Thursday, February 11, 2010

30 Sen......3 Series World


Adapun hari ni tajuk posting bernombor sedemikian rupa sebab hari ni genaplah usia Fendiosman 30 tahun. Dah 3 dekad pun. Rasa cepat sangat masa berlalu. Nak ulang kata-kata seperti tahun-tahun yang lepas dah cliche sangat. Jadi.....tak perlulah diulang. Nanti orang jemu. Ibarat miting 2 kali seminggu, hari Selasa dan hari Khamis, tapi contentnya sama, dan audiencenya pun sama, makanya pakat la menguap kebosanan kesemua ahli yang hadir..........ada Fendiosman kisah? Isk....carut lagi! Tapi carut sapa pulak tatau? Tidak ditujukan kepada mana-mana individu, tapi sapa yang buat rasakan la ye. Sangat tak cost effective, makannya nasik lagi, kuih lagi, buah lagi, siap kena hidang. Perbelanjaan berhemah katakan.........tang mana yang berhemah tatau?

Macam tahun lepas, tahun ni pun Fendiosman nak buat Wall-Of-Fame juga kepada semua yang menghantar message di ponsel (PASAI APA CAKAP INDON NI?), di dada BUKUMUKA, dan juga panggilan pulsa (ISK...CAKAP INDON LAGI? AWAT NI?) secara personal kepada Fendiosman. Untuk anda semua, Fendiosman hargai ucapan yang telah diberikan. Kata Bonda Phachat, "Walaupun ada golongan yang mengeji, tapi dengan ucapan yang kau terima tu, bukti raaaaaaaamai lagi yang sayangkan kau". Terima kasih sekali lagi. Terasa diri Fendiosman begitu berharga (Loreal kah?)

MAMA (LATIFAH ISMAIL), ALONG (AHMAD FAHMI YAHYA BIN OSMAN), LUKMAN HAKIM YAHYA BIN OSMAN, NAQIB BASIL YAHYA BIN OSMAN, ALMAS NADHIRAH AHMAD FAHMI YAHYA, TUN MAZUKIE TUN IBRAHIM, HASNISA HASHIM, HAMFATULLAH SYAWAL HAMDAN, RAFIZA RAHMAN, NURUL HIDAYAH IDRIS, ABANG SAM, RUSH MOORADT, ADI FAIZAL AHMAD  TARMIZI, FADIANA FAZREEN, SHAMEL KUCENG PARSI, CHEN CHWEN SHIN, FARAH SALMA ABDUL RAHIM, YUSMAN HAMBALI, SITI NORAYUNI NADHIRAH, SURIATI SAMSUDIN, JOSH YAP, MOHD HATTAMIZI, RAJA NOSYITA, HASMAWATI YUSOFF, NORHAYATI ALI BASIR, DEDDY FAISAL, SHAH SHAHE, PAMELYN TAN AI HOON, MOHD AMZARI, MOHAMMAD JAMAL, MOHD FAISAL RAMIN, HANIAH HASSAN, NOR ALIZA, JOSEPH BALANJIU JR., FIRDAUS AZIZ, SAFIZA SELAMAT, KHADIJAH MINHAT, ERMA LINDA MAULOP, RAJA FARYNA RAJA MAHMOOD, LILYSURYANENGSIH MAZRI, NAZROL MAZUKIE, ALIEYA AKASHA, MOHAMAD AZLAN SHAPIE, AMIRUL IBRAHIM, AZMI MOHAMAD, KHAI ABDULLAH, ADNI ARIFF, JOHAN MANAF, NOOR FAZARULSHIMA, ANNE SABRINA LASUMIN, LYNN ZAMANI, HARIS ZAKARIA, NOOR AZIDA, NOORULADZIM ATEMAN, BARATHI MUNIYANDI, YANG FARINA ABDUL AZIZ, NAZZIAN AZHAR, NOOR IZZATI ISMAIL, DINATRA MOHD SAAD, DAIRWAN NORDIN, HERUMI ONIZAWA, BAFTI HERA, FIRDAUS AZIZAN, AZAH AZMAN, NORAZELINA HUSSAIN, ADEEB AMN, SHAMRIZAN ABD MAJID, NOORZIEHAN SIDIN, KHAIRATON NAJMIAH, MARINA ABU BAKAR, NAZAR AZLY ZABERI, AIZAC ISMAIL, AISHAH KAY, QASEH MEEIA, SHUHADA ISMAIL, SANISAH AZERAI, STEVEN RAO, KHAIRUL AIZAWATI KHALID, KAKASHI SAN SAIFUL, HASLINA BAHASAN, RAMESH SALIMUN, SITI ATIQAH ABD LAH, JIE IBRAHIM, AZREEN MOHD NASIR, AZANIS LANI, NIK YUSANA TUAN SOH, SRI ASMAHANI SULIMAN, HASAN HAFIZI HANAPI, NAJDI ABDUL MUTALIB, AZREEN TURAZ RADZIK AZNAN, SHAKEERA HANI AZNAN, ALIZA NASIR, MARHANI MAT JELANI, TAN KIM HUAT, MOHD FAUZI AHMAD, IRYANTY OMAR, KHAIRUL HUSNA ABDUL KADIR, TUAH MOHD NOR, YUZAIRI RAHIM, FIR 'ANAH ANUAR, SITI SABARIAH YAAKOB, ROSNORLIZA ROSLI, SHARIFAH THAHERAH AL-ASRAR, EZEE NORMEEZAN RASMI, IRFAN ZUL, AZIMAH DOLLAH, FAZREEN NAZMI, HONEYOSHIDA SHAH, MIRIZA MAAROF, HASSANAL REDZUAN, MOHD NORSYARIZAD RAZALI, NOOR ZANARIAH MARDI, IZAR AZMI, NORIZAWATI MUKHTAR, HANAPI AHMAD, FAREEZ CHENGKOI, NORMAYA NORDIN, NULUHON BERUANG MADU, MUHAMMAD HISYAMUDDIN BAHARUDIN, NORFAIZA ALI, HAIRULNIZAM GHAZALI, NAJIHAH ABDUL MUTALIB, ARMI HAZRI, AHMAD PHARMY ABDUL JALIL, AHMAD LUTFI SUROL, AMNAH SAAYAH ISMAIL, NORKHAMISAH ADAM, SAARI CHE MALIM, FATIMA ABDULLAH, HANIZAN CHE MAT, HAMIDY SALEH, ZIE ZIANA, MEGAT SYAM, MOHD FAZLIE ABDUL RASHID, SITI MASZURA MANAP, AZLAN OTHMAN, KHAIRUL ANUAR KAMARUDIN, ISKANDAR MOHD KAUS, ZACK HYDER, SHAH BORHAN, RAHAH ISMAIL, ROZIAH ZAKARIA, SID SHIDA YUSOFF, AHMAD FARIS ABDULLAH, NOOR ASDIANA KADIR, YUSMAN FARIS YUSOFF, NIZAM AKHIR, SITI RADZIAH, ZAHIAH ALWEE, SITI ZURAIDAH NAPI, SAFRAN NAWI, SALAHUDDIN HAMZAH.

