Wednesday, February 11, 2009

Terima Kasih Allah, Terima Kasih Kalian.....

Yang Tulus Ikhlas Ingin Sekali Sekala Dirinya Dibalas
Walau Hanya Dengan Dakapan Di Angin Lalu
Yang Selalu Memberi Ingin Sekali Sekala Jadi Penerima
Cukup Dengan Salam Dan Manis Doa

Imran Ajmain - Selamat Ulangtahun Sayang

Latifah Ismail, Ahmad Fahmi Yahya, Lukman Hakim Yahya, Naqib Basil Yahya, Fatin Khazin, Huthah Haji Yahya, Umi Kalsom Haji Yahya, Azreen Aznan, Shakeera Aznan, Awatiff Aznan, Norshida Zainol, Hasnisa Hashim, Tun Mazukie, Daniel Linog, Hamfatullah Syawal Hamdan, Ramesh Salimun, Rashidi Murad, Hasmawati Yusoff, Norhayati Ali, Syed Mufadzal, Dairwan Nordin, Supian Jaafar, Muznita Mahmood, Lt Kdr Najib Ghani, Lt Kdr Norsyahrizad, Sahril, Norfarah Wirda Holid, Mahanum Daim, Paul Devaraj, Raja Norsyita, Mohd Husni Abd Aziz, Nazrul Hadi Ismail, Nazzian Hani, Iskandar Mohd Kaus, Adi Faizal Ahmad Tarmizi, Muhammad Hisyamuddin Baharudin, Khairul Tazril Tarmizi, Farah Eliza Samsuddin, Wellingon Ngelambong, Zurina Alias, Nuraida Manap, Laily Rahman, Nur Ikhlas Ahmad, Nurul Adni Zainul Ariff, Raymond Lim, Islah Wahyudi Zainudin, Ruzilawati Mohd Nor, Suhaimi Jumahir, Fazura Heeza Mansor, Ikhwan Hafiz, Ahmed Syam Che Kub, Joshua Yap, Mohamad MJ, Sharila Abdullah, Johan Manaf, Khairul Aizawati Khalid, Emilina Farhi Kamsani, Mohd Hasry, Ahmad Zaid Sulaiman, Affendi Isa, Jane Kalang, Azimah Dollah, Aznam Zakaria, Ahmad Lutfi Surol, Barathi Muniyandi, Dr Shazharn Zain, Siti Norbaiti Mustafa, Radziah Ahmad, Azreen Mohd Nasir, Davina Enteli-Parker, Shah Razali, Azral Izwan Mazlan, Hasan Hafizi Hanapi, Asdiana Kadir, Ainu Nizla Kasman, Sharifah Thaherah Al-Asrar, Noraini Salleh, Azizuddin Zulkufli, Rafiza Rahman, Barbara Siman Demong, Jasril Hakeem Jaafar, Irfan Zulkurnain, Saiful Bahari, Dr Hamdi Najman, Mohd Mazlin Asib, Faudzi Ahmad, Lily Lulu, Mohd Saiful Redzuan, Zaflin Pakwanteh, Julinda Kassim, Saiful Annuar, Safuan Fadzli Mohsin, Ahmad Syahir Nasir, Mohd Najib Abdul Rahman, Mohamad Ali Mustapha, Suresh Rao, Khairil Azwan, Siti Syarina Khalid, Norziehan Sidin, Robiah Thani, Mohd Hamidy Salleh, Ricky Nelson, Siti Sabariah Yaakob, Noraini Holid, Georgina Liew Lee Ching, Amirul Amir, Zarina Yusuf, Teh Siew Mei, Mohd Sham, Izham Hazizi

........and for those yang namanya tak tersenarai yang ada memberikan ucapan sempena Ulangtahun Kelahiran Fendiosman, terima kasih banyak-banyak Fendiosman ucapkan. Ni Fendiosman ambik kat henset, fesbuk, blog dan friendster account

Sesungguhnya Fendiosman terharu dengan ucapan yang kalian berikan. Appreciate that so much.

