Wednesday, July 25, 2007

Mengantuk! Sangap sehhh...

Hari mengantuk sedunia ari ni. Dah la sejuk tahap maksimum. Lately office ni memang membekukan badan aku. Aircond Masya Allah! Semalam tak masuk office sebab pi kursus penulisan surat/memo berkualiti. The course was good, tapi jadi macam masuk kelas Bahasa Melayu pulak (sekarang ni orang kata Bahasa Malaysia, but I feel comfortable to say it Bahasa Melayu). We learn tatabahasa, and the proper way to write letter. Kena cari ayat-ayat yang catchy untuk buat surat. So far aku rasa takde masalah untuk aku tulis surat dengan kaedah yang betul, cuma bila masuk bilik bos-bos besar habis punah ayat aku kena repair, sebab nak guna ayat depa yang aku rasa lebih kurang sama je dengan ayat aku. Huhu.....

Malam, aku bawak housemateku yang HANSUARI itu (hansuari ni aku amek dari blog si Dirtypap..dia dah tutup blog dia aaaa) pegi massage parlor. Sampai terlelap aku menunggu dia siap mengurut. Kuingatkan sekejap, sudahnya Bang Naza urut itu mengambil masa yang panjang untuk selesaikan. Urut apa tatau hosmet? (aku tau hang baca blog aku kan?) Makanya lewat la aku tidur malam tadi. Pagi-pagi dah kena bangun...Huarggghh....

Masuk je opis tengok maklum balas setimbun nak kena review. Dah siap buat, cuma nak betulkan berdasarkan apa yang bos dah komen. Maklum balas Mesyuarat KSN dengan KSU, Maklum balas Kabinet (fail pink berpangkah merah - RAHSIA tuuuu), Maklum balas JDPKK (arrow pi orang lain tapi aku jugak yang kena buat), SKT presentation lagi (yang ni abis kena revamp dengan SUB - huhu...letih letih, nasib baik la ada associate yang tolong buat sama). Halahai, mengadap benda ni cukup menjemukan aku. Bukan jemu pasal tak suka buat kerja, tapi jemu pasal nak fikir ayat yang sedap untuk letak dalam jawapan yang aku bagi tu.

Sepagi aku menyiapkan maklum balas. Masuk mengadap SUB, caras caras caras dan caras, buat karangan semula. Ayat yang dibagi macam makan takde garam (menurut kata SUB la, since Saya yang menurut perintah, ikut seadanya). Siapkan mana yang patut....Alhamdulillah siap. Tapi mengantuk tu tetap tak hilang. Need a nice cup of coffee, black coffee is much preferred. Petang ni tak kira la, kena pulun habiskan kerja jugak, nak bergegas ke tempat bersenam yang aku berhempas pulas habiskan duit lately. Semalam terlebih makan, so kena bakar mana-mana yang perlu. Amek kau! So far dah kurang la sikit Barney tu.

Oh ye...hari ni gaji dah masuk. Alhamdulillah gaji dah naik sebagaimana yang telah diumumkan hari tu. Tapi potong PTPTipu, kereta, EPF (ujung tahun ni settle la potongan kot), itu ini begitu begini, ciput la jugak tinggalnya. Nak gi vacation lagi. Harap cukup la kot duit! Hehe....tapi apa pun, aku tetap mengantuk ari ni. Huarrrrgggghhhh............

Monday, July 23, 2007

Budak Zaman Sekarang....

Lately, kecoh dalam media pasal budak2 kena dera dengan cikgu. Dera? Boleh ke kata dera? Kalau dera boleh charge bawah kanun keseksaan. Rendam dalam air tu boleh charge ke? Hmm..aku pun heran la lately, sikit2 parents complaint pasal anak kena dera dengan cikgu kat sekolah. Untuk kawan2 aku yang bertugas sebagai pendidik di luar sana, aku tumpang bersimpati la dengan nasib yang terpaksa dihadapi sekarang ni. Kisah zaman sekarang, anak murid tak boleh disentuh cikgu langsung. Kalau dulu, murid takut kat cikgu! Sekarang dah terbalik, cikgu yang takut kat murid. Takut? Yaaa, takut. Sebab apa? Sebab kalau terlebih-lebih nanti parents datang serang cikgu kat sekolah. Tak pun murid sendiri yang serang cikgu tu. Kereta kena calar, kereta kena pecah cermin, dan macam-macam lagi.

