Monday, May 26, 2008

Baru Hang Ada Akai Noooo....

Adapun kisah yang Fendiosman nak ceritakan ini berlaku sebentar tadi tatkala Fendiosman diarahkan untuk menghadiri mesyuarat penyelarasan jawapan parlimen di Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. (Sorry for the poor picture quality, aku guna kamera henset)

Sekarang ni, jawapan untuk soalan yang ditanya di parlimen dah tak macam dulu, sekarang kena bagi lebih perhatian untuk melayan kehendak setiap ahli parlimen yang dipilih oleh pengundi untuk mewakili kawasan masing-masing. Seawal jam 4 pagi, telefon aku berdering dengan pesanan ringkas (SMS) - (3 mukasurat tu ringkas ke?) meminta maklumat tambahan berkenaan soalan yang ditanya. Agaknya waktu tidur tu aku boleh bagi jawapan kot?

Masuk pejabat seawal pagi, dah bergegas aku mengadap SUB untuk meminta penjelasan dan maklumat berkenaan apa yang diminta oleh urusetia parlimen Kementerian. Ambil maklumat, dan mula bekerja, macam tak cukup tanah rasanya bila maklumat yang diminta tu diarahkan supaya sampai ke tangan TB Timbalan sebelum 9 pagi. Dah sakit dada.....dengan kerenah Pegawai Tak Berapa Tinggi kat tingkat 9 tu lagi. Alahai. Sabar je la!

Selesai membuat kerja-kerja, bergeraklah aku ke Jalan Cenderasari, kononnya nak bermesyuarat kat situ. Tapi sebelum tu, sempat aku singgah ke pejabat Makcik Berdedai yang baru di Cenderasari. Terpancar wajah kegembiraan Makcik Berdedai lepas keluar dari BSM ni. Nasihat beliau sewaktu aku menceritakan kisah ini kepadanya, macam biasa;

"Sabar je le....tak boleh sabar...redha je le"

Pakaian aku hari ini, lazimnya kalau ke Cenderasari, hanya kemeja kerja tanpa blazer ataupun suit lengkap tanpa menduga peristiwa yang bakal berlaku selepasnya. Pegawai yang hadir masing-masing membawa maklumat yang diperlukan. Macam biasa, aku dengan muka toya masuk ke dalam bilik tersebut menyertai lain-lain pegawai yang sedia menunggu ketibaan YBTMK.

Masa berlalu, kelibat YBTMK tak kelihatan. Sedang enak aku mengelamun, terdengar satu pengumuman dibuat;

"Mohon maaf tuan-tuan dan puan-puan. YBTMK mohon semua pegawai ke Parlimen sekarang untuk bermesyuarat di sana"

Parlimen? Huk...aku pandang ke bawah, melihat baju yang dipakai. Damn! Bukan tak lawa, cumanya adat masuk parlimen biasanya bersuit. Dalam hati aku terdetik;

"Macam mana la aku nak masuk kalau takde suit! Malu camni!"

Bendanya tak salah kalau takde suit sebab tak masuk ke dalam Dewan Yang Mulia itu. Tapi janggal, kekok. Macam masuk ke majlis yang salah. Menggelabah dengan tiba-tiba. Disebabkan kalau aku takde nanti soalan tu tak dapat dibincangkan, aku redah jugak masuk ke dalam parlimen. Macam biasa, mata tetap memerhati aku dari atas ke bawah. Walaupun muka ni terpaksa ditebalkan, tapi demi menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawabkan, aku teruskan juga. Tapi, ada pengajaran yang perlu diambil dari peristiwa ini.

Yeah..aku bukan asyik nak tuding orang salah sana sini, at the same time aku juga belajar dari kesilapan yang aku buat sendiri. Sendiri buat sendiri tanggung. Sometimes, kita akan belajar bila benda tu terkena kat idung kita sendiri. Kan?

Next time, dalam kereta bukan setakat kena standby blazer, tapi dengan benda-benda mustahak seperti batik, baju melayu lengkap, tuala, toiletries, kasut, dan benda-benda yang dirasakan perlu untuk kecemasan seperti yang berlaku kat diri aku tadi.

