Sunday, May 18, 2008

Teruja Dalam Talkshow


Teruja? Talkshow? Motif Fendiosman sudah ada talkshow? Sudah mencapai tahap celebritykah? Anyway, thanks to Phachat atas idea yang diberikan untuk mencari tajuk siaran blog kali ini. Kisahnya tuan tanah baru saja balik dari Kluang sesudah selesai membantu pihak-pihak yang berkenaan melaksanakan tugas seperti di Sungai Petani dan Kemaman sebelum ni.


Untuk kali ni, aku rasa terkejut jugak bila ada insan yang menegur;


"Tuan, are u the blog writer?"

"Thanks for the useful tips given"


Ada silent reader jugak ye! Untuk yang membaca, terima kasih. Tapi takde la aku menulis yang bukan-bukan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Rasanya, gambaran mengenai program yang dianjurkan ini tidaklah sejelas mana. Cuma kepada sesiapa yang pernah hadir ke pusat-pusat berkenaan sahaja yang akan mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka.


Jadi pada hemat aku tidak timbul kisah mengenai kebocoran maklumat. Mungkin pembaca yang membaca tulisan aku ni yang terlebih teruja dan mengatakan aku pulak yang teruja. Tak gitu? Dengar-dengar malam tadi ada orang dok belek blog ni sampai jauh malam! Takpelah, sape makan cili, biarlah dia yang terasa pedasnya. Oh ya, untuk pembaca yang terasa hati dengan tulisan aku sebelum ini yang katanya terkandung perkataan yang kurang sesuai dan yang sewaktu dengannya, aku mintak maaf atas ketidakselesaan itu. Sesungguhnya, aku ni mai dari utara, cakap memang kasaq sikit. Kalau nak sentap....pi ambik kitab! Hehe...

Alkisah cerita mengenai talkshow ini timbul tatkala aku mengendalikan salah satu sesi yang dijadualkan berlangsung. Dan seperti biasa sebelum ini, aku mengendalikan sesi dengan berjenaka dengan para peserta untuk meredakan ketegangan. Tapi malang untuk kali ini, hasrat aku untuk melakukan perkara yang sama mendapat komen dari pihak tertentu.

"Kenapa dia buat talkshow?"

Prinsip aku, adil dan saksama. Kalau A dapat 5 minit untuk bersedia, B pun akan dapat 5 minit. Tapi kalau A selesai dalam 3 minit, aku takkan teruskan dengan B sebab B tak dapat masa 5 minit seperti yang aku berikan kepada A. Jadi, untuk mengisi masa 2 minit itu, takkan la aku nak biarkan bilik acara sunyi sepi? Aku sebagai pemudahcara, sudah pasti akan meredakan ketegangan, sebagaimana yang aku perhatikan sewaktu aku sendiri menjadi peserta sewaktu tahun 2004 yang lalu. Tapi, hasrat itu telah disalah tafsir, dan di penghujung kisah, aku dikatakan teruja dalam mengendalikan sesi. Aku yang teruja? Atau orang yang membaca yang terlebih teruja? Tepuk dada tanya selera.


Selesai bab talkshow ni. Cerita-cerita program ni selesai takat sini saja. Untuk yang terasa hati, mintak maaf banyak-banyak. Tak perlu dibesar-besarkan perkara ni. Kalau tak suka, datang jumpa aku in person. Tell me directly secara profesional. Bukan dengan cara melatah, lepas tu nak menyalak di sana sini.


Enough said, alang-alang ke Kluang, kali ni kita lupakan pasal Kedai Kak Esah, lupakan juga pasal Kluang Station yang telah aku garapkan dalam posting aku sebelum ni. Aku nak bawa para pembaca sekelian ke kedai menjual pinggan mangkuk tanah liat di Air Hitam, berhampiran dengan Kluang.


Perjalanan aku ke Kluang kali ni ditemani oleh Incik Cleo Eligible Bachelor (tapi la ni taken oledi maaa, sudah kawin!). Jadi, aku perkenalkan dia ke tempat membeli pinggan ini. Kisahnya sewaktu aku bersemayam di takhta Kem SB satu masa dulu, sewaktu aku sentiasa berulang-alik ke Johor Bahru menggunakan kenderaan hitam bernombor ZZ, aku telah dibawa ke tempat ini. Jadi, hati aku sentiasa menanam hasrat untuk kembali semula, dan hari ni kebetulan dah lalu, singgah la.



