Sunday, May 09, 2010

Slumdog Millionaire : Kasih Seorang Mama

Malam tadi waktu Fendiosman tengok cerita Slumdog Millionaire tatkala nak merehatkan diri lepas pulang ke rumah, ada satu adegan yang amat menarik hati Fendiosman, dan untuk makluman pembaca budiman, Fendiosman sendiri pernah mengalami keadaan yang hampir sama, kira-kira 18 tahun yang lalu. Cerita Fendiosman ni bukanlah nak cerita pasal pengalaman Slumdog tu, tapi lebih kepada kasih Ibu kepada anaknya tidak kira di mana saja berada. (Tema Hari Ibu kan.................). Walaupun orang pakat dok celebrate Hari Ibu ni bulan Mei, Fendiosman rasakan, tiap-tiap hari tu adalah Hari Ibu. Kalau nak bagi hadiah, tak payah tunggu bulan Mei. Bagi je bila-bila masa yang kita inginkan.................


18 tahun dulu, Fendiosman ada seorang adik yang berusia 6 tahun, yang penakutnya tuhan saja yang tau. Dia ni sangat fobia kepada labah-labah (well...................the truth is, sampai sekarang dia takut labah-labah). Pada satu hari yang sangat budiman, adik Fendiosman tu nak menabung di bank. Daaaaaaaaaaaaaan, kejadian tu di rumah Mak Ndak di kampung. Mama Fendiosman waktu tu tengah tidurkan adik bongsu Fendiosman, sekarang ni budak tu dah jadi Sang Jerung. Jadi, sebab adik Fendiosman yang penakut labah-labah ni nak menabung, Fendiosman sebagai abang ni kena la temankan sebab dia penakut!


Jamban di rumah Mak Ndak Fendiosman tu jamban kampung. Kat luar rumah! Biasa la kan...kalau rumah kampung dulu-dulu memang jambannya di luar. Ni patutnya boleh diamalkan sampai sekarang, sebab benda buangan kita, buat apa dimasukkan sekali dalam rumah dak? Jadinya, dengan hati yang berat dan tak suka kenalah Fendiosman temankan adik yang penakut tu! Nak menabung pun kena temanakan! Ceh..............


Pintu kena bukak luas-luas. Lepas tu...kena pulak menahan bau yang sangat menikam sukma. Dalam hati ni, merintih kesedihan kenapa la dapat adik yang penakut macam tu! Marah, bengang, geram, macam-macam ada. Kalau nak tau, jamban kat kampung ni ada tangki septik yang tersendiri di sebelah belakangnya. Biasanya, tangki ni dibuat macam telaga yang macam konkrit tu dan ditutup dengan penutup konkrit! Kedalaman, lebih kurang 4 atau 5 konkrit bentuk bulat tu, dalam 7 atau 8 kaki tingginya! Fendiosman ketika tu masih kanak-kanak, tinggi tak sampai 5 kaki pun lagi! Heh.......bantut kata orang.

Kat sebelah belakang jamban tu ada sangkar burung merpati. Kata Mak Ndak, burung merpati tu tengah bertelur. Jadinya, nak hilangkan rasa marah dan geram kena jadi tandei jaga adik penakut menabung di jamban, Fendiosman pun mengambil keputusan untuk melihat burung merpati bertelur.

Sangkar burung merpati tu tinggi............maka kenalah Fendiosman panjat tangki septik tu untuk tengok. Dalam masa yang sama, Fendiosman ada jugak perasaan nak takut-takutkan adik Fendiosman yang tengah menabung tu. Mana la kita tau benda alah tu reput! Naik, dan tiba-tiba Fendiosman sedar Fendiosman berada dalam tangki septik ittewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww.....



Humang aiii....dalamnya! Walaupun waktu tu Fendiosman tak masuk kelas berenang di INTAN, dan masih belum lagi belajar teknik apungan dalam air, Fendiosman gagahkan jugak diri ini untuk mengapung. Memang dalam ye murid-murid! Tangki tu sangat dalam, dan Fendiosman dilitupi oleh sisa-sisa buangan berbentuk urea. Wooooooooooooooooooooooooooooooo.......

