Monday, June 16, 2008

My New Old Look....

Hari ni posting aku takde nak mengomel membebel panjang-panjang. Sori la ek, last week sempat sekali je aku update blog. Bizi, dan tak berapa nak sihat badanku, sampailah aku mengadap Cik Spongebob Squarepants Kaunselor. Terurailah isu yang menjadi beban kepada benakku selama ini.

Hari ni Fendiosman nak meminta para pembaca sekelian membuat comparative study mengenai penampilan Fendiosman.

Adapun dikisahkan Fendiosman sememangnya seorang yang rabun semenjak dari darjah 5 lagi. Dan pada waktu itu, hanya cermin mata tebal yang menutupi wajah Fendiosman. Masa beredar, Fendiosman makin membesar, dan kanta sentuh menjadi pilihan Fendiosman sebab tiada cermin mata yang sesuai dengan wajah Fendiosman yang bulat dan mata Fendiosman yang besar.

Selama ini memang Fendiosman akan bercermin mata sewaktu ujung minggu dan tatlaka berada di rumah. Dan, sebagaimana pernyataan yang telah dibuat sebelum ini, wajah Fendiosman diibaratkan bagaikan Betty tanpa pendakap gigi apabila mengenakan cermin mata. Namun usia cermin mata Fendiosman itu sudah memakan tahun, usang dan kusam.

Dan nak dijadikan cerita, minggu lepas Fendiosman mengajak Cik Sincere dan Cik Spongebob ke kedai cermin mata untuk membuat cermin mata baru di Alamanda. Lebih sejam diambil untuk memilih bingkai yang sesuai (walhal biasa je....) untuk wajah Fendiosman.

Hari ni, Fendiosman memakai cermin mata tersebut ke pejabat. Kesannya lebih kurang begini la kalau Fendiosman bercermin mata:-Soalan Fendiosman....sila ulas wajah Fendiosman bercermin mata tebal dan bandingkan dengan wajah Fendiosman tanpa bercermin mata.

Monday, June 09, 2008

Semput? Dia mai dahhhh....

Kuingatkan zaman asma melanda sudah berlalu untuk diriku, tapi alahai...sudah nasib, benda yang aku taknak ni datang kembali menyerang. Mungkin gara-gara terlalu stress, dan terlalu giat berlari 2.4 KM di setiap siri PAC yang aku sertai tempoh hari.

Adapun, pada hari PakLah mengumumkan kenaikan harga minyak yang mendadak itu, sewaktu perjalanan pulang ke rumah, aku merasakan nafasku tidak tentu hala. Sesak, dan dadaku menjadi ketat. Lantas aku mengajak Sang Hansuari ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Masuk bilik GP, diagnose, terus dia bagi kat aku neb.

"Encik ada asma ke?"

"Ish....dah lama tak kena ni, saya pun taktau dokter.....mungkin dokter boleh bantu saya mengesan penyakit ni"

"Encik...apa kata saya referkan encik ke Hospital Serdang, buat check up, x-ray yada yada yada..."

Aku pun tak berapa ingat sangat apa yang dokter cakapkan sebab khusyuk menyedut udara segar ventolin yang dipamkan ke hidungku.

Selesai rawatan, terus sahaja ke hospital Serdang. Hmmm...hospital, penuh dengan manusia, sampai sejam rawatan semput aku tak lagi dirawat. Alhamdulillah, bila ke klinik tadi dapat la mengurangkan keketatan dada aku ni. Lantas aku mengambil keputusan untuk meninggalkan hospital.

Jari-jemariku mendail nombor telefon kawan sekolahku yang berkhidmat di Hospital Kajang.

"Puan Dokter...aku semput....kau tengokkan aku boleh tak?"

"Aku dah abis syif, esok malam aku keje kau datang ek!"

Hmm...hampa jugak la, tapi dah nak mintak tolong kawan, kena bersabar.

Makanya keesokan malamnya, aku ke Hospital Kajang ditemani Hansuari (walaupun muka sang hansuari nampaknya ketat...tapi dia tetap melayan kerenah aku yang ala2 diva ni)

Sekali lagi, sebab semput, aku diberikan neb, dan terus didiagnosa oleh Puan Dokter sahabatku itu (untung jugak ada kawan dokter yang keje kat spital ni....)

Sah....asma menyerang kembali setelah sekian lama aku tidak bergantung kepada ubat-ubatan. Kahak yang banyak di dalam salur pernafasanku, serta masalah hidungku yang tersumbat kedua-dua belah, menjadikan masalah sesak nafas itu menjadi serius. Walaupun nampak tak seserius mana pada pandangan mata kasar, tapi untuk yang pernah mengalaminya, mungkin tahu apa yang aku rasakan.

Alahai....apa nak buat. Meh kita tengok apa yang dikatakan dengan asma ini (based on research aku kat internet);

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.


Hmmm...pagi-pagi ni rasanya segar sikit. Ubat-ubatan yang dibekalkan tu alhamdulillah dapat membantu sedikit sebanyak. Tapi aku rasa aku nak ambik cuti yang panjang....seminggu barangkali untuk merehatkan diri daripada beban kerja yang amat menekankan aku selama ini.

Tuesday, June 03, 2008

KEJOHANAN FUTSAL PPTD MUDA

Iklan kejap. Menjunjung titah Jawatankuasa Induk PPTD, adapun aku bertindak selaku ahli jawatankuasa kecil pertandingan futsal PPTD muda ingin menghebahkan mengenai satu pertandingan FUTSAL PPTD Muda yang bakal diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang dinyatakan di bawah:


Tarikh : 28 Jun 2008
Tempat : Sports Village, Bukit Jalil.
Masa: 8.30am - 4.30pm


Bayaran penyertaan adalah RM 60 utk satu team (satu team = 8 players). Diharapkan pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan seperti pertandingan yang diadakan pada tahun lalu di mana hampir 20 pasukan telah sama-sama melibatkan diri termasuklah 5 pasukan wanita.

Faedah join pertandingan ini di samping faedah-faedah sukan yang lain adalah, dalam borang penilaian prestasi tahunan tu kan ada ruang markah untuk penglibatan aktiviti luar, boleh la masuk dalam ruangan tu. 5 markah pun banyak oooo...ye la kan kalau dapat 80 markah, tambah 5, dah jadi 85. Tak gitu?

Jadi, sama-sama kita meriahkan pertandingan ini. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi saya di e-mel tariq@moh.gov.my. Insya Allah saya akan menjawab sebarang kemusykilan anda.

Kalau tahun lalu, 334 clan yang menang dua-dua kategori. Tahun ni takde clan lain ke yang nak cabar? Asek clan 334 je...bosan! Haa..untuk yang takmo main tu, anda pun turut dijemput sama untuk memeriahkan suasana di hari pertandingan. Contohnya jadi tukang pegang pompom, tukang kutip bola, tukang sorak, tukang urut (ni jawatan aku dulu....urut? motif?) dan lain-lain tukang yang sewaktu dengannya.

Atas kerjasama yang diberikan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian.