Tuesday, February 23, 2010

Loqlaq Punya Pasai....

Semalam Fendiosman heret beg untuk bertugas kat seberang Laut China Selatan. Dah lama tak jejak kaki kat sini. Last bertandang ke Kuching tahun lepas, tu pun datangnya pagi baliknya petang. Jimat belanja katanya. *Tapi beli tikar kat kraf Sarawak Courtyard pastu jabatan yang bayarkan tu jimatkah? Opsssssssssss! Sapa yang berjimat sekarang ni eh? Sebab Fendiosman dah berurusan dengan hal ehwal peperiksaan, makanya tujuan bertandang ke Kuching ni pun sebab nak jaga peperiksaan la. Forget about the peperiksaan, hari ni Fendiosman nak cerita pasal keloqlaqkan Fendiosman dan jugak pasal erti sebuah kejujuran.



Seperti biasa, sebelum terbang Fendiosman isi perut tangki dulu kat Golden Lounge sambil meluangkan masa membelek BukuMuka sebab nak mengikut perkembangan semasa (sambil membanned mana2 user yang sibuk nak korek rahsia dengan mengadd sebagai fren. Konon manis mulut la kan? Tapi sebenarnya mulut tu busuk Tuhan saja yang tau - * pinjam kata2 Farah Afidavit). Sambil membelek tu, Fendiosman belek jugak henset yang dibawak, dalam hati terdetik jugak bila tengok orang pakai i-Phone, teringin jugak nak pakai satu. (tapi takde la mintak Kementerian bayarkan walaupun dah terlebih kelayakan! Tak gitu? Opsssssssss lagi..) Tapi tu la kan, orang kata benda2 macam ni sensitip, maca kereta jugak, bila kata nak tukar mulalah dia meragam. Benda tu akan terjadi kejap lagi.......heh. Tahyul ke apa ke, Fendiosman pecaya Qada dan Qadar.



3.00 petang, boarding time. Masuk macam biasa, settle down kat seat. Patut 3.15 dah pushback, tapi tak jugak. Mungkin tunggu orang nak naik lagi kot. 3.30, belum gerak jugak lagi. Tetibe dengar announcement dari flightdeck katanya ada technical problem. Ambik masa setengah jam lagi untuk siap. Tapi dalam masa tu jugak nampak lori beg datang, dan kapal terbang gegar2 sebab orang tengah keluarkan beg. Dalam hati terdetik, mesti AOG (aircraft on ground ye murid-murid) dan kena tukar kapal terbang.


Sejam berlalu, mulala Fendiosman rasa bosan sebab langsung tak gerak2. Lagu Gong Xi Fa Chai dah berpuluh2 kali berulang. Passenger lain pakat dok membebel pasal takde information apa2. Dok kejap lepas tu......ada la announcement kata kena tukar plane. Plane yang Fendiosman naik rosak katanya. Tak boleh repair.....

Turunlah kami semua berdedai-dedai nak ke gate depan untuk naik kapal terbang baru. Tapi sebelum tu kena la hold lagi pasal nak load catering segala. Crew pun nak prepare aircraft, jadinya kena bagi sikit masa. dalam dok tunggu tu.........tergelak bila ada sorang pakcik mintak diskaun sebab delay. Boleyyyyyyyyyy?

Sambil menunggu tu, konon ambik gambar sebab nak cerita pasal delay 2 jam ini. Dan inilah gambar terakhir Fendiosman ambik sebelum boarding call untuk new plane, dan henset diletakkan dalam offline mode. Fendiosman ingat, Fendiosman masukkan henset ke dalam poket dan duduk sebentar bagi orang tak reti beratur serbu naik dulu. Pakcik diskaun pun dah lari menerpa masuk. Takut sampai lambat katanya. Motif? Ni la mentaliti orang Malaysia yang sukar sangat nak diubah.

Flight selamat sampai kat Kuching setelah lewat 2 jam. Pukul 7 baru la dapat naik teksi untuk ke airport. Seperti biasa, Fendiosman check poket kiri kanan kot2 ada yang tercicir. Daaaaaaannnn.............gagau punya gagau, henset Nokia Fendiosman tu takde. Gelabah kejap. Mungkin dalam beg besar! Tapi tak mungkin......huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sah tercicir ni!

