Monday, March 31, 2008

Shopping Spree, Jalan-jalan Hujung Minggu

Kembali bersiaran pada hari terakhir di bulan Mac ini. Sebagaimana yang aku telah nyatakan di perenggan terakhir pada posting sebelum ini, tertera perkataan cuti-cuti Malaysia. Nah...sampai jugak hajatku untuk menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang buat kesekian kalinya . Kebetulan pada masa yang sama, ada Festival Senitari MAKUM di UNIMAS (zaman dulu-dulu aku pernah jugak bertanding, kali ni pergi bagi moral support untuk adik-adik dari UKM). Kira serampang bermata-mata la lawatan aku ni.

This time, aku pergi berdua dengan Ayen, sahabat dari zaman matrikulasi di Kuala Pilah, kabaret di UKM, sehinggalah sekarang. Dan di Kuching sana, ada penampilan istimewa tuan empunya blog Tepak Sireh yang kebetulan menghadiri kuliah untuk program pasca-siswazahnya. Makanya kami bertiga sepakat untuk berkongsi tempat penginapan walaupun masing-masing mempunyai agenda yang berbeza. Heh..cukup la mengarut untuk preamble ni. Kita tengok aktiviti-aktiviti yang dilakukan di Kuching itu....


HARI 1 (KUL-KCH)

Adapun perjalanan pergi ke Kuching ini menggunakan khidmat penerbangan AirAsia dari terminal tambang murah. Pada awalnya penerbangan dijangka berlepas jam 1145 pagi, tapi sehari sebelumnya kami menerima SMS dari AirAsia yang menyatakan penerbangan dibatalkan dan dibawa ke jam 1410 petang. Hmmm...konsep AirAsia, kalau load tak full, 2 penerbangan akan digabungkan. Kesannya, full load. Jimat kos....haaaaa gitu konsepnya.

Tapi sebelum kita bertolak, kita cuci mata dulu dengan pemandangan indah di waktu tengahari. Hiks....tengok kat wanita berskirt merah berdua itu. Tenung dalam-dalam pada silangan kaki mereka. Teeeeeetttt....Perjalanan ke KCH lancar, walaupun kapal terbangnya Masya Allah buruk. Bukan Airbus, tapi Boeing737 yang lama.

Ada satu insiden sebelum kami berlepas, seperti biasa, pram yang ada akan membilang jumlah penumpang yang terbang. Kira punya kira, terlebih satu. Kira lagi, terlebih satu, sepatutnya 141, tapi yang dikira ada 142. Haru dibuatnya. Lastly, ada laaaa ground crew bawak satu boarding pass, dan dekat situ tertulis KUL-PEN. Heh...salah kapal terbang rupanya orang itu. Tak pun, beli tiket PEN tapi nak terbang ke KCH. Satu kapal terbang tengok dia. Rasakan!

Kurang lebih jam 1600 petang, selamat kami menjejakkan kaki ke KCH, berjumpa dengan Tepak Sireh di Lapangan Terbang, dan terus menuju ke hotel. Rate gomen amat menarik untuk menjadikan Crowne Plaza sebagai tempat penginapan sepanjang berada di sana. Tapi ada jugak orang bertanya...

"Tinggal mana?"

"Crowne...."

"Huish...tempat orang kaya tu....ye la kan, dah jadi orang besar ni mesti la memilih tempat"

Ish ish ish....tempat aku tinggal pun nak jadi issue. Suka ati aku la nak duduk mana pun. Aku mampu nak bayar! Jadi, sila tutup molot anda.....

Aktiviti pertama, meninjau pemandangan dari bilik penginapan. Cantik, dan cukup menenangkan dengan panorama Sungai Sarawak yang mengalir tenang, sambil bercerita cerita semasa bersama Bang Tepak Sireh dan Ayen. Sempat juga aku ke Tun Jugah Mall untuk acara shopping tingkap. Asalnya memang shopping tingkap, tapi lastly terbeli juga barang. Isk.....

