Saturday, April 10, 2010

Ameerah Hannan - Queen of Compassion

Fendiosman malas nak menaip cerita-ceriti ala2 cerihik (CERIta HIKayat), tapi walaupun baby ni tahap anak menakan Fendiosman saja, sesungguhnya Fendiosman memang chiwi (konfesi sangat kannnn?) dengan latest addition to the family.

Hari kelima punya gambar. Mujurlah rumah Fahmiosman sangat jauh dari Kajang ye. Kalau dekat macam rumah lama dia dulu, memang hari2 Fendiosman pergi. (Ayat cover........sebenarnya ada Mama Fendiosman kat sana, and as anak manja Mama, memang harus la nak dok celah ketiak Mama sendiri kan). At the same time, boleh la enjoying my time as an uncle! Kaaaaaaaaaaaaaaaaan?

Agaknya kaki Fendiosman pun kecik macam ni jugak 30 tahun yang lalu. But I was the heaviest among all 4 siblings. And it reflects! Sampai sekarang laaaaa Fendiosman jadi yang paling nalla. Daaaaaaaaaaaaaannn, selepas 2 bulan di tempat baru, I managed to gain 6 kg. Makanya, operasi menurunkan semula berat badan akan bermula secepat mungkin. Ada tak sapa2 nak hantar Fendiosman pergi Jepun lagi sebulan? Hiks......dengan sekelip mata akan turun berat badan ya murid-murid! 

Sungguh chiwi, dan kechiwian ittewww sangat terserlah. Tapi hangpa toksahlah dok tanya bila Fendiosman nak proceed with to the next step ya! Kalau Mama Fendiosman pun tak tanya, pasaipa hangpa nak kalut tanya ha? Fendiosman is still healing after what had happened to me recently! Sabaq naaaa. Hati luka ni susah sikit nak baik. Kalau pintu hati dah terbuka nanti, kita tunggu ja la ya......

Best jugak ada budak ni kan? Fendiosman heran pasai apa ada orang dok buang anak sana sini. Entahlah......

Tuesday, April 06, 2010

Plastik Sangat Senyuman Itu


Heh! Nangis ya? Shudehhhhhhhhhhhhhhh, mau nangis kunun. Sendiri yang dok kelek cerita ke hulu ke hilir, lepas tu kena serangan bom atom, baru tau nak menangis! Sedih la ye, sebab kena serpihan bom secara sengaja. Nasib la kan..........................................

Fendiosman saje jadi feeling2 cengey dalam posting Inang Bodoh tu. Dah orang hambur, Fendiosman hambur la balik. I can be very sweet tapi kalau dah kau main-main, Fendiosman boleh jadi lebih hamsap daripada Kassim Selamat punya mak mertua ya! Jadi, silalah jangan main-main. Paham tak murid-murid?


Apa kau buat menangis lagi kat sini? Pergi kau ambil kain tu, lap muka kau yang penuh dengan hingus. Buruk benor rupa bila menangis sambil dok menceritakan kekecewaan akibat tersentap dengan Fendiosman kat orang ramai.


Adapun (ni ayat Sahibul Hikayat ni..........................) tadi berlangsunglah satu majlis ramai beramai kat Istana tertegak megah di tengah bandaraya Kuala Lumpur ni. Macam-macam golongan ada hadir. Ada pegawai tinggi, ada pegawai rendah, ada pegawai besar, ada pegawai kecik, dan ada jugak Sida-sida dan Inang-inang serata ceruk Istana jajahan lain yang sama-sama memeriahkan majlis. Masing-masing berwajah ceria, almaklumlah dapat bertemu rakan-rakan seperjuangan sambil mendengar amanat. Bukan selalu dapat kumpul macam ni.

Tapi Fendiosman taknaklah menceritakan perihal perhimpunan tu. Masing-masing dah dengar, dan faham dengan apa yang disampaikan (Kalau kau tidur kat dalam tu taktau lah nak kata apa! Suara yang berucap tu dah gegak gempita tau!) 

Kisah hari ni, Fendiosman nak pukul canang serata alam, nak menceritakan bagaimana ittewwwww seni persembahan yang sepatutnya semua orang mempelajari dan menghayati sambil mempraktikkan dalam kehidupan seharian. (Harus mintak kontrak mengajar kat Akademi yang megah ittewwwwwww, kan CheKem kan?).

Kalau tak reti, sila masuk kelas grooming dulu ya! Sila pastikan anda betul-betul menghayati apakah erti seni persembahan itteeewwwwwww yang sebenarnya. Kalau tersalah konsep, makanya akan terjadilah insiden-insiden yang tidak dijangka yang boleh menyebabkan teknik pementasan anda tidak menjadi dan nampak sangat anda membuat-buatnya bagaikan peserta Akademi Fantasia yang mahapropa itteeeeeeeeeeeeww (ada lagi menesia dok tengok rancangan ni ye? Opsssssssssssss.....sapa dia tatau?).

