Friday, October 20, 2006

Raya oiiii


Hari ni dah hari terakhir keje sebelum cuti panjang. Esok tengahari aku berangkat balik ke Sungai Petani, Insya Allah. Sempat la buka puasa dengan family 3 kali lagi, sahur 2 kali penghabisan sebelum raya. Esok pagi Emon cakap nak hantar aku ke terminal pengangkutan. Ye la takkan aku nak gendong beg naik moto. Sudahnye moto aku nak parking mana lak pasni?

Malam tadi susun2 barang untuk dibawak balik. Baju baba dah beli, baju Lukman dah beli, untuk mama pun dah ada. Tinggal baju Basil je blom. Budak tu susah nak predict saiz dia. So balik beli kat SP la kot nanti.

Hari last ni, aku gi mengadap pengarah untuk cerita pasal posting. Kawan2 Pusat Komputer sume 1.11 gak, dan pensyarah pun ada yang dah dapat surat balik Semarak 1.11 ni. Pensyarah tentera tindikan akan ditamatkan kontrak, dan RTU. Aku nampak akan kosong ATMA ni, pegawai sume takde. Tinggal kadet je.

Rasa la korang yang nak cepat sangat UPNM ni. Dengar2 kena tahan sampai 31 Dec. Tapi agensi baru tempat kitorang ni benarkan ke nak tahan lama2? Pada aku, buat keje jangan buat sorang2 atau dengan orang2 tertentu je. At least bagi kitorang ni tau apa perkembangan. Bukan apa, masa depan budak kadet ni takkan nak terbengkalai cenggitu je? Bagi la chance kitorang ni merancang. Takde la suka hati nak buat ikut cepat nak dapat pangkat. Isk..bebel la plak.

Aku balik ni pun angkut laporan prestasi tahunan untuk aku isi. Yang staf punya untuk dinilai. Nota serah tugas, minit mesyuarat yang terbengkalai. Macam tak cuti jadinya. Kali ni kene gigih, ye la dah nak berambus katakan.

Ok lah, cukup takat ni. Untuk semua pembaca blog ni, Aku Affendi Osman mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya 'Idul Fitri kepada semua, Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, October 19, 2006

Surprise sebelum raya

Hah, hari ni dapat surprise kat office. Apa yang surprise sangat tu? Haa, tengok la sendiri kat bawah. Kusangkakan dapat apa yang kupinta, tapi tak dapat la pulak.
Tu diaaa, surat posting sudah kuhighlitekan tarikh efektif dan tempatnya sekali. 1 November, Kementerian Kesihatan Malaysia. Tapi KKM pun, tang mana taktau la. Hospital ka, HQ ka? Harap2 dapat la unit yang banyak travel. Tapi ada ka unit tu kat KKM.

Hmm, hari ni dah Khamis, esok orang berbondong2 nak cuti dah. Aku kena buat surat tangguh tarikh posting ni. Sebabnya, kalau aku berpikiran jahat, aku memang akan keluar on that date. Tapi sapa yang nak uruskan budak2 UTM nak periksa ni. Dah la Timbalan Pendaftar takde, sekali dengan Penolong Pendaftar pun nak berambus.

Aku call Pengarah Akademik tadi, kesian pulak kat Prof bila aku dengan slambenya cakap

"Prof, saya dah dapat posting"

Tah la, aku memang nak keluar, tapi tunggu la sat sampai settle. So skang ni kena buat surat penangguhan posting. Ish, huru hara sat. Tak sangka pulak nak dapat secepat 1.11. Bagi la aku abis tahun dulu kat sini. Musim2 budak exam final. Dengan mesyuarat JKTS UTM tu bulan 12 ni. Mau tak terkangkang sume orang?

Apa pun, syukur dah dapat posting. Keluar dari MINDEF terus pulak tu (Dina...jom la join aku skali). Hadiah hari raya kot? Apa la nasib aku kat tempat baru nanti ye? Cuak ni......

Wednesday, October 18, 2006

Iftar ATMA

Semalam, ada majlis rasmi kat ATMA ni. Macam yang tertulis kat bawah dalam gambar. Oleh sebab majlis rasmi, maka semua diwajibkan datang berpakaian kebangsaan lengkap. Huhu...pagi tu aku bawak baju, sudah bila sampai office baru sedar aku bawak semata2 baju, seluar dan samping je.

"Butang baju melayu aku mana Pahhhh?" Bukan setakat butang, songkok pun takde. Penangan mamai di pagi hari, abis sume lupa. Jadi petang lepas keje sementara tunggu majlis mula, aku start moto ke Pekan SB cari songkok dan butang baju. Bole la buat nak pakai raya sok. Songkok yang aku aku ada dalam simpanan, yang 6 inci zapin tu, dan yang ada Jata Malaysia. Takkan nak pakai raya kot?
Hmm, 1835H, siap aku tukar pakaian kebangsaan, melilau aku jalan menuju ke Wisma Pegawai Kadet. Macam biasa la, tunggu ketibaan tetamu jemputan. YB Timbalan Menteri Pertahanan.
Dalam 10 minit lagi nak buka, sampai la tetamu yang ditunggu. Salam2. Mesra rakyat dia ni...tapi tak glamer macam timbalan2 menteri yang lain.Suasana dalam Wisma Kadet sebelum azan berkumandang. Sembang dan sembang. Termasuk la aku.
Ni dia...baju Masya Allah terangnya warna. Tapi kan, aku tengok most of the tetamu yang datang majoriti pakai ijau. Ni scene bergosip sebelum buka posa, sampai terjungkit bibir tu!Ni hidangan awal sebelum main course. Kurma dan kuih2. Tengok air tu, dengan bunga2 sekali ada. Lekat kat tekak yang kering ni. So lepas buka, solat berjemaah kat masjid ATMA ni. Kemudian main course meal. Boleh tahan sedap.
Masak lemak daging salai, ayam masak merah, ulam2 dan sambal belacan, sayur goreng ala chinese, kari kepala ikan. Terangkat beb!

Teman semeja waktu makan. Duduk dengan Ajutan. Best kawan ngan depa ni. Banyak mengarut. Selesai makan, terawih la kat masjid tu. Ramai la kadet2. Tapi time terawih takde la gambo. Sapa nak amekkan?

Sudah selesai sume, rempit kembali ke Kajang. Sakit la hai tulang tongkeng aku ni lately. Agaknya dah sampai seru nak beli kereta kot? Balik kampung raya ni nak diskas ngan FaMa la. Hmm...cukup untuk ari ni.