Saturday, April 14, 2007

Kursus Pengenalan Ekonomi Kesihatan

Kursus lagi kan? Kalau dulu bila mula2 masuk MINDEF, kena pi kursus Asas Ketenteraan kat PUSWATAN IPOH. Ni bila jejak kaki masuk MOH, kena pi Kursus Pengenalan Ekonomi Kesihatan pulak. Yang dulu 2 minggu, yang ni seminggu je. And for the first time in history, kursus ni disertai oleh skim U, dan bukan skim M saja.
This course is to expose new officers to Health Economics in Malaysia. Dari financing, managing healthcare system, private healthcare, human resource dan bermacam-macam lagi. It is very informative, tapi disebabkan masa yang diambil sangat lama, 6 days, kursus tu jadi amat la menyeksakan. Apa pun, thanks for giving me the opportunity to join this course. Normally kat Semenanjung, tapi kali ni nun di Bumi Kenyalang. Target group, untuk orang-orang yang berkhidmat di Malaysia Timur. Orang Semenanjung ada la 5-6 orang kot.
Hmm...selain dari ceramah dan ceramah dan ceramah, it was a pleasure to go for a field trip kat Hospital Umum Sarawak, and Normah Specialist Center to study and compare how public and private hospitals are managed. Bila pegi kat HUS, terdetik kat hati aku ni, syukur tak kena campak pi hospital. Macam kelam kabut je aku rasa kalau nak berdepan dengan semua benda kat sana. Apa pun, mana2 pun ada cabaran dan kelebihan serta kekurangan masing-masing.
Day 1, Sunday, taklimat. Day 2-5, ceramah dan lawatan. Day 6 presentation. Shopping? Bila tatau? Ada masa yang terluang waktu petang tu, merasa la pegi jenjalan kat waterfront bazaar cari barang2 yang dikirim. Sanggup meredah malam pegi naik sampan seberang sungai sarawak semata2 nak cari kek lapis. Kalau kat seberang sini harga dia 20 hengget, bayar 30sen, naik sampan harga kek jadi 10 hengget untuk saiz yang sama. Untuk Hunay Aadyamaatra, mekasih la sebab bawak aku dan kekawan untuk pi beli kek tu. Nak dijadikan cerita, dia ni local, tapi tak penah tau pun ada kedai kek kat situ. Hahahahah.....
Bila kursus lama2 ni biasa la kan, boring ya amat. Walaupun katil hotel tu empuk dan sedap. Bilik yang sejuk dan selesa, makan yang boleh la tahan sedap (menu tolong laaaa pelbagaikan, ni asek2 ada kueh tako tiap2 malam...), aku rindu gak kat bantal busuk aku kat umah tu! Hehehehe....Dah masuk seminggu, semalam sampai je umah terus aku cari bantal aku. Aku peluk2 aku hidu2 siokkkkk ohhh! Hik hik hik...bayangkan orang2 yang dah kawin kan? Rindu anak, rindu bini, rindu suami.
Hmm...sempat la jugak mengexplore makanan kat sana. Sayur Midin (pucuk paku yang sedap), mee kolok, yang ni peberet aku la kan! Umai...dan macam2 lagi! Very der sedap one! Tapi sebab kurang pedas dan kurang rempah macam kat semenanjung, aku jadi tak tentu arah bila lama2 kat sana. Hehehehe...
Selalunya aku otstesen, bila satu beg aku bawak pegi, satu beg la jugak aku bawak balik. Tapi kali ni....tudiaaaa....ada extra luggage pulak. Timbang punya timbang kat airport semalam, 26 kilo. Puas la aku mengayat kat check in counter, alhamdulillah lepas. Kalay terbang EY, 20 kilo je, kalau extra, charge 1 kg = RM 8. Dengan ikan terubuk, kek lapis, kain itu kain ini, beg mengkuang lagi, kueh cincin lagi. Jenuh aku mengangkut!
Apa pun, the course really broaden my mind, and at least aku tau mana duit yang gomen bagi untuk membiayai sistem kesihatan kat Malaysia ni. And I'm so grateful to be in the course. (sebenarnya sebab kat Kuching kot? kalau kat sebelah sini2 je, mau kekejungan aku jadinye!)....
Oh ye, untuk kawan2 lain dari batch 2-04 yang baru dapat posting order, tahniah la aku ucapkan. Dengar2 ramai yang kena lapor tempat baru. Untuk yang bakal masuk MOH, welkam aku ucapkan. Cukup la kot sampai sini....