Sampai kat hotel, kalut telefon Lost and Found KLIA, suruh cari kat gate B10 dan B11, tapi reply kata takde henset yang dijumpai melainkan buku dan beg. Fendiosman suruh jugak cari dan akan call keesokkannya. Sambil tu, call jugak Lost and Found Kuching (semua ni bawah Malaysia Airlines sebab Fendiosman naik MAS), dan semua data diambil dengan teliti. Nombor seat, nombor penerbangan, dan maklumat yang berkaitan. Dalam hati ni memang dah terdetik kejadian nak tukar henset sebab tengok i-Phone ittewwww. Memang menyesal. Walaupun dalam henset Fendiosman takde .3gp yang bukan-bukan, tapi ada banyak alamat dan nombor2 penting yang takde Fendiosman save kat tempat lain. Orang Lost and Found tu kata kalau diorang jumpa diorang akan call Fendiosman bagitau.

Pada masa yang sama, call Maxis untuk block line takut2 orang jumpa henset pastu gayut tak hengat! Hati dah gundah gulana. Risau sebab henset cicir walaupun ada satu lagi henset dan satu lagi nombor yang boleh digunakan untuk kecemasan. Tidur tak nyenyak. Siap mimpi jumpa henset tu................

Hari ni, Fendiosman buat kerja pun tak senang. Call MAS KLIA lagi sekali, hampa jugak jawapan. Sedih lagi, sebab konon nak kena beli henset baru. Kalau kat KLIA dah tak dapat, mungkin kat Kuching pun takde. Halaaaaahai.....tapi tak putus harapan jugak, Fendiosman call MAS Kuching, kot2 ada henset. Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnn.......

Alangkah gumbira tidak terkata bila Lost and Found Kuching kata henset ittewww tercicir di bawah Seat 5D, tempat Fendiosman duduk dalam penerbangan tadi. (bukan seat 2C ye murid-murid. Fendiosman tak layan naik kelas bisnis.....).

Bergegaslah ke epot Kuching untuk dapatkan kembali harta berharga Fendiosman ittewwwww. Masuk pejabat Hilang dan Jumpa (sangat direct translationnya ye), terus diambil maklumat2 yang ada....dan henset Fendiosman ittewwww disahkan dan kembali ke tangan Fendiosman tanpa sebarang cacat cela. Syukur sangat.

Fendiosman amat berterima kasih atas layanan yang diberikan ittewwww. Kepada anggota Hilang dan Jumpa MAS Kuching, kepada Captain Arabi dan FOnya yang kimpy ittewww, kepada LS Kishore Nair, FSS Felicia Ang, FSS Noor Aini, FSS XXX yang Fendiosman lupa nama, dan FS YYY yang Fendiosman turut lupa nama beliau, serta crew cuci-cuci kapal terbang Kuching, Fendiosman amat berterima kasih. Walaupun henset tu orang kata ala2 boleh beli baru, tapi kejujuran dan kesungguhan yang Malaysia Airlines tunjukkan amatlah Fendiosman puji. Memang selari dengan cogankata Malaysian Hospitality is always about you.

Moral: Jangan loqlaq, dan sentiasalah seluk poket untuk semak barang2. Sebelum tinggalkan kapal terbang / bas / kapal / teksi / kereta, pastikan semua barang anda ada. Jangan lebih kompidens ala2 ye. Dah ilang enset baru nak gelabah, padanlah muka....huuuuuuuuuuuuuuuuu

Sunday, February 21, 2010

Home Cooked Meal by ModelCleo

DISCLAIMER : BLOG FENDIOSMAN NI DAH TAK TERKUNCI LAGI. JADI, TAK PERLULAH TERHEGEH-HEGEH NAK MENCARI PASSWORD ATAUPUN BERTANYA KEPADA ORANG RAMAI APAKAH PASSWORD UNTUK MASUK KE DALAM BLOG INI. SILALAH BACA SEADANYA. KALAU RASA-RASA TERSENTAP, BAWAK CURSOR KE BUTANG X DI SEBELAH KANAN, DAN KELUARLAH DARI BLOG INI.

TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN TUAN / PUAN.