Kesemua nama yang ada ni Fendiosman update setakat jam 11 malam 11 Februari 2010. Terima kasih sekali lagi Fendiosman ucapkan. Untuk yang namanya tak termasuk, mungkin terlepas pandang atau tertidak senarai, Fendiosman ampun maaf. Berpinau jugak mata nak taipkan satu demi satu nama yang memberikan ucapan. Benarlah kata bonda Phachat.........TAPI, perlukah diulang ibarat miting 2 kali seminggu ittewwww? Opssss.....

Hadiah tahun ni? Fendiosman hadiahkan diri sendiri pakej percutian ke luar negara. Ke mana tatau? Tungguuuuuu! Tapi....hadiah paling besar buat Fendiosman adalah kasih sayang yang paling bermakna dari Mama dan keluarga tersayang, dan jugak rakan-rakan yang memberikan ucapan. Hadiah kedua terbesar? Oooooo........senang je, dapat lari dari Ratu Sheeba III. Opsssssssssss lagi...

Saturday, February 06, 2010

Suatu Petang: Chardonnay & Braun Buffel

Tudiaaahhhh...gaya hidup ekslusif ala2 orang kaya katanya. Motif? Errr...Fendiosman belajar ni dengan Ratu Sheeba III satu ketika dulu. Ya la kan, bilik kena Super Suite. Makan kena orang hidang. Naik kapal terbang kena orang check-in kan. Beg kena heretkan. Jadi, keluarlah topik ala-ala orang kaya seperti ini. Isk...sudah2lah carut. Bukan dia nak insaf pun.

Haaa....hari ni dalam sejarah, biasanya Fendiosman jarang sangat keluar rumah sewaktu hujung minggu. Kalau tak balik kampung, pi rumah saudara-mara. Kalau tak buat semua tu, Fendiosman melingkar je kat rumah. Sapu sampah, mop lantai, basuh kain baju. Tapi tadi sempat la jugak bersiar-siar bersama Bonda Phachat, Kak Timah Speku dan Cik Mira di Pavillion. Tidaklah memborong, zaman kemelesetan ekonomi ni, kena buat perbelanjaan berhemah. Tak gitu murid-murid?