Untuk Mama, Along, Acik, Adik (walaupun hang tak join tadi) & Kak Fatin.......thank you so much! I LOVE YOU ALL. Thanks for throwing me a small party tadi. For the first time after more than 20 years baru la ada party kecil-kecilan macam ni. Rasanya the last time I had such small party with family like this when I was 5 years old. Indeed, I am so touched. Mama gigih masak makanan seperiuk besar, buat agar-agar, walaupun aku tau Mama tak larat! Tapi tu la kan, NALURI IBU, walaupun tak sebesar mana, bila masuk bab ANAK....tetap disayang sampai bila-bila. Sayang Arwah Baba (Al-Fatihah) tak dapat bersama untuk raikan kegembiraan ni.

Syukur Ya Allah atas kurniaan umur yang diberikan. Aku bermohon supaya dimurahkan rezeki, dimudahkan urusan, dipanjangkan umur untuk beribadat, dikurniakan kesihatan yang baik untuk hari ini, esok dan sehinggalah masa yang menentukan.....

Monday, February 09, 2009

Meniti Peredaran Masa

Adapun beberapa hari cuti yang panjang ni, Fendiosman rasa Fendiosman menemui diri Fendiosman yang dirasakan beredar seiring dengan masa. Menurut beberapa suara yang Fendiosman sendiri dengar, ada yang menyatakan Fendiosman telah berubah.

Berubah? Physically memang ada la perubahan. Tak caye tengok gambar kat atas ni, lihat lelaki beseluar gelap sebelah kanan gambar! Haaaa....ni jaman dulu. Jaman mampu memakai baju saiz S lagi.

Sekali air bah, sekali pasir berubah? Macam tu kah? Ohooo...tidak bagi Fendiosman. Fendiosman merasakan Fendiosman masih seperti dulu. Tapi macam orang kata, kalau kita duduk dalam satu potret, kita taktau apa yang orang perkatakan lepas melihat diri kita. Dan...untuk mengetahui macam mana keadaan sebenar, kita kena keluar dari potret tu dan saksikan sendiri. Baru kita akan tau apakah yang sedang diperkatakan.

Kisahnye bermula bila Fendiosman berkunjung ke rumah keluarga sahabat sekolah Fendiosman di Kuarters KLIA, (Makcik noraini, roti jala makcik sangat sedap! mekaseh sebab ingatkan saya bila buat roti jala ni ye makcik. Last time makan waktu kat bawah pokok, tepi dewan makan PMKP...tahun 1998). Tapi bukan Fendiosman nak cerita pasal roti jala ni, tapi cerita Makcik yang mengatakan Fendiosman dah garang. Tak macam dulu yang bubbly, ceria dan loyar buruk. Fendiosman anggap mungkin tersalah suis yang ditekan sewaktu makan dan nampak la garangnya Fendiosman ni.

Ingatkan kisah garang dan berubah tu abis kat situ je, rupanya tidak! Semalam ada jugak Fendiosman meraikan tetamu yang datang ke rumah. (errrr.....mekaseh ye sayangku sebab datang..u know who you are - TUDIAHHH...SPEKU LAGI LA KAK TIMAH YE?) Dan bila dia datang, ada la banyak soalan-soalan yang ditanya. Itu ini begitu begini. Begitu jugak dengan kawan-kawan beliau. Tapi......bila beliau balik, beliau sms bagitau kata kawan-kawan beliau rasa Fendiosman dah lain, kalau dulu bubbly, skang macam senyap. Kalau dulu loyar buruk, skang ni dah serius.

Errrr....Fendiosman rasa ada banyak punca la kot jadi macam ni. Masa beredar, Fendiosman bukannya budak-budak macam dulu. Sekarang ni bila bercakap pun, fikir dua tiga kali. Buat sesuatu pun, dah mula fikir dua tiga kali. Dah terbuat sesuatu pun....tetap terpikir berkali-kali.

Kalau dulu, Fendiosman huhahuhahuha merumbu sana sini, sekarang ni macam dah tak selesa lak nak berkelakuan camtu lagi. Contoh terdekat, bila Fendiosman pergi satu majlis keramaian kat UKM awal Januari lepas. Rasa terkekok ya amat bila duduk di meja itu bersama kawan-kawan. Yang kawan biasa tu ok la, yang kawan tak biasa tu rasa tak ok. Nak bukak mulut pun rasa tak ok. And towards the end, Fendiosman pergi ke satu meja lain, jumpa one of the photographer sembang dengan dia. Sebab apa Fendiosman kekok? (takut orang lain kecik ati lak nanti kalau cakap......) Abaikan je la...

