Saturday, May 20, 2006

Seri Panggung....layak ke?

Well well well, this week banyak la sangat keje aku kene buat. Dok kalut dengan keputusan peperiksaan kadet ATMA tu, orang kata Penolong Pendaftar kejam. Aku pedulik hapa kalau orang nak kata aku kejam. Yang penting keje aku jalan. Kisahnye terjadi bila aku hantar memo dalaman gegar pensyarah sekelian suruh hantar markah exam yang aku sendiri kene kejar dateline yang dibagi oleh UTM. Nak tak nak memang la aku kena keluarkan surat chenta kepada pensyarah budiman. Sori la ye, aku hanya menjalankan tugas. Kalau keje aku tak siap, sah2 la aku pulak kena bambu dengan orang atas. Jadi nak elakkan dari kena bambu baiklah aku dulu yang amek precaution.

Sedang elok aku buat keje2 tu, datang pulak kertas senat UTM yang perlu aku nak hantar sebelum mesyuarat JKTS. Approvekan budak tahun asas intake 2006, gegar2 lak typist aku untuk key in kan result SPM satu-satu. Kesian, terkebil2 dia membelek kertas. Dah siap paper senat aku, datang pulak kertas untuk Lembaga Pengarah ATMA. Analisis keputusan peperiksaan semester I yang dulu. Korek balik fail, dateline kene kejar. Main2 ngan statistik semula. Dah la meeting JK Akad nak kene prepare. Alahai, rasa cam tak cukup tanah. Ketung ketang aku menaip saban hari. Fuh.....keje katakan. Takpe, janji aku wat keje. Takde la makan gaji buta macam mana orang dok kata selama ni dalam paper.

Anyway, settle pasal kerja. Ni masuk bab keje2 masa lapang aku. Erk, Rabu malam ngan Jumaat malam, berkesempatan aku ke INTAN untuk prektis ngan kawan2 kabaret aku untuk show (ada ke show ni?). Takpe, dah Tuan Salim bagi green lite (nyebok la senior nak gi gegar junior). Apa lagi, ligat kembali mewarnai arena kabaret. Kat UKM dulu, dapat gelaran Seri Ponggong. Konon pasal aset kat belakang tu melebihi segala-gala manusia yang ada. Takpe, kalau ikut teater T. Pinkie, "Ponggongmu itu masa depanmu Pinkie...."

Fuh, kenangan DPA dulu dan2 je masuk menerpa dalam kepala otak aku. Kene dera dengan Chen (cina bukit kata Elfian) dengan senaman warming up yang cukup untuk melenguhkan bahu dan kaki aku....erkkk..tapi bagus jugak pasal rasa2 badan ni dah jadi macam Blue Hyppo lepas kuar DPA. Gigih nih....target 14 June kene pastikan badan nampak cantik untuk show. Mak Ayam suggest pulak masuk FTS (Festival Tari Selangor). Ohhh...dah lama aku tak masuk mende2 macam tu. Last time aku masuk time student dulu kot! Takpe, create a team. Then masuk memeriahkan suasana. Koman2 dapat kumpulan harapan ok gak! Mak aii berangan tak hengat....

Cukup untuk hari ni, kat bawah ni aku ada buat posting video aku tengah mengkabaretkan diri aku kat studio dengan kawan2 aku yang lain. Sori la posture aku tak lawa dah. Tak macam dulu lagi......enjoy it! Zapin Ghalit from the state of Kedah.



Monday, May 15, 2006

Holiday in Kampung


Well, weekend yang panjang. Sempat la aku pulang ke kampung tercinta. Friday morning aku balik, kali ni naik bas. Since lama la sangat tak naik bas, puduraya pun aku ala2 nak sesat. Hik hik hik. Merasa la naik bas dua tingkat ari tu. Durian Burung. Best jugak. Tinggi semacam je. Kat INTAN dulu aku tak penah naik.

Kat pudu tu, well satu adegan yang paling tak senonoh pada pagi jemahat. Jijik aku tgk anak2 muda skang ni. Slambe je beromen depan orang ramai. Siap cemolot. Yang jantan raba2 tet** pompuan. Yang pompuan lak dok usap2 **** jantan tu. Isk...terkesima kejap. Kot ye pun nak buat, cari la selindung sket. Dengan makcik2 tunggu bas ramai2, anak2 kecik dok perati. Aku rasa budak raba2 tu student lagik. Ala2 bulu pun tak abis keluar. Dah tringin sangat dah. Nak kata aku ni baik idok le..tapi kok ye pund ah tak tahan, cari la selindung2 ckek. Kalau pikir, nak je aku gi lempang. Tapi aku ni pun bengong jugak, tak baik mana pun. Donia donia....