Saturday, April 07, 2007

M44

Seminggu tak bersiaran kat blog ni. Kisahnya aku dan 85 orang sahabat batch 204 berkampung kat Kem Bina Negara Ulu Sepri. Kursus Kepimpinan PTD M44. M44? Yes, M44. Content kursus ni adalah sebagai persediaan nak menaikkan pangkat kami ni ke jawatan yang lebih tinggi. Tu ikut buku program yang ada la. Dan aktiviti2 yang ada bila masuk BTN ni, macam biasa la kan. Ceramah, LDK, Kembara. Dengan jadual yang padat, memang menguji betul jiwa dan raga yang dah lama meninggalkan benda-benda macam ni. And to us, kursus macam ni adalah satu platform untuk reunion semula. Ye la kan, masing2 dah bawak haluan ke sana sini, makanya kat sini la nak buka cerita balik. Cerita kenangan lama kat INTAN, cerita kenangan itu ini.

Sebagaimana sedia maklum, kat BTN ni la kita akan diprovoke oleh fasi2 sekelian tentang perlakuan seharian kita di tempat kerja dan menguji kesetiaan kepada negara dan kerajaan. Fokus kali ini, berkenaan dengan rasuah, dan semangat kerja berpasukan. Dan kali ni, some of us lebih berhati2 dengan setiap aktiviti yang dijalankan. Biasa la kan, kalau buat pelik2 at the end memang kena bambu la dengan fasi2. Maka dengan sifat berhati-hatian kawan2 tu, selamat la daripada mendengar leteran macam satu masa waktu DPA dulu. Kemuncak segala aktiviti pada aku adalah bila bangun pukul 4 pagi kemudian masuk dalam hutan. Kembara la kononnya. Bersambung sampai la pukul 10.30 pagi. Dengan nak menahan mengantuknya, tuhan saja yang tau. Tamat je kursus, balik umah bawak kereta terhoyong hayang lalok. Mengantuk punya penangan.



Hmm..selesai kursus. Harapan besar JPA supaya kami ni bersedia untuk memegang tanggungjawab yang lebih besar. Komen aku, kursus ni patutnya ada lagi content2 yang boleh membantu kami ni dalam memegang jawatan yang sedikit tinggi dari sekarang. Tapi, content yang ada tak ubah seperti modul2 BTN yang dah ada sebelum ni. No offense, sekadar cadangan. Apa pun, it was fun to see my friends all over Malaysia (walaupun rata2 yang datang ni dari Putrajaya)
Jumaat, masuk office semula. Jeng jeng jeng....surat dari JPA dah sampai, dan benarlah desas desus selama ni, dapat KUP untuk M44 berkuatkuasa 1 April. Alhamdulillah. Untuk kawan2 sekelian yang dah dapat surat, tahniah diucapkan.
La ni dalam kepala otak dok memikir nasib. Tah mana la depa nak campak aku pulak? Dok BSM lagi ke, transfer pi bahagian lain pulak ka? Sapa tau kan. Tapi semalam dah pegi la jumpa pegawai yang kontrol posting ni. Mintak sangat tak campak aku jauh2. Bukan apa, nak pindah randah ni leceh la. Lagipun, aku baru sangat kat BSM tu. Sabar je la, tunggu je surat dari KKM lak pasal posting ni.
Hmm...esok seminggu lagi aku bawak diri keluar pejabat. Kali ni heret beg ke Kuching untuk kursus ekonomi kesihatan. Wajib ke atas setiap pegawai gred 41 / 44 yang baru masuk KKM. Nak shopping duit takde banyak dah. Tengok je la kot...hahahhaa....
Oh ye, kisah jilat bontot kat posting sebelum ni nampaknya ada jugak respon dari pelbagai pihak kat sekeliling aku. Pesan aku, baca dengan betul, read between lines. Timbul pulak cerita kononnya aku tuduh yang menyampaikan cerita tu batu api. Alahai...tah la tak tau nak cakap apa dah. Kuching...here i come....

Sunday, April 01, 2007

Jilat Bontot Bos

Sensasi jugak tajuk posting aku kali ni kan? Apa pun, this is part of office politics. Zaman aku bersemayam di takhta Bukit Besi dulu takde terasa sangat benda2 jilat bontot ni. Sebabnya aku sorang je PTD gred 41 kat situ. Tapi, sejak aku berangkat masuk ke BSM KKM ni, timbul la kisah jilat bontot ni. Dan baru la aku nampak dengan jelas dan ketara kaifiyat menjilat bontot bos, dan juga apa yang terjadi bila dikategorikan sebagai golongan yang menjilat bontot ni.

