Kalau dulu, aku tumpang bersimpati kepada kawan-kawanku yang kematian bapa, hari ini aku sendiri merasakan apa yang kawan-kawanku pernah rasakan.
Kalau dulu, aku dapat mencium tangan Baba setiap kali nak pulang, hari ini aku takkan dapat menciumnya sampai bila-bila lagi.
Kalau dulu, aku akan mendengar suara Baba saban minggu memberi nasihat kepadaku, hari ini aku akan merindui suaranya yang lantang itu selama-lamanya.
Kalau dulu, aku akan mengadu kepada Baba sekiranya ada masalah yang aku hadapi, hari ini, esok, dan seterusnya tiada lagi tempat aku mengadu nasib aku tatkala aku memerlukan.
Baba telah pergi buat selama-lamanya pada 14 Disember 2007 yang lalu di Sinai, Mesir dan atas permintaan Baba sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Baba mohon supaya jenazahnya disempurnakan di Mesir juga.
Aku mendapat tahu berita pemergian Baba selepas waktu rehat yang panjang pada hari Jumaat. Sedang aku membaca surat khabar, telefonku berdering. Dari nombor yang kulihat, aku mengagak itu adalah nombor tempatan. Tapi, aku kehairanan apabila mendengar suara ibuku yang amat sayu di kejauhan.
"Angah....mama ni. Angah jangan terkejut, angah banyak bersabar. Baba dah takdak lagi"
"Apa mama buat lawak ni?"
"Angah...baba kita dah takdak. Betul ni...."
Aku rasa jiwa aku luluh. Aku tak sangka panggilan yang aku terima pada hari Rabu yang lalu adalah panggilan terakhir dari Baba untuk aku untuk selama-lamanya. Aku tabahkan diri, walaupun dengan linangan air mata, aku menelefon adik-beradikku yang lain. Along, Acik dan Adik, semuanya bagaikan tidak percaya dengan berita yang aku khabarkan. Bagitu juga dengan saudara-maraku yang lain. Semuanya terkejut dengan berita yang dibawa olehku.
Baba begitu ceria sewaktu hendak berlepas ke Mesir tempohari. Setelah beberapa kali perjalanannya ditunda ekoran masalah tiket penerbangan, akhirnya pada 8 Disember yang lalu, Baba dan Mama berlepas ke sana.
"Angah, baba nak terbang dah ni, kat boarding dah.....Insya Allah umur panjang kita jumpa lagi"
Terngiang kata-kata sebelum Baba berlepas. Dengan suara yang gembira kerana dapat membawa Mama bersama-sama untuk bercuti.
Kalau mengikut cerita Mama sewaktu aku berhubung dengannya di sana, Baba kepenatan setelah memanjat Bukit Tursina di Sinai. Menyaksikan peninggalan sejarah Nabi Musa A.S. Sesudah mandi, membersihkan diri dan solat Subuh, Baba mengadu kepenatan dan meminta Mama membacakan Yaasin kepadanya sebagaimana biasa diamalkan. Tapi kali ini, apabila tamat bacaan Yaasin yang Mama bacakan, Baba pun pergi buat selama-lamanya. Begitu senang Baba pergi, tanpa sebarang masalah. Pada hari Jumaat, di bumi para Ambia'. Sekurang-kurangnya dapat aku bayangkan di mana tempat yang Allah Taala janjikan buat Baba. Esok malam, Mama akan tiba di tanahair semula dan aku tidak dapat membayangkan bagaimana perasaanku apabila berdepan dengan Mama esok.
Ya Allah, tabahkan hatiku ini. Berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian-Mu kepadaku.
Ada beberapa perkara yang bila difikirkan kembali, memberitahu alamat Baba akan pergi. Semacam Baba tahu saat kematiannya telah hampir.
Pada Hari Raya yang lalu, tatkala semua adik-beradikku berkumpul;
"Nampak gaya cucu baba 2 orang ni saja la yang Baba sempat tengok"
Tapi aku mengganggap ia satu seloroh Baba yang sentiasa terkenal dengan gurauan.
3 minggu yang lalu, di rumah abangku;
"Raya Haji ni kalau Baba takdak pun, Angah balik la kampung, Baba mintak Ndak buat korban untuk kita sekeluarga. Wakilkan Baba...."
Dan aku masih mengganggap aku akan bertemu Baba lagi.
"Ala...nanti Baba ambik la Angah kat airport Penang naaaa....Angah sampai malam raya"
2 minggu yang lalu selepas aku pulang dari Miri dan Brunei, aku memberikan hadiah untuk ibuku;
"Anak Baba yang sorang ni, kalau outstation ka, berjalan ka memang bagus. Semua dia ingat. Kat Mama dia beli, kat Kak Fatin (kakak iparku) dia beli, kat Chu (adiknya) dia beli, kat Mami (kakaknya) dia beli. Tapi kat Baba tak pernah beli apa-apa pun"
"Ala Baba...Angah nak beli apa kat Baba? Beli baju, baju pun Baba tak salin. Takpa la Baba, nanti kalau Angah outstation lagi Angah beli naaaa" janjiku pada Baba.
Tapi, hasratku nak membelikan barang untuk Baba terkubur bersama-sama pemergian Baba.
Awalnya, tidaklah aku merasakan kesan pemergian Baba. Tapi semalam, sesudah aku menunaikan solat Subuh, empangan air mataku tidak dapat kutahan lagi. Baru aku sedar Baba telah tiada buat selama-lamanya. Aku menangis semahu-mahunya.
Baba, Angah mohon maaf, minta dihalalkan segala makan dan minum Angah selama 27 tahun 10 bulan dan 3 hari Angah bersama Baba. Angah doakan semoga roh Baba ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Untuk pihak Kedutaan Malaysia di Mesir, para pelajar Malaysia di Kaherah (Kedah House terutamanya), dan semua yang terlibat, terima kasih kerana membantu menyempurnakan jenazah Baba di sana. Hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalas jasa kalian.