Tapi, waktu tu manalah nak terpikir bau-bauan yang dahsyat sebegitu. Yang penting, kena usaha panjat keluar dari tangki septik tu dan selamatkan diri. Nak menjerit, adik Fendiosman tu manalah reti bahasa. Yang dia tau, takut labah-labah! Jamban pulak jauh dari pendengaran manusia. Dan, rumah Mak Ndak waktu tu sunyi sepi sebab masing-masing keluar ke Madrasah untuk mengaji kitab. Mama Fendiosman, tengah mengeram adik bongsu Fendiosman. Jangan-jangan Mama pun terlelap!

Gigih memanjat ni.........dalam masa 5 minit kot, Fendiosman berjaya mengeluarkan diri dari lubang dalam tu! Syukur! Dan keadaan Fendiosman........................



Samalah seperti budak yang memegang gambar Amitabh Bhachan ittewwwwww, dipenuhi dengan sisa kumbahan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Bezanya, budak tu nak kejar artis pujaan beliau! Fendiosman pulak baru menyelamatkan diri dari tenggelam dalam tangki.

"Mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......Mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....Angah jatuh jamban......."

Dengan badan berlumuran dan bau yang menyengat!

"Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....pasai pa anak Mama ni.....?"

Mama Fendiosman dah menggelabah...

"Mai mama cuci.........."

Tengok Mama dah bercucuran.....dan Fendiosman pun bercucuran la jugak....

"Awat jadi lagu ni ni.....anak Mama buat apa? Pasai apa ni?"

Mama tetap cucikan Fendiosman walaupun bau yang busuk menenggelamkan bau-bau lain yang ada.

Fendiosman tengok, tangan Fendiosman luka, terbelah, dan berdarah. Mungkin kena simen yang jatuh tenggelam tu!

Siap satu round Mama cuci....habis syampu dan sabun Mama kerjakan....

"Ish....ada bau lagi ni.....kita basuh lagi sekali!"

Sekali lagi Mama mandikan Fendiosman, sambil bercucuran air mata.

Petang tu, Mama bawak Fendiosman ke klinik. Kata pembantu klinik tu, ada ONG kalau jatuh dalam TAHI. ONGkah kalau menyengat bau TAHI?


Selepas 18 tahun, kalau Fendiosman renung parut kat tangan, Fendiosman akan terkenang peristiwa jatuh dalam tangki ittewwwwwwwwwwwwwwwwwww. Dan...kalau ke rumah Mak Ndak berkumpul beramai-ramai bersama keluarga, Fendiosman akan jadi bahan gurauan sampai ke hari ini! Kisah jatuh tangki septik tu memang dikenang sampai bila-bila!


(Mama Fendiosman ni susah sikit nak cari gambar dia yang posing biasa, semua gambar dia posing sambil pejam mata.............dan susah sangat nak senyum. Jadi, Fendiosman paparkan la mana-mana gambar yang ada.....)

Walau apa pun terjadi....ibu kita tetap akan lakukan yang terbaik untuk anaknya. Mama, dalam keadaan Fendiosman yang busuk, Mama tetap tahankan bau busuk tu untuk bersihkan Fendiosman dari sisa kumbahan yang memenuhi tubuh Fendiosman. Dan walau macam mana keadaan sekalipun, ibu.....tetap akan menjadi ibu sampai bila-bila. Untuk Mama yang Fendiosman amat-amat sayangi, SELAMAT HARI IBU Fendiosman ucapkan. Mama, Angah sayang Mama sangat-sangat!

Tu baru satu kisah pasal Mama. Belum kira bila balik rumah kat Sungai Petani dia tanya nak makan apa lagi tu..........................kan kan kan?

Monday, May 03, 2010

Sawadee ka, Weekend Escapade To Bangkok FINALE

Penat meneroka seharian (walaupun ada jugak masa yang tersadai dekat atas kerusi empuk), malam pun menjelma. Fendiosman meroyan nak makan pulut mangga, tapi kali ni ke MBK Mall semata-mata nak lepaskan gian pulut. Errr....keputusannya, rasa pulut mangga di Jatuchak lagi sedap walaupun orang lain kata kat sini lagi sedap. Tah la, masing2 ada selera tersendiri kan!


Aummmmmmmmmmmmmmm...sedap ohhhh! Kalau ke Thailand, silalah makan pulut mangga ya!

