Sunday, July 05, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part XX - FINALE

Alhamdulillah, semalam Fendiosman sudah selamat sampai ke tanahair terchenta. Rindu sangat kat Mareshia. Adapun seawal jam 5 pagi Fendiosman dah bangun untuk bersiap2 berangkat ke KIX sebelum berlepas pulang dengan MH053, KIX-KUL. Beg pakaian dah siap dikemas pada malam sebelumnya, dan siap ditimbang bagi mengelakkan sebarang masalah apabila tiba di KIX untuk daftar masuk.

Kat kaunter, misi menengok orang terduduk sebab excess luggage berjaya dilihat! Ada jugak yang terduduk mengenangkan nasib gara2 barang terlebih bawak. 10 kilo excess dik nonnn....1kg bersamaan RM159, bayangkan ye...kalau 10kg! Murid-murid.......kalau dah pandai membeli, usahlah dikenang duit yang melayang ittewwwwww. Sebab tu Fendiosman buat posting sebelum ni, tapi ada jugak yang melenting! Kata Fendiosman tak belajar kat sekolah, kata Fendiosman punya Mama dan Baba tak ajar budi bahasa. Dik nonnn.....Fendiosman berkata tu bersebab. Bila dah terduduk, baru nak mengenang barang yang banyak buat apa dak?

Tapi nasibla accumulated baggage allowance tu banyak untuk group kami, kiranya bayaran tu takde la perlu dibayar. Cumanya Fendiosman rasa nak tergelak bila tengok muka2 yang sedih dan menyesal sebab kena bayar excess luggage pada mulanya. Tapi takpe, biarlah insiden tu menjadi pengajaran kepada mereka yang pandai membeli tanpa beringat.

Untuk yang menjadi langau kat shoutbox tu, terima kasih la sangat2. I know who you are! Cuma, lain kali, kalau nak melibatkan mak bapak Fendiosman, anda takde hak untuk berbuat demikian. I've never said about parents of others. Jadi, pandai2lah nak berbahasa lain kali ya!

Kenangan di Jepun, ada yang indah, ada yang separa indah, dan ada yang tak indah langsung. Memang cabaran la bila pergi berkumpulan ni. Macam2 kerenah nak layan. Orang kata, the more the merrier...tak gitu? Apa pun, kat Jepun ni mengajar Fendiosman menilai diri sendiri dan juga menilai orang lain. Mungkin ada yang terasa hati sentap bagai....tapi itulah hakikat yang perlu diterima! Apa yang Fendiosman buat, Fendiosman dah melihat dari pelbagai sudut. Kalau di PAC nak naik 48 dulu, memang dah ditekankan semua perkara ni. Kena tengok kiri kanan atas bawah depan belakang. Baru buat keputusan. Walaupun nampak remeh, tapi banyak pengajaran dan pertimbangan yang boleh diambil. Fendiosman bersyukur sebab diberi peluang untuk ke PAC sebelum naik pangkat aritu sebab Fendiosman dapat belajar baaaaaaanyak sangat, walaupun ke JICA ni atas tiket gred 41/44 tapi kematangan itulah yang membezakan antara satu dengan lain.

Bila membuat keputusan ni, memang akan menunjukkan sematang manakah kita berfikir. Takde gunanya kalau bekerja dengan jawatan hebat, tapi fikiran masih seperti kanak-kanak. Mungkin sesetengah orang mengambil masa untuk menjadi matang. Biarkan, biar masa yang menentukan.

Harapnya apa yang ditimba di Nihon itteww dapatlah diaplikasikan walaupun tak banyak. Ada yang beresolusi nak buat itu ini begitu begini, tapi bagi Fendiosman cukuplah dengan merenung dahulu diri sendiri, dan kemudian mengorak langkah sedikit demi sedikit. Kota Rome tidak dibina dalam masa sehari, itulah yang menjadi panduan buat Fendiosman.

Terima kasih diucapkan buat Agensi Pusat yakni JPA kerana memberi peluang kepada Fendiosman. Semoga peluang ini akan membawa manfaat untuk memantapkan lagi mutu perkhidmatan awam di negara ini.......amin!