Malam, tiba acara ke UNIMAS. Jam 7 kami bertolak ke destinasi untuk menyaksikan Festival Tari MAKUM. Sahabat di Kuching, MakAyam Chen dan Isterinya datang menjemput kami berdua (Bang Tepak ada agenda lain...). Di UNIMAS, aku merasakan bagai berada di dunia 'agar-agar' yang memang dipenuhi oleh 'agar-agar' seluruh pelusuk Malaysia. Bukan mengeji bukan menghina, tapi zaman dulu aku rasa tak bermasalah untuk bercampur mesra dengan 'agar-agar', tapi semenjak usia aku menginjak ke lewat 20-an ini, perasaan selesa tu bertukar menjadi rimas. Tak tahu kenapa, tapi...itulah perasaan yang aku rasakan. Kalau 'agar-agar' berupa lelaki tak menjadi masalah, tapi ni lain pulak. Tebal solekannya....aduh!

Apa pun persembahan malam pertama boleh dikatakan menarik. Tapi, tetap jugak aku nak komen mengenai penari lelaki yang patah pinggang sehinggakan aku mempersoalkan yang sedang menari tu penari lelaki atau penari wanita. Lenggoknya, kepitnya, lentiknya, alahai....sedih!

Gambar menarik! Lelaki ni konfiuskah? Atau mempunyai cita-citakah? Hehh....hanya Johari yang mengenal Maniam. Selesai acara, berangkat pulang ke hotel. Tapi sebelum tu, isi tangki dengan makanan dulu.


HARI 2

Sesudah terang, aktiviti pertama pada hari kedua adalah mencuba mee jawa di kawasan Satok. Sedap sehingga menjilat jari. Tapi Bang Tepak kempunan pasal kononnya nak makan pada hari Ahad. Kedai tutup.....kecewa!

Jeng jeng jeng...time for shopping! Memandangkan pakcik dan makcik gomen sekarang diseru untuk memakai batik pada hari Khamis, aku bercadang untuk mencari batik bermotifkan Borneo untuk digunakan. Jadi, Indian Mosque Lane di Kuching menjadi destinasi tujuan bersama-sama Chen dan Ayen. Bang Tepak Sireh mempunyai agenda tersendiri.

Heh..kepala terdongak-dongak ke atas, mata menjadi rambang. Ayoooo.....satu untuk mak, untuk diri sendiri lagi...

Gila kejap...korek sana korek sini, cari kain yang bersesuaian untuk dibuat baju. Satu kedai..beli, singgah lagi satu kedai, beli. Yela kan, kat Semenanjung takde corak-corak macam ni. Ambik peluang la. Apa lagi kan? Koman-koman corak baju aku takde la sama typical dengan orang-orang kat Semenanjung! Matila kekwat!

Berjalan sepanjang Indian Street ni, hati-hati dengan pandangan mata anda. Silap haribulan memang kena singgah setiap kedai. Nasib laaa si Ayen berjaya mengalihkan perhatian aku ke tempat lain. Kalau tak, sah haru!

Macam biasa, dah jalan-jalan ni kan, perut mesti lapar! So...makan time. Mee kolo dan sayur midin menjadi pilihan kali ni. Rugi kalau datang sini tak merasa.

Dah kenyang perut, sambung jalan ke Waterfront. Naik sampan seberang sungai ke Kampung Boyan. Kalau ikutkan MakAyam Chen, tak nak dia naik sampan ni. Tapi aku suka....sebab jimat masa. Lagipun, dapat berjalan membakar lemak sikit sebanyak.

Tujuan? Semestinya untuk membeli singnature-cake kat Sarawak ni. Kek Lapis. Kalau kat kedai Dayang Salhah ni, boleh tengok cara kek dibuat, dengan kek yang beraneka jenis dan rasa. Boleh jugak rasa keknya sebelum membeli. Rasa macam hari raya pulak. Pergi rumah orang, macam-macam kueh ada atas meja.

Kat sini, terkorban lagi wang yang dibawa dengan belian kek yang pelbagai. Huhu..nanges!

Warna kek yang pelbagai ni menarik hati pembeli, sampaikan ada yang termenung di hadapan rak kek gara-gara keliru untuk membuat pilihan.