Hari ni, kita fokus kepada seni senyuman ya murid-murid. Dalam persada seni tanah air ni, bila berada di atas pentas, memang kita digalakkan untuk senyum. Bukan apa, manis je muka nampak atas pentas tu. Sejuk je hati orang yang melihat. Kalau boleh dipelajari, ada macam-macam teknik senyum boleh dibuat. Meh kita renung serba sedikit teknik yang ada.

Teknik pertama di senyum sekali dengan mata. Biasanya teknik macam ni dapat dibuat bila benar-benar ikhlas untuk senyum. Latihan sangat perlu ya murid-murid. Biar jiwa tu berbunga, barulah dapat lahir senyuman tu naik hingga ke mata. Susah nak buat ni! Biasanya dalam gambar candid baru boleh nampak melainkan kau tu Tyra Banks! Tak gitu?

Senyum kedua ni adalah senyum kambing. Biasanya ni bila kena marah dengan bos, tapi tetap nak menten keayuan dan kejelitaan, ataupun bila tengah catwalk tengah pentas tetibe tergolek persis Miss Ghana, memanglah senyuman ini yang perlu dipertaruhkan. Selalu sangat tengok scene ni nak2 dalam bilik meeting kat tengah-tengah Bukit Bintang waktu meeting panjang berjela dulu.

Haaaaaaaaaaaa, ni pulak senyum kekwat. Fendiosman sangat pandai buat senyuman spesis ni terutamanya bila jadi sang kabaret satu masa dulu. Performing arts katanya. Siap dengan kepala, dengan lentok2 badan sekali kena senyum. Sebabnya, nak bagitau.....akulah kabaret terhebat di doniaaaaaaaaaaaaa.

Dalam banyak-banyak senyum ni, tadi Fendiosman terjumpa satu senyuman tak jadi. Kisahnya Fendiosman terserempaklah dengan seseorang ittewwwww. Dan Fendiosman seperti biasa melontarkan senyuman kekwat ke sana ke mari. Menyedari Fendiosman tersenyum kekwat kepada beliau, lantas beliau membalas dengan senyuman yang paling plastik pernah Fendiosman tengok. Sambil bertegur ala-ala........nampak sangat keplastikannya ittewwww. Maka, hari ni Fendiosman nak tekankan, kena la blajar habis-habisan dulu teknik senyuman. Sebab...............kalau tersalah senyum memang nampak tak jadi ye murid-murid. Memang nampak sangat kepalsuannya ittewwwwm, bagaikan wig jenny kejung yang Fendiosman pernah pakai sewaktu buat photoshoot model-modelan satu masa dulu.

Kalau dah tak dapat control sangat keplastikan senyuman ittewwwwwwwwwww, tak payah la senyum ya murid-murid. Buat je muka inesen bagaikan langsung tiada kesalahan persis pak guard terkantoi tido waktu keje. Menten je ke'sejuk'an anda ittewww. Pasti tiada orang yang tau anda cuba senyum plastik depan hadirin sekelian. Kau ado?

Dah habis belajar ye murid-murid? Jangan pengsan masuk kelas seni persembahan dengan Fendiosman ni. Tak kuasa Fendiosman nak buat CPR kat semua orang nanti. Boleh la praktikkan di rumah sebab hal ehwal seni persembahan ni sangat penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Kalau tak memang tak ter'cover' keplastikkan anda ittewwwwww. Belajar teknin dengan betul, barulah boleh kau mencemik sambil tersenyum kekwat macam Fendiosman buat. Kaaaaaaaaaaaaaaaaaaan?

Ahhh...lupa pulak nak maklumkan, JANGAN SENTAP ye bila terbaca tulisan ni. Kalau rasa tak suka, pergi main jauh-jauh. Yang dok ikut jadi follower setia tu pasai pa tatau? Pastu nak nangis sana sini. Syohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....buruk benar muka anda itu!

Saturday, April 03, 2010

Yang Dinanti

Heh...bersawang blog Fendiosman ni. Dah lama sangat tak bercerita, sampaikan ada manusia komplen bila la Fendiosman nak update. Dengar2 kisah Inang Bodoh cukup panas sampai ada orang mengalirkan air mata. Pasai apa taktau la. Mungkin pasai tersentap dengan ayat2 nukilan Fendiosman. Tapi, bak kata orang, sapa makan cili dia rasa pedas. Fendiosman tak tulis nama, jadi kalau betul terasa........ermmmmm...sendiri mau fikirlah ya!

Cerita hari ni, mengisahkan dua benda, kedua-duanya Fendiosman nantikan. Satu untuk diri sendiri, satu untuk orang lain. Fendiosman rangkumkan jadi satu cerita. Tapi, kedua-dua yang dinantikan ni cukup menggembirakan. Dalam pada gembira tu, memang minggu lepas Fendiosman ada terbiul sekejap. Bak kata pantun melayu lama;

Apa dilihat padi seberang;
Entah menjadi entahkan tidak;
Apa dilihat padanya orang;
Entah kasih entahkan tidak....

