Thursday, March 05, 2009

I Need A Break


Isnin dan Selasa adalah hari Fendiosman disuruh berehat di rumah oleh doktor yang merawat. Rabu, yakni semalam Fendiosman masuk ke pejabat sebentar, dan kemudian terus ke Parlimen untuk sesi penggulungan perbahasan Titah DiRaja. Kemudiaannya Fendiosman ke HKL berjumpa dengan psychologist (ala...sesi kaunseling meredakan tekanan macam cerita orang puteh tu!).

Dan sebelah malam, kononnya Fendiosman ke Dewan Filharmonik Petronas nak saksikan persembahan kumpulan kesenian Petronas. Bila melangkah masuk ke KLCC pada mulanya, perasaan rimas dah mula terasa. Fendiosman rasa crowd di KLCC tu sangat merengsakan. Turun ke surau untuk solat Maghrib, perasaan kelam kabut tu masih lagi terasa. Masuk dalam dewan tu, Fendiosman rasa loya, duduk macam kucing nak beranak, perut rasa sebu, jantung rasa macam berdegup pantas, rimas, nak muntah dan bermacam-macam perasaan yang tak enak Fendiosman rasakan.

Show baru je start, dalam 4 tarian camtuh, tapi Fendiosman ambik keputusan untuk keluar sebab Fendiosman takut tumbang kejung kat dalam dewan tu. Keluar je dari situ, serta merta rasa lega. Terus Fendiosman call orang yang berkenaan, 3 orang doktor, dan seorang psychologist, menyatakan masalah Fendiosman ni. Dari simptom-simptom yang ditunjukkan, depa kata Fendiosman kena Panic Attack. Tapi depa mintak Fendiosman buat check semula dengan doktor. Ada pulak kawan Fendiosman kata doktor ni selalu salah diagnos. Jadinya Fendiosman terbawak-bawak perasaan salah diagnos tu sampai Fendiosman terpeleot.

Konon nak balik rumah, tapi Fendiosman divert ke Putrajaya, rumah Fahmiosman. Dalam perjalanan, jalan sesak teruk. Nafas pun jadi sesak semula. Rasa macam nak berhentikan kereta, keluar dan mencangkung tepi jalan. Tapi Fendiosman gagahkan diri jugak bawak kereta sampai Putrajaya.

Sampai di rumah Fahmiosman, Fendiosman bercucuran menceritakan masalah. Fahmiosman kata Fendiosman ni kena Panic Attack. I don't know what is happening to myself now. Rasa macam dah tunggang terbalik. Lega sikit rasanya. Tapi bila tengah malam sekali lagi nafas sesak. Rasa nak muntah, rasa macam apa yang Fendiosman rasakan sebelumnya. Perrgghhh.....sungguh tak selesa murid-murid. Time ni memang nangis berjurai-jurai la. Alhamdulillah, lepas Fendiosman solat sunat di tengah malam, rasa tu hilang dan boleh la tidur.

Pagi ni sekali lagi Fendiosman ke Hospital Serdang untuk buat repeat check-up. Macam haritu jugak, no abnormality. Dan doktor tu jugak berkata bahawa Fendiosman kena Panic Attack dan memohon Fendiosman dirujukkan ke Pakar Psikiatri untuk mengatasi masalah ini. Fendiosman pun pelik sebab waktu jadi kabaret tu takde lak ada masalah camni. Jadi emcee acara pun takde la terketar-ketar rasa nak lemas. Tetibe pulak masuk Filharmonik jadi macam tu.

Tapi Fendiosman renung-renung kembali, this is not the first time jadi bendanya. In fact dah ada beberapa kali perasaan camni. Cumanya tak seteruk malam tadi. Well, Fendiosman kaji dan kaji, rasanya faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan tersebut adalah:-

a) Lack of assertiveness — A growing body of evidence supports the idea that those that suffer from panic attacks engage in a passive style of communication or interactions with others. This communication style, while polite and respectful, is also characteristically un-assertive. This un-assertive way of communicating seems to contribute to panic attacks while being consistently present in those that are afflicted with panic attacks

b) Phobias — People will often experience panic attacks as a direct result of exposure to a phobic object or situation.

c) Short-term triggering causes — Significant personal loss, including an emotional attachment to a romantic partner, life transitions, significant life change, stimulants such as caffeine or nicotine, or the drugs marijuana or psilocybin, can act as triggers.

d) Maintaining causes — Avoidance of panic provoking situations or environments, anxious/negative self-talk ("what-if" thinking), mistaken beliefs ("these symptoms are harmful and/or dangerous"), withheld feelings, lack of assertiveness.

