Wednesday, March 11, 2009

Upah Iklan

Adapun hari Jumaat lepas Fendiosman menerima sepucuk surat yang Fendiosman nantikan setelah beberapa ketika. Surat dari Nuffnang, syarikat yang meletakkan iklan di blog Fendiosman selama ini. Sebagaimana yang Fendiosman katakan waktu buat Public Speaking di PAC 48 yang lalu, blogging can generate income. Walaupun tak banyak, tapi boleh la menambah pendapatan sedikit. Tidaklah sehebat masuk MLM seperti jual tupperware maupun menjual alpha-lipid (tudiaaaa...sapa dia tatau?), tapi based on bilangan pengunjung yang datang ke blog.
Alhamdulillah, berkat kesabaran menempekkan iklan di blog, terteralah cek yang mengandungi jumlah sekian-sekian wang. Blog Fendiosman ni takde la macam sesetengah blog yang hitnya sampai beribu-ribu setiap hari. Maksimun dari data yang Fendiosman dapat ada la antara 700-1000 hit seminggu. Dari hit itulah dapat benda-benda macam ni. So....to fellow bloggers yang takde letak lagi iklan ni, meh mari kita letakkan iklan di blog.
So, hari Isnin lepas Fendiosman pergi la ke bank untuk mendepositkan cek yang diterima haritu. Sebab dapat hari Jumaat, cuti sampai Isnin, baik Bank in hari Isnin. Sama jugak tarikh prosesnya, yakni 3 hari bekerja. Tak gitu?
Apa pun, terima kasih kepada NUFFNANG.....
Ni dok gigih menunggu nak tunaikan cek kedua pulak. Tapi bila la eh? Baki terkumpul baru takat 10 ringgit sajorkkkk.....

Thursday, March 05, 2009

I Need A Break


Isnin dan Selasa adalah hari Fendiosman disuruh berehat di rumah oleh doktor yang merawat. Rabu, yakni semalam Fendiosman masuk ke pejabat sebentar, dan kemudian terus ke Parlimen untuk sesi penggulungan perbahasan Titah DiRaja. Kemudiaannya Fendiosman ke HKL berjumpa dengan psychologist (ala...sesi kaunseling meredakan tekanan macam cerita orang puteh tu!).

Dan sebelah malam, kononnya Fendiosman ke Dewan Filharmonik Petronas nak saksikan persembahan kumpulan kesenian Petronas. Bila melangkah masuk ke KLCC pada mulanya, perasaan rimas dah mula terasa. Fendiosman rasa crowd di KLCC tu sangat merengsakan. Turun ke surau untuk solat Maghrib, perasaan kelam kabut tu masih lagi terasa. Masuk dalam dewan tu, Fendiosman rasa loya, duduk macam kucing nak beranak, perut rasa sebu, jantung rasa macam berdegup pantas, rimas, nak muntah dan bermacam-macam perasaan yang tak enak Fendiosman rasakan.

Show baru je start, dalam 4 tarian camtuh, tapi Fendiosman ambik keputusan untuk keluar sebab Fendiosman takut tumbang kejung kat dalam dewan tu. Keluar je dari situ, serta merta rasa lega. Terus Fendiosman call orang yang berkenaan, 3 orang doktor, dan seorang psychologist, menyatakan masalah Fendiosman ni. Dari simptom-simptom yang ditunjukkan, depa kata Fendiosman kena Panic Attack. Tapi depa mintak Fendiosman buat check semula dengan doktor. Ada pulak kawan Fendiosman kata doktor ni selalu salah diagnos. Jadinya Fendiosman terbawak-bawak perasaan salah diagnos tu sampai Fendiosman terpeleot.

Konon nak balik rumah, tapi Fendiosman divert ke Putrajaya, rumah Fahmiosman. Dalam perjalanan, jalan sesak teruk. Nafas pun jadi sesak semula. Rasa macam nak berhentikan kereta, keluar dan mencangkung tepi jalan. Tapi Fendiosman gagahkan diri jugak bawak kereta sampai Putrajaya.

Sampai di rumah Fahmiosman, Fendiosman bercucuran menceritakan masalah. Fahmiosman kata Fendiosman ni kena Panic Attack. I don't know what is happening to myself now. Rasa macam dah tunggang terbalik. Lega sikit rasanya. Tapi bila tengah malam sekali lagi nafas sesak. Rasa nak muntah, rasa macam apa yang Fendiosman rasakan sebelumnya. Perrgghhh.....sungguh tak selesa murid-murid. Time ni memang nangis berjurai-jurai la. Alhamdulillah, lepas Fendiosman solat sunat di tengah malam, rasa tu hilang dan boleh la tidur.

Pagi ni sekali lagi Fendiosman ke Hospital Serdang untuk buat repeat check-up. Macam haritu jugak, no abnormality. Dan doktor tu jugak berkata bahawa Fendiosman kena Panic Attack dan memohon Fendiosman dirujukkan ke Pakar Psikiatri untuk mengatasi masalah ini. Fendiosman pun pelik sebab waktu jadi kabaret tu takde lak ada masalah camni. Jadi emcee acara pun takde la terketar-ketar rasa nak lemas. Tetibe pulak masuk Filharmonik jadi macam tu.