Incik Cleo sampai rambang mata memilih pinggan. Maklumlah, selautan pinggan berjenama Claytan tersaji di depan mata. Tapi, ni produk yang reject untuk pasaran luar. Kena pandai memilih supaya kecacatan yang ada tidak ketara kelihatan. Aku pun tak ketinggalan membeli pinggan bersegi empat untuk koleksi di rumah.



Di penghujung cerita, dengan wajah yang ceria, dengan badan yang letih, masa untuk kembali ke destinasi asal. Untuk Incik Cleo, terima kasih atas masa yang telah anda luangkan. I appreciate that very much.
Untuk silent readers sekelian, kalau nak baca, teruskan. Tapi kalau terkena batang hidung, jangan pulak over-reacted! And for those participants yang kenal, thanks for acknowledging me. Keep on reading....

Tuesday, May 13, 2008

Terengganu...a re-visit itinenary

Heh..kita teruskan perjalanan cuti-cuti Malaysia ke Negeri Cantik Budaya Menarik, Terengganu Darul Iman. Makanya dalam masa 2 bulan, 3 kali aku jejakkan kaki ke sana. Ada apa-apakah? Heh..tempat jatuh lagi dikenang, ini pulak tempat bermain. Jatuh? Main? Sapa yang jatuh, sapa yang main? Main congkak kot....kan Bang Shidi kannnn?
Aku ke Terengganu kali ni untuk menjadi urusetia kursus pemantapan sahsiah PTD M41-M44 yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ala, yang kursus macam kat JB dulu tu. Ingat tak? Tak ingat? Sah korang tak gali blog aku kan! Heh...

This time, most of the participants are my juniors except for a few of them. Stayed at Grand Continental. Grand Con? Ye la, dah rate dia bagi murah compared to the other hotel yang katanya 5 star itu! Tapi bilik buruk....
The consultant, we hired the same speaker, Encik Muhammad Abu Bakar from Puteh Consulting. Heipppp...jangan kata aku ada personal interest pulak, setiap syarikat diberi peluang yang sama untuk memberi khidmat bakti. So this time, memang bagi kompeni ni yang buat.

The course was officiated by Ratu Pantun Seantero Malaya, remember my previous posting? In her opening remarks, she stressed about PTD officers yang gred bawah, kira pegawai rendah la, supaya jangan kereks, dan jangan kekwat. And to gain knowledge at any time, at any cost! With that, harapan Kementerian untuk melahirkan PTD yang berkaliber akan terlaksana dengan mudah. So folks, remember what she stressed on her speech. Mind the grammar...tapi ambik contentnya yang amat mendalam maksudnya itu. Gali, dan gali, dan gali ilmu seadanya.

The activities, mari kita skodeng apa yang dibuat oleh para peserta;

Interactive lectures; where participants are free to response to the speaker. And the response was overwhelming. Tapi tak agresif macam dulu, yang dulu ada orang tak puas hati pasal konsultan tu kononnya muda. Tak layak nak bagi talk! From my point of view, he's qualified indeed!

A childhood memory game; main tuju bola....best bila tengok budak-budak tua menjadi budak-budak kecik. And here, I can see saya yang master game ni! Siap melompat-lompat mengelak.Mak Hayarm menjaga anak-anak Hayarm dari dibaham musang. Mak Hayarm kali ni sangat protective, sampai musang kebulur...cian musang itu!
Ini bukan cerita Shivaji The Boss maupun Padaiyappa, tapi ni main kejar-kejar dalam childhood memory game. Seronok Cik Barathi kita main dengan Abang Siva.

Ni game Letak Mana-mana. Where u are asked to freeze yourselves when the speaker asked you to do so. Ni konon feeling-feeling jadi model la. Ni baru sikit, gambo-gambo lain terpaksa aku censorkan untuk ketenteraman awam. Hehehe
In this game, participants are tested on how they focus on their job. Ni konon dok prektis nak menari la. Aku pilih Ngajat Tampi untuk tarian depa nih. Heh...prektis macam nak gila. Sampai show betul, hiks, menggelabah bila lagu yang diprektis tu keep changing. More or less macam music malfunction show waktu aku buat kat Marriot depan Aseh dulu.
An outstanding opening dance katanya! Sapa kata PTD tak pandai menari! Hiks....Well, enough said about the course content. Aktiviti apa ek di sana? Mengirai kah? Tidakkkkk...tapi aku terima kunjungan istimewa dari sahabat lama di UKM dulu. Inilah tempat jatuh lagi dikenang yang memang aku kenang selama ni.

