
Ehm...mana ilang eh? Hehe..sori la ye, memang dah berkepuk blog aku ni sebab dah seminggu tak update. Bukan takmau update, just a bit busy. Umah aku bukan ada komputer / internet nak g update, either office or cc la tempat untuk aku update. Last week, penuh dengan meeting. Isnin dan Selasa, kat IPK bangsar untuk Job Profiling Workshop. Sebab tensen sangat, haaa...sampai la cerita BP aku naik. BP? British Petroleum? Tidakkk...ni Blood Pressure. Padan la lately kepala aku macam pusing2, ada sakit kat belakang tengkok. Punca?
1. tensen yang teramat sangat dengan keje yang penuh dugaan dan cabaran ini. dulu kat sungai besi, bizi jugak. tapi kat sini bizinye lain. sikit2 dapat surat ada kepil note merah tulis "kertas kerja ini berkehendakkan tindakan serta merta", kalau hampir semua nak serta merta, alamat semua la aku kena buat serta merta. Haa..ni dapat atas meja lagi untuk pertanyaan dewan negara. Tak sudah-sudah
2. keadaan ofis aku yang macam dalam umah mayat. takde tingkap, takde permandangan, takde apa-apa benda yang boleh aku menyejukkan pandangan aku. Yang aku nampak orang keluar masuk, sebab bilik aku depan entrance, pastu nampak orang ketuk punch card, pasal sebelah aku ada mesin perakam waktu. selama aku keje sebelum ni, semua nampak permandangan, walaupun kat KEM SB tu nampak padang kawad saje, tapi still permandangan kan? Hehe...
3. kerja yang sentiasa duduk depan PC. Haaa....kalau keje aku yang dulu, lepas grad, aku gerak jugak sana sini, kat KEM SB yes...aku gerak, naik tangga turun tangga, naik bukit turun bukit, lari sana lari sini. At least aku ada pergerakan, ni takde langsung. Aku rasa roughly aku abiskan masa at least 7 jam atas kerusi, either kerusi bilik aku tak pun kerusi bilik tempat mesyuarat. So...aku pegi gym sekarang ni, untuk menggerakkan semula otot2 aku dan mengeluarkan peluh.
4. makanan yang tak sihat, yang ni aku memang admit makanan yang diambil sekarang tak sihat, plus, aku selalu beli hawkers food sebab takde tempat nak store barang2 basah sejak pindah rumah baru ni. Sampai la semalam, aku beli peti ais cash (duit PAC dah dapat....alhamdulillah), so pasni acara memasak sendiri akan bermula semula setiap hari.
5. Fogging habit....well, this fogging habit might contribute to this matter, and it is the main contributor. As already known, fogging is one of the contributor to major diseases....I have to stop fogging even I'm not the heavy fogger...
6. tidur yang tak tentu hala....masa untuk tidur kena betul2 manfat. kalau tak cukup tidur, dengan beban keje yang ada, nescaya menyumbang ke arah kenaikkan BP!
Makanya...dengan sebab-sebab itu, memang mendatangkan masalah kepada aku. Aku tak salah kan sapa2 tapi aku salahkan diri sendiri pasal tak reti nak jaga. Orang lain pun keje sibuk jugak, tapi takde lak naik BP.
Hmm...dah le kot untuk hari ni, ni sekadar luahan hati aku. Dugaan ni, hari ni kurang sikit sakit kepala. Tapi, Dr Farzana (ATMA) dah suruh amek ubat. Should I or shouldn't? Kalau amek, forever and ever aku akan rely on that ubat. Any other way?
4 comments:
adi - bawak bertenang, cuba berdoa dan baca al-quran..... tenangkan fikiran, cuba elak dari berjumpa sesiapa buat masa ni... muhasabah diri.... and if u need somebody to talk with... carilah yg betul2 rapat, cuba urai masalah.... tido cukup, makan makanan yg betul... dan.... rehat.... tak perlu ler ambil Surbex segala... tanya DBI
bang shidi....
hati ni memang tak tenang. nak wat cmane? camni la....as i told u, when ppl need me, I'm always there for them but when I need them, none of them care about me!
ala cian....
**hey..
like i said...
... take a long break, and think things through.
reclaim your mind space.
;)
Post a Comment