Tapi, jangan pulak jadi macam makcik ramai-ramai ni, hadoila....kau bukak rasa semua kek yang ada. Nyum sana nyam sini, sudah beli masing-masing sorang seketul je! Bengkrap oiiii!


Selesai memborong dan mengangkut, balik ke bilik untuk bersiap ke UNIMAS . Sarawak River Cruise ni, sesuai untuk pelancong-pelancong yang sukakan pemandangan. Uniknya Sungai Sarawak ni, sebelah sini, bandar yang sibuk, sebelah sana....kampung yang aman damai! Ada dua dunia yang berbeza kat situ. Yang tak uniknya, hujung minggu, budak-budak sekolah remaja ni pakat dok tunggang langgang mabuk. Pastu muntah lahak kat pedestrian walk sepanjang Riverside tu. Allah...geli aku tengok. Kalau nak minum pun, jangan la sampai muntah camtu sekali. Merosakkan pemandangan je...

Heh...malam, sekali lagi ke UNIMAS, malam ni giliran adik-adik UKM bertanding. Malam ni juga, ada rombongan TNC UKM dan ahli-ahlinya. Terkejut badak depa tengok kami ni pun ada.

"Kau buat apa sini?"

"Saje je dato', datang bagi sokongan moral kat adik-adik ni, biar semangat sikit diorang"

Dato' TNC tersenyum bangga. Ada jugak laaa alumni yang turun tengok. I bet lepas ni kegigihan kitorang datang akan jadi topik perbualan dan input ucapan dia di majlis-majlis di UKM nanti. Matila perasan kan?

Abis acara di UNIMAS, kembali semula ke tempat penginapan. Titon time....krooooooooooohhhhh! Sori Bang Tepak, terdengkur lak! Hehehh...

HARI 3

Bak kata Ayen, apa guna bayar ratus-ratus kalau tak guna, makanya masing-masing bantai tido sampai nak tengahari. Dah tu, mandi dan terus check-out jam 1200. MakAyam Chen bawak ke kedai pasu kat Batu 4. Lagi sekali, rambang mata tengok.

Ada satu statement tu, lebih kurang macam ni bunyinya...

"I dah taknak beli pasu-pasu ni...dah melambak kat rumah....lagipun takut pecah la, orang kargo kat Miri tu kasar-kasar, main campak je"

Tapi apa jadi? Haaa tudiaaaa....

Sekotak pasu yang besar dia bawak balik ke rumah. Hehe...taknak beli konon...kan Bang Tepak kannnn?

Selesai 2 jam di kedai pasu, terus ke The Spring, kompleks terbesar kat Kuching. Baru bukak, cantik. Tapi bila aku melangkah masuk....

"Alamandaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

Design lebih kurang laa. Cuma dia takde utara selatan je. Tapi 2 jam la jugak kat situ. Selesai kat Spring, off to Kampung Boyan again. Bawak Bang Tepak ke Dayang Salhah. Dia gi rasa kek macam makcik-makcik kat atas tu tadi je. Katanya kat Miri lagi sedap kek lapis tu! Abis merasa kek, terus hantar dia ke Lapangan Terbang untuk berangkat pulang ke Miri.

Aku dan MakAyam Chen ke Riverside. Nampak pulak batik motif Sarawak. Ni yang MakAyam Chen dok cari kat Kampung Boyan tadi. Hah....4 lai sekali dia hangkut. Aku pun tak terkecuali laa, tapi takat selai je. Tak mampu dikkkk...

Selesai kat Riverside, we went to the airport again. This time, it was our time to go home. Kali ni on MAS la pulak. Salam-salam, peluk-peluk....tataaaaaa....ada rejeki datang lagi nanti! Tapi kat airport, sempat lagi aku menyopping. Perfume pulak...siap dapat Crew discount lagi! Crew? Crew mana ek? MAS? AirAsia? Mrasa laa orang ingat aku ni Cabin Crew! Keh keh keh...

Untuk Ayen...mekaseh ye jalan-jalan sesama. Untuk MakAyam Chen, mekaseh jugak bawak kitorang pusing-pusing. Untuk Bang Shidi Tepak Sireh, kawan-kawan berdua di atas tu semua suka keluar dengan awak...sebab mulut awak hazab macam mulut diorang jugak. Jadi....lain kali diorang nak keluar dengan awak lagi! Boley?

