Thursday, July 31, 2008

Dan Seterusnya....

Selesai sudah di KK, perjalanan aku diteruskan ke sebuah lagi destinasi asing buatku. Ke mana ek? Haaa...ni gambar yang sempat aku capture dari tingkap pesawat yang membawaku ke sana. Sekejap sangat, setengah jam selepas take-off, dah nak landing. Isk....pi mana taktau?

Yaaaa....

Tuan-tuan dan puan-puan, Selamat Datang ke Lapangan Terbang Labuan, bagi tujuan keselamatan, sila pastikan anda berada di tempat duduk sehingga tanda isyarat pasangkan tali keledar dipadamkan dan pintu pesawat dibuka;

Alhamdulillah, aku jejakkan kaki juga ke Labuan. Dari Lapangan Terbang, terus aku menuju ke tempat penginapan aku di Dorsett, berhampiran dengan tempat tugasanku yang seterusnya, Ujana Kewangan. Seberang jalan je dah sampai. Tak perlu teksi.

Sebaik saja aku buka tingkap, perrrghhhh.....cantik sungguh pemandangan suasana pelabuhan Labuan. Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan. RM170 sehari semalam penginapan. Untuk sahabat di Labuan, Cikgu D, terima kasih atas hospitality yang diberikan. Appreciate that very much.

Untuk Ketua Imigresen Labuan, Pok Dey, I oso want to thank you for the assistance given. Walaupun kau takde di Labuan, tapi staf-staf kau amat membantu, especially Encik Zainal.

Untuk Ketua Sektor Khidmat Pengurusan, Jabatan Pelajaran Labuan, Puan Syidot, terima kasih jugak sebab bawak aku memusing2 di Labuan yang kukatakan bagaikan tanah sekangkang kera itu. Kira tengok dari udara nampak cam kecik je, tapi ekceli aku rasa macam best je kalau dok tempat2 camtu. Opis dari tingkat 10 Ujana Kewangan cukup untuk menyebabkan aku sentap dan makan hati! Alangkah bahagia kalau di Putrajaya pun begitu.

Hariku bermula dengan sarapan di Victoria Bressarie, terus aku melangkah ke Pejabat Imigresen Labuan untuk sesi temuduga. Calon 6 orang saje, yang datang 4. Mrasa la aku lunyaikan dengan sesi yang agak panjang untuk seorang calon. Tapi sebab 4, 2 jam dah abis....

Err...kat sini walaupun calonnya sikit tapi rasanya macam susah nak pilih, sebab keempat-empat calon mempunyai keistimewaan tersendiri. Bergantung kepada pihak berkuasa melantik untuk memilih.

Untuk mengisi masa lapang yang ada di tempat asing ini, aku pusing2 sekejap dengan Ketua Sektor (mengulau ekkkkk?) ke tempat yang paling aku nak tengok kalau jejakkan kaki di sini, tidak lain tidak bukan, War Memorial. Kubur tentera British sewaktu zaman perang Jepun dulu.

Tempatnya cantik dan terpelihara. Lain-lain tempat aku takde la pegi, macam Chimney tu, akuarium tu. Tah hapa-hapa lagi, memang tak pegi. Sebab aku merayau ke kedai kain membeli beberapa helai sutera untuk Mama dan insan-insan yang berjaya aku hasut untuk mengirimkan kain. Ala Pah..takat gaji masuk 12K tu, 2 ratus apa la sangat dak? Hiks

Dan kopak jugaklah bila bil membeli coklat mencecah 2 ratus. Wahhhh....pitam!

Hmmm....masa makin menginjak ke petang, tibalah masa untuk berangkat pulang. Overall, untuk ketenangan, Labuan ni tempat yang sesuai untuk dikunjungi. Aku cuba bayangkan zaman tahun 70-an dulu, sewaktu Arwah Baba dipostingkan ke TUDM Labuan. Apa yang ada waktu tu ek?

Harapnya satu hari nanti, dapat aku kembali ke daerah asing ini lagi. Ujung minggu depan ke mana pulak? Jeng jeng jeng....tunggu!

Wednesday, July 30, 2008

Selesai Misi Peringkat Pertama

Selesai sudah 2 hari aku berkampung di daerah asing ini. Daerah mana tatau? Jeng jeng jeng...mrasa la aku jalan ke Kota Kinabalu lagi. Hajat di hati nak mintak ke Kedah atau Penang, skali dah penuh la pulak. KK pun KK lah...dapat gak aku lari-lari membeli belah barang seketika. Tapi aku takmau la cerita pasal jalan-jalanku ke sana, nanti orang kata aku perabih duit gomen lak.