Friday, July 03, 2009

JICA, Management Training - OSAKA & TOKYO Part XIX

Pejam celik pejam celik, hari ni dah masuk hari ke 26 Fendiosman ada di Nihon. Dan....hari ni adalah penutup bagi kursus yang telah Fendiosman lalui. Esok pagi, Insya Allah Fendiosman akan berangkat pulang ke Mareshia dengan semangat dan harapan baru untuk memimpin organisasi tempat Fendiosman menabur bakti mencari rezeki. Cumanya sedikit risau dengan wabak yang melanda seantero dunia yakni selsema babi ittewww. Babi yang sakit, habis manusia semua berjangkit. Makanya esok dalam penerbangan terpaksalah bertopeng segala, sebagai langkah pencegahan. Mudah-mudahan semuanya selamat dan dirahmati Allah. Amin ya Rabbal 'alamin.

Semalam sesi pembentangan berlangsung. Semua kumpulan diberi tajuk yang tersendiri dan masing2 memberikan informasi yang berguna dapatan daripada pemerhatian dan pembelajaran selama beberapa minggu di sini.

Masing-masing gigih memberi yang terbaik. Waaaalaupun.....but the course is really fruitful, and I gained a lot from it. Gained knowledge takpa, jangan gained weight. Hmmm..pagi tadi timbang, berat menunjukkan pengurangan sebanyak 6kg sepanjang berada di Nihon. Wahhh...harapnya bila balik nanti takde la nak naik 12kg ye murid-murid!

Setiap kumpulan dengan gaya pembentangan tersendiri. Yang ni versi promo wayang ya! Dengan ala2 Norish Karman dalam Spa-Q, bersama Datin Sofiera di sebelah serta hero Tamil seantero Malaya. Hehehe.....memang kreatif la bab2 bergambar ni kan?

Presentation kami dinilai oleh Prof Lau yang banyak memberi input yang berguna dan penambahbaikan yang sangat bermakna. Nampak rileks, tapi mendalam. Tak tergambar nak di ucapkan dengan kata-kata.

Daaaannn...selepas sesi ittewww, ada get together session, ada makanan Mareshia katanya walaupun takde la rasa Mareshia seperti di kedutaan. But JICA tried their best to accomodate us with Malaysian flavor. Alhamdulillah.

Haaa..baked macaroni with cheese. Abaikan program penurunan berat badan buat seketika untuk melantak. Ahaks....

Mode feeling2 bergambar bersama Prof Lau ittewww...

Kat acara get together tu, we managed to make our coordinators sing. Mrasa la depa menggelabah sebab kena paksa nyanyi. In return, we sang Kau Ilhamku for them. Tribute katanya!

Pagi tadi, evaluation meeting berlangsung. Kat sini ada la diorang mintak cadangan itu ini begitu begini dari kami untuk penambahbaikan kursus di masa hadapan. Ada yang kata masa pendek. Ada yang suruh tambah lecture itu ini begitu begini, dan ada jugak yang mintak attachment kat agensi kerajaan Nihon untuk rasa apa yang depa buat. Menariksss....dan paling penting, perlu diwajibkan kelas Nihon untuk semua dan bilangan kelas perlu ditambah.

We were clad in Baju Melayu and Baju Kurung. Feeling2 bagi ucapan katanya!

Hmm...will miss both of them. Seronok diorang dapat serunding ikan dari Fendiosman...

And the closing ceremony went well....

Alhamdulillah, kursus dah tamat. Mari kemas barang untuk balik Mareshia. Entah apa la yang menunggu di pejabat ittewwww.....

Wednesday, July 01, 2009

Pojok


Murid-murid sekelian, hari ni topik JICA ditangguhkan sejenak untuk memberi pesanan penaja kepada para pembaca. Ye lah asyik siaran utama je, apa kata kita selitkan iklan untuk menjana sumber ekonomi negara. Hari ni kita nak belajar pasal cili. Sejak Fendiosman datang ke Nihon ni memang payah la sikit nak mencari makanan pedas. Kalau nak jugak makanan pedas, kena la ke kedai India ataupun Pakistan, yang semulajadi menjual barang-barang sebegitu. Kalau wasabe Nihon tu pedasnye sikit je. Pastu hilang lenyap. Tapi kalau DKK macam Fendiosman ni memang tak kisah kalau bercili. Lagi pedas lagi sedap. Biar berair idung takpe, daripada takde rasa langsung. Ada jugak cili yang bagi berair mata. Biasanya cili macam tu susah sikit nak dicari, sekali sekala je dapat. Hanya dalam acara-acara tertentu.

