Friday, March 20, 2009

KB ke KP?

Kisahnya Fendiosman ada seorang KP (mind me....it is Kawan Plastik ye) yang Fendiosman dah kenal sejak Fendiosman menuntut di menara gading lagi. Kenapa KP? Well....as some of you may know, KP is kawan yang sangat baik di mata orang, tapi sebenarnya di belakang mata orang, mereka langsung tak baik. Silap haribulan, mereka akan bercakaran dan saling bertikam-tikaman antara satu sama lain.

Perihal KP Fendiosman ni, sesungguhnya beliau tak pernah langsung bekerja dengan Fendiosman. Walaupun kami bernaung di bawah perkhidmatan yang sama, tetapi KP Fendiosman ni berada di haluan yang berbeza. Fendiosman dengan dunia kabaret Fendiosman, beliau pulak dengan dunia mencelah bedah. Suka sangat celah bedah sana sini.

Dannnn...Fendiosman amat pantang dengan orang yang suka celah bedah, rasa macam nak langgar je waktu dia melintas jalan. Oh ya...lagi satu, KP Fendiosman ni tak boleh kalau orang lain lebih daripada beliau. Contohnya, kalau Fendiosman beli satu kasut, dia akan beli 3 kasut. Kalau Fendiosman rapat dengan seseorang, beliau pun akan terus pergi rapat dengan orang yang Fendiosman rapat ittewww. Contohnya, ada la seorang mamat yang berasal dari Terengganu, yang sama-sama menuntut di matrikulasi bersama beliau. Time tu...takde la mereka rapat langsung. Bila masuk ke menara gading, Fendiosman rapat la dengan mamat Terengganu ni, tetibe je dia mencelah......nak jugak rapat. Hish......dan Fendiosman ni orang susah, takde la mampu nak belanja orang sana sini. Jadi...untuk memenangi hati orang yang dicelah bedah itu, KP Fendiosman ini akan menyepedo orang berkenaan dengan bermacam-macam barangan.

Kisah KP ni makin menjadi-jadi pulak sekarang ni. Sepengetahuan Fendiosman, KP Fendiosman langsung tak pernah bekerja sebumbung, tak pernah makan sepinggan, tak pernah minum secawan, tak pernah tidur sebantal pun....apa pulak kalau berak sejamban. Memang tak pernah. Never ye murid-murid. Tapi, nak dijadikan cerita, ada pulak dia tabur cerita yang sangat menarik pasal Fendiosman. Pagi-pagi tadi....ada la one of my KB (murid-murid, KB tu Kawan Baik ye) menelefon bertanyakan hal ini kepada Fendiosman.

Adapun Fendiosman ada la bercita-cita untuk ke satu tempat untuk bertugas, dan beberapa usaha telahpun dilakukan untuk bertugas di sana. Reaksi selama ni nampak positif, sampai la pagi tadi bila Fendiosman mendengar cerita daripada one of my KB yang menyatakan ada cerita tak menarik telah sampai ke tempat tersebut.

Cerita yang sampai tu.....menyatakan Fendiosman ni seorang yang GARANG, SUKA MARAH BERCEKAK PINGGANG, MENENGKING DAN MEMBALING FAIL. Pelik.....Fendiosman rasa Fendiosman tak buat benda-benda macam tu melainkan bila Fendiosman mengajar kelas kabaret kepada orang yang feeling cantik menari tapi langsung tak reti menari.

KB Fendiosman tu menceritakan beliau dipanggil oleh bosnye yang menyuruh beliau BERTANGGUNGJAWAB atas kelakuan Fendiosman sebagaimana yang diperihalkan kepada seantero tempat itu. Dari atas sampai ke bawah...semua tau yang Fendiosman ni seorang seperti yang telah diceritakan. Maklumlah, KP Fendiosman ni mulutnya manis.....rajin bersembang, rajin menegur orang. Tapi kan...dalam manis mulut tu, tak sangka la pulak hati dia tu tak berapa nak wangi. Entah lah....Fendiosman pun hairan, sebab awal2 bila hasrat Fendiosman ni dinyatakan, beliaulah orang yang kata nak menolong. Tapi bila dah tolong, ditaburkan pulak cerita macam tu. Apa kes? Kalau taknak tolong, boleh je terus terang....

