Tuesday, July 14, 2009

Hensemkah Anda? Lawakah Anda?

Hmmm....adapun posting hari ni saja2 menghilangkan bosan. Dan seperti biasa Fendiosman suka perhatikan orang, dan perhatikan diri sendiri jugak (satlagi kalau tak perhati diri sendiri orang kata macam C***I pulak kan?). Kesan daripada pemerhatian yang dibuat ittewww....Fendiosman dapat pelajari beberapa perkara. Pemerhatian ini dibuat lebih teliti sejak2 Fendiosman kerja kat tengah2 bandaraya ini. Almaklumlah kota metropolitan. Walaupun tak sebesar konurbasi Tokyo maupun bandaraya Osaka yang mega ittteeww, tapi kehenseman dan kelawaan anda tetap diperhatikan.

Hensem atau lawakah anda? Dari segi rupa paras...memang Fendiosman jauh ketinggalan ke belakang la. Sejak2 muka dah jadi bawang ni, memang tak layak diiktiraf sebagai hensem apatah lagi untuk masuk sebagai Finalis Hero Remaja, ataupun Cleo Most Eligible Bachelor seperti seorang jejaka yang Fendiosman kenali.

Pada Fendiosman, anda tak cukup hensem maupun lawa jika...

1. Badan berbau. Errrrr....murid-murid sekelian, walau secantik manapun anda pakai, tapi kalau dari sebatu dah boleh bau tengik badan ittewww, memang menjadi satu pantang buat Fendiosman. Sebagai langkah berjaga-jaga, eloklah kita gunakan deodorant ataupun anti-prespirant yang mampu mengawal dan menyekat perpeluhan yang berlebihan. Kalau mampu, bawak jugak perfume dalam beg kerja. Boleh la untuk dicretkan di badan. Untuk yang berbadan besar seperti Fendiosman ni, kerapkan diri bermandi-manda. Itu akan dapat membantu mengawal bau badan yang ghau-ghau ittewwww.

2. Gigi ada cili / sisa makanan. Heh....lepas makan, kumur ye murid-murid. Kalau di pejabat, bawak Listerine, dan boleh kumur untuk menyingkirkan sisa2 yang tinggal. Kalau yang bertelefon canggih ittewww, boleh aplikasikan cara Fendiosman dengan mengambil gambar mulut dalam posisi tersengeh supaya cili / sisa makanan dapat dibersihkan sebelum berjumpa dengan orang ramai. Dan, kalau gigi tu dah lama tak diservis, ringan2kanlah kaki untuk menjengah doktor gigi, dan scale gigi anda. Sakit sikit takpe, janji senyuman menawan.

3. Molot ada bau. Hmmm...ini lagi satu pantang Fendiosman. Bukanlah Fendiosman nak cemolot dengan orang, tapi molot yang berbau ini memang akan memotong stim Fendiosman untuk berbual. Mungkin Fendiosman akan tersenyum lebar, gembira berbual seperti tiada apa yang berlaku. Tapi hakikatnya Fendiosman menggunakan teknik bernafas melalui molot untuk mengelakkan daripada si mangsa tersinggung perasaan apabila ditegur.

4. Kaki ada bau tungkik. Erkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...ni la yang cukup mengerikan bila berdepan dengan mereka yang ada bau seperti ini. Kalau Fendiosman, memang cukup takut nak membuka kasut apatah lagi berhadapan dengan orang ramai. Nak pulak bila berstokin. Bukan la nak kata kaki kita ni berbau, tapi precaution ye murid2. Teringat kisah semalam sewaktu menaiki ERL dari KUL ke PJS, seorang Hamba Allah yang duduk di sebelah Fendiosman dengan senang hati membuka kasut untuk meregangkan badan. Perrrrggghhh, boleh mati ikan dalam sungai kalau bau rasanya. Daaaaannn...seperti biasa teknik pernafasan melalui molot akan digunakan. Errr....nak kata berdepan, nanti sentap! Susah berdepan dengan manusia2 sentap ni.

5. Bulu idung terjuntai keluar. Isk...kadang2 tak paham dengan orang yang suka menyimpan bulu idung bagaikan misai ni. Adakah nak ditrim bagaikan misai dato K? Atau hendak dianyam bagaikan ekor kuda? Hoho...kalau nak beli trimmer tu mungkin agak mahal, tapi dengan gunting pun boleh dibuat. Mudah saja!

Ehm, 5 perkara ni memang nampak remeh, tapi these things are basics for grooming. Tak perlu nak jadi model baru nak jaga. In fact dalam Islam pun diajar bab2 kebersihan ni. Makanya, marilah sama2 kita menjaganya ya!

