
Semalaman di Cherating cukup untuk menenangkan fikiran aku dan pada keesokan harinya, perjalanan diteruskan ke INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) di Monica Bay (nama melayu Teluk Mak Nik - motif mak nik jadi monica?) untuk sesi seterusnya bagi PTD Assessment Centre (PAC) bagi minggu yang kedua. Ehm...lepas ni dah macam tak dapat pergi PAC lagi, dah diharamkan TKSU sebab bukan core business KKM katanya! Habis tu, kenduri kawin tu core business la? Huh....

Suasana di Monica By memang menenangkan macam di Cherating jugak. Entah lah, lately memang aku suka tengok laut, duduk di tepi laut, baring kat tepi laut. Kalau dapat keje tepi laut kan best! (Kan Gina kannnn?)

Dan untuk sesi kali ni, seperti biasa rakan seperjuangan warga 334 masih lagi menjadi dominan dalam sesi pemilihan tersebut. Rafting kah? Seperti biasa, sesampainya di INTIM acara taklimat pun bermula, dan pada malam yang sama juga, terus aktiviti PAC dilaksanakan. Teringat kenangan kali pertama ke INTIM sebagai PESERTA PAC sebelum dilantik jadi PTD, dan kali kedua sewaktu menjadi FASI PESERTA - rujuk posting yang aku dilantik menjadi peserta tu.
Alhamdulillah kali ni bilik penginapan yang diberikan takde jiran misteri yang mengetuk dinding. Dengar-dengar ada jugak cerita spooky macam tu pada minggu sebelumnya. Syukur sangat. Kalau tak memang sah haru!

Seperti biasa kebelakangan ni, calon-calon lelaki pupus, dan dikuasai oleh calon-calon wanita. Mana pi lelaki taktau? Atau lelaki mudah dapat kerja berbanding wanita? Dan wanita dah takde kerja baru nak mintak PTD?
Rata-rata calon yang aku temui, "Kenapa nak jadi PTD? Best sangat ke jadi PTD?", jawapan yang cliche yang aku terima, "Nak berbakti kepada negara". Hallahai.....

Aktiviti? Hmm...jenis aktiviti kumpulan la banyaknya. Tapi dah beberapa PAC yang aku hadiri ni, terus terang calon-calon sekarang dah kurang ummphnya berbanding calon terdahulu. Aku rasakan sangat dry. Tu baru fasi, blom lagi penilai punya perasaan. Hmm..sangat kosong, datang PAC macam tak prepare apa-apa. Tinjauan kat blog-blog, forum-forum, rata-rata kata nervous la, cuak la, seram la. Cuak kebenda kalau mai satu benda pun tak tau?
Hmmm..satu lagi pemerhatian aku, ada la aktiviti-aktiviti yang memerlukan penggunaan bahasa omputeh, dan semestinya ada yang menggunakan BM. Time aku suruh cakap Melayu, sibuk nak tambah ayat omputeh,
"
So...so....so...so jadi..."
"
What we call that....?"
"Kita tak boleh buat macam ni
because ...."
Kadang-kadang rasa macam nak tenyeh je mulut calon-calon ni. Menanah telinga aku dengar! Tapi bila aku bukak sesi dalam bahasa omputeh, takmo pulak cakap! Diam membisu. Cakap pun tunggang langgang. Nak kata omputeh aku hebat tidak la. Realiti, bunyi cengkerik pun aku boleh dengar sebab tak reti nak cakap omputeh.
Untuk bakal-bakal calon, renung-renungkan. Ini bukan sesi makan angin. Sesi ni anda dinilai. Heh...takmo cakap apa dah, cek dok sengap saja la. Nak cerita grooming, selesai. Knowledge, selesai. Anyway, PAC kali ni cukup menggembirakan aku sebab aku berjaya menamatkan larian 2.4KM dalam masa yang ditetapkan. Dulu memang tak kisah, memang boleh lari. Takat kategori B tu, boleh la. Tak sangka pulak dengan badan sebesar Disney On Ice ni, dapat pulak habiskan. Heh....15 minit rasanya ari tu. Huhu...
Lain-lain aktiviti aku takmo cerita. Sapa yang mai PAC, tau la macam mana keadaan. Tak gitu?