Kie is my very true friend. And I enjoyed every moment zaman student dulu. Heh...aku ni kabaret, dia cukup marah bila aku menari segala. Tapi tetap jugak tolong jemput tolong hantar aku kat DECTAR dulu. Huhu..dah beranak pinak dah. Gamaknye kalau aku pun dah kawin, anak dah 2 jugak la kot?Aiskrim goreng di Pantai Batu Burok. Kuingatkan aiskrim goreng ala kedai mapley kat kelumpo nih, eksen la konon bila bini Kie offer, skali bila dia serve...perghhh meleleh! Makanya, I couldn't resist la....sedap!
Air gelas besar kat Seberang Takir. Sape-sape tak tahan sejuk, jangan minum ni waktu malam. Takut kencing tilam nanti. Ngompol kat orang Jawa! Untuk Meso dan Bang Najit, mekasih sudi melepak bersama-sama. Meso..tunang kau tu ajar la dia berbahasa luar! Pemalu sangat!

And not to forget, a trip to Kedai Payang. Tapi dah naik harga barang-barang kat sini. Mungkin status Bandaraya yang telah diberikan tu mengubah keadaan demografi kot? Anyway this time aku tak beli benda banyak. Cukup sepasang batik dan kaftan untuk mama, dan sebidang kain batik untuk dibuat baju untuk kegunaan sendiri. Tapi tak beli kat Payang! Untuk mama aku berkunjung ke Fatimah Songket (packaging cantik, harga lagi murah).

Sebelum balik, apa lagi...kepok gete Losong menjadi bekalan dibawa pulang. Mrasa kau kat kedai Kak Yah ni kau dengar Bibik Seberang cakap dialek Terengganu. Compared to Adik Beradik sebelum ni, packaging Kak Yah ni memang cantik, tapi taste wise....kat Adik Beradik tu sosnye sangat sedap! Hiks...

Ate, panjang la pulok. Oooo tak lupa untuk Bang Dbi, mekaseh atas kunjungan beramas mesra anda semalam. Appreciate that very much. Nanti ada rejeki kita jumpa lagi ehhh! Mekaseh gak sebab kasik kepok tu! Hmmm...pasni ke mana pulak ek? Komplen aku banyak jalan? Ada orang yang laaagi banyak jalan. Sampai ke obersi nun....aku takat-takat domestik je!

Apa? Pulau Wan Man? Terus terang aku katakan, aku langsung tak tergerak hati nak melawat Taman Tamadun Islam itteww....pasai apa ek?

Tuesday, May 06, 2008

And The Journey Continues....to Kemaman

Semalaman di Cherating cukup untuk menenangkan fikiran aku dan pada keesokan harinya, perjalanan diteruskan ke INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) di Monica Bay (nama melayu Teluk Mak Nik - motif mak nik jadi monica?) untuk sesi seterusnya bagi PTD Assessment Centre (PAC) bagi minggu yang kedua. Ehm...lepas ni dah macam tak dapat pergi PAC lagi, dah diharamkan TKSU sebab bukan core business KKM katanya! Habis tu, kenduri kawin tu core business la? Huh....
Suasana di Monica By memang menenangkan macam di Cherating jugak. Entah lah, lately memang aku suka tengok laut, duduk di tepi laut, baring kat tepi laut. Kalau dapat keje tepi laut kan best! (Kan Gina kannnn?)
Dan untuk sesi kali ni, seperti biasa rakan seperjuangan warga 334 masih lagi menjadi dominan dalam sesi pemilihan tersebut. Rafting kah? Seperti biasa, sesampainya di INTIM acara taklimat pun bermula, dan pada malam yang sama juga, terus aktiviti PAC dilaksanakan. Teringat kenangan kali pertama ke INTIM sebagai PESERTA PAC sebelum dilantik jadi PTD, dan kali kedua sewaktu menjadi FASI PESERTA - rujuk posting yang aku dilantik menjadi peserta tu.

Alhamdulillah kali ni bilik penginapan yang diberikan takde jiran misteri yang mengetuk dinding. Dengar-dengar ada jugak cerita spooky macam tu pada minggu sebelumnya. Syukur sangat. Kalau tak memang sah haru!

Seperti biasa kebelakangan ni, calon-calon lelaki pupus, dan dikuasai oleh calon-calon wanita. Mana pi lelaki taktau? Atau lelaki mudah dapat kerja berbanding wanita? Dan wanita dah takde kerja baru nak mintak PTD?