Well, kampung was fun. My elder bro pun balik ngan family. Masya Allah anak sdare aku macam peluru skang ini. Hmm, still bole control. Kalau dah beso degil2 macam biasa aku akan buat apa yang patut. Hahhaha.....saturday pi alosstaq tgk adik aku yang bongsu kat asrama. Tringat zaman aku kat skolah dulu. Sapa la mai melawat aku? (padan muka, sapa suh skolah jauh2).

Yesterday sebelum balik KL, singgah umah Tok kat Kota Kuala Muda, kesian tok dok sorang2. Wheel-chaired, time aku pi tok tengah solat dhuha. Umah pun sunyi je. Tak macam arwah wan aku ada dulu. Singgah kejap, aku tak leh duk lama2 sebab bila lama2 aku pikir macam2 dan at the end aku akan bersedih. Aku tak boleh tgk orang tua ala2 sedih ni, kang aku pun meleleh sama. Tringat kat tok...dua dua la.

Lepas tengok tok, terus shoot pi penang. Tiket bas abis, so nak balik jugak terbang je la ubatnye. Hangus duit. Takpe, janji leh tgk family. Apa salah berhabis untuk tu kan?

Well...aku tak tau nak post apa dah..buntu dengan keje aku yang tak siap2 lagi ni. Paper senat nak diangkat ke meeting senat UTM lom siap lagik. Jadual waktu pun dok tengah buat. Result budak periksa pun nak kena proses. Meeting nak kena handle lagi. Pagi tadi pun siap jadi secretary meeting, nak buat minit lagi. Ada 2-3 minit nak kena buat ni. (Huh...tu pun ada orang kata PTD tak reti wat keje...BODO punya orang). Matilaaaaaa.........

p.s :Ian, aku curi cambo dalam flickr ko...sebab cantik aku letak la kat sini....mekasihhh...

Tuesday, May 09, 2006

Despatch terhormat...

NOTA : MEMANDANGKAN GAMBAR YANG CUBA AKU ATTACH DALAM NI MENIMBULKAN MASALAH, JADI POSTING NI TAKDE GAMBO. KEPADA PARA PEMBACA, HARAP MAAF....
Awal sekali tahniah aku ucapkan kepada Ruzana Jajuri kawan PTD ku yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan teman sekolah rendahnya semalam (Ahad, 7 Mei 2006). Macam biasa carpool dengan JP69 punya tuan dan awek tersayang, ada jugak Samasudin Lidut dan Diana. Kira sardin la jugak kereta Citra tu. Zana oiiii, ingatkan umah kau kat pekan banting, rupenye masya allah jauh tak hengat. Nasib baik la kawan kan....takpe, janji misi menyerbu pelamin pengantin berjaya dan pelamin tu alhamdulillah sekukuh pelamin Mimi dulu.
Hahaha...Pastinya aku suka pasal ada banyak jajan waktu makan (keprek, keprok sume ada). Paling utama sambal tempe goreng..lama dah aku cari ni. Akhirnya.............................

Selesai acara kenduri kendara, budak2 ni ramainya nak g melencong ke Morib, tapi since aku ada night stop kat JB malam ni (perasan jadik pram la plak), maka JP69 pun bergegas la hantar aku kat KLIA. Kali ni aku jadi despatch terhormat bawak kertas jawapan peperiksaan budak2 ATMA ni untuk disemak oleh UTM. So, as usual my journey begins kat KLIA. Malas dah nak amek gambo kapal terbang yang lalu lalang. Ari ni tak de mood. Sejak2 perut aku ni rasa macam ada api kat dalam, semua benda aku buat rasa macam serba tak kena. Time aku tengah buat posting ni pun, rasa macam ada api kat dalam (Padan muka, sapa suh makan rojak mamak tu tadi, dah tau perut sakit lagi nak sumbat sume benda. Hah rasakan.....)

Flight to Senai was uneventful. Nothing much, aku cam biasa "Excuse me, can i have a few packet of peanuts please". Dan normally aku takkan kecewa dengan apa yang aku mintak sebab konfem dapat. Siap tapau bawak balik lagi tu. Ala..buat kunyah2 kat bilik.