Adapun kisah menjilat bontot ni hanyalah aku mengerti sewaktu aku berada di INTAN hari Khamis lepas. It all happened bila aku masuk kursus fasilitator PAC PTD untuk tahun 2007. Sewaktu aku khusyuk mendengar taklimat daripada JPA dan INTAN, ada la sorang sahabat aku yang sama2 hadir kat situ bertanyakan satu soalan yang sensasi di hadapan 2-3 orang sahabat PTDku yang hadir sama ke kursus tu.

"Aku dengar banyak cerita pasal hang kat BSM tu..apa yang tak kena? Puan X tak suka, Y tak suka, Z pun tak suka kat hang! Apa pasal ni?"

Well, perkara tu aku dengar dengan hati terbuka. Tapi ada la sikit calar, membuatkan aku jadi tak kena. Aku keluar dewan, dok tepi sat sambil merenung apa yang tak kena dengan diri aku. Aku ada jugak dengar unit aku kat BSM tu orang kata takde keje. Asyik jalan sana sini je. Asal otstesen, unit dasar. Dah tu keje lain takde, yang ada buat maklumbalas, maklumbalas dan maklumbalas.

Ada jugak kawan aku tu cakap yang ramai orang tak suka kehadiran aku kat BSM tu. Encik EO, yang sentap dengan aku pasal takmau kongsi bilik hotel tu pun kononnya tak suka dengan aku. Si Polan jugak tak suka, Si Polin pun tak suka. Makanya jelas la semua tak suka. Dan dan hati aku ni terdetik, teruk sangat ke aku ni? Sampai kronik sangat orang tak suka? Sedih, kecewa. And suddenly semua rasa gembira aku duduk kat KKM tu hilang. Aku renung balik. Dan pada masa yang sama aku confront a few friends yang aku percaya, aku tanyakan benda sepatutnya. Ye la, untuk menjelaskan keadaan yang aku rasa agak mengusutkan pikiran aku ni.

Lepas aku tanya sana tanya sini, aku dapat simpulkan, ada yang tak senang dengan kehadiran aku kat BSM tu. Tergugat agaknya, takut aku overshadow kewujudannya selama ni. As a person myself, I have my own personality. Dan kalau personality aku tu mengganggu ketenteraman sesetengah pihak, I'd rather say, HELL WITH YOU GUYS. Dan ada jugak la yang mengatakan aku ni JILAT BONTOT Makcik Berdedai. Sebab Makcik Berdedai selalu acknowledge aku (sounds riak...tapi tu hakikatnya, dan aku tak mintak pun semua tu).

Kenapa aku dikatakan jilat bontot? Pasal aku banyak keluar sana sini. Banyak g kursus sana sini. Terus terang aku nak katakan kat sini, aku tak penah JILAT BONTOT sesape. It's not me. I play safe, and licking someone ass is not my type. Sebelum tuduh aku jilat bontot sesapa, better renung dalam diri sendiri dulu. Jangan dok tuding jari sana sini. Satu je aku dapat simpulkan, orang yang kata aku menjilat tu, sebenarnya benar-benar tergugat dengan kehadiran aku. Kalau dah rasa tergugat, better do something to improve the situation, tapi bukan dengan cara tikam kawan dari belakang.


Enough for today. Ada lagi satu pengajaran jugak yang aku dapat dari sini, jangan percaya sangat cerita-cerita orang. Dengar, tapis, kaji dan bertindak. Bertindak seadanya supaya takde pihak yang melenting. Tenangkan fikiran sebelum melakukan sesuatu. Dan untuk sapa-sapa yang rasa aku ni menjilat bontot makcik berdedai tu, rentikan la. Kenal dulu aku yang sebenar, jangan buat judgement terus.

Minggu ni, away till thursday. Ke Ulu Sepri. Kursus Persediaan Kenaikan Pangkat M44. Tunggu je la cemane kursus tu. Kalau ada rezeki, naik la kot. Kalau tak naik pun, takde nak aku kecoh. Semua tu Yang Maha Kuasa punya ketentuan. Untuk kawan-kawan yang akan pergi sama ke sana, mari bergumbira......lupakan semua masalah yang ada!