
Teruja? Talkshow? Motif Fendiosman sudah ada talkshow? Sudah mencapai tahap celebritykah? Anyway, thanks to Phachat atas idea yang diberikan untuk mencari tajuk siaran blog kali ini. Kisahnya tuan tanah baru saja balik dari Kluang sesudah selesai membantu pihak-pihak yang berkenaan melaksanakan tugas seperti di Sungai Petani dan Kemaman sebelum ni.
Untuk kali ni, aku rasa terkejut jugak bila ada insan yang menegur;

"Tuan, are u the blog writer?"
"Thanks for the useful tips given"
Ada silent reader jugak ye! Untuk yang membaca, terima kasih. Tapi takde la aku menulis yang bukan-bukan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Rasanya, gambaran mengenai program yang dianjurkan ini tidaklah sejelas mana. Cuma kepada sesiapa yang pernah hadir ke pusat-pusat berkenaan sahaja yang akan mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Jadi pada hemat aku tidak timbul kisah mengenai kebocoran maklumat. Mungkin pembaca yang membaca tulisan aku ni yang terlebih teruja dan mengatakan aku pulak yang teruja. Tak gitu? Dengar-dengar malam tadi ada orang dok belek blog ni sampai jauh malam! Takpelah, sape makan cili, biarlah dia yang terasa pedasnya. Oh ya, untuk pembaca yang terasa hati dengan tulisan aku sebelum ini yang katanya terkandung perkataan yang kurang sesuai dan yang sewaktu dengannya, aku mintak maaf atas ketidakselesaan itu. Sesungguhnya, aku ni mai dari utara, cakap memang kasaq sikit. Kalau nak sentap....pi ambik kitab! Hehe...

Alkisah cerita mengenai talkshow ini timbul tatkala aku mengendalikan salah satu sesi yang dijadualkan berlangsung. Dan seperti biasa sebelum ini, aku mengendalikan sesi dengan berjenaka dengan para peserta untuk meredakan ketegangan. Tapi malang untuk kali ini, hasrat aku untuk melakukan perkara yang sama mendapat komen dari pihak tertentu.

"Kenapa dia buat talkshow?"
Prinsip aku, adil dan saksama. Kalau A dapat 5 minit untuk bersedia, B pun akan dapat 5 minit. Tapi kalau A selesai dalam 3 minit, aku takkan teruskan dengan B sebab B tak dapat masa 5 minit seperti yang aku berikan kepada A. Jadi, untuk mengisi masa 2 minit itu, takkan la aku nak biarkan bilik acara sunyi sepi? Aku sebagai pemudahcara, sudah pasti akan meredakan ketegangan, sebagaimana yang aku perhatikan sewaktu aku sendiri menjadi peserta sewaktu tahun 2004 yang lalu. Tapi, hasrat itu telah disalah tafsir, dan di penghujung kisah, aku dikatakan teruja dalam mengendalikan sesi. Aku yang teruja? Atau orang yang membaca yang terlebih teruja? Tepuk dada tanya selera.

Selesai bab talkshow ni. Cerita-cerita program ni selesai takat sini saja. Untuk yang terasa hati, mintak maaf banyak-banyak. Tak perlu dibesar-besarkan perkara ni. Kalau tak suka, datang jumpa aku in person. Tell me directly secara profesional. Bukan dengan cara melatah, lepas tu nak menyalak di sana sini.

Enough said, alang-alang ke Kluang, kali ni kita lupakan pasal Kedai Kak Esah, lupakan juga pasal Kluang Station yang telah aku garapkan dalam posting aku sebelum ni. Aku nak bawa para pembaca sekelian ke kedai menjual pinggan mangkuk tanah liat di Air Hitam, berhampiran dengan Kluang.

Perjalanan aku ke Kluang kali ni ditemani oleh Incik Cleo Eligible Bachelor (tapi la ni taken oledi maaa, sudah kawin!). Jadi, aku perkenalkan dia ke tempat membeli pinggan ini. Kisahnya sewaktu aku bersemayam di takhta Kem SB satu masa dulu, sewaktu aku sentiasa berulang-alik ke Johor Bahru menggunakan kenderaan hitam bernombor ZZ, aku telah dibawa ke tempat ini. Jadi, hati aku sentiasa menanam hasrat untuk kembali semula, dan hari ni kebetulan dah lalu, singgah la.

Incik Cleo sampai rambang mata memilih pinggan. Maklumlah, selautan pinggan berjenama Claytan tersaji di depan mata. Tapi, ni produk yang reject untuk pasaran luar. Kena pandai memilih supaya kecacatan yang ada tidak ketara kelihatan. Aku pun tak ketinggalan membeli pinggan bersegi empat untuk koleksi di rumah.