Sunday, July 12, 2009

BAWANG


Dah dekat seminggu Fendiosman tak update blog. Sibuk katanya. Sambai berbawang berakar umbi blog. Bawang? Kenapakah? Hanya johari yang mengenal maniam.

Adapun sejak balik dari Nihon ni jadual kerja memang padat. Penstrukturan kementerian sejak penggabungan tempohari nampaknya dah menunjukkan kekuatan. Masing2 dah mula memainkan peranan sebagai satu kementerian yang kedua besarnya dari segi fungsi. Makanya kerja pun memang terus masuk ke gear 4 la. Tercungap la jugak nak mengejar. Maklumlah....dah jadi pondan tua katanya.....walaupun. Lantaklah orang nak kata apa pun, hanya yang betul2 kenal Fendiosman saja yang tau dan layak untuk menilai diri Fendiosman.

Weekend ni berjaya jugak menyelinap balik ke bandaraya Sungai Petani yang semakin hari semakin membesar ittewww. Balik panjat pokok mo'tan yang dah berbuah lebat tapi takde orang nak makan. Ye la....mama sorang2 je kat rumah. Selain sakit rumah yang dihadapi, memang Fendiosman balik nak menghantar barang2 yang dibeli untuk mama di Nihon tempohari.

Dan minggu ni bermulalah jadual heret beg ke sana ke mari. Awal pagi Isnin, ke Kota Bharu, balik hari. Awal pagi Rabu, heret beg jugak, balik hari jugak. Jumaat-Ahad pun heret beg lagi. Ditambah dengan mesyuarat tak habis2 pagi petang siang malam. Macam itik pulak rasanya, ada jugak orang perhatikan cara Fendiosman jalan ye? Tugas2 untuk acara yang bakal berlangsung jugak perlu dibuat. Apa pun, Fendiosman memang enjoy dengan kerja yang ada sekarang ni. Walaupun melayan kerenah Madamme Eyebrow tu agak mencabar, tapi pada Fendiosman dengan cabaran yang ada tu la mengajar Fendiosman untuk jadi lebih matang dalam membuat tugas harian.

Err.....rasanya taknak tulis panjang2. Kang tertulis benda2 tak elok, nanti orang kata Fendiosman suka mencaci maki orang lain, macam Fendiosman sorang je yang bagus. Eloklah berenti takat sini je.

Oh ye, sebelum terlupa. Untuk pembaca yang budiman, BLOG INI ADALAH BLOG FENDIOSMAN, JADI KALAU TAK SUKA DENGAN TULISAN FENDIOSMAN, SILA BAWA CURSOR ANDA KE PENJURU KANAN WINDOW INI, DAN TEKAN X YANG BERWARNA MERAH ITU. SENANG CERITA, ANDA YANG BACA PUN TAK SAKIT HATI, FENDIOSMAN PUN TAKDE NAK GELAK GULING2 BACA KOMENTAR PEMBACA YANG SANGAT MEMBINA ITU.

Wallahua'alam.....

Monday, July 06, 2009

Memerhati Gelagat....

DISCLAIMER: POSTING INI TIDAK ADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP MAUPUN YANG MATI, CUMA BERDASARKAN PEMERHATIAN PENULIS BLOG YANG SUKA SANGAT MEMERHATIKAN GELAGAT ORANG DAN MENGKAJI BERDASARKAN PENGALAMAN BELIAU SENDIRI

Tudiaaahhh......besaq sungguh disclaimer yang Fendiosman letak. Kalau tak reti bahasa jugak Fendiosman taktau la nak cakap macam mana. Almaklumlah, ada langau yang sangat suka menyinggah sambil memberikan komentar yang sangat membina. Terima kasih Fendiosman ucapkan. Adapun hari ni Fendiosman nak cerita pengalaman memerhati gelagat manusia di sebuah bilik istirehat penerbangan di sebuah lapangan terbang. Dalam bahasa orang putih, nama dia Lounge.

Murid2, lounge ni adalah tempat istirehat untuk penumpang2 penerbangan biasanya untuk kelas pertama, kelas perniagaan, dan penumpang2 yang memegang kad istimewa frequent flyer bertaraf platinum, gold serta silver. Di lounge ini biasanya orang akan berehat sambil menikmati ketenangan sementara menunggu pesawat bersedia untuk berlepas. Biasanya suasana dalam lounge adalah amat sunyi sepi dan daripada pemerhatian Fendiosman, golongan yang berada di dalam lounge ini adalah golongan ahli2 perniagaan. Kalau di Malaysia, boleh lihat pak menteri, ahli parlimen, pegawai kanan kerajaan, orang2 kaya dan yang sewaktu dengannya.

