Monday, January 31, 2011

3 Benua, 10 Hari

Tajuk orang kaya-kaya katanya...meh kita tengok apa pulak Fendiosman nak buat kali ni!

Sebab sirinya panjang jadi Fendiosman terpaksalah memulakannya dengan lebih awal. Kalau tak nanti sebulan pun tak habis mengarang. Paspot, tiket dan kad enrich (sebab nak masuk golden lounge katanya), juga sebagai bukti Fendiosman meredeem enrich Fendiosman untuk trip kali ini, jadinya kenalah tayang ketiga-tiga item yang terlibat untuk perjalanan kali ini.

Dan item yang keempat.....beg yang perlu didaftar masuk serta kiriman rakan-rakan yang jauh di perantauan. Konsep deliveryman kehormat katanya!

Setelah urusan di kaunter selesai, maka Fendiosman bersiaplah untuk perjalanan yang melangkaui beberapa destinasi sepanjang misi kembara Fendiosman pada kali ini.

Lounge? Ya Fendiosman masuk lounge....tapi tak perlulah bercerita panjang sebab cerita dalam lounge itu sama saja, dan kebetulan jangka hayat enrich gold Fendiosman dah nak tamat (walaupun ada la berharap agar MAS merenew semula keemasan ittewww supaya dapat setaraf dengan Bonda Phachat)

Nampak gayanya malam ni penumpang agak ramai.....mengikut kata staff kat check in counter itteewwww, load di EY hampir 90% jadinya tak dapatlah berhati busuk memblock kerusi di sebelah Fendiosman agar dapat tidur menelentang untuk perjalanan jauh ini!

Tapi Fendiosman nak ke mana ya?

Haaaa.....ni belum destinasi akhir lagi. Ni kira transitting point Fendiosman. Heh......

Murid-murid sekelian, sekiranya anda gagal terbang kelas bisnes dalam penerbangan jauh seperti yang Fendiosman tempuhi ini, silalah cari seat berdekatan emergency exit. Sekiranya anda kiasu seperti Bonda Phachat, bolehlah pilih seat paling depan, tapi risiko untuk anda mendengar tangisan bayi yang akan mengganggu tidur anda amatlah tinggi. Jadi, silalah pilih yang dekat dengan emergency exit. Kat depan tu ada pram yang duduk, bolehlah cuba nasib untuk menapau kacang. Dan.......paling menarik bila ada orang kat depan tu bertanya...

"Dah lama ke berenti jadi crew?" *pitammmmmmmm

Penerbangan malam ittewwww membawa Fendiosman merentasi perjalanan hampir 11 jam. Kalau boleh tidur, silalah tidur dengan nyenyak.....

Tapi kalau gagal, silalah layan tv yang ada di depan. Tapi Fendiosman mengambil langkah bijak untuk pergi menjoyah di galley belakang bersama-sama mereka yang bertugas. Dan keluarlah lagi ayat sebegini....

"U look sooooo familiar, kita dulu pernah terbang sama kan.......ala waktu buat sector xxx xxx dulu?" *Fendiosman pitam lagi.......

Ataupun boleh juga menelan ubat selsema demi membantu proses peniduran. Tapi kalau gagal juga, nasiblah ye.....

Dan setelah hampir 11 jam terbang...tibalah ke destinasi transit sebelum ke perjalanan berikutnya. Disambut pula oleh sahabat yang menunggu isteri beliau yang sama penerbangan dengan Fendiosman. Jadi, coplah paspot untuk keluar selama 2 jam, demi meminum kopi segar serta memenuhkan paspot.

Kemudian, sebab tak boleh masuk lounge, makanya kenalah pandai berkelana mencari tempat untuk berlabuh.

Ramai juga yang berlabuh sampailah dihalau oleh cleaner surau ittewwwwww.

Dah kena halau, terpaksalah mencari makanan.......