Tapi...dalam banyak2 sebab tu, ada satu sebab yang Fendiosman rasa kenapa Fendiosman boleh jadi camni. Profesyen Fendiosman. Fendiosman tak kisah kalau orang nak kata Fendiosman ni poyo ke, ghaplah ke...sebab tu adalah Fendiosman. Tapi, Fendiosman bekerja dalam satu skim yang ramai orang tak suka. Orang takkan kata tu Fendiosman, orang kata tu la PTD. Jadi...paham-paham la kot! Bukan sebab nak hipokrit, tapi takmau la nanti orang kata sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

Renung punya renung, ada jugak satu titik perubahan di mana Fendiosman mula berubah. Ingat tak bulan Ogos aritu dalam satu posting pasal mentalbreakdown? Haaaa...ni mungkin la jugak jadi sebab utama. Hentahlah.....mungkin dengan usia yang dah menginjak naik ni, mengajar erti kematangan buat Fendiosman. Mungkin.....hanya Allah Taala yang tahu sebabnya!

Wednesday, February 04, 2009

Once Upon A Time....

Adapun tadi Fendiosman dok mengelap perabot kat rumah ni. Habuk banyak la pulak. Sambil mengelap tu, sambil la angkat barang-barang untuk disusun. (This is where the drama begins) Tetibe sedang disusun tu, jatuh la pulak sekeping gambar....gambar Fendiosman waktu kanak-kanak dulu.

Haaa...ni la gambar yang terjatuh dari album Fendiosman tu. Berebut eskrem bersama Fahmiosman, abang kandung Fendiosman yang sorang tu. Nostalgia ooo. Kenangan lama menjelma.

Dah alang-alang kutip, tangan ni mula la menggatal nak mengambil gambar yang lain. Ha...hari ni, kita letak banyak ABM ye murid-murid. ABM tu apa ya? Murid-murid sekelian, dalam mencapai hasrat Dasar Pendidikan Negara, sebagai guru, kena la ada Alat Bantu Mengajar untuk memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. (Matila aku kena carut pasni....sebab nak ambik kerja orang lain)

Ever wonder how do I look like when I was a kid? Haaaaaa...ni diaaa..

Sudah terang lagi bersuluh murid-murid, dari kecik lagi Fendiosman dah bulat! Cumanya...time tu kaler kulit ada shiiiiikiiitttt cerah. Ni waktu usia Fendiosman 2 bulan, as per stated on the photo's date.

Err...ni jaman Arwah Baba (Al-Fatihah) muda-muda dulu. Waktu ni Fendiosman berumur 2 tahun. Melawat zoo negara katanya! Tapi time ni, tak ingat apa-apa lagi. Tengok gambar, tak ingat la bila gambar ni diambik, hanya dengan tarikh di tepi gambar tu memberitau berapa usia Fendiosman ketika itu.

Selaku anak bekas tentera, Fendiosman rasa la jugak jadi nomad. This was taken at Kuantan Bus Station where Baba was stationed for about 2 years.

Err..ni depan kuarters kat Kem Batu 10, Jalan Gambang. There were only 2 of us. Only Abang, and Adik. No Along, Angah or whatsoever. Kat sini, dah mula disaksikan kulit Fendiosman dah rentung sikit demi sedikit. Suka main panas kata Mama.

Kalau dah jadi anak Pegawai Tentera tu, rasa la jugak function-function yang dibuat kat rumah. Hat ni time buat barbecue party. Kat sini Fendiosman dah ada la memori sikit-sikit. Memori bila Fendiosman buat acara menabur garam di seluruh rumah, The first sukaneka ever joined. And where Fendiosman mengugut babysitter untuk terjun dari balkoni rumah flatnye sebab boring.