Hari ni ke Pavili ni dengan tujuan untuk mengutip hadiah sempena bulan Februari di sebuah butik barangan yang ada di sana. Dek kerna Fendiosman ni menjadi ahli Guild Membership di Braun Buffel, jadi dapatlah hadiah pada bulan yang istimewa setiap tahun. Haaaa....gegeh neh sebab tahun lepas orang lain dapat beg kasut yang malatop. Konon feeling2 nak dapat hadiah besar la jugak kan, sekali yang ado saja yang dibagi. Huuuuuuuuuuuuuuuuuu....kachiwa kachiwa. Keychain kulit cenonet je yang dapat. Tapi ikut resit yang dibagi, mahal harganya. Boleh la beli tiket balik Sungai Petani pergi balik naik Malaysia Airlines guna Grab the Deals promotion. Apa pun bersyukurlah seadanya dengan hadiah ittewwww. Daripada takdak, ada la jugak kan.

Alang2 dah melangkah kat kedai, takkan la claim hadiah je kan. Sempena bulan istimewa di kedai Braun Buffel, dapat 20% discount untuk setiap purchased item. Tapi kat situ mana la ada barang kecik2. Paling murah pun ala2 keychain cenonet tu ha. Pusing kiri pusing kanan, taktau nak beli apa. Tengok kasut, satu ribu lebih, takkan la seribu lebih nak letak kat kaki dak? Tengok tali pinggang, yang sedia ada elok lagi. Tengok beg baju, bak kata Bonda Phachat, dari anak gajah, mak gajah, bapak gajah punya saiz semua Fendiosman ada. Belek punya belek punya belek....ya la kan, nak memanfaatkan peluang dapat diskaun yang diberi. Haaa......tadaaaaa....

Dapatlah beli wallet baru yang cantik. Nanges la jugak nak keluarkan duit kan. Almaklumlah, Fendiosman bukan biasa sangat barang2 mahal ni. Selalunya yang simple dan menawan. Hadoilaaaa. Tapi ada satu cerita menarik dalam butik tadi. Ada la satu pasang customer dok nak membeli beg tangan ratus-ratus tu. Tapi sebab dapat 10% discount sajor, terus ala2 taknak beli la kan. Kes sama macam Fendiosman kot? Bajet ciput katanya. Tapi, tetibe salesgirl kat situ kata 20% discount kat Fendiosman, terus la dia tanya sebab dia dapat 10%. Kes dengki la tu...errrr...bulan kau istimewakah? Hahahaha...

Tapi biasa la kan, kalau kiasu tu....kat mana pun dia kiasu jugak. Macam kat atas ni, everything also must grab katanya. Terus nak tepek kat Fendiosman untuk dapat diskaun 20%. Nasib la hari ni angin baik, ala2 menang Grammy Award. Nak tumpang pun tumpang la...apa salahnya berkongsi untuk keselesaan orang lain dak? Sharing is caring rite? Bagi la diskaun yang ada tu kat orang tu jugak. Punya la dia puji Fendiosman sebab baik hati. Errr.....hari ni mood I baik ye, bukan mood model atas pentas tarik pipi masuk dalam sambil melibas rambut. Pelik jugak kan kerenah orang ni? Ada je chance, nak je menumpang walaupun tak kenal. Tapi tu la Malaysia, the uniqueness of it actually! Susah nak jumpa kat tempat lain rasanya.

Puas hati membeli walaupun hati kachiwa dapat keychain cenonet, masa untuk makan la. Feeling2 orang kaya lagi. Pi la makan kozen (orang kampung Fendiosman cakap cuisine bunyinya macam tu) ala2 sambil menikmati Chardonnay dan Salmon yang lazat. Sekali sekala kan.....errr, sila jangan speku gambar di atas ye. Molot orang ni bukan boleh caya sangat! Kang kata Fendiosman tonggang la apa la. Walaupun Chardonnay yang Fendiosman teguk tu spesis wine, tapi non-alcohol la. Boleh diminum tanpa sebarang perasaan was2 ye murid-murid!

