Hari mengantuk sedunia ari ni. Dah la sejuk tahap maksimum. Lately office ni memang membekukan badan aku. Aircond Masya Allah! Semalam tak masuk office sebab pi kursus penulisan surat/memo berkualiti. The course was good, tapi jadi macam masuk kelas Bahasa Melayu pulak (sekarang ni orang kata Bahasa Malaysia, but I feel comfortable to say it Bahasa Melayu). We learn tatabahasa, and the proper way to write letter. Kena cari ayat-ayat yang catchy untuk buat surat. So far aku rasa takde masalah untuk aku tulis surat dengan kaedah yang betul, cuma bila masuk bilik bos-bos besar habis punah ayat aku kena repair, sebab nak guna ayat depa yang aku rasa lebih kurang sama je dengan ayat aku. Huhu.....

Malam, aku bawak housemateku yang HANSUARI itu (hansuari ni aku amek dari blog si Dirtypap..dia dah tutup blog dia aaaa) pegi massage parlor. Sampai terlelap aku menunggu dia siap mengurut. Kuingatkan sekejap, sudahnya Bang Naza urut itu mengambil masa yang panjang untuk selesaikan. Urut apa tatau hosmet? (aku tau hang baca blog aku kan?) Makanya lewat la aku tidur malam tadi. Pagi-pagi dah kena bangun...Huarggghh....
Masuk je opis tengok maklum balas setimbun nak kena review. Dah siap buat, cuma nak betulkan berdasarkan apa yang bos dah komen. Maklum balas Mesyuarat KSN dengan KSU, Maklum balas Kabinet (fail pink berpangkah merah - RAHSIA tuuuu), Maklum balas JDPKK (arrow pi orang lain tapi aku jugak yang kena buat), SKT presentation lagi (yang ni abis kena revamp dengan SUB - huhu...letih letih, nasib baik la ada associate yang tolong buat sama). Halahai, mengadap benda ni cukup menjemukan aku. Bukan jemu pasal tak suka buat kerja, tapi jemu pasal nak fikir ayat yang sedap untuk letak dalam jawapan yang aku bagi tu.
Sepagi aku menyiapkan maklum balas. Masuk mengadap SUB, caras caras caras dan caras, buat karangan semula. Ayat yang dibagi macam makan takde garam (menurut kata SUB la, since Saya yang menurut perintah, ikut seadanya). Siapkan mana yang patut....Alhamdulillah siap. Tapi mengantuk tu tetap tak hilang. Need a nice cup of coffee, black coffee is much preferred. Petang ni tak kira la, kena pulun habiskan kerja jugak, nak bergegas ke tempat bersenam yang aku berhempas pulas habiskan duit lately. Semalam terlebih makan, so kena bakar mana-mana yang perlu. Amek kau! So far dah kurang la sikit Barney tu.Oh ye...hari ni gaji dah masuk. Alhamdulillah gaji dah naik sebagaimana yang telah diumumkan hari tu. Tapi potong PTPTipu, kereta, EPF (ujung tahun ni settle la potongan kot), itu ini begitu begini, ciput la jugak tinggalnya. Nak gi vacation lagi. Harap cukup la kot duit! Hehe....tapi apa pun, aku tetap mengantuk ari ni. Huarrrrgggghhhh............
No comments:
Post a Comment