Tapi tak semua makanan di Bangkok tu sedap. Contohnya macam kat bawah ni;


Roti naan selipar Jepun namanya! Sungguh liat. Untuk yang ada pakai dentures, sila pastikan anda memakai menggunakan Polident supaya gigi anda tidak tertanggal. Konon naan, ingatkan masak dalam tempayan, skali dia hantam letak dalam microwave daaaa. Kira hebat lagi naan kat Nihon la.........

Perut kenyang, hati senang, tapi kakinya sakit. Lenguh-lenguh sebab seharian berjalan-jalan. Datang ke Bangkok, rugi tak rasa oil massage dan Thai massage yang glamer tu!


Jadinya Fendiosman ke spa untuk meredakan ketegangan. Heippppppppppppppp...bukan spa notti notti tu tau! Jangan salah anggap. Ni spa betul2! Kawan Fendiosman yang memberikan tempat berteduh tu yang bawakkan. Woooooooooooooo.....


Dengan harga kurang lebih 2000 baht, anda akan dapat treatment 3 jam termasuk scrubbing dan oil massage yang sangat melegakan. Urutannya sangatlah best! Tak sendu macam urutan di JJMall hari sebelumnya.


Tapi sebelum urut, kena pilih minyak dulu...ada macam-macam bau dan bergantung kepada jenis rawatan macam mana yang kita nak.


Sungguh stim dengan bau minyak yang ada. Sampai terkeliru mana satu yang nak dipilih. Fendiosman akhirnya menjadikan Bergamot Oil sebagai pilihan. Minyak kelapa sawit maupun minyak kelapa dara takde ye murid-murid. Nak minyak goreng lauk pun takde......................

3 jam dikerjakan, scrubbingnya, urutnya, dengan alunan muzik yang sangat mendamaikan. Masa yang berlalu tak sangka sungguh cepat. Macam mimpi pun ada. Kalau nak berdengkur pun boleh jugak. Hanya anda dan tukang urut sahaja yang berada di situ, dia pun tak peduli kalau nak berdengkur sampai bergegar bilik urut tu! Yang penting kerja dia siap.....

Dah habis merawat badan, ingatkan nak balik berehat! Tapi, terlupa satu tempat lagi yang Fendiosman tak jejakkan kaki. Sekadar nak tengok, lalu je kat depan kedai ittewwwwwwwwwwww. Ke mana ya?


Ke destinasi paling panas di Bangkok, yakni Patpong. Ada macam-macam kedai. Ada untuk lelaki normal, ada untuk perempuan normal, ada untuk lelaki dan perempuan separa normal, ada yang jenis jantina ketiga. Macam-macam ada....


Sekadar melihat apa sebenarnya yang berlaku kat situ. Demi sesuap nasi katanya. Depa ni orang susah, mai dari segenap pelusuk Thailand.


Tapi sebab Baju Merah tengah berleluasa, lorong-lorong di Patpong tak semeriah selalunya. Itulah kata orang tempatan yang berada di situ. Fendiosman meringankan mulut untuk bertanya..........pasal tu tahu! Hiks....

Komen Fendiosman, Fendiosman tak rasa terhibur maupun seronok dengan apa yang ditontonkan, tapi Fendiosman rasa kesian. Susah macam mana pun, takkan la tergamak nak menari kat tiang kan? Tapi, tulah realiti kehidupan. Duit adalah segalanya sekarang ni. Tak lagi macam dulu.

Selesai sesi di Patpong, teruslah pulang ke rumah untuk berehat. Paginya ada penerbangan pulang ke Malaya untuk dikejar.


Pagi-pagi, kami bergegas ke Suvarnabhumi Airport untuk pulang. Tengok, cerianya dia setelah membuat kerosakan beribu-ribu baht termasuklah pembelian suit sebanyak 5 pasang. Opsssssssssssssssssssss......


Check in was so swift and easy. Untuk elakkan kesesakan, sila online check in dan kemudian terus baling beg anda di kaunter, seperti Fendiosman dan teman lakukan.


Bukti menjejakkan kaki ke Suvarnabhumi. Landmark di airport selepas imigresen........