Hari ni masuk pejabat, menghitung sisa-sisa wangku di kantung! Huk.............

Thursday, March 27, 2008

Ipoh...a Leadership Material for Senior Management

Ada la jugak orang komplen pasal blog aku ni bersawang-sawangan. Kisahnya aku bukan sengaja nak biarkan blog ni penuh dengan sawang, tapi ada tugas rasmi yang aku telah lakukan selama 4 hari di Ipoh. Rasmi? Hmmm..kalau dulu aku ke JB untuk peserta PTD gred 41-44, kali ni aku terlibat sama untuk PTD gred 48-52 pulak. Kalau yang dulu boleh rileks sikit pasal peserta tak kekwat sangat. Yang ni...memang laaa aku menadah telinga menahan kekekwatan senior officers di KKM ni. Kalau dengan depa ni, darjah kesabaran memang kena tinggi. Tuhan saja yang tau....

This time, the course was handled by Stokehill Management Master, a consulting firm yang memang diakui keberkesananya. Fasilitator, Puan Jamaliah, or Kak Jam is a well-experienced trainer for leadership. JPA pun pernah hire dia untuk roadmap PTD, and even PETRONAS.

Tapi tu la kan, melayan kerenah pegawai separa tinggi ni, especially yang duduk kat state yang memang selama ni dilayan bagaikan raja cukup menguji aku. Sunday, check in, soalan pertama yang aku terpaksa jawab:

"Why Ipoh aaa? I have to drive for 2 hours from KL! Penat tau....lain kali buat kat tempat yang ada flight!"

My answer;

"Puan....you drive 2 hours rite? Kalau la saya buat kursus ni kat Penang, naik flight sejam, kena ada kat airport sejam sebelum, dah 2 jam. Dari rumah ke airport dah sejam, 3 jam. Dari airport ke hotel, sejam...dah 4 jam! Mana satu puan nak? 2 jam ke 4 jam?"

Dengan muka kekwat tapi tersenyum aku libas kembali pegawai tersebut. Hiks....mrasa la kena sebijik. Tu baru satu, ada bermacam-macam lagi kerenah yang terpaksa aku tadah telinga aku ni. Sabar....

The trainer communicated in English. And the course was totally in English. Jeng jeng jeng....sewaktu sesi Pecah Ais, aku tersenyum sambil mendengar pegawai-pegawai senior memperkenalkan diri masing-masing. Biasanya aku dengar orang komplen pegawai junior ni tak reti cakap orang puteh, malas nak belajar yada yada yada. Nah, this time, aku berjaya mengesan pegawai senior lak yang berterabur orang putehnye. Nasib baik tak keluar perkataan Mentally Dislocated. Kaaaaaaaan? Ataupun... garbage yang dibaca garbaj! Tak kau haru?

Aktiviti? Not a typical sit-down course where participants sit, listen, makan and tido. The trainer included many movements. And interactive activities. Merasa la aku tengok pegawai-pegawai senior tertonggeng, terlentang, terlompat segala. Meh kita lihat apa yang depa kena buat:

A pre-test session. Dengar je ada test...semua komplen. Ni kursus ke PTK? Fobia kan...soalan bahasa orang puteh lak tuh! Laaagi haru!


Sesi memecah ais, menurut kata peserta ini;
"Kursus ini membantu saya dalam menghadapi pegawai yang banyak kerenah dan suka buat perangai" sapa taktau? teeeettttt......


A lecture....muka-muka bosan semuanya!


Trying so hard to be a monkey...and he made it anyway!


Memahami lukisan dan menyampaikan mesej berdasarkan lukisan yang dibuat


Acara merangkak-merangkak di bawah whiteboard. Jangan ingat dah jadi pegawai tinggi tak kena merangkak ok! Tapi seksi aaa...hiks..