Di penghujung cerita, dengan wajah yang ceria, dengan badan yang letih, masa untuk kembali ke destinasi asal. Untuk Incik Cleo, terima kasih atas masa yang telah anda luangkan. I appreciate that very much.
Untuk silent readers sekelian, kalau nak baca, teruskan. Tapi kalau terkena batang hidung, jangan pulak over-reacted! And for those participants yang kenal, thanks for acknowledging me. Keep on reading....
14 comments:
ngeh ngeh ngeh..nie mmg last PAC ke tuan fendi?hiks..time kat intura ari tue ok pe..tak de la ketaq bagai nak gila sangat when u made jokes..tapi time english punye public speaking, fasi pompuan tue giler serius..bila cek cakap kat depan blurr..ngeh ngeh ngeh
SHAZLIN
kat kluang ni kira last dah untuk siri ni. hmmm....pasai takmau bagi nervous la kami buat jokes segala, kalau tak participants semua tension. membantu namanya, tapi kali ni ada orang komplen pulak! takpa lah, orang bagi cadangan kita terima saja...
Saya Yang Menurut Perintah
Ini sudaa baguss....skit hari lagi Oprah Winfrie & David Letterman tk leh cari makan wooooo.
Per2 pun keep up the good works, benda baik kena teruskan ler. Hnya org2 yg kurang memahami jer yg akan memperlekehkan kerja2 baik yg kita lakukan.
Saya Yang Menurut Perintah Jugak...
En Pendi,
tsk... tsk... tsk... Ko boleh pasang tracker x sape yg access blog ko ni? Baru tak timbul pepatah
"baling batu sembunyi tangan" atau "bagai anjing menyalak ke bukit"<--- betul ke aku guna ni? aku pasti tidak tapi sbbb ko slalu guna perkataan menyalak menyebabkan aku teruja dgn peribahasa itew... ;-)
tidak le jelas cerita iri iri ati dalam post ni, tapi faham la demi menjaga ati sesetngah pihak lain kan. tapi kalau aku masa handle PA sama la nak cukup kan 5minit jua. biasanya nye senyap je, pasal nak bg peluang calon tu concentrate jua. "diff country diff policy". heheh but both is ok. =)
sememanjung sudah abis pusing, try la PAC sarawak ke sabah ke, something nice and diff.
balik johor nanti nak singgah ler kedai pinggan mangkuk kak senah nih..... macam cantik2 pulok.... sesuai buat kenduri kendara....
CYBERNATICS
camni la...apa yang orang kata tak baik, aku cuba tambahbaikkan. Mungkin kalau ada rezeki terpilih untuk PAC akan datang aku cuba diamkan diri membisu seribu bahasa.
PHACHAT
memang boleh track pun. tapi kalau aku melatah macam orang yang membaca tu, pikiran aku kiranya sama dungu macam dia la jugak!
AZANOV
aku dah berkali-kali ke sana! jadinya takde keperluan untuk mohon PAC kat seberang semenanjung itu!
hehehehe
BANG SHIDI
silalah beli! orang tau bang shidi memang suka pinggan mangkuk! hiks
tariq, itu ler namanye kreativiti masing2 masa handle certain aktiviti..katanya bertugas sebagai pemudahcara..lagikpun, takkan ler kiter berlaku tak adil bagi sesetengah calon..sesukasuki jer nak menetapkan masa..lau sorang tue bercakap 45saat, tak ke haru...
mr cleo muahahahaha... memang la.. masa bebudak UITM datang pun sibuk la nak ngambek gambo ngan mr cleo tuh..
aku jumpa hari hari.... tak heran dah *lariikkkk*
kt belah mana plak kedai pinggan mangkuk ni sbb everytime sy ke kluang dok pulok nampok signboard tuh...yg jelas kelihatan dimana-mana kt Air Hitam tu, tk lain tk bukan...kedai jual kerepek.
Kebetulan dh baca blog ni, mmg tingin nk pi buat lawatan muhibbah ke tmpat jual pinggan claytan nih...
AYUNIE
aku buat sebagaimana yang diarahkan la. to facilitate, not to frustrate. tapi kalo orang tak leh terima, takpalah...cek dok tepi saja...
ANGAH
aku pun tak heran jugek! sebab aku laaaagi comel dari dia. kan kan angah kan?
*Laaaaariiiikkkkkk
DINA
kedai ni kat air hitam. kena pegi kat pekan air itam, area jual jajan segala tu. cari stesen minyak caltex, terus ke depan dalam 2-3 kilometer. kat sebelah kanan jalan akan nampak signboard itu
bukan setakat pinggan mangkuk jer yg i suka.... mangkuk-hayun pun i suka sekali.... motif??? haruslah teruja nak pi sana ni nanti.....
BPR kah?
cayalah .. dalam diam2 ada silent reader .. harus lepas nih makin bertambah pemes ..
:D
Aku pun nak menyalak gak...worf worf..hahaha..
Tak paham aku org Malaysia ni..sikit-sikit kutuk..kalau tak mengutuk dalam sehari tu, bole gatal-gatal mulutnya mungkin.
Nway..apesal aku x pernah kena handle PAC?? Nie yang aku jeles nie..jadi LO je 3-4 kali..tu pun sekarang dah pencen..
Post a Comment