Tapi Fendiosman renung-renung kembali, this is not the first time jadi bendanya. In fact dah ada beberapa kali perasaan camni. Cumanya tak seteruk malam tadi. Well, Fendiosman kaji dan kaji, rasanya faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan tersebut adalah:-

a) Lack of assertiveness — A growing body of evidence supports the idea that those that suffer from panic attacks engage in a passive style of communication or interactions with others. This communication style, while polite and respectful, is also characteristically un-assertive. This un-assertive way of communicating seems to contribute to panic attacks while being consistently present in those that are afflicted with panic attacks

b) Phobias — People will often experience panic attacks as a direct result of exposure to a phobic object or situation.

c) Short-term triggering causes — Significant personal loss, including an emotional attachment to a romantic partner, life transitions, significant life change, stimulants such as caffeine or nicotine, or the drugs marijuana or psilocybin, can act as triggers.

d) Maintaining causes — Avoidance of panic provoking situations or environments, anxious/negative self-talk ("what-if" thinking), mistaken beliefs ("these symptoms are harmful and/or dangerous"), withheld feelings, lack of assertiveness.

Ni antara faktor yang menyumbang kepada keadaan diri Fendiosman semalam dan sekarang. Fendiosman terlalu kusut sebenarnya. Dan...untuk yang nak tinggalkan komen tu, PLEASE JANGAN SEBUT PASAL FENDIOSMAN TAK BERKAHWIN ADALAH PUNCA KEPADA KEADAAN INI. Kalau dah nak kena camni, tak semestinya jadi bujang, orang dah kahwin pun ada gak. Think broader dear readers.......

At the moment, Fendiosman rasa nak keluar dari sini. Fendiosman dah rasa macam tak sesuai duduk di sini, tapi orang kat sini faham ke? Orang yang jaga posting kat Agensi Sana tu faham ke? Dah berkali-kali cakap, tapi jawapannya PENDAM RASA. Kalau dah PENDAM RASA, buatnya Fendiosman jadi GILA? Sapa nak jawab? Tolonglah faham perasaan Fendiosman. Kata jaga kebajikan? Tapi dah nak setengah biul Fendiosman kat sini.....nak tunggu Fendiosman betul-betul dapat Kad Hijau baru nak Dibersarakan Atas Kepentingan Perkhidmatan?

Monday, March 02, 2009

Cuti Rehat La Konon

Adapun hari ni Fendiosman memang bercadang untuk bercuti rehat, kononnya nak relax. Lagipun ada temujanji dengan seseorang di Kuala Lumpur. Waktu temujanji tu rasa macam dah tak berapa selesa badan ni. In fact, 2 3 hari ni ada sesuatu yang sangat discomfort yang Fendiosman rasa di bahagian dada. Fendiosman biarkan dulu nak tengok macam mana keadaannya. Hari ni, waktu balik dari temujanji, hajat di hati nak balik tido kat rumah. Tapi, tetibe rasa macam dada kena hiris. Sakit ya amat. Menggelupur Fendiosman bawak kereta. Air mata dah bercucuran...menahan sakit.

Fendiosman ke klinik dulu. Bila buat ECG, doktor kata macam ada something wrong. Terus Fendiosman direfer ke Hospital Serdang. Dalam keadaan sakit tu sempat la Fendiosman bagi signal kat Fahmiosman menyatakan keadaan diri Fendiosman ketika itu. Jalan pun dah terhuyung-hayang. Perasaan tu memang la bercampur-baur, takut sangat. Tapi Fendiosman berdoa yang terbaik untuk Fendiosman. Janganlah diduga dengan penyakit yang membebankan.

Sampai je kat Hospital Serdang, terus la Fendiosman ke Emergency. Dengan menunjukkan surat referral dari klinik tu, terus Fendiosman ke zon kritikal, sambil disorong di atas stretcher. Laaagi la Fendiosman cuak.

Masuk kat dalam tu, macam-macam wayar yang diletak. Kiri kanan atas bawah. Repeat ECG, doktor kata normal pulak. Keluk yang normal. Diletakkan Fendiosman dalam bilik tu, sambil tekanan darah dan segala macam pemerhatian lagi dibuat. Huhu.....cuak neh! Disuruh Fendiosman berehat seketika sementara menunggu nak buat x-ray dada.

Sambil tu, doktor tu datang la merawat bertanyakan keadaan Fendiosman dan Fendiosman menyatakan kekhuatiran di samping menceritakan keadaan sakit dada tu. Tulang dada Fendiosman rasa sangat sakit apabila ditekan. Doktor kata mungkin costochondritis yakni ada injury pada ribs. Fendiosman pun tak reti sangat, mungkin doktor2 yang ada boleh huraikan. Apa pun, doktor kata kena tunggu buat blood test dulu, supaya betul2 dapat dipastikan keadaan yang sebenar.

Makanya dicucuk pulak tangan Fendiosman, macam paip la pulak, sakit rasanya bila tiub ni masuk, sebab panjang. Observation dengan monitor diteruskan, dah masuk jam ketiga Fendiosman dalam Emergency tu. So far, treatment Health Personnel kat situ sangat bagus (baca: Depa tak tau Fendiosman keje kat mana...jadi tak timbul isu bias kat sini). Ada la 2 3 orang yang tau Fendiosman kat wad tak putus-putus hantar SMS. Tanya keadaan Fendiosman. Tapi ada jugak yang tak percaya, siap kata Fendiosman buat lawak la pulak. Jadi, untuk yang tak percaya, ini buktinya ye.

Errrr...dah dapat blood test result, nampaknya takde abnormaliti dengan jantung. Doktor kata muscle Fendiosman yang sakit. Tapi tuhan saja yang tau betapa sakitnya part tu. Macam kena hiris, saaaaakit sangat. Kalau tak masakan Fendiosman menangis waktu bawak kereta tu. Esok doktor bagi MC sehari. Harapnya dapat la berehat lagi dengan aman dan tenang. Ya Allah Ya Tuhanku, kau sembuhkanlah Fendiosman dari sakit ini.....Amin!