Wednesday, March 11, 2009

Upah Iklan

Adapun hari Jumaat lepas Fendiosman menerima sepucuk surat yang Fendiosman nantikan setelah beberapa ketika. Surat dari Nuffnang, syarikat yang meletakkan iklan di blog Fendiosman selama ini. Sebagaimana yang Fendiosman katakan waktu buat Public Speaking di PAC 48 yang lalu, blogging can generate income. Walaupun tak banyak, tapi boleh la menambah pendapatan sedikit. Tidaklah sehebat masuk MLM seperti jual tupperware maupun menjual alpha-lipid (tudiaaaa...sapa dia tatau?), tapi based on bilangan pengunjung yang datang ke blog.
Alhamdulillah, berkat kesabaran menempekkan iklan di blog, terteralah cek yang mengandungi jumlah sekian-sekian wang. Blog Fendiosman ni takde la macam sesetengah blog yang hitnya sampai beribu-ribu setiap hari. Maksimun dari data yang Fendiosman dapat ada la antara 700-1000 hit seminggu. Dari hit itulah dapat benda-benda macam ni. So....to fellow bloggers yang takde letak lagi iklan ni, meh mari kita letakkan iklan di blog.
So, hari Isnin lepas Fendiosman pergi la ke bank untuk mendepositkan cek yang diterima haritu. Sebab dapat hari Jumaat, cuti sampai Isnin, baik Bank in hari Isnin. Sama jugak tarikh prosesnya, yakni 3 hari bekerja. Tak gitu?
Apa pun, terima kasih kepada NUFFNANG.....
Ni dok gigih menunggu nak tunaikan cek kedua pulak. Tapi bila la eh? Baki terkumpul baru takat 10 ringgit sajorkkkk.....

9 comments:

swit@kon said...

open table kotak ijau???jeng jeng

phachat said...

Waaaaahhh....

Boleh belanja stoberi untuk bonda!! Oooppsss....

Unknown said...

wah! harus dicanang ni...

tahniah la yek, mudah2an menjadi penawar kepada penyakit tu. tak banyak, sikit pun jadi la

Ezri Shamsuddin said...

satu hari nanti di rancangan Blog di TV1.. tetamu minggu ini Tariq.. hihihi..

takpun dalam paper, ambil gambar sebelah kereta mewah dengan tajuk: Jutawan Blog: Dulu saya bawa MyVi.. sekarang lihatlah saya!

haha.. tahniah bro..

Baiti Mustafa said...

beb, baru baca pasl depression ko..

take it easy eh..kalau dah tak larat sangat ko cuti jek..keje tetap keje tapi kesihatan kena jaga..apa sangat la cuti 3 4 hari..or seminggu pon..ko kawtim la ngan bos, tunjuk medical report ko..

aku masa jd PSU, hepi jek..now everyday aku rasa nak resign..tak penah la camni and i hope it won't last.

Rush Murad said...

10K??? jangan lupa belanja makan tauuuu.... sambil karaoke... ok?

X-weatherman said...

Err macamana nak letak..aku dari dulu tak reti-reti..

Pasal depression ko tuh, aku pun dah start rasa menda tuh sekarang..sapa kata org kawen tak bole kena? Aku kat opis keja melambak, balik lambat..balik umah pun kena buat keja umah lagi..malam-malam kena bangun buat susu anak..bila masa aku nak rehat yang secukupnya..

So, sekarang ni aku dah ada rasa nak keluar dari kementerian dan pegi ke Jabatan-jabatan (kecuali Jabatan Perkhidmatan Awam) atau agensi-agensi yang kurang stress..

Tapi, adakah orang (bos) nak kasik??

Zamil Afiq Zulkifli said...

terima qaseh kepada "pengunjung" yg datang melawat.. hehe..

Adi Osman said...

Dear readers....

Buat apa dengan duit tu?
Fendiosman buat bayar servis kereta, pastu buat duit minyak outstation....


Takde la banyak sangat, tapi bolehlah dibanggakan!