Thursday, February 14, 2008

Demam Pilihanraya Bermula

Semalam tatkala aku melayari internet lewat waktu tengahari, aku terbaca berita terkini mengenai pembubaran parlimen yang telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri atas perkenan SPB YDPA. Yaaaa...parlimen sudah bubar untuk memberi laluan kepada Pilihanraya Umum Ke-12. Tarikhnya akan ditentukan sekejap saja lagi.

Dan bila bercakap pasal pilihanraya, orang yang paling sibuk sekarang ni, sudah pasti Pengerusi SPR yang menjadi penggerak utama kepada kelancaran pilihanraya yang bakal berlangsung kelak. Bila bercakap mengenai pilihanraya, teringat sewaktu berada di kursus Biro Tatanegara. Masing-masing kami ditanya oleh para fasilitator, sudah mendaftar sebagai pengundi? Sudah mengundi?

Bercakap mengenai pilihanraya juga, tatkala tiba pilihanraya juga ramai orang mula sibuk, kempen di sana sini. Parti itu parti ini..masing-masing cuba memancing undi. Yang sudah memihak kepada parti tertentu, sudah tidak menjadi masalah. Yang penting, para pemancing undi akan mula mengorak langkah untuk meraih undi dari para pengundi yang dikatakan atas pagar. Nak kata ke kiri tidak, ke kanan pun tidak. Golongan inilah yang akan menjadi penentu kepada para calon untuk memenangi sesebuah pilihanraya di kawasan-kawasan yang dikatakan 'panas'.

Kali ni, kali kedua aku terlibat sebagai pengundi yang mengundi dalam pilihanraya umum. Siapa yang aku sokong? UNDI ANDA ADALAH RAHSIA. Tak perlu aku nyatakan di sini. Sebagai penjawat awam dari kumpulan pengurusan dan profesional, aku mempunyai tanggungjawab untuk bersikap neutral. Jadi, tiada apa yang perlu aku jelaskan mengenai siapa yang disokong. Kati ka...bulan kaa..(ni kata orang Kedah laa), yang mana jadi pemerintah, sudah pasti akan menjalankan mandat yang telah diamanahkan oleh rakyat!

Teringat satu masa sewaktu di kampus dahulu, ada juga pilihanraya yang diadakan bagi memilih perwakilan pelajar. Macam di luar, di dalam juga ada side merah, dan ada side hijau! Aku, tetap dengan dunia kabaretku, tidak kisah langsung menganai pilihanraya yang dijalankan. Siapa yang aku pilih pun tidak semua yang mengetahui. Cukup aku katakan, kalau nak dijadikan sebagai ketua, biarlah yang terbaik. Tak kira dari mana dia datang, mahukah ketua yang kita pilih tu adalah seorang yang kaki tipu? Mahukah ketua yang kita pilih tu kita tahu bujang, tapi lovebite bertepek di leher? Mahukah ketua yang kita pilih tu kaki pornografi? Bab-bab politik ni aku tak berapa fancy sangat. Aku hanya akan pulang melaksanakan tanggungjawab aku kepada negara. Itu sahaja. The rest, biarlah aku dan Yang Maha Kuasa sahaja yang mengetahui.

Semakan yang dibuat tadi di laman Suruhanjaya Pilihanraya, Alhamdulillah, nama aku tersenarai sebagai pemilih yang berdaftar. Tunggu tarikh yang akan diumumkan nanti, akan aku pulang ke kampung halaman untuk mengundi.

"Marilah mari...kita mengundi, tunaikanlah kewajipan pada negara......"

Wallahua'alam

Monday, February 11, 2008

Sayu sangat rasanya

Hari ni, usiaku menginjak ke satu angka yang lebih tinggi lagi. Pejam-celik, pejam-celik dah setahun berlalu. Terasa macam baru semalam aku menerima panggilan dari Baba (al-fatihah) mengucapkan selamat hari lahir kepadaku.

Sesudah solat subuh pagi tadi, telefonku berdering. Satu deringan yang amat aku kenali siapa pemanggilnya.

"Anak Mama....happy birthday, dah tua dah anak mama sorang ni"

"Thank you mama....."

Dengan nada yang ceria aku cuba sembunyikan rasa sebakku;

"Mama...thank you for growing me up, thank you for loving me, and thank you for everything. I LOVE YOU MAMA"

"Mama pun sama...I LOVE YOU TOO"

Kalau selama ini, aku yang akan SMS kedua-dua orang tuaku mengucapkan terima kasih, tapi hari ni belum sempat aku mengarang SMS, telefonku berdering. Pagi-pagi lagi, mataku sudah bergenang dengan air mata.