A kinky game, blindfolded.....and look for direction. Aiya cik siti..pelempuan banyak muda...apek talak helan nyalaaaan tutup mateeee


A movie watching session...gelap macam dalam panggung, cumanya takde popcorn je! Movie shown was about leadership. Tapi cerita dia seronot sangat.


Mengenal diri sendiri. I identified myself as a shark. Tapi Kak Jam kata aku ni teddy bear, huggable , likable...(matila kena kejar ngan chaser, teddy bear katanya)


This is not Kak Tom and Kak Jenab gossip session, its a discussion about ideas. Sumbangsaran...


A role-play session. BDSM? Noooo....it's all about menjiwai watak dan menukarnya sekelip mata. This guy is one of the most talented actor among the officers. Bila dia memegang watak seksi...waaaahhhhhhhh....

Another discussion about contract bidding. Here, integrity counts.


Ehmm..overall, the course was great. Aku yang level bawah ni pun rasa bersyukur dapat mendengar dan mengenal diri aku sebagai langkah mempersiapkan lagi diri untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi. (matila kau perasan nak naik pangkat cepat).

It's a tiring job for me, however, i liked it very much. Lepas ni ke mana? Jeng jeng jeng....cuti-cuti Malaysia la pulak...

Tuesday, March 18, 2008

Malam Kilauan Emas

Hajat di hati nak menulis perkara-perkara yang menggembirakan dalam posting kali ni. Tapi dek kerna ada insiden yang kurang menyenangkan, aku terpaksa gabung jalinkan kedua-dua elemen gembira dan sakit hati untuk dijadikan bahan cerita aku dalam bingkisan untuk kali ini. (Ya Allah...bahasa mana mai taktau ni?)

Arakian tersebutlah sebuah riwayat mengenai keramaian anak pegawai tinggi yang telah digembar-gemburkan dalam beberapa rawi sebelum ini. Adapun majlis yang gilang-gemilang tersebut telah berlangsung malam tadi di sebuah dewan yang begemerlapan kilaunya dengan warna keemasan (termasuklah baju aku) dan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Tuanku Sultan berkenan untuk berangkat sama memeriahkan majlis tersebut. Turut serta, Pegawai Teramat Tinggi, mantan-mantan Pegawai Teramat Tinggi, Pegawai-pegawai Tinggi, mantan-mantan Pegawai Tinggi, Pegawai-pegawai Tak Berapa Tinggi, Kenamaan-kenamaan, Dif-dif kehormat serta rakyat jelata yang terpilih.

Riang-ria majlis tersebut bermula pada hari Ahad sebelah petang tatkala para Pegawai Rendah berbaju emas menerima SMS daripada Ketua Pegawai Rendah yang berbunyi;

"Pegawai Tinggi minta semua petugas untuk berada di Dewan Kapal pada jam 8.30 pagi esok"

Pegawai Rendah yang tersenyum manis kelat gara-gara insiden baju emas beberapa minggu lalu mula mengeluh dan merungut;

"Mula-mula paksa buat baju, lepas tu paksa ambik cuti rehat, ni paksa datang awal pulak?"

Entahlah, sudah nasib Pegawai Rendah. Rasa marah dipendamkan sahaja untuk menjaga hati tuan rumah. Masing-masing berniat untuk membantu. Lillahi Taala. Namun, dalam doa selepas solat Pegawai Rendah berbaju emas, ada yang memohon supaya Yang Maha Kuasa menunjukkan jalan dan membela nasib Pegawai Rendah yang bagaikan melukut di tepi gantang ini.

Seawal pagi, para Pegawai Rendah begegas untuk ke Dewan Kapal yang terletak nun jauh di Ibu Negeri untuk menghadiri raptai acara. Masing-masing mengejar masa 8.30 pagi seperti yang ditetapkan. Setibanya di Dewan Kapal, para Pegawai Rendah diberi sarapan. Namun, 8.30 pagi itu hanyalah waktu makan, dan raptai sebenar bermula hanya pada jam 10.30 pagi. Para Pegawai Rendah mengeluh, namun disebabkan jawatan Pegawai Rendah hanyalah untuk mengikut perintah, maka dengan setianya mereka menunggu sehingga acara raptai bermula.