Off topic kejap. Err...untuk penulis blog MyJUSA , ni kira salah PTD jugak ke? Cikgu-cikgu menjadi mangsa ni pasal PTD tak buat dasar yang membenarkan cikgu menghukum pelajar, gitu? Sudah-sudah la mengutuk PTD tu. Dah la kutuk, sembunyi pulak. Dalam setandan kelapa tak semuanya jadi kelapa baik, ada yang kelapa komeng. Macam tu la jugak dengan servis PTD ni, PTD tu manusia. Tiada manusia yang ma'sum melainkan Rasulullah S.A.W

Ok, kembali ke topik asal. Berkenaan guru yang dipersalahkan akibat kesalahan yang dibuat oleh murid. Ni kisah satu ketika dulu la, it was in the year 1991, when I was in standard 5. Lokasi, Sekolah Kebangsaan Simpor, Tikam Batu, Kedah sewaktu sesi pembelajaran Matematik bersama Cikgu Shahirah Ismail (terima kasih cikgu). Pagi tu, ada sesi menghafal sifir. Biasa la kan, aku ni slow sikit Matematik, so bila Cikgu Shahirah tanya aku sifir, tergagap2 la konon. Haa...rasakan kau! Tak boleh jawab, seingat aku benda tu simple sangat, 7 darab 12. Terkebil-kebil aku bagi jawapan dan jawapan tu salah. Tau apa Cikgu Shahirah buat? Amek la pelempang sedas. Berpinau mata aku kejap. Huhu..malu tu toksah kira la kan, dah la prefect! Pastu kena lempang lagik. Balik rumah tengahari tu mengadu la konon dengan Arwah Tok. Tok bagi apa? Tok marah lagi ada la. Kena la jugak sedas dengan Tok! Haaa..padan muka!

Tu kisah dulu la. Macam2 lagi aksi garang Cikgu Shahirah yang aku pernah tengok. Termasuklah mencilikan ANU sahabatku dengan cili padi kering dalam laci gara-gara mencarut dalam kelas. Tapi ada ke yang komplen sampai masuk TV? "Pelajar dicilikan ANU" Haaa..takde! Sekarang ni aku rasa makin loghat. Tak boleh naik tangan sikit! Mula la panggil TV3, mula la panggil suratkhabar. Publisiti katanya.

Kalau dulu kena marah, terus muka sedih mintak simpati dengan cikgu. Dengan harapan tak kena marah dah lain kali. Puas kena ketuk, jadi pun orang. Alhamdulillah grad, dapat keje bagus (walaupun tak sebagus mana...cukup la untuk menampung hidup). Sekarang? Kalau cigku marah, silap haribulan cikgu tu dapat surat saman malu. Kalau pukul, kat luar sekolah nanti balas pukul balik. Apa nak jadi dengan sekarang ni ek? Mintak simpang dari anasir-anasir macam ni. Aku takmau benda2 kurang ajar ni terjadi kat anak-anak aku. Kisah kurang ajar dengan cikgu ni banyak boleh aku jadikan pengajaran. Keberkatan ilmu tu takde kalau kita kurang ajar. Macam-macam lagi boleh berlaku. Kita tak nampak dengan mata kasar, tapi kalau kita teliti betul-betul, kita akan nampak sejauh manakah keberkatan ilmu dan keredhaan guru tu.