Saban tahun, jam 8 pagi lebih kurang aku akan menerima panggilan dari Baba....
(baca: aku dilahirkan pada jam 8.20 pagi, paham-paham je la ekk)

"Happy birthday anak Baba...."

Tahun ni, semua tu tiada....dan aku hampir terlupa yang Baba sudah pergi. Aku ternanti satu panggilan yang saban tahun aku terima. Nampaknya, itu semua tinggal kenangan. Tak pernah aku menyambut hari lahir dengan rasa sebak dan sayu. Sekali lagi, jam 8 pagi tadi air mata tidak dapat aku tahankan. Laju je mengalir. Sampai kena pusing ke belakang...ambik tisu lap. Takkan nak tunjuk kat staf kot! Kalau budak2 boleh la bohong kata masuk habuk! Ni dah nak sama umur dengan aku!

Untuk yang menghantarkan message, yang membuat panggilan kepadaku, terima kasih aku ucapkan (banyak ke? ala sorang dua pun kena cakap la jugak kan?). Appreciate that very much.
Ate, udoh udoh le beremosi tu ye! Mari kita tengok apa yang ada dengan tarikh lahir aku ni...yang ni aku gali dalam internet. Terjumpa pulak analisis data ni...macam menarik!

Analisis tarikh lahir

1=seorg yg kemas, bersih & bersistematik

2=seorg yg bijak dlm penghujahan

3=seorg yg penyayang & prihatin terhadap keluarga

4=seorg yg sensetif & mudah merajuk

5=seorg yg mudah bergaul

6=seorg yg berjiwa seni

7=seorg yg suker mencuba sesuatu yg baru

8=seorg yg berani melakukan sesuatu

9=seorg yg mempunyai keyakinan yg tinggi

0=seorg yg moody


Aku lahir pada 11 Februari 1980

A

B

C

D

2


2


9


4


1+1=2

2 kekal krn 1 digit

1+9+8+0=18

2+2+9=13



1+8=9

1+3=4

A=tingkah laku

B=minda

C=tingkah laku

D=hati3

Secara kesimpulannya,


a. aku ni Seorang yang bijak dalam penghujahan : agaknya pasal tu aku ditakdirkan masuk debate waktu kat sekolah dulu. Dan sekarang ni memang tak nak mengalah kalau ada apa-apa yang dibincangkan.

b. aku ni Seorang yang sensitif dan mudah merajuk : yang ni aku akui la. tuhan saje yang tau betapa sensitifnya perasaan aku ni. pasal merajuk tu, yes..aku memang kuat merajuk. tapi takkan la aku nak tunjuk kot! kok ye pun dah masuk 28 tahun ni, rentikan la perangai huduh tu! tak gitu?

c. aku ni Seorang yang berkeyakinan tinggi : yang ni aku mengaku la. kalau tak konfiden, bahaya. walaupun benda tu kadang2 nampak tak berapa betul, tapi sebab aku konfiden, aku redah la jugak....janji nampak konfiden!

Heh...cukup untuk ari ni. Hadiah? Heh...beli untuk diri sendiri dah la. Nak tunggu hadiah orang? Jauh panggang dari api! Hiks...(dear readers; heipp..aku tak mintak hadiah dari korang tau!)

Untuk yang lahir pada bulan ni jugak...aku ucapkan Selamat Hari Lahir. Ingat, setahun berubah bukan kita bertambah umur, tapi setahun bertambah, setahun jugak la hayat kita di dunia ni berkurang. Wallahua'alam...

Monday, February 04, 2008

Kisah Tanah Sekangkang Kera

Adapun hujung minggu yang lalu aku pulang ke kampung untuk menziarah Mama tersayang yang keseorangan. Mama nampak ok walaupun pada hakikatnya bila menyebut kisah arwah Baba (al-Fatihah) air matanya akan berlinang. Namun, aku tak nak cerita pengkisahan tentang mama seorang, tapi aku nak ceritakan pasal pengalaman yang aku lalui pasal harta pusaka tanah sekangkang kera di kampung. Pada mulanya memang aku tak nak ambil berat langsung sebab arwah Baba pernah berpesan,

"Baba takdak apa nak tinggai kat anak-anak Baba semua...Baba bagi hangpa mengaji tinggi-tinggi, hangpa guna la ilmu yang hangpa ada untuk cari harta sendiri"

Tapi, apa yang berlaku semenjak dua menjak ni memaksa aku untuk mengambil tahu perkara yang langsung tak menarik minat aku. Well, orang mesti akan kata aku bodoh pasal tak memandang langsung perkara ni. Tapi dah aku tak pernah didedahkan, mana laaaa aku nak ambik tau. Lagipun, tanah pusaka yang ada tu sekangkang kera besarnya.