Raptai yang melibatkan Pegawai Rendah berlangsung hanya selama setengah jam termasuk taklimat daripada pihak pengurusan acara. Selebihnya tertumpu kepada mengajar Pengantin dan Juruiring untuk berdepan dengan Paduka Sultan.

Gara-gara ramai tetamu kehormat yang dijangkakan hadir, seorang Pegawai Tak Berapa Tinggi tidak semena-mena menjadi gelabah dan memikirkan cara yang dirasakan sesuai untuk menghadapi keadaan tersebut. Ada di kalangan Pegawai Rendah yang pernah terlibat dalam pengurusan acara memberikan pandangan, namun pandangan hanyalah tinggal pandangan. Malah, pandangan itu langsung tidak dipandang (Pandang-pandang jeling-jeling la pulakkkk). Lalu, Pegawai Tak Berapa Tinggi tersebut dibiarkan untuk memikirkan caranya sendiri untuk kelancaran majlis tersebut.

Para Pegawai Rendah diminta untuk datang semula ke Dewan Kapal tersebut pada jan 6 petang. Maka bertebaranlah Pegawai-pegawai Rendah menuju ke destinasi masing-masing untuk bersedia dengan pakaian emas yang ditetapkan untuk majlis tersebut. Ada yang pulang ke rumah, ada yang ke rumah handai taulan, masing-masing membawa haluan sendiri.

Pukul 6 petang sebagaimana yang telah dijanjikan, berpusu-pusu Pegawai Rendah sekalian hadir semula ke Dewan Kapal tersebut untuk memulakan tugas. Ada yang berbaju Cekak Musang, ada yang Berbaju Teluk Belanga, ada Yang Berkebaya, dengan gaya yang tersendiri untuk memastikan yang terbaik ditampilkan untuk menjayakan keramaian itu.

Masing-masing diberi makan sebelum menggalas tugas yang diberikan. Tatkala makan, Pegawai Tak Berapa Tinggi yang menggelabah tadi memberi taklimat semula, dan apa yang diajukan oleh beliau sebenarnya sama dengan apa yang dicadangkan oleh Pegawai Rendah yang dipandang sepi tadi. Pegawai Rendah tersenyum sinis;

"Aku dah cakap tadi macam ni, taknak dengar....haaa...now u want to use my idea"

Monolog seorang Pegawai Rendah sambil mencuit rakannya.

Untuk makluman, Pegawai Rendah yang memberi idea tadi selalu melibatkan diri dengan pengurusan acara. Dari seorang penari kabaret yang hanya memeriahkan majlis dengan lenggok tarinya sehingga ke pengurusan majlis. Dari seorang sahaya menjadi Pegawai Acara di tempat kerja lamanya yang sudah terkenal dengan pengurusan acara yang melibatkan kenamaan negara. Pegawai itu juga sudah sebati untuk bergaul dan bercampur mesra dengan golongan-golongan ternama, gara-gara dididik dengan sempurna oleh bekas ketuanya, Pegawai Tak Berapa Tinggi di sebuah Menara Gading terkemuka di negara Boleh.

Sesudah solat Maghrib, para Pegawai Rendah mengambil tempat yang telah ditetapkan. Tapi, datang pula Pegawai Tak Berapa Tinggi yang menggelabah, mengarahkan tugas baru untuk dilakukan oleh Pegawai-pegawai Rendah yang tidak sebanyak mana itu. Pegawai-pegawai Rendah mula tercengang. Namun, Pegawai Rendah seorang itu tetap tenang dan mengukirkan senyuman kerana telah biasa dengan keadaan gelabah yang menggambarkan kekalutan yang dahsyat lebih daripada keadaan yang sebenar.

Hujan lebat menggila turun di luar. Pegawai Tinggi dan keluarga, serta Pegawai Tak Berapa Tinggi mula khuatir. Mungkin jemputan yang akan tiba tidak seramai mana.