Ni antara faktor yang menyumbang kepada keadaan diri Fendiosman semalam dan sekarang. Fendiosman terlalu kusut sebenarnya. Dan...untuk yang nak tinggalkan komen tu, PLEASE JANGAN SEBUT PASAL FENDIOSMAN TAK BERKAHWIN ADALAH PUNCA KEPADA KEADAAN INI. Kalau dah nak kena camni, tak semestinya jadi bujang, orang dah kahwin pun ada gak. Think broader dear readers.......

At the moment, Fendiosman rasa nak keluar dari sini. Fendiosman dah rasa macam tak sesuai duduk di sini, tapi orang kat sini faham ke? Orang yang jaga posting kat Agensi Sana tu faham ke? Dah berkali-kali cakap, tapi jawapannya PENDAM RASA. Kalau dah PENDAM RASA, buatnya Fendiosman jadi GILA? Sapa nak jawab? Tolonglah faham perasaan Fendiosman. Kata jaga kebajikan? Tapi dah nak setengah biul Fendiosman kat sini.....nak tunggu Fendiosman betul-betul dapat Kad Hijau baru nak Dibersarakan Atas Kepentingan Perkhidmatan?

13 comments:

Azram said...

Dapatkan supporting documents and advice from the doctors, minta tukar kementerian lain.

Unknown said...

have that well deserve rest.. u'll soon recover, Insyallah

phachat said...

I need a shrink too!!!!!


*I think rehab is soooo in right now. Sayangnya kt Malaysia ni tak de. Kalu tak musti aku dh beriya beratur dulu!

Ezri Shamsuddin said...

Sabar Tariq... kena berehat lama sikit kot. Biar tenang... Kalau melarat juga cadang jumpa pakar dalam perkara ni..

Angah said...

Sabar tariq

Memasing dengan masalah memasing kan.. aku plak berhempas pulas mintak tukar ke Kuantan. sejak amsuk servis aku tinggal asing ngan suami.. stress aku!!!! rasa macam ibu tunggal pun ada..

untuk kepentingan perkhidmatan? at times aku rasa nak cakap "shove it where the sun doeen't shine!"

Adi Osman said...

KAK IDA

memang boleh dapatkan benda tu, tapi selalunya susah nak diuruskan.

biasa laaaaaaa.....u know what i mean!


ISKANDAR

thank you dear friend!


PHACHAT

errrr.......kaaan? kalau ada macam rehab ala2 cerita orang puteh tu kan best!

tapi kat Malaya ni kalau masuk tempat camtu mesti ingat ada masalah ketagihan dadah...


EZRI

ye...memang nak berehat sat!
nak menenangkan fikiran yang kusutrina ini...


ANGAH

errr......ntahlah...depa hanya akan tau bila benda macam tu jadi kat depa.

sapa la kita ni dak?

Adni Ariff said...

jom g kotak ijau.

pastu gi makan puas-puas kat kedai cokodok uniten.

pastu g tgk wayang citer2 ringan.

pastu singgah rumah urut yg bertauliah.

pastu g spa.

pastu g bandung.

pastu balik-balik, g kotak ijau balik.

amik cuti seminggu.

amacam?

:)

Adi Osman said...

ADNI

Cadangan itu ammmmat menarik!
Huhuhu....

Akan dipertimbangkan sebelum diangkat untuk tujuan kelulusan jua!

perantau.tt said...

tariq.. selain dari cadangan2 di atas.. aku sarankan hang mai dtg umrah bro.. kembali kepada fitrah.. insya Allah hati kan tenang.. "'ala bizikrillah hi tatmainal qulub"

Jijie Armidza said...

yeah...
karad pun pnah rasa hidup tunggang terbalik. Alhamdulillah lepas kumpul duit sket, dapat p umrah, ble balik hidup makin jelas dan lurus...

shazali said...

hang btol2 tengah stress ni...

aku cadangkan hang pi amik cuti rehat, then pi berjalan ke tempat yang orang x kenal hang (tapi hang ni artis kan...matilaa perasan hehehehe).

Maksud aku, hang pi bercuti, toksah commit nk jumpa sapa n xyah publish story kt blog or mana2....just relax and relax because masa tu utk hang dan diri hang sajork...

I did it before...and it works, alhamdulillah!

tim'ots said...

hmm....pergilah bercuti...ko ni stress banget rasanya..pi la umrah....aku pun ingat nak pi umrah....tp ongkosnya nggak cukup lagi....huhu....

Adi Osman said...

AZRAL & KARAD

Memang nak pergi, tapi kena kumpul uwang dulu. Hajatnya nak melencong ke piramid giza sekali, sebab nak pergi melawat rumah Baba kat sana.


SHAH & KAK TIMAH

Ada dalam cadangan. Tunggu masa je nak buat. Tapi ke mana ya?