Rata-rata calon yang aku temui, "Kenapa nak jadi PTD? Best sangat ke jadi PTD?", jawapan yang cliche yang aku terima, "Nak berbakti kepada negara". Hallahai.....
Aktiviti? Hmm...jenis aktiviti kumpulan la banyaknya. Tapi dah beberapa PAC yang aku hadiri ni, terus terang calon-calon sekarang dah kurang ummphnya berbanding calon terdahulu. Aku rasakan sangat dry. Tu baru fasi, blom lagi penilai punya perasaan. Hmm..sangat kosong, datang PAC macam tak prepare apa-apa. Tinjauan kat blog-blog, forum-forum, rata-rata kata nervous la, cuak la, seram la. Cuak kebenda kalau mai satu benda pun tak tau?

Hmmm..satu lagi pemerhatian aku, ada la aktiviti-aktiviti yang memerlukan penggunaan bahasa omputeh, dan semestinya ada yang menggunakan BM. Time aku suruh cakap Melayu, sibuk nak tambah ayat omputeh,

"So...so....so...so jadi..."

"What we call that....?"

"Kita tak boleh buat macam ni because ...."

Kadang-kadang rasa macam nak tenyeh je mulut calon-calon ni. Menanah telinga aku dengar! Tapi bila aku bukak sesi dalam bahasa omputeh, takmo pulak cakap! Diam membisu. Cakap pun tunggang langgang. Nak kata omputeh aku hebat tidak la. Realiti, bunyi cengkerik pun aku boleh dengar sebab tak reti nak cakap omputeh.

Untuk bakal-bakal calon, renung-renungkan. Ini bukan sesi makan angin. Sesi ni anda dinilai. Heh...takmo cakap apa dah, cek dok sengap saja la. Nak cerita grooming, selesai. Knowledge, selesai. Anyway, PAC kali ni cukup menggembirakan aku sebab aku berjaya menamatkan larian 2.4KM dalam masa yang ditetapkan. Dulu memang tak kisah, memang boleh lari. Takat kategori B tu, boleh la. Tak sangka pulak dengan badan sebesar Disney On Ice ni, dapat pulak habiskan. Heh....15 minit rasanya ari tu. Huhu...

Lain-lain aktiviti aku takmo cerita. Sapa yang mai PAC, tau la macam mana keadaan. Tak gitu?

Kalau ke Kemaman ni tak sah kalau tak pergi kedai Sata kat area Pantai tu. Dan seperti biasa kali ni, kedai Sata menjadi tumpuan.
Ni keropok. Sata? Sata tu makanan tradisi la, macam Kuih Sorang Satu Saja kat INTURA aritu. Tak sempat nak snappy sebab dah tinggal kelongsong. Huhuhu..kat bawah ni ada pais, another fish delicacy from Pantai Timur.
Sedap seh...ikan yang fresh. Dikukus. Memang menjilat jari!

Kedai yang ada pun penuh dengan pengunjung. Maklumlah, cuti panjang. Rata-rata kereta bernombor bukan dari Terengganu. Kepala W, kepala B, tu yang banyak. Hmm..ni cerita satu kedai. Ada lagi satu kedai yang menjadi singgahan wajib ke INTIM. Haaa...Kedai Kopi Hai Peng kat bawah ni.
Terkenal dengan roti bakar, kopi, telur separuh masak dan macam-macam lagi makanan. Selepas sesi pagi tamat, berdedai-dedai ke HaiPeng, Masya Allah, ramainye pelanggan. Kena beratur nak duduk.
Roti kaya yang amat lazat, tengok jari jemari yang gemuk-gemuk belaka tu! Heh....
Serbuk kopi yang siap dibungkus untuk jualan. Boleh bawak balik ke destinasi yang dituju.
Nasi dagang yang lazat. Sebungkus tak cukup. Memang kena amek dua..
Para ahli haipengers...makan dan makan dan makan. Burp, kenyang seh...

Sehingga Ahad berkampung di INTIM, tibalah masa untuk pulang. PAC berikutnya? Mana pulak ye? Kata dah haram....bukan core business. Habutlah...apa aku peduli! Kenduri kawin tu pun bukan core business, siap kena paksa buat baju lagi. Takde sape pun simpati. Ni takat nak pegi PAC, baru ilang ari Jumaat petang sejam dua dah buat kalut, pegawai takdak.

Sumtimes aku tak paham la dengan sikap bos yang tak boleh hidup tanpa pegawai ni, sampai pegawai nak cuti pun tak dapat, nak pergi kursus pun tak lepas. Nasib la KPSU aku tak macam tu. Harapnya kalau aku jadi KPSU nanti, takde la aku berperangai macam tu. Ate, udoh le tu....