Mungkin sebab cuaca, mungkin jugak sebab terperangkap dalam rumah sewaktu Pejabat Kesihatan buat semburan nyamuk aedes tempoh hari, makanya hari Jumaat malam mulalah Fendiosman rasa aura tak sedap badan, hidung dah mula kebanjiran, dada dah mula ketat. Aksi menggunakan pam pun terpaksa digunakan. Dan seharian Fendiosman berselubung di dalam rumah untuk meredakan ketidakselesaan badan ittewww. Satu perkara yang menarik, Fendiosman takkan demam pada hari kerja, biasanya macam tau2 je badan ni kan, hari minggu barulah demam nak menyerang. Huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....

Konon hari Sabtu tu nak menghantar titipan Sang Model Cleo dari Bandung dan Jakarta, tapi sebab dah crash kat rumah, barang titipan tu terpaksalah diambil sendiri. Sangat tak mampu untuk bangun sebenarnya. Waktu kunjungan Sang Model Cleo sekeluarga, terpaksa senyum ala2 Miss Universe dalam keadaan suara yang husky ittewwww. Well guys, that is the so-called PERFORMING ARTS. Pernah tengok cerita Mera Naam Joker kan? Sebab Fendiosman pernah jadi kabaret, kira reti la sikit benda2 ni.


Hajat di hati mulanya nak breakfast dengan Sang Model Cleo kat Kelana Jaya, sudahnya terbalik pulak, beliau yang datang bertandang ke rumah madu dan anak2 tiri. Opsssssssssssss..........*habislah sensasi isu ini. Kekasih gelapkah? Atau anak ikan kah? Atau driver yang hensem di kota Paris? Tapi yang menariknya bila Sang Model Cleo kata nak masak.........


Tapi memang diakui la Sang Model Cleo sangat pandai memasak. Bab masakan barat ni memang dialah yang pakar. Errr...skillnya sama kot seperti menebas bola di padang. Dulu dah datang sekali masak seafood pasta, ni datang lagi dengan menunya ala2 kozen (read: cuisine). Cara garnish pun dah meningkatkan napsu Fendiosman untuk melantak walaupun mula2 eksen tak berselera. Ceh......



Bahasa Melayunya, Ayam bersos istimewa bersama kentang lenyek dan sayuran.....sangat Malaysia Airlines. Mungkin sebab pengalaman Sang Model Cleo terbang di awan biru satu masa dulu. Really appreciate the home-cooked meal. Kalau Fendiosman sorang2 kat rumah, tekanlah nombor Mekdonel, lantas disuruh hantar BurYam dan Orange Juice.



Apa pun, Fendiosman gumbira sebab ada lagi manusia boleh dipanggil Sahabat. Susah dah nak jumpa macam ni skarang. Tapi, yang paling Fendiosman gumbira sebab titipan yang Fendiosman dapatkan di Jakarta itteww berjaya menambat hati Sang Model Cleo dan Maduku, nanti kalau ada rejeki kita pi cuti sama2 ya! Hiks.....

Errr..........lepas Sang Model Cleo balik, Fendiosman kembali memakai uniform orang sakit. Dan............

Terus berselubung sehingga malamnya....

Alhamdulillah hari Minggu ni hidung yang banjir berkurangan. At least, takdelah terganggu aksi heret beg di airport esok. Ke mana tatau? Yang pasti bukan tempat duduk 2C ya! Opssssssssssssssssssssss! Fendiosman terlepas cakap pulak....

Friday, February 19, 2010

Terbang ke Seberang, FINALE



Penat berkarok di Karok Inul malam sebelumnya, hari terakhir di Jakarta bermula agak lewat, kurang lebih jam 10 pagi. Incik Harris yang kununnya nak bertolak ke Bogor seawal jam 5 pagi untuk menebas padang golf pun tewas dengan suasana bilik yang sejuk ittewwww, Fendiosman yang terjaga sedikit awal di bilik sebelah mula mengemaskan barang. Susun mana2 yang perlu, lipat elok2, dan pastikan kesan-kesan shopping tidak ketara terlihat sebab nak lalu Lorong Hijau dengan penuh stylo mylo di KLIA ittewww. Walaupun kerosakan hanya sekitar 2.35 juta rupiah, dan kiriman ala2 500 ribu, ia perlulah dicover dengan bijak ya. Dari rumah ala2 sinetron, terus saja ke Jalan Sabang sebab Incik Haris nak beli lampu rumah yang terbakar. Sempat la singgah mencekik di Restoran Ampera yang enak ittewww.....sangat kenyang dan sangat menjilat jari ya!


