Untuk para pengunjung blog yang budiman, memang dah lama Fendiosman tak update blog ni. Sampai dah nak bersawang rasanya. Tapi bukan sebab Fendiosman malas ataupun mengabaikan blog ni, cumanya agak sibuk dengan keadaan sekeliling. Heh.....Adapun sekarang Fendiosman tengah menduduki Pusat Penilaian Kompetensi (ataupun PPK...ataupun dalam bahasa fesbuk Fendiosman adalah P*****, matila kalau tulis kat sini, ala2 carut katanya) yang dah berlangsung selama beberapa hari.
Hari ni preparation day untuk written exam esok. Untuk pelaksanaan yang baru ni, sebenarnya lebih susah dari yang lama. Kalau dulu, fail satu part dalam komponen, boleh repeat part tu je. Ni tidak ye murid-murid...kalau fail satu part, kena repeat seluruh komponen. Katakanlah written exam tu lulus, tapi gagal untuk menghantar kertas renungan, makanya...silalah repeat keseluruhan ye. Ngeri bila pikirkan benda2 ni....The whole concept of PPK ni, ada la baik, dan ada la yang tak berapa nak baik. Apa pun, keseluruhannya kena pulangkan balik la kat pasukan yang menentang PTK cara lama yang kononnya menyusahkan tu. Haaa...bila dimintak untuk kaji semula, rasakan....lagi nalla yang dapat. Huhuhu.........impak? Semua la yang kena. Fendiosman yang tak pernah menentang PTK ni pun kena terlibat sama. Hadoilaaaa...
Kalau dulu, soalan GO tak wajib, skarang dah wajib jawab. Kalau dulu, jawab 3 soalan, 2 jam, ni 2 soalan 2 jam. Kuantiti, takkan sehelai untuk sejam kot? Kaaaan? Mesti la berkajang-kajang. *matila pak malau....
Apa pun, Fendiosman redha. Mungkin dengan pelaksanaan modul baru ni lebih membuka mata dan menyebabkan calon2 berusaha lebih untuk lulus sebab takmau repeat! Walaupun hari ni dah berasap kepala untuk membaca buku yang tebal belaka, tapi semangat nak lulus cemerlang tu musti ada. Aim for the stars, kalau jatuh pun nanti jatuh atas bulan. Heh.....
Cukup pojok untuk hari ni, nanti lepas exam Fendiosman sambung lagi.....Wallaahua'alam
Dah kebetulan Festival Filem Malaysia pun berlangsung, makanya Fendiosman turut serta ke Majlis Perasmian di 1Borneo pada hari pertama ketibaan. Mrasa la bermingle-mingle dengan artis segala. Tapi sebab Fendiosman behave, takde la meroyan bergambar dengan artis segala. Rasa la jugak salam dengan orang tu orang ni, dari kumpulan artis yang sendu tak berapa nak laku sampailah kumpulan yang glamer meletop pop bagaikan diva.
Errr..kunjungan kali ni membawa Fendiosman ke beberapa tempat yang menarik seperti di kedai Sabah Batik. Hajat di hati konon nak mencuci mata, tapi dah tertengok......terbeli la pulak. Bukan takat satu, tapi dua ya murid-murid. Kopaaaaakkkkkkk.....
Sambil menyendukan diri menyaksikan duit yang terbang, sempat juga terdetik, sejak mencari rejeki di Jabatan Joget ni, memang banyak acara yang perlu Fendiosman hadiri dan memerlukan pakaian batik ini. Batik Terengganu, Kelantan, Sarawak dah banyak dalam lemari ittewww, jadi kali ni dapat la Batik Sabah yang cantik untuk dibuat baju. Memang cantik! Alah membeli menang memakai katanya (ayat cover sedey tengok duit terbang kaaannn?)
Dah membeli, sempat la camwhoring memperagakan kain yang dibeli itteww! Saksikan la motif borneo yang dilakarkan. Harganya tak mahal, cuma 290 ringgit sekeping! Untuk wanita....lebih kurang 500 ringgit untuk kain yang ekslusif. Kata tauke kedai ini, memang rekaan beliau menjadi pilihan isteri TYT Sabah dan setiap bulan ada je design baru yang dibawa ke istana untuk dibeli oleh isteri TYT.
Selesai cerita batik, aktiviti kedua yang Fendiosman sempat lakukan ialah mengunjungi
Heipppp...bukan urut2 kesihatan seperti di hotel ittewww ye! Pengalaman lalu cukup mengerikan Fendiosman dah menjadikan Fendiosman aaaaamat berhati-hati dalam menggunakan khidmat tukang urut ini. Setelah diselidik, memang spa ini takde yang hanky panky. Diberi pilihan pula untuk mendapatkan therapist lelaki ataupun perempuan. Jadi...sekali lagi, takde masalah untuk mereka yang segan dan malu untuk diurut oleh therapist perempuan.
Rawatan coconut scrub, herbal wipe, herbal footbath dan urutan ittewww sangat mendamaikan. Diiringi muzik yang perlahan berkonsepkan alam sekitar. Sesuai dengan harga yang ditawarkan. Tidaklah semurah spa di Bali maupun di Bangkok, tapi dengan perkhidmatan yang diberikan, Fendiosman memberikan 5 bintang kepada servis Kaandaman Spa ini. Kalau sesat ke KK lagi, memang tempat inilah yang akan Fendiosman tujui. Hiks....(mrasa la promo tempat orang kaan?)
Adapun sempena mood Festival Tari Malaysia yang baru berakhir hari Jumaat lepas, dan juga kisah Auntie Fuziah yang sangat suka menyuruh Fendiosman berkahwin, ada satu lagu yang secara kebetulan Fendiosman dengar, nyanyian Allahyarham Fadzil Ahmad berkenaan pengantin baru.