Landing time, amek cab ke Mutiara. Check in at 1930hrs, jalan jem tak hengat sebab ada Karnival Jom Heboh kat danga tu, berdedai-dedai kereta (betul ke ayat ni?) parking tepi jalan, jauh pun sanggup menapak. Cam biasa uruskan diri mana2 yang patut. Next, jalan time ke Holiday Plaza tu. Cari dvd. Pusing2, siap masuk secret chamber kat kedai tu (aku terkejut pasal dapat masuk gua. Tapi dvd yang aku nak cari takdak.....).

Memandangkan takde aktiviti apa yang menarik nak buat sebab kawan2 ku kat JB sumenye sibuk belaka. So aku pun melapok la kat bilik aku sambik browse magazine travel. Oiii...apa...terkejut aku tgk muka dancer dalam tu. Ehh..junior2 kat Aadyamaatra. Budak2 ni skang main2 majalah la pulak ye! Sentaprina (Haris ajar) aku. Sesambil tu layan cite Ali Setan. Citer ni aku suka walaupun ayat dia skema tak hengat.

Jengah kejap tv Singapore tgk perkembangan pilihanraya kat sana. Time for Majulah Singapura. Nasib la tv indon takdak kat hotel ni, kalau tak sah2 la ada lagu kebangsaan indon berkumandang. Untung orang JB, banyak lagu kebangsaan dapat tau kan? Ahaks. Pusing kiri pusing kanan, tah bila aku terlelap aku pun tatau.

Pagi2 bangun breakfast, checkout amek cab terus ke UTM. Ramah sungguh pakcik teksi ari ni, cerita dia perang zaman konfrantasi malaysia indon dulu. Terkedu kejap aku bila dia cakap budak2 zaman skang ni masuk askar bukan nak berbakti macam dia dulu. Skang ni masuk nak pangkat, nak duit. Aku no komen pasal aku bukan askar. Ayat pakcik teksi tu lebih kurang camni la "Buat apa la kapten banyak2 tapi tak reti buat keje....".

Aku senyap je. Sudah ditanya mana aku keje, aku cakap keje gomen la. dah tanya gomen kat mana pulak. Nak cakap apa ek? Tak baik tipu orang tua2...dah bila dia tau aku keje kat mana lagi la rancak orang tua ni sembang. Sampai nak terlelap aku layan dia. Huk huk....oh tuhan, lambat lagi ke nak sampai UTM ni? Pasni nak sambung ke Senai dengan dia lagi.

Well, keje selesai, hantar barang je (kan aku cakap aku jadik despatch terhormat). Terus g airport. Hari ni aku naik GCC. Merasa la lepak lat Golden Lounge kat Senai. Takde la meriah sangat. Suram je aku nengok. Siap terlelap lagi kat dalam tu.

Time to board the plane. Sebelum tu, macam biasa la amek gambo2 yang aku rasa menarik. Kat display hall ni, dulu dia letak instrumen ghazal, skang ni dia letak gamelan jawa lak. Takpe.... "Good morning sir, welcome onboard" Aku tengok tergantung kat dinding tu, flight origin from SBW, then KCH. Load penuh hari ni kat GCC.

Settle down, it happens bila aku tgk jiran sebelah aku ni si Amylea AF3, kat depan Marsha, kat belakang aku Felix. Tapi sebab aku ni jenis tak kisah sangat kan, takde la excited sampai nak terlompat (aku pun artis gak...so apa barang nak excited tgk2 artis ni). Pulak tu dok GCC, takkan la nak over kan? Tapi, kang aku cakap je orang tak caya, aku pun amek la gambo (kualitet tak elok sori sangat).

Nasib la si Amylea ni tak kekwat kan. Kalau kekwat perasan diva, wajib la aku telepon Zubir Berita Harian. Derang baru abis show Jom Heboh (ni menurut orang sebelah aku tu laaa....) Hmm..senyap sepi lak..masing2 layan perasaan. Aku pun malas nak buat apa, tido je la kot. Tapi sebelum tu tapau kacang dulu....sampai KUL, amek limo balik umah. Sudah gedeh gedeh naik moto datang opis. Saje buat spotcheck kat staff aku. Ahaks....esok kadet baru masuk. Juniors, welkam to hell. Selamat kene lanyak!