Satu perkara yang menarik perhatian Fendiosman adalah berkenaan perkataan2 yang ada. Kalau tengok boleh tergelak. Contohnya.....Daging Kornet (versi orinya adalah Corned Beef ya murid-murid). Tapi sebab pikiran tu dah sedikit kuning, terus Fendiosman tergelak keseorangan di kedai runcit sebelah Restoran Ampera ittewwww. Kornet tu kalau orang Malaya kan maksudnya versi tak senon.....jadi, sedialah untuk senyum sensorang kalau menyaksikan perkataan pelik2 sebegitu.


Tapi sebelum bertemu dengan Daging Kornet, di Bandung pada hari sebelumnya Fendiosman bertemu sejenis kuih yang sangat menarik namanya ya. Bila Fendiosman ceritakan kat supir, terus dia gelak, sebab kalau benda tu disebut di sana memang merujuk kepada sejenis kuih ala2 ramuan apam balik gitu. Tapi yang menyebabkan Fendiosman tergelak..........nama kuih itu KUE PUKIS ya. Errrrr....sangat la terpaksa menahan perasaan nak tergelak kuat2 depan peniaga ittewww. I wonder kenapa nama dia KUE PUKIS?



Bentuk dia sama kah? Fendiosman virgin lagiks....tak tau apa cerita yang berlaku. Opssssssssssssssssssssss


Dari Jalan Sabang terus ke JCC Thamrin. Kat sini ala2 Tanah Abang dan Mangga Dua yang sangat glamer di kalangan rakyat Malaya ittewww. Tapi orang Malaya tetap jugak nak pergi ke tempat tu kan, sebab murah katanya. Tapi, pandangan Fendiosman, JCC Thamrin lagi murah dan tak sesak.......kat sini sedikit lagi kerosakan berjaya Fendiosman lakukan, sekitar 50 ribu camtuh. Menghabiskan sisa rupiah yang ada demi kesejahteraan sarwajagat. Kau mampu? Hiks....


Dari Thamrin terus ke Bandara Soekarno untuk penerbangan pulang. Trafik di Jakarta ni sukar diduga, jadinya silalah bertolak awal. Nanti terlepas kapal terbang, orang gaji pulak kena marah, kata tak reti buat kerja. Walaupun duduk di seat nombor 2C. Opssssssssss lagi! Dalam jam 4 macam tu Fendiosman dah sampai, barisan untuk check-in tudiaaaaaaaaaaaaaaaa panjang ya amats walaupun kaunter baru dibuka. Mujurlah dengan Kad berwarna emas ittewwwww berjaya membawa Fendiosman check-in di kaunter GCC walaupun tak duduk di seat nombor 2C. Ishhhh....salah cakap lagi! Agaknya ini la yang menyebabkan Bonda Phachat gigih menukar points kad kreditnya ke mata Enrich sebab taknak beratur katanya. Kan kan kan? Tapi sekurang-kurangnya takde la suruh orang gaji check-in kan bonda kan? Opsssssssssss


Dengan sekelip mata, berjayalah Fendiosman dapat boarding pass dan jugak undangan ke Pura Indah Lounge untuk istirehat sementara menunggu waktu berangkat. Errrr...kat sini takde aksi Sofea Jane mandi ya. Sebab takde bilik air macam kat KLIA. Kalau tak........memang sah akan dibuat lagi.



Minuman wajib di Indonesia. Dan sebab minuman inilah jugak beg Fendiosman yang dimasukkan ke kargo menjadi seberat 20 kilo ya! Hadoilaaaaaaa.......sapa yang harus dipersalahkan?



Orang Malaya jugak yang penuh di sini. Tapi Fendiosman terperasan sekeluarga yang Fendiosman namakan Kakak Gelang dan 3 orang anak perempuannya serta suami. Gambar kat atas ni bukanlah Kakak Gelang ya! Mungkin kurang biasa, seperti yang jadi kepada pasukan datin2 dari Malaya waktu Fendiosman ke Jepun tempohari..... anaknya yang bertiga ittewww ala2 gagal mengawal keadaan lalu agak ributlah di dalam Pura Indah ittewwwww. Fendiosman sekadar tersenyum melihat telatah mereka.