Kalau ke Kemaman ni tak sah kalau tak pergi kedai Sata kat area Pantai tu. Dan seperti biasa kali ni, kedai Sata menjadi tumpuan.

Ni keropok. Sata? Sata tu makanan tradisi la, macam Kuih Sorang Satu Saja kat INTURA aritu. Tak sempat nak snappy sebab dah tinggal kelongsong. Huhuhu..kat bawah ni ada pais, another fish delicacy from Pantai Timur.

Sedap seh...ikan yang fresh. Dikukus. Memang menjilat jari!

Kedai yang ada pun penuh dengan pengunjung. Maklumlah, cuti panjang. Rata-rata kereta bernombor bukan dari Terengganu. Kepala W, kepala B, tu yang banyak. Hmm..ni cerita satu kedai. Ada lagi satu kedai yang menjadi singgahan wajib ke INTIM. Haaa...Kedai Kopi Hai Peng kat bawah ni.

Terkenal dengan roti bakar, kopi, telur separuh masak dan macam-macam lagi makanan. Selepas sesi pagi tamat, berdedai-dedai ke HaiPeng, Masya Allah, ramainye pelanggan. Kena beratur nak duduk.

Roti kaya yang amat lazat, tengok jari jemari yang gemuk-gemuk belaka tu! Heh....

Serbuk kopi yang siap dibungkus untuk jualan. Boleh bawak balik ke destinasi yang dituju.

Nasi dagang yang lazat. Sebungkus tak cukup. Memang kena amek dua..


Para ahli haipengers...makan dan makan dan makan. Burp, kenyang seh...
Sehingga Ahad berkampung di INTIM, tibalah masa untuk pulang. PAC berikutnya? Mana pulak ye? Kata dah haram....bukan core business. Habutlah...apa aku peduli! Kenduri kawin tu pun bukan core business, siap kena paksa buat baju lagi. Takde sape pun simpati. Ni takat nak pegi PAC, baru ilang ari Jumaat petang sejam dua dah buat kalut, pegawai takdak.