Tapi kenapa cili ye? Apa kaitan iklan hari ni? Ish.....takde kaitan apa pun, sekadar teringat kepada rasa pedas cili itu. Macam Fendiosman cakapkan tadi, Fendiosman susah nak cari cili kat Nihon ni. Semua makanan rasa tak pedas. Tapi......walaupun tak pedas, memang ada jugak yang panas sebab termakan cili di Nihon ni. Berapi katanya. Sapa dia tatau?

Kalau dapat tengok kat karpet hijau di tepi blog Fendiosman, pembaca sekelian boleh tengok Che Mat Poi tulis komen pasal Fendiosman yang merasakan diri Fendiosman ni adalah yang terbaik. Konsep nak baling batu sembunyi tangan, ingat Fendiosman ni tak reti nak trace siapa yang tulis tu. Jadi...dengan IP yang berjaya dijejak kesan kecanggihan teknologi, jelaslah orang yang menulis itteww adalah orang yang terkena pedas cili di negara Nihon ini. Untuk Che Mat Poi (kompem kau suka tengok AC DI SINI yang tak berfaedah tu), pedas ke cili yang dimakan tu? Nak tambah lagi?

Macam Fendiosman cakap sebelum ni, konsep kalau tak makan cili, buat apa nak cari air minum hilangkan rasa pedas? Jadinya, teori makan cili tu memang la betul. Tapi yang peliknya, salah sendiri makan cili, lepas tu nak laporkan kata orang lain yang suruh makan cili? Apa cerita pulak tu? Kalau taknak rasa pedas, jangan makan cili. Makan la gula, tak pun minum madu. Betul tak?

Hmm...teringat kertas NOTA PERSEDIAAN yang dibekalkan oleh Agensi Pusat pada hari taklimat di Citibank tempohari. Antara petikannya termasuklah SENTIASA MENJAGA IMEJ PEGAWAI KERAJAAN MALAYSIA. IMEJ ye murid-murid....dan kat bawah tu ada jugak lagi anak2 nota yang boleh dimasukkan di bawah perkara imej. Ada satu lagi adalah berkenaan PUNCTUAL. Kalau dari hari pertama kat Mareshia pun dah tak punctual, mustahil la tak menjadi target Fendiosman. Konsep yang Fendiosman pegang sekarang adalah konsep datang berkumpulan. Jadi, kalau seekor kerbau membawa lumpur, habis kerbau lain akan terpalit. Ni sekadar pandangan Fendiosman berdasarkan apa yang dibekalkan dan apa yang ditaklimatkan oleh Agensi Pusat. Tak tau la kalau ada intepretasi yang berlainan dari orang lain.

Tapi yang Fendiosman paling tak faham, bila orang makan cili tapi rasa pedas tak hilang2. Hairan cili mana la yang diorang makan tu. Mungkin berlonggok-longgok cili yang ditelan. Memang pedas sangat la tu. Bila dah makan cili, memang la kena minum air. Kalau tak minum, sah rasa pedas tak hilang. Orang sekeliling pun kadang2 prihatin, ada yang cuba bagi bantuan dengan bagi air, tapi sebab rasa hebat, air pun ditolak. Sudahnya? Rasa pedas tak hilang, makin bertambah lagi ada la.

Err..kepada yang tak mengenali Fendiosman dengan betul, memang akan rasa horror bagaikan anak tiri cerita Lela Manja. Dan tidak kurang jugak ada yang berkata...ALANGKAH BAIKNYA AKU TAK KENAL DENGAN FENDIOSMAN. Fendiosman langsung tak berasa terkilan kalau ada orang yang berpendapat sebegitu. Tapi, apa yang Fendiosman cuba sampaikan itteww sebenarnya Fendiosman dah intepretasikan terlebih dahulu untuk menjaga imej sebagai pegawai Kerajaan Malaysia. Sebab apa? Sebab Fendiosman taknak dilabelkan sebagai pegawai Kerajaan Malaysia yang tak reti menjaga imej negara.

Tepuk dada, tanya selera. Orang hantar jauh-jauh, suruh menimba ilmu, bukan suruh borong cili dari Nihon bawak balik Mareshia. Kat Mareshia pun ada banyak cili la! Nanti excess luggage sila bayar sendiri ya. Ish ish ish.....