Wednesday, July 18, 2007

Tersepit..

Perumpamaan Melayu "gajah sama gajah berlawan, pelanduk mati di tengah-tengah" boleh aku jadi sumber rujukan kepada situasi aku sekarang ni. Dilema...Tengok kiri salah, tengok kanan salah. Tah la..taktau nak tengok mana lagi dah.
Situasi yang boleh aku bagi macam ni la. What would you do bila kawan baik sama2 belajar, sama2 masuk keje untuk jawatan yang sama tetibe dinaikkan pangkat, and of course jadi bos. Dan kena bekerja bawah dia. Boleh terima ke tak? Masing-masing ada ego tersendiri. Dan, bila masing2 menegakkan hujah sendiri, makanya anak2 kat bawah ni akan jadi tersepit. Tengok kat depan, Masya Allah baiknya.....tapi bila masuk bab keje, huhu masing2 jadi singa betina mengaum. Huhu...apa yang boleh aku buat ek? Rappo untuk dua dua side aku memang la kena jaga. Bila komunikasi berkesan tak wujud dalam organisasi, memang benda2 macam ni akan terjadi. I pity to both of them. Tapi kesan semerta dan kesan jangka masa panjang tu memang jatuh atas kepala aku ni.Kisah untuk ISO (ISO lagi ke? cukup-cukup la dengan ISO...asal tempat aku pegi je mesti nak ISO, dan aku yang kena gerakkan...hadoi laa) cukup untuk menyepit aku kat sini. Nak kata salah, tak kata salah. Tapi apa pun, as a head untuk aktiviti tu kena la support. Ni nak suruh buat keje tunggang langgang tapi pandang sebelah mata pun takmau. Lepaskan ikut suka je, pastu tau-tau nak end result. Kang aku buat cara sendiri ada pulak tak puas hati.

Hai entah lah....memang bila pangkat besar, ego pun makin besar kot? Ye la...as a boss, memang la ada ego dak? Prinsip "I'm the boss, and I have the final say" tu kena la dikurangkan sikit. Let the subordinates bagi pandangan. Pening pening....pasni memang aku nak melarikan diri kejap la. Menenangkan diri daripada masalah dan beban yang sedia ada. Aku rasa bukan aku sorang je yang rasa tersepit, KPSU aku pun sama, dan aku berani jamin ramai yang lain kat sini pun tersepit dan tertekan cam aku.Terpikir jugak nak buat misi kamikaze macam kat UKM dulu, melazer bos sendiri kat dalam meeting, tapi tak sampai hati. Tak mau lagi dah buat perangai macam tu. Huhuhu....

Well, cuti dah approve untuk ujung bulan ni. Nak escape pegi somewhere la...kat mana tatau? Bagi sneak preview dah la kot....taraaaaaaa.....

6 comments:

Anonymous said...

Nak Ikuttttttt..... 2 macam kat Tioman jer..... bole pegi scuba sesama....kalau x snorkelll pun bole. Biaser bro... thats y its call office politics... u just have 2 adapt the situation. x Payah tensi coz nanti bp bro ... (up... up.. and away). Just follow yr instinct, guts n brains. Just enjoy yr Holiday.... maaaaaann (jamaican Slangeeeeerrr)

Red Mummy said...

pulau mana tu nok??

selamat jalan, jgn berendam lelama...

zyrin said...

dude.

ambik jugak nasihat aku, hehehehehe.

tenangkan fikiran, dehh... i'll be seeing you when you get back...

*pdhal... berminggu lagi sebelum ko nk bercuti... hehehehehehehe...

Adi Osman said...

t.mizi
meh le itot...


kak red
mana leh rendam lama-lama, kang ada yang bertukar jadik telur masin! hahahaha

zyrin
ni aku memang nekad dah! nak lariiiii

Rush Murad said...

ikut resmi padi, makin berisi... makin tunduk ke bumi.... makin tinggi pangkat, sepatutnya kita semakin humble... kerana dengan limpah kurnia dan ehsan Allah ler kita dapat naik pangkat, naik gaji etc... ego tu sifat2 org tak bersyukur.... kau plak kalau dah tinggi pangkat nanti, jangan ler lupa abang kat sini... ek?

Adi Osman said...

bang shidi...

kite tak penah lupa pun orang...orang je lupa kat kita! kannnnn?