joyah tu pasai apa? Budak2 askar tu pun pening dengan bizibodi tu. Kalau nak tau, tanya la aku direct. Kenalkan diri. Ini jenis salam tak apa pun tak terus nak terjah. Nak korek aktiviti aku.
Ni la makcik2 yang tak bekerja. Sebab takde kerja kat rumah tu, nak jaga tepi kain orang je la kejenya. Elok la jaga anak2 sendiri yang terbiar petang2 kat tengah laman tu. Bukan aku tak suka, tapi somehow somewhat, aku rasa irritating. Terlalu irritating.
Nak manjadikan makcik ni Joyah lagi, kisahnya malam lepas aku pindah masuk umah baru tu, aku keluar jumpa someone.
Pi bagi barang yang aku beli kat Langkawi waktu otstesen minggu lepas (yang ni aku akan cerita dalam posting akan datang). Aku balik pukul 1.30 pagi lebih kurang. Hah...waktu parking kereta je, aku nampak kelibat si Joyah kat tingkap umah dia. Nak tengok sapa balik pagi2 buta. Haaaaallllooooo...makcik oiii, baik la kau layan laki kau atas katil. Ada gak pekdahnya daripada dok ngintai aku. Tak gitu?Hah...yang aku hangin lagi pasal si Joyah ni pasal parking kereta. Kat tempat aku duduk tu, every single parking lot ada tulis number rumah. Dan rumah aku duduk selama ni kosong, so depa pi parking kat situ suka2 hati je. Nak dijadikan cerita, aku park kat situ, terus dia ni tak puas hati. Pasalnya selama ni dia park depan tangga umah dia tu. Bila aku park kat situ, dia kena jalan jauh nak pegi kereta dia.
Makcik Joyah...kalau tak suka, tak puas hati cakap kat depan2 la. Ni pi hantar SMS kat tuan rumah aku komplen, kata penghuni baru park kat tempat dia selalu park. Buta ke? Tak reti baca number kat parking lot? Kau dah beli kereta 2-3 bijik, park la tempat lain. Nak park banyak2 depan rumah, kau buat rumah banglo. Ada hati nak sound konon. Cermin dulu muka tu, elok ke tidak? Betul ke tidak? Sememeh ke tidak? Sedap2 hati kau nak cakap macam2 kat tuan rumah aku.
Minggu ni, baru aku nak balik rumah lepas 3 hari keluar outstation lagi. So aku tak tau apa isu makcik Joyah tu. Ish...macam ni punya manusia pun ada ka? Dok siasat sana siasat sini. Mami jarum pun tak teruk macam makcik Joyah ni. Sabar je la....
Untuk makcik Joyah, aku ni tak cari pasal ngan kau. So. kau takde hak nak sibuk2 pasal rumah aku. Aku tau apa aku buat. I'm matured enough to think! Elok la jaga laki kau, jaga anak2 kau kat rumah sendiri daripada dok menJoyah. Bukan apa, menambah dosa je. Jadinya, kalau kau nak buat jugak perangai Joyah tu, silap orang la kalau jumpa dengan aku. Kang dengan kau, laki aku, anak2 kau sekali aku belasah!
Kepada pembaca2 sekelian, aku rasa korang pun tertekan kalau dapat si Joyah sebagai jiran. Mungkin korang ada pandangan....just shoot it here. Mana la tau dapat bagi tips ke pendapat ke....
15 comments:
kalau pandangan aku yg cengê dan bêkêng ni, aku biaq sat (sat saja tapi tak lama). Lepaih tu aku p sound direct kat dia. Dengan laki dia sekali aku sound. Awai2 kita bagi chance sat, untuk kita tengok "what's next". Lepaih tu kalu dok lagu tu jugak apa lagi p sound la. Buat pa kita dok hingaq kot blog / sosek2 dgn member lagi. Nak bertumbuk pun, bertumbuk la.
Tapi aku hang takkan tumbuk dia
gitu ... Auwww tak kuasa mamiiii.
Sme oii...
AKu dah tak kira la ni, kalau buleh aku tumbuk, aku tumbuk saja.....
Aku tak peduli la budi bahasa ka apa ka...janji hati aku puaih
assalamualaikum...
anyway awak memang tak kenal kiter, tp kiter pernak alami nasib yg sama. my advise.... juz direct kalau masa dia jenguk kat tingkap dia sound lah... biar dia tahu kiter punya privacy nie... one more thing 'kaum' mcm nie memang tak makan saman. nak tak nak kena sound direct biar dia rasa. lepas tu kiter pun tak susah hatii lagi
hehe..teringat jiran sebelah umah lame dolu mase duk menyewa. bini joyah laki eksen...adoii lar. saya x buat ape2 lar, but suami saya ade la duk jengil mate kat bini dia bile dia duk ngintai tuh, pastu p sound direct...hamik ko.
eh nextweek ramai PTD berkumpul kat cni...ehem2
amalkan hormat menghormati sesama jiran, anda akan hidup bahagia.....hahaha..matilah neighbour from hell..sabaq fendi..sabaq...