Sebab ada privilege, gunakan kemudahan yang ada. Rehat dulu di lounge. Sebab kat Suvarnabhumi takde Golden Lounge, jadinya Malaysia Airlines menggunakan Royal Silk Lounge untuk kemudahan para penumpang.


Makanan halal tak susah dicari dalam lounge ini. Ada je opsyen untuk Muslim. Jadi......sebat je la kan! Free.......hiks!


Nyummmmmmmmmmmmmmmmmm....aummmmmm.....


And here's my ride home. Narrowbody je. Biar kecik tapi banyak frekuensi daripada besar, kosong sampai boleh berlari-lari dari hujung ke hujung.


Sebelum pulang, tapau duli snek lazat untuk Bonda Phachat yang masih gigih mengumpul point untuk masuk ke lounge. Sedap kan snek ni Bonda?


Tamatlah sudah pengkisahan Fendiosman merayau di Bangkok di hujung minggu. Sebab tiket 4 1000, ada lagi satu destinasi tujuan yang Fendiosman akan jejakkan kaki sikit masa lagi. Heh....................tapi ke mana ya? Sudah pasti tempat yang ada penginapan percuma di ASEAN ini! Hiks...

Sunday, May 02, 2010

Sawadee ka, Weekend Escapade To Bangkok PART VII


Dari satu tempat ke satu tempat, memang Fendiosman mengambik gambar je kejenye! Kamera cenonet yang dibawak ke mana-mana tu sangat berguna. Fendiosman suka ambik gambar. Tapi, ada jugak yang berjaya merakamkan kekhusyukan Fendiosman mengambik gambar. Kalau sampai mengetap bibir tu, memang sah tengah asyik! Tetibe je teringin nak membeli kamera yang nalla macam tukang ambik gambar Fendiosman ni! Huuuuuuuuuuuuuuuuuu.....


Kat Bangkok ni, sebab kes baju merah yang bermaharajalela, rata-rata diletakkan abang askar untuk berkawal menjaga keselamatan tanahair. Kot-kot diorang ni mengganas, ada jugak benteng pertahanan. Fendiosman pun sempat la berposing menggelentat dengan sang askar ittewwwww.

 

Puas berpeleseran kat Pasar Bunga, Fendiosman teruskan perjalanan ke Phra Sumane Fort. Kota ini adalah antara pertahanan kota Bangkok satu masa dulu, yang dibina pada tahun 1782. Scenery kat sini pun cantik. Ada taman yang mendamaikan. Boleh duduk rehat-rehat.


Satu masa dulu, Fendiosman pernah posing macam ni kat Bali......


Dan tahun lepas di Nihon waktu berpeleseran di Nara yang terkenal dengan rusa yang jinak sampaikan tourist map pun dia nak makan tu.....

Kali ni..................


Fendiosman ulangi konsep posing ala2 mendamaikan ittewww di Bangkok. Konsepnya masih sama, saiz badan pun lebih kurang sama kalau dilihat dari sisi! Hiks.......mungkin ni boleh dijadikan trademark pose untuk Fendiosman kan? Nanti kita cari tempat2 yang menarik untuk berposing lagi.........



Cuaca di Bangkok memanglah panas, kering tekak Fendiosman. Errrr...janganlah pakai mekap tebal ye bila berjalan tengah-tengah panas macam ni. Nanti abis cair ya murid-murid. Dari Phra Sumane Fort, Fendiosman jalan ke area Banglumpoo melihat area matsaleh backpack berkampung. Kat sini ada banyak barang bundle yang matsaleh-matsaleh dah guna tapi tak bawak balik. Ada baju, ada buku2 novel yang masih elok, semuanya dijual dengan harga yang sangat murah. Mungkin kalau ada Muzindayanti Retno Dumilah Handaya Ningrat yang memang gilakan buku tu, dia akan speechless bila tengok buku yang murah di sini.


Sebab dah tak tahan sangat panas, Fendiosman terus pulang ke tempat perlindungan setelah setengah hari berjalan dan bermandi peluh.

Sesampai di rumah, nampak couch yang sangat empuk! Dannnnnnnn.............



Fendiosman terus pengsan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling! Krohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....
Sedar je dah petang! Huuuuuuuuuu.......nanti kita sambung dengan episod terakhir, aktiviti malam Fendiosman sebelum berangkat pulang ke Malaya!