2 hari jugaklah aku bersua muka dengan calon-calon yang menaruh harapan yang tinggi untuk bekerja dengan kerajaan. Dari tinjauan yang aku buat sewaktu temuduga, calon-calon yang hadir nak menyertai perkhidmatan awam oleh sebab masa depan yang lebih terjamin jika dibandingkan dengan sektor swasta.

Cerita temuduga ni bermula pada hari Isnin pagi. Aku bangun seawal jam 5.30 untuk bersiap. Mengikut surat panggilan, tempat temuduga yang dilampirkan adalah di Ibu Pejabat Bomba Sabah, berhampiran dengan Likas. Merasa la aku menerjah KB Bomba yang menjaga hal ehwal bomba di seluruh negara ni untuk bertanyakan tempat temuduga tersebut. Jam 7 pagi aku dah sampai, dengan perasaan yang hairan, sebab orang takde langsung. Selalu kat tempat temuduga ni calon-calom akan sampai awal untuk mendapatkan giliran yang awal untuk ditemuduga.

Dengan penuh kebingungan aku bertanya kepada pegawai yang bertugas di Bomba mengenai tempat temuduga tersebut. Jam 7.45 aku diberitahu tempat sebenar adalah di Mini Putrajaya, bersebelahan denga UMS. Grrrr...................pagi lagi dah bagi aku menyirap. Dengan teksi takde kat situ, nak ke tempat temuduga yang telah dialihkan. Aku tanya kepada SPA Sabah, SPA kata JPA punya kerja. Isk.......dengan muka yang tebal, aku minta pertolongan dari anggota yang bertugas di Bomba untuk menghantarku ke tempat yang sepatutnya. Nasib baik tak naik kereta yang ada siren. Kalau tak, gempar satu KK.

2 hari menemuduga, bermacam-macam gaya yang aku jumpa. Ada yang overdress, terlebih maskara sampai mata tak larat nak dibuka. Ada yang rambut mengerbang macam pontianak sundal siang malam. Ada yang berselipar kelepek kelepek. Macam-macam la kiranya! Lucu ada, sedih ada. Harapnya lepas ni ada la lagi peluang untuk berjalan-jalan lagi.

Oleh sebab masa check-out kul 12, ni terpaksa la aku mengirai kat airport KK untuk menunggu kapal terbang jam 4. Nasib laa ada duit lebih, aku bayar la untuk upgrade tiket aku ke GCCL, dapat jugak aku masuk lounge. Boleh gak aku makan sambil berehat dengan aman dan tenteram. Seawal jam 8.30 tadi dah penat aku menelusuri lorong di Pasar Kraftangan membeli sedikit barang untuk bonda tercinta. 3 jam jugak la aku habiskan untuk memilih aneka brooch mutiara dan kristal. Biasa la, cerewet kan!

Heh.....untuk destinasi berikutnya, kat mana ek? Hmm....sebab destinasi seterusnya ni jarang-jarang aku pi, mungkin akan ada coverage serba sikit kat situ. Hiks.....

Monday, July 28, 2008

Away From The Cubicle


Adapun semalam aku tiba di daerah asing ini untuk bertugas sebagaimana yang telah diberikan oleh JPA dalam membantu menemuduga calon-calon Pembantu Tadbir Kesetiausahaan (steno katanya).

Lega bila dapat lari sekejap dari pejabat yang huru-hara itu. Heh....melambung lagi dipukul angin tatkala hampir tiba ke destinasi. Hampir terkeluar isi perutku dengan tolakan angin ribut yang kuat. Tuhan saja yang tahu betapa gusarnya hati bila merasakan angin yang menolak itu terlalu menggila. Mujur Dato' K(H) yang turut serta dalam perjalanan kali ini berjaya menenggelamkan perasaan gusarku semalam.

Nanti aku akan laporkan catatan perjalananku di sini. Tapi barangkali takde aktiviti-aktiviti meneroka daerah asing ini. Cukup untuk duduk dan menikmati pemandangan indah yang melingkari bilik penginapanku di sini. Ini destinasi pertama, destinasi kedua menyusul Rabu depan.

Heh.......mrasa la posting secoet saja...