Time ni jugaklah Fendiosman dibabysit juga oleh abang-abang TUDM (tudiaaaaaaaa.....best oooo depa jaga. Almaklumlah, anak pegawai katanya! Ditatang bagai minyak yang penuh!). That time, Fendiosman rasa Fendiosman ni aaaaaamatlah manja pada ketika itu. Dan sampai hari ini rasanya kemanjaan itu tak dapat dikikis. Tak caya tanyalah kawan-kawan yang pernah memanjakan Fendiosman ni (matila pasni speku lagi).

After Kuantan, we moved to Klang sebab Baba kena transfer to MINDEF. Mama mengajar kat Port Klang, so....dekat la sikit dengan Mama. Baba rempited to MINDEF, from Klang. Naik Honda C70. Time tu jalan ke KL seingat aku cenonet je lagi! Takde tol-tol neh. As u can see from the pictures, and as for some of you may say, Fendiosman ni jenis muka bongkak, cuba lihat kat atas ni, dan gambar-gambar sebelumnya, memang Fendiosman tak berapa reti nak senyum dari dulu lagi. Balik-balik muka tin kene gelek dengan steamroll. Kemek, bzzzrekkk....

That time, still lagi Abang dan Adik. No other siblings yet! Dan Fendiosman mula bersekolah kat kitten-garden (sebutan Kindergarten yang Fendiosman sebut waktu kecik-kecik dulu) bila umur Fendiosman 5 tahun. TABIKA KEMAS cawangan Telok Menegon, Kampung Jawa, Klang. See...I started to read when I was 4. As a teacher, Mama bawak balik alphabet, suku kata, itu ini begitu begini. Makanya minat tu ada la kat situ. Tapi takde la jadi genius pulak kan! Sebab apa? Sebab malas....hiks! Murid-murid.....untuk berjaya, kena buang Vitamin M dalam badan ye!

We settled down in Sungai Petani bila Fendiosman nak masuk 6 tahun. Fendiosman repeat tadika kat sana, and menyekolahkan diri sehingga darjah 6 kat kampung. Haaa...bright student katanya. Tiap-tiap tahun mesti dapat hadiah nombor 1 2 3. One of my English teacher siap ambik tangan tilik lagi tuuu...

"U'll have a very bright future sunny...."

Tapi mende-mende tilik ni mana leh caya dak? Syirik!

Bila dah balik Kedah, baru la Fendiosman ada adik. After 6 years being Adik in the family. Tapi time tu takde la plak rasa jeles bila ada adik. Ish..kalau la dapat cutting badan camni lagi kan, musti menarik! Sekeping bagaikan plywood katanya!

Hmm...during my primary school time, boleh la dikatakan Fendiosman jadi Binatang Peliharaan Cikgu (Direct translasi katanya). Pergi rembongan ke, apa ke, mesti dapat spedo-spedoan dari cikgu! Hiks....seronok gak jadi Pet ni kan. Memang mendapat perhatianlah. Ala...time tu je la boleh feeling kot. Dah besar ni, rasa biasa je.....since dah dari kecik berjaya jadi diva, memang takdak masalah penyesuaian bila jadi artis. (Waaahhh...statement bongkak la pulak...)

Dan, bila dah jadi Pet ni, konon tunjuk rajin la dengan membaca. As you can see from the picture. Fendiosman mula menjadi Betty La Fea bila telenovela tu blom keluar lagi. Spek besar, konsep zaman dahulu menjadi pilihan. Ni Baba yang pilih aaaa......executive decision. Senang nak jaga sebab bingkai plastik! Heh....

Cukup la kot dulu koleksi retro....ni gambar-gambar yang diambik dari Fendiosman kecik, sampai la darjah 6. Nanti kalau ada kerajinan, Fendiosman cerita pulak koleksi retro waktu sekolah menengah! Tapi....Fendiosman rasa, dari dulu...muka Fendiosman still menten sampai la skarang ni. Takde perubahan yang ketara sangat. Yang ada mungkin dari segi saiz la kot.

Dari bertulang pelipis...sampai la tak berapa nak ada tulang pelipis. Dari badan montel, pergi ke badan plywood, sampai la badan ala-ala barney pulak skarang ni! Hmmm..sesekali bernostalgia best jugak eh!!!!!