Aku ada sms dengan BEDAH semalam, tanya pasal benda ni. BEDAH dengan slambenye kata parents sekarang ni poyo. Siap tulis surat kat sekolah cakap anak tak boleh buat PJ, anak tak boleh buat projek Kemahiran Hidup, anak tak boleh itu anak tak boleh ini. Alahai....what sort of education yang kita ada kat sini? Sekolah tu bukan nursery, sekolah is sekolah, tempat menimba ilmu. Kalau parents sendiri tak tunjuk hormat kat cikgu, apa lagi anak-anak. Lagi diorang tak hormat.

My mom used to say to her pupils, kalau dia pukul tu nak mengajar. Tapi kalau anak-anak nak balik mengadu kat ibu bapa, silakan. Nak datang pun silakan. She can explain clearly kenapa tindakan tu dibuat. Kalau tak boleh terima jugak, senang je suggestion mama!

"Go and open your own school, ajar sendiri anak-anak hangpa...baru tau macam mana senang ka susah ka nak didik anak bangsa"

Untuk cikgu-cikgu....semoga apa yang berlaku ni menjadi penguat kepada hasrat untuk mendidik anak bangsa. Pada pandangan aku, to cane is to educate. Kalau aku tak kena lempang macam tu dulu, ntah apa la jadi dengan aku sekarang ni? Kan? Renung-renungkan!

Wednesday, July 18, 2007

Tersepit..

Perumpamaan Melayu "gajah sama gajah berlawan, pelanduk mati di tengah-tengah" boleh aku jadi sumber rujukan kepada situasi aku sekarang ni. Dilema...Tengok kiri salah, tengok kanan salah. Tah la..taktau nak tengok mana lagi dah.
Situasi yang boleh aku bagi macam ni la. What would you do bila kawan baik sama2 belajar, sama2 masuk keje untuk jawatan yang sama tetibe dinaikkan pangkat, and of course jadi bos. Dan kena bekerja bawah dia. Boleh terima ke tak? Masing-masing ada ego tersendiri. Dan, bila masing2 menegakkan hujah sendiri, makanya anak2 kat bawah ni akan jadi tersepit. Tengok kat depan, Masya Allah baiknya.....tapi bila masuk bab keje, huhu masing2 jadi singa betina mengaum. Huhu...apa yang boleh aku buat ek? Rappo untuk dua dua side aku memang la kena jaga. Bila komunikasi berkesan tak wujud dalam organisasi, memang benda2 macam ni akan terjadi. I pity to both of them. Tapi kesan semerta dan kesan jangka masa panjang tu memang jatuh atas kepala aku ni.Kisah untuk ISO (ISO lagi ke? cukup-cukup la dengan ISO...asal tempat aku pegi je mesti nak ISO, dan aku yang kena gerakkan...hadoi laa) cukup untuk menyepit aku kat sini. Nak kata salah, tak kata salah. Tapi apa pun, as a head untuk aktiviti tu kena la support. Ni nak suruh buat keje tunggang langgang tapi pandang sebelah mata pun takmau. Lepaskan ikut suka je, pastu tau-tau nak end result. Kang aku buat cara sendiri ada pulak tak puas hati.

Hai entah lah....memang bila pangkat besar, ego pun makin besar kot? Ye la...as a boss, memang la ada ego dak? Prinsip "I'm the boss, and I have the final say" tu kena la dikurangkan sikit. Let the subordinates bagi pandangan. Pening pening....pasni memang aku nak melarikan diri kejap la. Menenangkan diri daripada masalah dan beban yang sedia ada. Aku rasa bukan aku sorang je yang rasa tersepit, KPSU aku pun sama, dan aku berani jamin ramai yang lain kat sini pun tersepit dan tertekan cam aku.Terpikir jugak nak buat misi kamikaze macam kat UKM dulu, melazer bos sendiri kat dalam meeting, tapi tak sampai hati. Tak mau lagi dah buat perangai macam tu. Huhuhu....

Well, cuti dah approve untuk ujung bulan ni. Nak escape pegi somewhere la...kat mana tatau? Bagi sneak preview dah la kot....taraaaaaaa.....