Awalnya, ramai Pegawai Rendah dan Pegawai Tak Berapa Tinggi menyambut kehadiran tetamu undangan. Makin lama, kelibat Pegawai Tak Berapa Tinggi makin berkurangan. Dan setelah keberangkatan tiba Paduka Sultan, hanya seorang Pegawai Tak Berapa Tinggi yang kecewa ditinggalkan, seorang Ketua Pegawai Rendah dan seorang Pegawai Rendah yang menyambut tiba tetamu yang tidak dikenali entah siapa.

Datang pula Pegawai Tak Berapa Tinggi yang menggelabah memeriksa keadaan. Sepatutnya, dia mengetahui selok belok acara yang kononnya dia menjadi ketua. Tapi, soalan yang bukan-bukan ditanyakan kepada Pegawai Rendah. Mujur Pegawai Rendah bijak bermain dengan suasana. Dan dengan tenang, Pegawai Rendah mengukir senyuman dan menerangkan keadaan kepada insan gelabah itu;

"Pegawai Tak Berapa Tinggi jangan risau, Pegawai Rendah boleh mengawal suasana. Tak serumit mana...."

Mula acara, keberangkatan tiba Paduka Sultan ke Dewan Kapal, diikuti oleh tetamu jemputan. Masing-masing mengambil tempat. Dalam kesibukan itu, Pegawai Rendah turut diberikan tugas untuk mengiring Pegawai Teramat Tinggi ke tempat di Pentas Bersantap. Alhamdulillah berjaya.

Pegawai Rendah diberi juga tugas untuk membawa saki-baki Pegawai Tertinggi yang terlibat dengan acara merenjis. Dengan tenang Pegawai Rendah melaksanakan tugas tanpa sebarang perasaan gelabah seperti Pegawai Tak Berapa Tinggi itu.

Selesai tugas yang diberikan, Pegawai Rendah mengambil tempat di sudut Dewan Kapal bersama Pegawai-pegawai Rendah yang lain. Tiba-tiba, ada satu permintaan daripada sanak saudara Pegawai Tinggi yang sepatutnya menjaga pemberian hadiah supaya Pegawai-pegawai Rendah untuk mengangkat hadiah ke tingkat atas berdekatan dengan pintu masuk Dewan Kapal.

Arahan diterima, namun sedih apabila diherdik oleh sanak saudara Pegawai Tinggi, yang mengibaratkan kami ni bagaikan penyangak yang cuba untuk mencuri barang-barang yang dipersembahkan oleh tetamu undangan. Pegawai-pegawai Rendah berkecil hati. Terasa bagaikan Sang Anjing Kurap bila diherdik sebegitu rupa.

Dalam hati para Pegawai Rendah,

"Dah tolong percuma ni kira rahmat! Lagi nak layan macam anjing hina....aku tak hadap pun hadiah-hadiah ni....."

Sampuk seorang handai Pegawai Tinggi

"Barang-barang ni tak boleh letak kat sini....nanti orang ambik"

"Takpe puan....majlis ni yang datang semua orang besar-besar, takkan la ada orang nak ambik"

Wajah handai Pegawai Tinggi itu bagaikan mencemik apabila menerima jawapan tersebut daripada Pegawai Rendah. Seraya beliau berkata;

"Ok...I trust your words..."

Lantas, Pegawai Rendah menunjukkan protes, meninggalkan persembahan hadiah daripada tetamu di hadapan pintu utama dan masuk ke dalam Dewan Kapal. Pegawai Rendah terus mengangkat beg, menuju ke kenderaannya bersama rakan Pegawai Rendah yang lain, dan pulang ke rumah.

Begitulah cerita Pegawai Rendah di majlis keramaian Malam Kilauan Emas. Kalau Pegawai Rendah boleh dihina sebegitu rupa, apa salahnya Pegawai Rendah mengangkat kaki menyelamatkan diri daripada terus dikata. Sesungguhnya Pegawai Rendah juga manusia, mempunyai harga diri dan air muka. Andai intan dibalas kaca, eloklah kaca-kaca itu dicampak kembali kepada mereka.

Nampaknya, majlis keramaian itu, tidaklah seramai mana tetamu-tetamu yang dijangkakan hadir itu menunjukkan muka. Mungkin berkat doa daripada Pegawai Rendah yang terasa dianiaya. Wallahua'alam