Sumtimes aku tak paham la dengan sikap bos yang tak boleh hidup tanpa pegawai ni, sampai pegawai nak cuti pun tak dapat, nak pergi kursus pun tak lepas. Nasib la KPSU aku tak macam tu. Harapnya kalau aku jadi KPSU nanti, takde la aku berperangai macam tu. Ate, udoh le tu....
14 comments:
makan telur rebus kaaaahhhh??? ni mesti dah banyak tenaga hilang ekkk? main congkak kah???? larikkkkk.......
Hi Fendi...
Betul ke kalau orang yang terlalu gemuk memang takkan lulus PAC ini??
Larian 2.4km tu kalau tak lepas akan automatically gagal PAC ker?
Takde fakta pun org tlalu gemuk takkan lulus PAC. tapi kalau not fit dan tak cukup cergas, lembab je kan, 90% gagal la. So ibaratnya kalau gemuk tapi boleh 2.4km bawah 15 minit tu pasti no problem. kwang kwang kwang....
Fendi, teringin nye nak mlantak speciality2 kemaman: haipeng, leko, otak2, sata, nasi air... perghhh. dah terliur dah ni beb.
tariq, mana lagik umpphhh..kopi hai peng kah kopi kluang kah???
Sapa KPSU yg taknak bg pegawai g kursus tu??? teruk betul!!! iskkk.... tak dapat dibayangkan kehidupan pegawai tersebut... oh wait... boleh kut. hehehe.. :P
kudos on ur blog! :)
tudia cik fendi..mau saya mmg tak dapat dah PTD..tobat tak mintak dah..cita cita nak jadi cikgu ja..tak pnah tebayang pun PTD.siap kata pungkoq wooo..hohohho..laser gak no encik fendi nie..PTD kena macam nie ka?hohoho
TAYO,
ntah boss siapa ntah tak bagi anak buah dia kuor. ni yang membuatkan aku berdoa nak memangku walaupun tak bersedia nihhhh...
... tak tahan dah. tiap2 hari dok buat dosa mengumpat & marah2 orang...
... ke manakah hilangnya janjiku pada en. mat? huhuhu...
BANG SHIDI
main congkak ke?
isk cuaca tak elok, nak main congkak pun tak boleh. ujan lebat kat cherating malam tu. siap ribut lagi. tapi ada indoor game lain...
telur rebus tu makan pasal tengok depa hat lain makan sedap sangat. penat memandu mungkin punca jugak!
ZAIREEN
no harm trying. takde dalil pun kata gemuk tak akan dapat jadi PTD. yang penting mesti fit! pasal tu larian 2.4 dibuat. nak tengok fit ke tidak. kalau tak fit nanti kat INTAN waktu DPA lagi payah! banyak aktiviti berat! sah kena lanyak nye! kat tentera, kat bomba, kat obs, kat polis...dan macam macam lagi...
AZHANOV
aku setuju dengan pandangan ikhlas hang ni.
hmm...aku dapat habiskan larian ittewwww...hang mampu dak? hehe takat jual mapiau kat checkpoint tengah2 tu...budak tadika pun boleh buat! hiks
hmm rugi tak pi INTIM..best giler!
AYUNIE
dua dua ada speciality memasing. tapi cek prefer haipeng lagi.
ADNIARIFF
thanks for leaving marks on my comment carpet! hehehe....KPSU ke KPSUK? opssss.....sapa ek?
dengan suara yang besar "saya tak cukup pegawai la...."
ALINA
tak semua PTD macam cek. cek ni pasai dah geram dok tengok, pasai tu cek kata! ada hat jenis diam seribu bahasa, ada yang mulut azab macam cek. macam-macam adaaaaa
ZYRIN
aku pun dan dan je rasa nak memangku walaupun batch hang tak naik lagi memangku!
nak lari dari sini!
somebody safe me!
ohh kopi haipeng dan roti kaya nye... memamng melelh beb. pernah sekali aku pi ganu, then nak singgah kopi haipeng.. sekali dia tutup daa... frust giler..
wei azanov.. bile nak update blog ko tuh..? hehehe... alah sian.. plan tak jadi ek...
hujung minggu lepas aku ada kat kuantan.. tak teringat langsung ada PAC kat Kemanan.. kalo aku ingat sure aku pegi jumpa korang... aku pun berkampung kat Hai Peng 3 hari kat Kuantan tu huhuhu puas aku..
Setuju la bila merayau blog n forum tu macam ye ye jek...yang aku menanah tu bila baca statement "aku pegi nak test market jer"
haku nk ke intim plak next week ni, la la la la.... time kasih la atas kewujudan blog jln-jln carik mkn nie yek :)
jom ayu, kite haipeng gak..
Boss hang fomfuan kah... sangka baik jer lah... dia takleh hidup tanpa hang dan hang adalah pegawai terbaik yg bakal menggantikan dia nanti.. kalau dia ditukarkan sebab tak berupaya menjadi ketua yg baik... kalau hang sangka baik... hilang stress... use her.. cammon...hasutan nih!!!
AZRAL
moh le jadi fasi lagi! mesti dapat pegi haipeng...minggu ni ke kluang lak!
ANGAH
kat kuantan pun ada Hai Peng ek?
Kat belah mana ye? Tunjukkan ku jalan!
HANIE
Hati hati tau kat INTIM...ada kisah misteri! jeng jeng jeng
BERUANG MADU
kisah bos tu bukan bos aku
tapi bos orang lain! bos aku pompuan gak, tapi sempoi je....
kan puan Hasma kan?
sedap nya tgk roti kaya tuh
alahaiiiiiii ...
lapo la pulak kan ..
hahaha
:D
Post a Comment