Lapangan Terbang Ataturk Istanbul adalah yang termahal di dunia. 15 euro untuk satu set kebab dan air serta salad. Menangis bila mengenangkan harga makanan ittewwww.

Makan pun sudah, masa masih panjang. Jadi cucilah mata di kedai Duty Free yang terdapat di situ.

Boleh juga melihat iklan yang mengerikan ini........

Ataupun kalau dah bosan, boleh juga membaca buku seperti yang dikatakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia itu!

Kalau dah takde jugak kerja, pandai-pandailah cari port berposing macam Fendiosman!

to be continued.....

Tuesday, January 25, 2011

Holiday Mode

Para pembaca yang budiman.....

Fendiosman sedang dalam perjalanan untuk bercuti ke luar negara buat kesekian kalinya. Banyak duit? Ohhhh tidak, sesungguhnya Fendiosman meredeem enrich points Fendiosman yang agak berkepuk itu! Jadi....merasalah ke luar negara. Nak tunggu outstation macam kawan-kawan lain, jauh panggang dari api. Makanya, pergilah sendiri!

Ke mana?

Yaaa...ke sini...

Tekalah....

Sambil-sambil melihat ini!

Selain itu, Fendiosman juga nak ke...

Sini......

Dan sini.....

Paling mustahak, ada satu hajat yang Fendiosman nak tunaikan. Nantilah Fendiosman cerita ya murid-murid....

Dengan sapa? Adalaaaaaaa........heheheh!

Monday, January 17, 2011

Badan Saya Dah Belonrina

Eheh....sejak dua menjak ni Fendiosman sangat bizirina.

Tahun 2011 dah pun masuk pertengahan bulan Januari, dan inilah kali pertama Fendiosman berkesempatan untuk mengarang sedikit sebanyak untuk memulakan tahun yang penuh mencabar ini.

Untuk tahun ini, tirai dibuka dengan menjadi Ketua Liaison bagi Persidangan Menteri-menteri Telekomunikasi ASEAN. Seminggu berkampung di hotel dan kesan semertanya adalah.......

"Encik Tariq, kenapa macam belon?"

Tu kata-kata dari CC Fendiosman, tapi Fendiosman pulak lain rasanya, sebab Fendiosman bukan rasa macam belon lagi dah, tapi................

Teletubbies yawlssssss..

Ulang suara....

TELETUBBIES

Bila direnung cermin, sah Fendiosman dah mendapat bentuk badan seperti epal yang langsung menyebabkan Fendiosman ditegur oleh CC Fendiosman sendiri.

Kenapa ya?

Kerana selama seminggu, inilah diet Fendiosman sewaktu sarapan pagi!

Fendiosman pantang tengok whipped cream. Makanya, jadilah igauan ngeri apabila ditegur oleh CC sendirik! Padanlah muka...

Langkah drastik?

Ya...sebab seluar meluar semua dah mula mengetat, Fendiosman kena mula mengambil langkah drastik. Waktu Fendiosman didera secara mental sewaktu di istana 34 tingkat dulu, memang menten langsing. Heh....apa nak jadi ni wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh? Toloooooooongggggg

Masalah yang Fendiosman hadapi adalah...

Fendiosman ada penyakit gastrik yang sangat serius, sampai terbakar rasa esofagus......

Jadual makan tak tentu hala, kadang-kadang sempat sarapan. Kadang-kadang langsung tak makan. Kadang-kadang terlebih makan. Kadang-kadang double barrel! Wooooooooooooooo

Senaman yang kurang.....

Sebab bila nak senaman di petang hari, hujan mesti turun dengan lebatnya! Bukan alasan maupun cobaan! Tapi sememangnya benar.....

Jadi, apakah yang Fendiosman nak buat?

Pakai korsetkah?

Senaman sit up kah?

Atau apakah?

Tolonglah Fendiosman...........................................

Fendiosman nak pakai kebaya macam dulu kembali.............................