 

Dari Pura Indah Lounge, memang viewnya mengadap matahari jatuh. Agak silau, dan menyilaukan. Makanya tergeraklah untuk feeling2 model bergambar sambil ada silhoutte......


Tapi tak berapa nak jadi.....muka bongkak ada la. Huuuuu! Dalam pukul 6 tu, teruslah ada call untuk boarding. Macam biasa, sebab kapal besar, penumpangnya pun ramai. Makanya kena beratur panjang. Fendiosman keluar awal sikit untuk tidak terkocoh2 walaupun Fendiosman tau kapal terbang tu takkan berlepas kalau penumpangnya tak habis boarding lagi. Dalam beratur panjang tu, tetiba terdengar riuh rendah satu keluarga di belakang yang sang isterinya sibuk marah sang suami sebab lambat isap rokok dan menyebabkan depa akan ketinggalan kapal terbang. Fendiosman toleh, rupanya Kakak Gelang tadi. Terus je dia dan anak2 menonong nak potong queue. Kat depan security;

"KAMI DAH LAMBAT, KAPAL TERBANG KAMI DAH NAK BERTOLAK. KUALA LUMPUR 6.30 PETANG"

Dengan muka cemas dan kelam kabut......

Tapi Kakak Gelang tak perasan yang kami beratur panjang ni semua nak naik kapal terbang yang sama. Ada la sorang Hamba Allah ni, mulut agak2 la jugak kan, tapi bukanlah Fendiosman ya murid2!

"KAK...KAMI SEMUA NI NAK PERGI KUALA LUMPUR......"

Kakak Gelang terkedu, terus membawa anak2 ke belakang barisan untuk beratur. Errrr...dah terang2 kat boarding pass tu tulis gate D7, sah la sebijik je kapal terbang kat situ. Huuuuuuuuuuuuuuuuuuu.........


Load memang penuh malam tu dengan warga Malaya yang shopping sakan di Indonesia. Dapat la jugak tengok aksi mencemik muka sang suami sebab bawak barang sang isteri yang bershopping. Hhahahaha...nasib kau la kan! Fendiosman pilih seat 29A waktu check-in tadi. Sebab....tengoklah ruang kaki yang aaaamat luas walaupun berdekatan pintu kecemasan. Untuk mencuci mata, ada crew seat kat depan. Boleh sembang kalau crewnya ramah! Tapi kalau crew ala2 kekwat feeling2 diva.....abaikanlah hasrat murni anda ittewwww ya murid-murid.

Ada lagi sorang makcik ni, datang rombongan berkumpulan, susah hati sebab grupnya duduk terpisah-pisah. Anak kat cabin lain, menantu kat cabin lain, sepupu kat seat seberang, jadinya dok bangun duduk bangun duduk sambil ala2 cemas jugak, mintak simpati kat crew untuk mendekatkan kesemua mereka. Sebab kapal terbang penuh......ada satu statement keluar dari Pram ittewwww...

"TAKPE MAKCIK, DOK DEPAN KE DOK BELAKANG KE, KANG KAT KUALA LUMPUR MESTI JUMPA. KAPAL TERBANG NI SEMUANYA PERGI KUALA LUMPUR. TAKDE LOCENG NAK TEKAN TURUN TENGAH JALAN"

Makcik tadi turut terkedu dengan statement hanjeng crew ittewwwwww......hahahahaha



Tapi kalau duduk 29A ni kau kena tahan la sebab dekat dengan tandas. Kalau rombongan Che Kiah yang duduk pakat dok sakit perut sebab tak tahan dengan makanan kat sana, memanglah seat ittewww sangat tak mendamaikan. Beratur panjang neh........nak memerut! Huuuuuuu

Mujurlah 2 jam saja kan.......makan.....dan termenung sejenak, sampailah ke KLIA.



Cam seronok ke kan mode menghilangkan diri ni! Lain kali nak buat lagi laaaaa.....Bali ke, Bangkok ke....jom jom....