Al Fatihah buat Baba, Haji Osman bin Haji Yahya (11.5.1948 - 14.12.2007)
Kalau dulu, aku dapat mencium tangan Baba setiap kali nak pulang, hari ini aku takkan dapat menciumnya sampai bila-bila lagi.
Kalau dulu, aku akan mendengar suara Baba saban minggu memberi nasihat kepadaku, hari ini aku akan merindui suaranya yang lantang itu selama-lamanya.
Kalau dulu, aku akan mengadu kepada Baba sekiranya ada masalah yang aku hadapi, hari ini, esok, dan seterusnya tiada lagi tempat aku mengadu nasib aku tatkala aku memerlukan.
Baba telah pergi buat selama-lamanya pada 14 Disember 2007 yang lalu di Sinai, Mesir dan atas permintaan Baba sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Baba mohon supaya jenazahnya disempurnakan di Mesir juga.Aku mendapat tahu berita pemergian Baba selepas waktu rehat yang panjang pada hari Jumaat. Sedang aku membaca surat khabar, telefonku berdering. Dari nombor yang kulihat, aku mengagak itu adalah nombor tempatan. Tapi, aku kehairanan apabila mendengar suara ibuku yang amat sayu di kejauhan.
"Angah....mama ni. Angah jangan terkejut, angah banyak bersabar. Baba dah takdak lagi"
"Apa mama buat lawak ni?"
"Angah...baba kita dah takdak. Betul ni...."
Aku rasa jiwa aku luluh. Aku tak sangka panggilan yang aku terima pada hari Rabu yang lalu adalah panggilan terakhir dari Baba untuk aku untuk selama-lamanya. Aku tabahkan diri, walaupun dengan linangan air mata, aku menelefon adik-beradikku yang lain. Along, Acik dan Adik, semuanya bagaikan tidak percaya dengan berita yang aku khabarkan. Bagitu juga dengan saudara-maraku yang lain. Semuanya terkejut dengan berita yang dibawa olehku.
Baba begitu ceria sewaktu hendak berlepas ke Mesir tempohari. Setelah beberapa kali perjalanannya ditunda ekoran masalah tiket penerbangan, akhirnya pada 8 Disember yang lalu, Baba dan Mama berlepas ke sana.
"Angah, baba nak terbang dah ni, kat boarding dah.....Insya Allah umur panjang kita jumpa lagi"
Terngiang kata-kata sebelum Baba berlepas. Dengan suara yang gembira kerana dapat membawa Mama bersama-sama untuk bercuti.
Kalau mengikut cerita Mama sewaktu aku berhubung dengannya di sana, Baba kepenatan setelah memanjat Bukit Tursina di Sinai. Menyaksikan peninggalan sejarah Nabi Musa A.S. Sesudah mandi, membersihkan diri dan solat Subuh, Baba mengadu kepenatan dan meminta Mama membacakan Yaasin kepadanya sebagaimana biasa diamalkan. Tapi kali ini, apabila tamat bacaan Yaasin yang Mama bacakan, Baba pun pergi buat selama-lamanya. Begitu senang Baba pergi, tanpa sebarang masalah. Pada hari Jumaat, di bumi para Ambia'. Sekurang-kurangnya dapat aku bayangkan di mana tempat yang Allah Taala janjikan buat Baba. Esok malam, Mama akan tiba di tanahair semula dan aku tidak dapat membayangkan bagaimana perasaanku apabila berdepan dengan Mama esok.Ya Allah, tabahkan hatiku ini. Berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujian-Mu kepadaku.
Ada beberapa perkara yang bila difikirkan kembali, memberitahu alamat Baba akan pergi. Semacam Baba tahu saat kematiannya telah hampir.
"Nampak gaya cucu baba 2 orang ni saja la yang Baba sempat tengok"
Tapi aku mengganggap ia satu seloroh Baba yang sentiasa terkenal dengan gurauan.
3 minggu yang lalu, di rumah abangku;
"Raya Haji ni kalau Baba takdak pun, Angah balik la kampung, Baba mintak Ndak buat korban untuk kita sekeluarga. Wakilkan Baba...."
Dan aku masih mengganggap aku akan bertemu Baba lagi.
"Ala...nanti Baba ambik la Angah kat airport Penang naaaa....Angah sampai malam raya"
2 minggu yang lalu selepas aku pulang dari Miri dan Brunei, aku memberikan hadiah untuk ibuku;
"Anak Baba yang sorang ni, kalau outstation ka, berjalan ka memang bagus. Semua dia ingat. Kat Mama dia beli, kat Kak Fatin (kakak iparku) dia beli, kat Chu (adiknya) dia beli, kat Mami (kakaknya) dia beli. Tapi kat Baba tak pernah beli apa-apa pun"
"Ala Baba...Angah nak beli apa kat Baba? Beli baju, baju pun Baba tak salin. Takpa la Baba, nanti kalau Angah outstation lagi Angah beli naaaa" janjiku pada Baba.
Tapi, hasratku nak membelikan barang untuk Baba terkubur bersama-sama pemergian Baba.
Awalnya, tidaklah aku merasakan kesan pemergian Baba. Tapi semalam, sesudah aku menunaikan solat Subuh, empangan air mataku tidak dapat kutahan lagi. Baru aku sedar Baba telah tiada buat selama-lamanya. Aku menangis semahu-mahunya.Baba, Angah mohon maaf, minta dihalalkan segala makan dan minum Angah selama 27 tahun 10 bulan dan 3 hari Angah bersama Baba. Angah doakan semoga roh Baba ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.