Adapun beberapa hari cuti yang panjang ni, Fendiosman rasa Fendiosman menemui diri Fendiosman yang dirasakan beredar seiring dengan masa. Menurut beberapa suara yang Fendiosman sendiri dengar, ada yang menyatakan Fendiosman telah berubah.
Berubah? Physically memang ada la perubahan. Tak caye tengok gambar kat atas ni, lihat lelaki beseluar gelap sebelah kanan gambar! Haaaa....ni jaman dulu. Jaman mampu memakai baju saiz S lagi.Sekali air bah, sekali pasir berubah? Macam tu kah? Ohooo...tidak bagi Fendiosman. Fendiosman merasakan Fendiosman masih seperti dulu. Tapi macam orang kata, kalau kita duduk dalam satu potret, kita taktau apa yang orang perkatakan lepas melihat diri kita. Dan...untuk mengetahui macam mana keadaan sebenar, kita kena keluar dari potret tu dan saksikan sendiri. Baru kita akan tau apakah yang sedang diperkatakan.

Kisahnye bermula bila Fendiosman berkunjung ke rumah keluarga sahabat sekolah Fendiosman di Kuarters KLIA, (Makcik noraini, roti jala makcik sangat sedap! mekaseh sebab ingatkan saya bila buat roti jala ni ye makcik. Last time makan waktu kat bawah pokok, tepi dewan makan PMKP...tahun 1998). Tapi bukan Fendiosman nak cerita pasal roti jala ni, tapi cerita Makcik yang mengatakan Fendiosman dah garang. Tak macam dulu yang bubbly, ceria dan loyar buruk. Fendiosman anggap mungkin tersalah suis yang ditekan sewaktu makan dan nampak la garangnya Fendiosman ni.
Ingatkan kisah garang dan berubah tu abis kat situ je, rupanya tidak! Semalam ada jugak Fendiosman meraikan tetamu yang datang ke rumah. (errrr.....mekaseh ye sayangku sebab datang..u know who you are - TUDIAHHH...SPEKU LAGI LA KAK TIMAH YE?) Dan bila dia datang, ada la banyak soalan-soalan yang ditanya. Itu ini begitu begini. Begitu jugak dengan kawan-kawan beliau. Tapi......bila beliau balik, beliau sms bagitau kata kawan-kawan beliau rasa Fendiosman dah lain, kalau dulu bubbly, skang macam senyap. Kalau dulu loyar buruk, skang ni dah serius.
Errrr....Fendiosman rasa ada banyak punca la kot jadi macam ni. Masa beredar, Fendiosman bukannya budak-budak macam dulu. Sekarang ni bila bercakap pun, fikir dua tiga kali. Buat sesuatu pun, dah mula fikir dua tiga kali. Dah terbuat sesuatu pun....tetap terpikir berkali-kali.Kalau dulu, Fendiosman huhahuhahuha merumbu sana sini, sekarang ni macam dah tak selesa lak nak berkelakuan camtu lagi. Contoh terdekat, bila Fendiosman pergi satu majlis keramaian kat UKM awal Januari lepas. Rasa terkekok ya amat bila duduk di meja itu bersama kawan-kawan. Yang kawan biasa tu ok la, yang kawan tak biasa tu rasa tak ok. Nak bukak mulut pun rasa tak ok. And towards the end, Fendiosman pergi ke satu meja lain, jumpa one of the photographer sembang dengan dia. Sebab apa Fendiosman kekok? (takut orang lain kecik ati lak nanti kalau cakap......) Abaikan je la...
Tapi...dalam banyak2 sebab tu, ada satu sebab yang Fendiosman rasa kenapa Fendiosman boleh jadi camni. Profesyen Fendiosman. Fendiosman tak kisah kalau orang nak kata Fendiosman ni poyo ke, ghaplah ke...sebab tu adalah Fendiosman. Tapi, Fendiosman bekerja dalam satu skim yang ramai orang tak suka. Orang takkan kata tu Fendiosman, orang kata tu la PTD. Jadi...paham-paham la kot! Bukan sebab nak hipokrit, tapi takmau la nanti orang kata sebab nila setitik rosak susu sebelanga.Renung punya renung, ada jugak satu titik perubahan di mana Fendiosman mula berubah. Ingat tak bulan Ogos aritu dalam satu posting pasal mentalbreakdown? Haaaa...ni mungkin la jugak jadi sebab utama. Hentahlah.....mungkin dengan usia yang dah menginjak naik ni, mengajar erti kematangan buat Fendiosman. Mungkin.....hanya Allah Taala yang tahu sebabnya!
2 comments:
KOMEN BONDA:
awat hang aje pakai sluar gelap? takut VPL(*cadangan: pakai la thong - tapi tatau dh wujud kt Mesia ke tak jaman ni...) nampak ka???
BONDA suka:
1. KAK TIMAH kena sp straight from the heart!
2. gambar singa geget tangan/lengan dia tu. nampak anggun!!
3. kenyataan FENDIOSMAN: Dah terbuat sesuatu pun....tetap terpikir berkali-kali. <-- ni akan BONDA contohi dalam menjalani hidop ini.
Happy Besday....semoga ia menjadi pendorong untuk lebih berjaya di masa hadapan.
Post a Comment