Tiga minggu lepas Fendiosman dikejutkan dengan satu panggilan dari sahabat 334 clan menyatakan seorang sahabat Fendiosman, saudara Wellingon Ngelambong Binji Edwards dimasukkan ke Hospital Putrajaya. Katanya suspected tumor di kepala. Well ditemui tak sedarkan diri di rumah setelah 3 hari tak hadir bekerja. Mengikut riwayat yang diceritakan, seorang lagi sahabat 334 clan telah membuat panggilan telefon dan Well menjawab minta diselamatkan. Well ditemui lemah dan langsung tidak bermaya.
Keesokkan harinya Fendiosman terus ke Hospital Putrajaya melawat Well. Nampak stabil tetapi lemah. Sempat Fendiosman peluk Well, dan memohon untuk Well tabahkan diri serta kuatkan hati. Ibu Well nampak sugul. Fendiosman cuba untuk ceriakan Well, walaupun sekejap tapi Fendiosman harap Well akan sembuh seadanya walaupun Well macam dah putus harapan. Well kata dia kena kanser. Tapi, Fendiosman kata, lagi dokter tak cakap apa-apa, jangan putus harap langsung.
Tangan Well kena cucuk, darah kena ambik. Kata doktor, diorang pun tak tau apa yang tak kena dengan Well. Dari Putrajaya, Well dipindah ke Neuro HKL untuk further observation. Kerap Fendiosman sms Well bertanyakan khabar. Well kata "I'm doing good. Getting better slowly"
Tapi sebelum balik melawat well di Putrajaya, Fendiosman ambik gambar Well. Kata orang...biar orang masih tersenyum kita ambik gambar. Nanti dah tak senyum tak guna. Well memang nampak lemah sangat. Tak larat....Fendiosman berdoa semoga beliau cepat sembuh dan tidak kena penyakit yang bukan-bukan. Cukuplah pengalaman sedih dengan Allahyarhamah Monaliza tahun sudah. Fendiosman taknak benda sama berulang.
Jumaat lepas Fendiosman sms Well lagi, dia kata dia ok. Tapi petang semalam, seorang dari 334 clan kata Well dah tak sedarkan diri. dah pakai oxygen tank. Kena sawan. Nak pergi melawat semalam, memang tak dan. Dapat tau pukul 6, Fendiosman di Kajang, Well di Sungai Buloh. Makanya bertawakkal agar tiada sebarang benda buruk berlaku kepada Well. MMS yang dikirim oleh 334 clan memang menunjukkan Well amat kritikal.
Tadi selepas Perhimpunan Pagi KPKK Fendiosman memecut ke Hospital Sungai Buloh untuk melawat. Tergamam bila tengok keadaan Well. Ada Indai Well, ada makcik Well. Fendiosman sabarkan mereka. Mata ni dah nak pecah empangan, tapi tahankan jugak supaya tak pecah depan Indai Well. Doktor kata Well kena meningitis, otak dia dah bengkak, bernanah katanya. Well memang dah tak sedar.
Fendiosman pergi pegang tangan Well, Fendiosman suruh dia bangun. Tapi hampa. Takde respons langsung. Sedih menjelma lagi. Fendiosman hiba. Tengok ada rakan yang dah menangis, tetap Fendiosman suruh mereka bersabar, jangan menangis depan Indai Well.
Tadi petang, katanya doktor menunggu persetujuan untuk cabut life support Well. Fendiosman terkejut lagi. 3 minggu sudah Fendiosman berkata-kata dengan Well. Masih adakah Well nanti? Life is so fragile. Bila-bila masa kita akan dijemputNya. Well....bangun Well...
Tadi petang, katanya doktor menunggu persetujuan untuk cabut life support Well. Fendiosman terkejut lagi. 3 minggu sudah Fendiosman berkata-kata dengan Well. Masih adakah Well nanti? Life is so fragile. Bila-bila masa kita akan dijemputNya. Well....bangun Well...