Fendiosman ingatkan kasih, rupanya kachiwa................................tapi takpa; bunga bukanlah sekuntum. Silap Fendiosman jugak tak bagitau awal2.

Heipppppppppppppp......sila abaikan cerita jiwang2 tu. Buat abis beras je layan perasaan. Meh kita masuk bab yang dinanti oleh Fendiosman.

Satu.............................

Adapun satu hari sewaktu menaiki pesawat berbadan lebar (kalau masuk MAS Academy jadi pram, depa kata widebody); Fendiosman terbukak satu katalog bebas cukai yang bertajuk Temptations. Dalam majalah tu Fendiosman terperasan satu item yang dijual adalah perfume berjenama Amouage yang berharga mahal jika nak dibandingkan dengan lain-lain perfume. Sebab hairan sangat, Fendiosman meng'Google' dan mendapati perfume ittewww tidak ada dijual langsung di Malaysia. Asalnya dari Oman, dan katanya perfume ittewww digelar sebagai THE MOST VALUABLE PERFUME IN THE WORLD. Jadinya, Fendiosman pun memasang azam untuk memiliki perfume tersebut.


Sebab takde dijual kat Malaysia ni, jadinya bacalah review, dan jugak mintak dua tiga orang meninjau harga dan bau sebelum membeli. Almaklumlah, harga bukan murah. Kang abis banyak duit tapi bau yang ado. Orang kata perfume Tok Arab ni biasanya memang wangi. Kalau tak caya, bila Tok Arab Kaya lalu lalang kat Starhill ka, Pavili ka...cuba lintas belakang depa. Bau dia memang kuat dan sedap. Awas : Jangan salah lintas, kalau lintas belakang yang B.O sangat pelik, memang termuntah jadinya.

Tunggu punya tunggu, dari tahun lepas lagi makanya tadi tengahari Fendiosman berjaya mendapat apa yang dihajatkan. Amouage Lyric 100ml Eau De Parfum. Harganya tu toksahlah tanya. Nangis ye murid-murid! Tapi sangat puas hati, sebab bila cret sikit kat tangan tengahari tadi, sampai sekarang ni tak hilang bau. Dan baunye berubah-ubah. Bila awal, rasa macam mandi air mawar. Lama-lama bau dia jadi lain. Sedap dan sangat masculine.

Dua........................

Sedang khusyuk Fendiosman buat kerja smalam di pejabat, tetibe message masuk dalam telefon Fendiosman. Fendiosman buat tak layan je, biasa la pagi2 ni malas nak belek henset. Lagipun tengah bizi merancang gerak kerja di pejabat. Dok kejap lepas tu, dengar bunyi lagu yang dah disetkan sebagai urgent yakni dari Mama di Sungai Petani ataupun FahmiOsman.

"Hang dapat dah MMS?"

"Dah...tapi tak tengok lagi"

Haaaaa.....Fendiosman dapat anak menakan lagi sorang. Biasa la, benda pertama belek adalah hidung. Sangat mami tanjung ya konsepnya! Almaklumlah, idung kami ni tinggi2. Walaupun idung Fendiosman macam serombong kapal sikit, tapi yang penting tetap terletak tanpa perlu shading ye murid-murid!


Sebab malam tadi tak manis untuk pi tengok kakak ipaq di spital, jadinya pagi tadi Fendiosman gigih bangun awal untuk pergi Annur Bangi untuk menjengah anak menakan baru. Kecik je budaknye. 2.6kg. Keluar awal 3 minggu. Wooooo....sangat siok tengok budak2 kecik camni. Hangpa toksah dok tanya la bila Fendiosman nak dapat anak sendiri. Sila rujuk pendahuluan posting blog Fendiosman kali ni untuk maklumat lanjut.


Ya, kita ambil pandangan sisi ya murid-murid. Bukti hidung tinggi baby adik ni. Kira sesuai sangat dengan konsep mami tanjung yang diamalkan. Mudah-mudahan Fendiosman pun dapat anak semancung ni nanti. Amin.................fuaaang! Jadinya kenalah cari yang mancung jugak untuk memastikan kedominanan gen yang dibawa. Mampooooooooooooooo?


Inilah dua perkara yang dinanti Fendiosman kebelakangan ni. Walaupun ada sikit patah hati gara-gara insiden yang mengecewakan ittewwwwwwwww, at least dua perkara ni dapat jugak menggembirakan Fendiosman. Daaaannn...paling utama, Fendiosman tak lagi dilingkungi oleh situasi yang melemaskan di bangunan tengah-tengah Segitiga Emas bersama-sama orang yang berjiwa sensitip. Esok nak gembirakan hati lagi la. Meh kita cari kegembiraan seterusnya! Yeayyyy.....