Pagi-pagi lagi dah kasik Fendiosman mencarut, dah kasik darah Fendiosman naik. Cerita macam ni, nampak macam kecik, mungkin boleh dinyatakan dalam nada berseloroh, tapi, impaknya tu amatlah besar. Boleh menjatuhkan maruah seseorang. Fendiosman merenung sekejap, apa salah Fendiosman sampai kena macam ni? Ish.....semoga KP Fendiosman tu mendapat cahaya petunjuk dariNya. Jangan la naya orang. Tuhan tu kalau dia nak bayar, sekelip mata dia boleh bagi. Sedih la camni! Sob sob sob....

14 comments:

masmera said...

tariq, bersabar ya? and jaga kesihatan.. jangan stress2..

kapalkeras said...

saya juga ada kawan yang saya gelar KT..

KT itu maksudnya Ketiak Tengitttttt

LavenderGal08 said...

Alahai..cian ko. Sabo ye..

Unknown said...

dalam hidup KP memang banyak especially when we're in this service..

i've so many people and among it all KB memang boleh dikira and the worse KP of all is the ones yang kita tak boleh identify...

tawakal, ikhlas dan sabar jela yg mampu...

Khairul Husna Kadir said...

Okay Tariq.....setiap kejadian ada hikmah. Setiap kesusahan ada kesenangan dan sebaliknya...Sabo aje la...

Voice said...

Sabor jelah org2 camni...masa sekolah ajar jadi asli, bila masuk cari rezeki jadi plastik betul...layurkan je kat api, baru cair. Hahah.

Keep the cool, bebeh! You know best who and what you are. People don't have the power to hurt you unless you give it to them. Take care!

azanov said...

sedih mdgr nye, tp perit lg org yg merasa. sabo la. dunia ni mmg ramai org2 plastik bgitu. tpaksa hadapi jua. smoga impian mu tcapai jua..

phachat said...

Err... Bonda kenal ke KP nih???

zyrin said...

gilalaaaaaahhhh hati busuuuukkkkkk!

-maaf, ter'emo' jap-

apa kes? aku memang ada sedikit anti dengan orang2 ala KP ni... dah terkena dulu kan...

moga KP diberi hidayah & petunjuk laaaaa... tu je mampu kita doakan untuk dia... moga dia tak kena apa yang dia buat kat kita...

X-weatherman said...

Giler ah ding dong!! Puakanya hati orang tersebut.

Kawan Terengganu?? Bila lagi nak jadi orang Terengganu??

nadzate said...

hem2 hem2..... saya macam tau orang itew ke? tapi bro orang cam tu sampai bila2 pun tak berubah..

aku cadangkan ko tikam jek perut dia dengan pensel 2B yang tumpul...

lek bro.. kalau ada rezki tak kemana..

Adi Osman said...

MASMERA

malas nak pikir pasal Hamlau sorang ni!


KHAIR

aku rela berkawan dengan KT daripada KP. sebab KT baunya hanya ada disekitar KT itu, kalau KP, busuknya sampai kiamat pun takkan abis!


EFFI, ISKANDAR, TICER HUSNA, BAYAH, AZANOV

mekaseh sebab concern. appreciate that very der very


PHACHAT & NADZATE

rasanya korang kenal kot...
sebab dia pun KP korang gak! har har har


ZYRIN

berhati-hati dengan seeeemua orang!


XWEATHERMAN

mustahil aku nak jadi orang terengganu sebab insan terengganu tu adalah orang lelaki. takkan la aku nak kawin sejantina kot?

united ARAB emirates said...

senier...
mau bantuan untuk sepuk ittew org ke?junier tarak hal..!!!
just lemme know who he/she is... tapikan macam tau jugak jer....
hins hins....

Unknown said...

wah, wah....
marah betul kwn aku nih...
byk2 sabar yek en tariq.
boleh drh tinggi kalau dilayan..

so, jgn marah2...
insyallah sabar itu buahnya manis :)