Biasanya dekat lounge ada kemudahan seperti snacks bar, kerusi urut, bilik mandi, bilik segala macam bilik yang memudahkan para pengguna dan tidak perlu untuk berebut menggunakannya bersama orang ramai. Satu kelebihan katanya.....

Ada satu hari yang hening, Fendiosman masuk ke dalam lounge di sebuah lapangan terbang. Ish...Fendiosman bukan orang kaya maupun pegawai kanan kerajaan. Tak mampu nak buat semua tu, cumanya dengan kelebihan kad berwarna emas yang telah diberikan oleh Malaysia Airlines melayakkan Fendiosman untuk sama2 menikmati peluang yang diberi ittewwww. Syukur....

Dalam beristirehat tu, sempat jugak Fendiosman buat pemerhatian. Pertamanya di snacks bar. Ada beraneka pilihan makanan yang dihidangkan sebagai kudap-kudapan. Ada roti, ada kekacang, ada aiskrim dan macam-macam lagi, dan umum maklum bahawa makanan itu hanya untuk dinikmati sewaktu berada di lounge sahaja.

Ada la satu pasangan pertengahan usia ni, Fendiosman perhatikan asyik bukak tutup petiais, bawak keluar 4-5 botol yogurt. Kalau sekali tu mungkin takpe, kejap sang suami, kejap sang isteri, dengan yogurt, dengan biskut lazat, pelik jugak. Dalam hati Fendiosman ni mula la terdetik, ish...buruknya lantak depa ni! Kebetulan pasangan ittewww duduk berdekatan Fendiosman, teng teng teng.....ada adegan tapau menapau masuk dalam beg ye! Macam pergi groceries shop. Mungkin yogurt ittewww sedap barangkali. Makanya perlu la ditapau bagi kat orang kampung merasa. Heh....

Hmmm....hari tu mungkin sang suami tak berapa nak sihat. Selsema agaknya. Bersin tak agak2. Bergema satu lounge. Fendiosman yang berada berdekatan terus membuat tindakbalas refleks dengan menutup muka menggunakan jaket. Almaklumlah, wabak selsema babi ittewww amat merisaukan. Dalam lounge ittewww.....manusia2 yang ada ala2 terkejut dengan bersin yang kuat tanpa sebarang penapis. Kalau sekali tu dimaafkan la. Dok kejap lepas tu bersin lagi.....kali kedua dan ketiga. Fuhhhhhh.....terkedu kejap Fendiosman.

Di satu sudut yang lain pulak, ada sekumpulan pengembara yang turut menantikan penerbangan. Tengok gaya, muda2 lagi. Mungkin golongan korporat muda yang terbang di kelas perniagaan.

Tapi......alahai, sedih Fendiosman tengok. Macam parti la pulak dalam lounge ittewww. Bercakap tak pandang kiri kanan. Bising ya amat. Ada la jugak insan yang prihatin memberi isyarat senyap kat kumpulan pengembara ittewww. Haram tak dihiraukan. Tetap jugak bising. Mungkin menceritakan pengalaman diri masing2 dengan gembiranya.

Ada jugak adegan menjerit, OH MY GOD!!!......kuat sangat sampai orang2 lain terpinga2. Kalau ye pun terkejut, jangan la buat macam tu. Hmmm....tetibe je Fendiosman rasa nak bukak kelas manners dan protokol kat situ. Tapi kesian la jugak, mungkin depa ni first timers kot. Tak berapa nak didedahkan lagi kat benda2 eksklusif macam ni. Kesiaaaannnn! Ada jugak yang tak reti nak silentkan henset. Kuatnya bunyi. Kalau sekali, mungkin la dia terlupa nak silentkan. Tapi kalau dah berkali2.....kat setiap sudut lounge ittewww ada tertulis supaya disilentkan handphone dan bercakap hanya di tempat yang dikhaskan. Tak jugak paham...

On the other hand, boleh jugak nak dikata, adakah depa ni takde common sense? Some people memang tak reti, ataupun buat2 tak reti. Ada la sorang manusia di sebelah Fendiosman ni, gara2 terganggu dengan kebisingan kumpulan manusia yang berparti ittewwww bertanya kepada Fendiosman..

"BISINGNYA....DIORANG NI DATANG DARI MANA?"

Fendiosman tersenyum mengenangkan soalan sinis ittewww. Tapi nak menjawab apa...Fendiosman tak tau. Hai...entahlah. Susah jugak jadi rusa masuk kampung ni kan? Well...dari pemerhatian ni, banyak Fendiosman belajar. Nonetheless, ada jugak yang tak reti2 nak belajar. Tau kira seronok sendiri je. Apa pun, biarlah mereka dengan kegembiraan mereka ittewwww. Mungkin bila dah selalu masuk lounge nanti, baru la tau manners sikit. Harapnya begitu lah.....