Kalau selama ni aku menjadi urusetia kursus, kali ni tiba masa untuk aku pula berkursus. Untuk urusetia kursus di Bahagian Pengurusan Latihan, thanks for inviting me and I really appreciate the opportunity given. Walaupun pada mulanya kehadiran aku ke kursus ni agak kontroversi (ye la...aku asek kuar je manjang) tapi atas justifikasi yang tertentu, aku berjaya meyakinkan TSUB yang aku amat perlukan kursus ni. Dan keperluan itu terbukti apabila menduduki ujian yang dijalankan sewaktu kursus berlangsung.

Kursus ini dinamakan kursus pengurusan stress, satu kursus generic roadmap untuk PTD yang berkhidmat di KKM. Dengan kursus seumpama ini, sekurang-kurangnya aku dapat kenal apa masalah dengan diri aku sebenarnya. Kat mana kursus ni dibuat ek?

Hmm...kalau dah nampak kapal terbang tu mesti la terbang ke satu destinasi yang agak jauh. Terengganu? Sarawak? Johor? Sabah? Pulau Pinang? Pahang? Heh...jeng jeng jeng....

Untuk kesekian kalinya, aku menjejakkan kali ke Langkawi. Tahun lalu, aku sempat dijemput untuk kursus Sistem Belanjawan Terubah di Citybayview. Makanya selepas berkampung 2 hari di parlimen, pada hari Rabu, terbanglah aku ke Langkawi bersama 20 orang peserta yang lain untuk mengikuti kursus yang dirangka khas untuk pegawai-pegawai di KKM ni.
Itinerary? Moh kite tengok kat bawah ni...

Setibanya di Langkawi, terus kami ke tempat berlangsungnya kursus. Kali ni, bukan lagi di bandar Kuah. Almaklumlah orang gomen kalau makcik-makcik tu slalunye nak tempat senang shopping. Eh...nak shopping ke nak kursus? Huhu...kali ni kursus berlangsung di Kampung Tok Senik Resort.

Resort view...
Room view

Makan place view...
Kampung Tok Senik Resort ni terletak di tengah-tengah kampung. Sangat sesuai dan mendamaikan untuk sesiapa saja yang mencari ketenangan. Suasana kampung, sunyi, damai dan menyenangkan sesiapa saja yang berkunjung ke sini.

Sementara menantikan kursus bermula sebelah malamnya, apa lagi, jalan-jalan la! Kuah? Tidak.....moh kite naik kereta kabel kat Gunung Matcincang! This is my second time riding the gondola. Kereta kabel ni scarry sikit kalau nak dibandingkan dengan kat Genting. Sangat curam. Aku takmo cerita banyak-banyak. Pictures will tell you guys the whole story!

Curam kan?

The infamous Jambatan Gantung. Tinggi seh...kalau angin tiup ada gegar2. Gayat!

Kabus...kalau waktu cuaca cerah, pemandangan cantik sangat!

View from the top

Wajah ceria kat puncak...

Heh..cukup dengan sesi lawatan. Penat jenjalan, meh kita tengok apa pulak kandungan kursus!
As usual, tak sah kalau kursus takde interactive lectures. Slalunye aku memang enjoy kalau generic course ni. Tak macam functional course, sangat membosankan dengan nota-nota yang selambak. Nak pulak kalau lecturer bosan. Memang ting tong la dalam lecture room.

The most interesting part was the stress level test. And surprisingly, my stress level was very high. Not only at workplace, but in my daily life. After all, what the consultant said was;
"you look happy but you are not. you do that on purpose, because you want to hide your stress feelings"
As per advised;
"maybe you should talk to your superior, to place you somewhere else. it could ruin your life"

Indeed, it is very true. Kalau kat opis aku tertekan dengan keadaan politik pejabat yang sangat merungsingkan. Di rumah, aku terganggu dengan peristiwa hujung tahun lepas. Orang mungkin tak nampak tapi aku dapat rasakan keadaan aku ni.
Heh...cukup la tu. Kang ada pulak yang kata aku nak mengundang simpati.

Another part of the course was Yoga. Yoga? Pasai apa yoga? Perhaps, kalau tertekan, ia dapat dikurangkan dengan teknik pernafasan yang betul. Heh....lipat kiri, lipat kanan, lipat gunting! Lipat gunting tu apa ek? Jeng jeng jeng...siap ada lotus technique, belalang la, memacam. Rasa cam pegi kelas Kama Sutra lak. Aiyooooo....tapi, secara keseluruhannya amatlah menyeronokkan.

Setengah hari dengan kelas yoga dan teknik pemakanan ni amatlah membantu sedikit sebanyak dalam mengurangkan stress. Tapi tu la kan, lipat kiri lipat kanan, hah....mrasa la sakit-sakit satu badan! Hahaha....Apa pun, kursus ni banyak mengajar aku mengenai menyayangi diri sendiri. Hmm...3 hari berkampung, tibalah masa untuk balik. Pengalaman 3 hari di Langkawi dalam kursus tu amatlah bermakna.
10 comments:
Wah...beryoga bagai?....Tak semput ke ko dibuatnya? Anyway, Kg Tok Senik tu memang best dan seswai sesangat untuk menghilangkan stress!
wah.... opis ko leh kuar2 lagi, ek??? opis kami nk bergerak pon dh kena piat!
kelas kama sutra? ko penah pegi kt mana PENDI?
;-)
ORANGRAWA
tak semput tapi rasa badan macam plastik!
lipat kiri lipat kanan....terlipat lipat macam kueh lepat. pasni memang fendiosman jadi elastik la kot! hahaha
matila plastikman...
PHACHAT
kalau yang melibatkan seluruh malaya, boleh buat kat luar as long as berbelanja dengan baik dan berhemah.
jadinya peserta2 ni semua datang dari seluruh malaya......takde hal la!
yang penting, aku dapat naik kabel kar! lalalalala
aku sangat STRESS sebab tak dapat gi kursus tu dengan korang :(
bumi mana yang tidak ditimpa hujan, resort mana yang fendiosman tak pergi..
ZYRIN
ala jangan la stress...bukan ke ko hepi dapat g kenduri?
KHAI
ada jugak resort yang aku tak pegi lagi! contohnye.....
resort kat gua itek ke...
laaariiikkkk
aku stress la .. stress tgk ko berfoya2 pi kursus kat langkawi.. hehe
wah .. ke langkawi pulak ...
nak gi kursus !!!
nak itut .. nak itut !!
:D
AZRAL
bukan poya-poya la...ni sungguh2 haaa
nak tunggu poya-poya tengok posting ujung bulan ni! hehehehe
LILYLULU
dah balik dah...ceklat banyak aaa mau ka?
woiii... hujung bulan?? hang pi berjalan dengan edd, yerk??? wahhh!!
Post a Comment