Beberapa hari lepas, aku terima panggilan dari Mak Ndak bertanyakan bila aku nak balik kampung? Heran jugak aku....kemudian bila dia jelaskan pasal ada perkara yang nak dibincangkan pasal tanah, pahamlah aku serba sedikit. (note: mak ndak ni kakak arwah Baba).

Setibanya aku di rumah, Mama ada menerangkan yang si xxx (baca: xxx bukan mak ndak) ada menelefon beberapa kali bertanyakan pasal bendang yang diusahakan oleh seorang penyewa Cina. Si xxx memohon agar diberikan kepada menantunya untuk diusahakan. (si xxx ni setaraf dengan mak aku...menantu dalam keluarga Haji Yahya). Nampak gambarannya? Menantu Haji Yahya mintak menantu sorang lagi untuk benarkan menantunya buat bendang?

Katanya, selama ni Cina yang buat, tak bayar zakat. Eh...orang Cina memang tak bayar zakat, tapi duit hasil padi selama ni memang dizakatkan pun. Jadi tak timbul persoalan zakat tak diberikan. Yang jadi masalah sekarang, tanah bendang tu di tengah-tengah dan dikelilingi oleh bendang-bendang lain yang diusahakan oleh penyewa berbangsa Cina itu. Buatnya dia tutup salur air? Tak haru? Buatnya dia tak bagi mesin padi masuk? Tak lagi haru? Lepas tu, bila nak bagi balik kat penyewa tu...buatnya dia takmau ambik balik? Memang haru biru. Aku dan mak ndak bersetuju untuk mengekalkan penyewa Cina tu untuk mengusahakan bendang sekangkang kera yang ada di kampung tu.

Ok...mengapa menantu Haji Yahya yang sorang ni nak suruh menantu dia buat sawah? Haaa....kisahnya, bila pembahagian harta pusaka Haji Yahya ni memang dah dipersetujui selepas sekian lama berbincang..ada yang dapat tanah bukit sebelah pantai, ada yang dapat tanah bukit sebelah darat, dan ada yang dapat tanah bendang. Secara ikrarnya..semua bersetuju. Tapi arwah suami XXX punya nama ada kat tanah bendang tu lagi. Dan sebab Baba pergi dalam keadaan mengejut, proses pertukaran nama tidak sempat diselesaikan.

Semua dalam keluarga tahu, Baba dapat tanah bendang bersama 2 orang kakaknya. Dan adik beradik yang lain dapat lain-lain tanah. Tapi dalam geran tu ada nama lagi sorang....dan yang sorang tu sudah tertengok geran yang ditunjukkan kepadanya (patutnya benda ni tak berlaku selagi mana pertukaran urusan nama tak diselesaikan), dan dia berani untuk meminta dengan Mama (Mama kata tu bukan harta dia....dia takdak hak). Kenapa waktu arwah Baba ada tak mai mintak nak buat? Kenapa bila dia dah takdak baru nak mai?

Aku bukan hadap sangat harta tu, bukan boleh bawak masuk kubur pun! Tapi dah masing-masing berikrar (makcik makcik yang masih hidup...dan semua arwah-arwah yang telah pergi), semua tau bendang tu Baba dan kakak-kakaknya berdua yang punya. Awat dok mai tuntut pulak? Fine.....setelah berbual bicara dengan abangku, dan Mak Bonda (Adik bongsu ayahku), kalau benarlah bagai dikata, nak jugak bendang tu...kami takkan lepaskan tanah yang sepatutnya dapat kat depa semua. Fair and square...

Yang menariknya, bila tiba pasal harta, depa yang berkenaan takmau cakap dengan abang aku (depa tau abang aku ni jenis letak kaki kat muka - baran ya amat), semua pakat dok refer dengan aku - depa tak tau kot yang aku pun rujuk dengan abang dan adik-adik aku. Aku kesian dengan Mama...belum kering lagi air mata dia, dah orang dok tanya pasal benda yang bukan hak dia. Semalam dia keluarkan semua geran, suruh aku belek. Belek punya belek, bukan la sebesar mana pun. Kalau dah sampai anak cucu ni aku ibaratkan dapat sebesar tapak tangan saja. Itu pun mau berebut ka? Ish...dunia-dunia...aku tak mau la pasal harta sekangkang kera, adik-beradik sedara mara pupu poyang pakat dok masam muka berperang sana sini. Kalau nak sangat, mai beli dengan aku! Senang cerita, hilang derita. Tak gitu?

Wallahua'alam