Fuh......selesai sepetang Fendiosman bersama rakan2. Tapi tak boleh la buat selalu, bengkrap bengkrap. Minggu depan waktu raya cina nak jalan lagi.....nak breakaway sat! Ke mana? Tungguuuu........cukuplah Fendiosman cakap destinasi yang boleh dicop paspot antarabangsa yang dah nak luput tempoh tahun depan. Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Wednesday, February 03, 2010

Seat 2C dan Seaview Suite

Alhamdulillah, hari ni masuk hari kedua Fendiosman di tempat baru, Fendiosman ditarik balik masuk ke Kementerian dan ditempatkan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia gara2 posting panas sebelum ni. Hiks...siap kena panggil dengan Kementerian untuk beri penjelasan. Prinsip Fendiosman mudah, Fendiosman mengaku Fendiosman yang tulis, tapi yang menariknya nama pelaku langsung tak dinyatakan dalam posting. Sapa makan cili dia rasa pedas. Jadi, kalau benar apa yang Fendiosman tulis tu, makanya betullah perkara yang dinyatakan tu dibuat. Makanya bermula dari 1 Februari 2010, kembalilah Fendiosman ke Kementerian, di Bukit Perdana di tengah-tengah bandaraya ittewwwwwww....

Walaupun dah beralih tempat, ada jugak la kisah nak diceritakan. Errrrrrr.......satu soalan, kalau korang naik kapal terbang, korang kisah ke duduk seat mana? Dan kalau seat yang diminati ittewwww dah kena ambik dek orang lain, perlu ke adegan sentap menyentap, adegan marah memarah? Ada la lebih kurang satu tempat tu yang diperintah oleh seorang Ratu yang mempunyai kuasa sakti (sakti tang mana tatau? sila discover sendiri ya), ala2 pergi melawat ke jajahan takluk kalau menggunakan kapal terbang, makanya terketar-ketarlah Mak Inang untuk menempah tempat duduk bernombor 2C. Seat lain taknak. Kalau ada orang lain duduk, orang lain tu la kena keluar. Nak jugak bagi Ratu Bintang Berayun ni duduk. Mungkin kat seat 2C tu ada kuasa sakti kot. Kalau duduk kat seat istimewa tu dapatlah menambah kuasa mistik sang Ratu. Sapa tau kan? Tapi tu la hakikat. Kena jugak seat nombor 2C. Kalau tak dapat, memang Ratu Bintang Berayun murka. Habis diherdik, sama jugak macam cerita Ratu kat posting sebelum ni yang marahkan Orang Gaji pasal tak dapat naik kapal terbang. Macam tu la jugak pe'el Ratu yang sorang ni. Oh Tuhan.............


Tu cerita Seat 2C. Sebab dia Ratu, memang la dia rasa dia deserve layanan yang sebaiknya. Sampai di jajahan takluk, pakat la Utusan di Negeri menunggu di Aerobridge. Wajib ye! Kalau tunggu kat arrival hall makanya perlulah merafak sembah memohon ampun. Kena lalu VIP room pulak kalau nak balik. Nak kata negara Ratu ni besar, takde la sangat. Biasanya Ratu ni suka menakluk jajahan orang lain. Katanya orang lain tak bijak macam dia. Jadi......perlu la ditakeover walaupun projek kat jajahan orang lain tu seciput je saiznya. GilGlam kot? Kalau Fendiosman kat skolah dulu, dapat la gelaran GiPang. Opsssssssssss.....


Hmmm...bila dah sampai kat jajahan takluk, kena sedia Suite yang mewah, walaupun untuk Ratu Bintang Berayun berbedak untuk seketika. Suite ya, dan.....kalau ada laut, suite ittewww mestilah mengadap laut. Kalau takat bagi bilik superior sajor, alamat habislah kena hempuk dengan Ratu Bintang Berayun. Tak Setaraf katanya. Tapi tulah kisah duniawi. Apa yang dikejar Fendiosman pun taktau. Errr....kat Negeri Bawah Bayu dulu ada kisah suite ini, kononnya suite kegemaran Ratu Bintang Berayun dah diduduki oleh orang lain, tapi sang Ratu ni nak jugak duduk bilik tu, mungkin kat bilik tu pun ada Kuasa Sakti bagi awet muda sepanjang zaman. Terpaksalah bagitau kat orang hotel untuk pindahkan orang yang dah sedia ada ke bilik lain, dan masukkan Ratu ke bilik tu. Kalau kelayakan dah terlebih, Utusan di Negeri keluarkan duit poket sendiri untuk memuaskan hati sang Ratu. Kalau tak, almaklumlah..............memang mengamuklah Ratu Bintang Berayun.

Sekadar renungan, perlukan ada manusia macam Ratu Bintang Berayun yang sangat demanding yang perlu dilayan bagai menatang minyak yang penuh? Mungkin la dia rasa dia Ratu, dia lupa untuk merenung rakyat di bawah. Kalau kerajaan yang ampuh macam Soviet Union pun boleh jatuh, apa lagi Ratu yang rapuh bukannya ampuh ittewwww. Tuhan Maha Adil. Wallahua'alam