anon,
thanks for your advice. haaa...memang rasa nak buat camtu je nanti!
gina marna,
nanti la kita tengok cmane. kalau laki dia pun kekwat sama, mari sini kita jumpa orang yang super kekwat! buku jumpa ruas laaa...
dbi,
hormat menghormati ni kena ada macam give and take la. kalau stakat aku je nak hormat, never endingstory!
smalam anak2 dia dok berkawad depan umah aku ni. nak je aku baling ngan kasut. dok kiri kanan kiri kanan, tau le aku ni penah keje ngan askar...tapi jangan la sampai dok sindir sindiran camtu!
pengalaman aku berjiran ngan spisis joyah nih adalah dekat setahun masa kat kuantan dulu.
Manusia nih, bila dia dilayan dia lagik menjadi. Aku ignore jek dia. Sampai dia dah bosan. Pastu senyap camtu jek makcik tuh sebab takde respon. Setiap respon kita memang jadi modal dia laaa.. so aku buat bodoh jek sepanjang dok situ.
sekali sekala nampak dia kat mesyuarat tingkap sambil jeling2 tuh kuar jugak sedas dua ayat dari mulut aku nih ekekekeke."buat apa tu kak? saya masuk dulu la ek, dah maghrib nih, nak solat, kang habis maghrib berdosa plak kang" amacam.. sentap?
bukan jer kat luar tu berjoyah, kat dalam blog ni pun ada berjoyah.
ada yg pi blog ni, jadi joyah, pi blog dia, dia menjoyahkan diri utk dijoyahkan hal orang ni dan hal orang tu. x ckp ngan tu dia jadi batu api.
bukan takat orang dok umah jer berjoyah, professional pun berjoyah, contohnya kalau dia doktor, ni contohlah, dah x de patient lain tu boleh gak menjoyahkan diri jadi batu api, kasi siram sama itu api minyak. kan joyah namanya tu. x pandai yg bapak orang yang lelaki. joyah x kira gender, tapi kalau dah perangai dari azali suka menjoyah mmg joyahlah jugak.
wah akak emo...
x lah. tapi betul, joyah berada di mana2, x kira bangsa x kira pangkat x kira gender and x kira professions. joyah jugak jadi coz ada perangai hasad dengki hianat and suka melaga2kan orang.
itulah joyah. some bloggers are also joyah here and there..
oh joyah joyah...
ayo, nape guna nama joyah?
terasa semua orang yang bernama joyah tau.
rasanya perkataan 'kepoh' lebih sesuai.
hehe. komen tak perlu.
angah...
depa ni tak buat mesyuarat tingkap! jenis sepelaung balkoni ke balkoni. "hoiii...dah parking jauh ke skang ni?" perlu ke cakap depan2 aku yang parking dia aku dah amek?
kak red...
agreed, joyah ada kat mana2! tapi kalau joyah kat sebelah rumah tu yang sakitkan ati. ada je nak amek tau pasal orang....
pap...
nak letak nama apa ek? sebab joyah ni dah terkenal waktu cerita opah dulu, makanya joyah laaaa. kang aku letak kak nam, pening lak ada sesetengah orang tak paham.
sesuwaiiii sangat ler dapat jiran Joyah...ooopppssssss......
so far tak pernah ler dapat jiran yg Joyah... jiran2 semua baik2 belaka... mungkin aku ni tumpang menjoyahkan diri sekali... so semua joyah jadi member... boleyyy??? no lah... kalau dia busybodi sangat, buat tak tau jer... buat2 yg macam dia tak wujud gituh... umpama dia tu batang letrik depan rumah, nak jeling2 pun tak perlu...kan? tapiii... kalau esok2 kau nak pi peang mulut dengan dia... jangan lupa jemput aku sekali... baru dia tau langit tinggi rendah, baru dia tau sanggul siapa yang lebih tinggi.... hiksssss
Motif melibatkan mak dlm hal ni? Sabar noq, rasanya makcik tu sudah expired atau laki dia pun dah tak selera kat dia sbb tu kepochi je keje dia.Dia tanya kau spesis jenis bawak balik pompuan ke tak?Kau jawab je saya bawak balik jantanz.. boleyy???
abang shidi...
nanti kalo ade serangan bom dalam rancangan kite inform abang eh! tapi abang kene la datang dari miri tu untuk bantuan CPR...(*matila paramedik)
joyah baik...
aku nak je cakap aku bok balik jantan ke humah....kang umah aku kene cat tulis WHORE sapa nak jawab? ko boleh catkan umah aku semula ke? (*matila desperate housewives)
Fendi
no matter what kind of person your neighbor is.. remember.. he/she's the closest person that you can reach for whenever you're in dire need of help.. trust me.. I've learnt my lesson.. :) If you don't like their attitude, just ignore.. but never abandon them... Take care!
xis....
thanks for ur advice. at the moment, i try to be as cheerful as i can be! senyum plastik pun plastik laaa (*perasan jadi cabin crew la pulak)
Post a Comment