Selama ni bukan aku tak tahu, tapi saja buat-buat tak tahu. Bila dah kena baru hang ada akai nooooo! Padan muka! Muahahahaha....

13 comments:

Angah said...

sangat setuju... kereta aku adalah almari kedua aku...boleh bukak cawangan KESKI ngkauuuuuu

Adi Osman said...

ANGAH

kau dah mintak permit francais dari musaddiq ke blom?

phachat said...

yupp FENDI... kena tgk la keje ko camne, kan?tak ke glabah puyuh kalu berlaku keadaan yg x diduga cenggitu...

Shah said...

Lagi mudah kalau kau sorokkan blazer kat atas siling kat toilet parlimen tu aje. Bila2 nak pakai dah ada kat situ menanti - tapi ada bau sikit la kot hahaha

Adi Osman said...

PHACHAT

Puyuh kah? Ish...aku ni bukan saiz2 puyuh dah! Hiks...

Dalam banyak2 menatang pasai pa puyuh noh?


DR SHAH

sorok dalam toilet? hiks...macam kau penah buat je! hehehehe

Rush Murad said...

pic kat parlimen tak dak kah? lagi satu, pi mana2 jangan lupa bawa kamera.... macam wajib gitu for bloggers... next time ambik pic dari aras atas naaaa..... :O

nashriza said...

haha...dah mcm wardrobe la pulak ye...saya dulu mcm tu jugak la..dgn selipar untuk ke masjid...n brg2 untuk ke pejabat..haha

phachat said...

hahak, aku pon tatau... aku slalu dgr dr sekor bdk DPA kte gak psl glabah puyuh ni. mebi ko bela sekor, then ko ancam nk semelih beliau. mungkin masa tu ko dpt lihat keadaan 'gelabah puyuh' yg sebenar??

X-weatherman said...

Aku memang selalu ready blazer kat dalam keta..tapi time ari khamis selalu gak kantoi..orang lain pakai baju batik, aku sorang je pakai kemeja lengkap bertali leher..

Errr..Enche Tariq..awat hang makin kembang aku tengok noo??

**larikk**

perantau.tt said...

bro, buat networking ngan mamat parlimen. ko tinggal kan je blazer ko kat opis dia kat situ... tapi sah2 kene satu suit lengkap kan.. kang seluar kaler hitam, blazer coklat.. org pandang ko gak atas bawah... tak pi dpa kot.. hahah

kat sini dah mula panas.. kalau kuar opis pakai suit lengkap mau masak aku rasa.. 45celcius dah ko tau

Cybernetics Mind said...

Salam Tuan...lama tak hapdett nehh, c buk memanjang gamaknya. Bila bacer jer posting ingat lagi satu ketika tu masa aku ngan DO aku sama2 attend meeting dgn MB Dato' Seri Ir Nizar. Nak tahu apa yg jadik....?? Ari tuh ari Jumaat, meeting plak dgn MB kat SUK....DO boleh lupa bwk songkok plakk...haru betoi...last2 pinjam songkok orang lain....sekali tengok macam kapallll daaa. Sian DO aku tuh....Sejak tu aku pun jadi phobia...terus letak songkok dalam keter....hahahahah

MOLY said...

jadikan kereta anda rumah kedua yer ...

:D

hensem tuh .. macho lagi gagah perkasa gambar last tuh .. pewitt !!!

Adi Osman said...

BANG SHIDI

kat dalam parlimen, orang tak amek gambo melainkan orang-orang yang melawat je! huhuhu....malu ah nak bergambo!


NASHRIZA

ha ah...almari bergerak katanya


PHACHAT

boleh dipraktikkan ni!


X-WEATHERMAN

kembang? huhu...memang kembang pun. takpe..aku tak terasa ati! tapi tunggu ek! akan kulakukan sesuatu.


AZRAL

kau pakai je jubah ala2 tok arab tu! memang aircond...nak nak binatang peliharaan dalam seluar tu, perlukan pengudaraan yang sempurna.
hiks..


CYBERNATICS MIND

cian DO kau...
ehmm...memang kalau bizi aku payah sikit nak hapdet. Nak-nak keadaan kucar-kacir kat pejabat ni!


LILYLULU

gagah perkasa? hohoho....biasa2 je tu! pose gedik namanya!