Adapun tadi Fendiosman dok mengelap perabot kat rumah ni. Habuk banyak la pulak. Sambil mengelap tu, sambil la angkat barang-barang untuk disusun. (This is where the drama begins) Tetibe sedang disusun tu, jatuh la pulak sekeping gambar....gambar Fendiosman waktu kanak-kanak dulu.
Haaa...ni la gambar yang terjatuh dari album Fendiosman tu. Berebut eskrem bersama Fahmiosman, abang kandung Fendiosman yang sorang tu. Nostalgia ooo. Kenangan lama menjelma.Dah alang-alang kutip, tangan ni mula la menggatal nak mengambil gambar yang lain. Ha...hari ni, kita letak banyak ABM ye murid-murid. ABM tu apa ya? Murid-murid sekelian, dalam mencapai hasrat Dasar Pendidikan Negara, sebagai guru, kena la ada Alat Bantu Mengajar untuk memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. (Matila aku kena carut pasni....sebab nak ambik kerja orang lain)
Ever wonder how do I look like when I was a kid? Haaaaaa...ni diaaa..
Sudah terang lagi bersuluh murid-murid, dari kecik lagi Fendiosman dah bulat! Cumanya...time tu kaler kulit ada shiiiiikiiitttt cerah. Ni waktu usia Fendiosman 2 bulan, as per stated on the photo's date.
Err...ni jaman Arwah Baba (Al-Fatihah) muda-muda dulu. Waktu ni Fendiosman berumur 2 tahun. Melawat zoo negara katanya! Tapi time ni, tak ingat apa-apa lagi. Tengok gambar, tak ingat la bila gambar ni diambik, hanya dengan tarikh di tepi gambar tu memberitau berapa usia Fendiosman ketika itu.
Selaku anak bekas tentera, Fendiosman rasa la jugak jadi nomad. This was taken at Kuantan Bus Station where Baba was stationed for about 2 years.
Err..ni depan kuarters kat Kem Batu 10, Jalan Gambang. There were only 2 of us. Only Abang, and Adik. No Along, Angah or whatsoever. Kat sini, dah mula disaksikan kulit Fendiosman dah rentung sikit demi sedikit. Suka main panas kata Mama.
Kalau dah jadi anak Pegawai Tentera tu, rasa la jugak function-function yang dibuat kat rumah. Hat ni time buat barbecue party. Kat sini Fendiosman dah ada la memori sikit-sikit. Memori bila Fendiosman buat acara menabur garam di seluruh rumah, The first sukaneka ever joined. And where Fendiosman mengugut babysitter untuk terjun dari balkoni rumah flatnye sebab boring.
Time ni jugaklah Fendiosman dibabysit juga oleh abang-abang TUDM (tudiaaaaaaaa.....best oooo depa jaga. Almaklumlah, anak pegawai katanya! Ditatang bagai minyak yang penuh!). That time, Fendiosman rasa Fendiosman ni aaaaaamatlah manja pada ketika itu. Dan sampai hari ini rasanya kemanjaan itu tak dapat dikikis. Tak caya tanyalah kawan-kawan yang pernah memanjakan Fendiosman ni (matila pasni speku lagi).
After Kuantan, we moved to Klang sebab Baba kena transfer to MINDEF. Mama mengajar kat Port Klang, so....dekat la sikit dengan Mama. Baba rempited to MINDEF, from Klang. Naik Honda C70. Time tu jalan ke KL seingat aku cenonet je lagi! Takde tol-tol neh. As u can see from the pictures, and as for some of you may say, Fendiosman ni jenis muka bongkak, cuba lihat kat atas ni, dan gambar-gambar sebelumnya, memang Fendiosman tak berapa reti nak senyum dari dulu lagi. Balik-balik muka tin kene gelek dengan steamroll. Kemek, bzzzrekkk....
That time, still lagi Abang dan Adik. No other siblings yet! Dan Fendiosman mula bersekolah kat kitten-garden (sebutan Kindergarten yang Fendiosman sebut waktu kecik-kecik dulu) bila umur Fendiosman 5 tahun. TABIKA KEMAS cawangan Telok Menegon, Kampung Jawa, Klang. See...I started to read when I was 4. As a teacher, Mama bawak balik alphabet, suku kata, itu ini begitu begini. Makanya minat tu ada la kat situ. Tapi takde la jadi genius pulak kan! Sebab apa? Sebab malas....hiks! Murid-murid.....untuk berjaya, kena buang Vitamin M dalam badan ye!
We settled down in Sungai Petani bila Fendiosman nak masuk 6 tahun. Fendiosman repeat tadika kat sana, and menyekolahkan diri sehingga darjah 6 kat kampung. Haaa...bright student katanya. Tiap-tiap tahun mesti dapat hadiah nombor 1 2 3. One of my English teacher siap ambik tangan tilik lagi tuuu..."U'll have a very bright future sunny...."
Tapi mende-mende tilik ni mana leh caya dak? Syirik!
Bila dah balik Kedah, baru la Fendiosman ada adik. After 6 years being Adik in the family. Tapi time tu takde la plak rasa jeles bila ada adik. Ish..kalau la dapat cutting badan camni lagi kan, musti menarik! Sekeping bagaikan plywood katanya!
Hmm...during my primary school time, boleh la dikatakan Fendiosman jadi Binatang Peliharaan Cikgu (Direct translasi katanya). Pergi rembongan ke, apa ke, mesti dapat spedo-spedoan dari cikgu! Hiks....seronok gak jadi Pet ni kan. Memang mendapat perhatianlah. Ala...time tu je la boleh feeling kot. Dah besar ni, rasa biasa je.....since dah dari kecik berjaya jadi diva, memang takdak masalah penyesuaian bila jadi artis. (Waaahhh...statement bongkak la pulak...)
Dan, bila dah jadi Pet ni, konon tunjuk rajin la dengan membaca. As you can see from the picture. Fendiosman mula menjadi Betty La Fea bila telenovela tu blom keluar lagi. Spek besar, konsep zaman dahulu menjadi pilihan. Ni Baba yang pilih aaaa......executive decision. Senang nak jaga sebab bingkai plastik! Heh....
Cukup la kot dulu koleksi retro....ni gambar-gambar yang diambik dari Fendiosman kecik, sampai la darjah 6. Nanti kalau ada kerajinan, Fendiosman cerita pulak koleksi retro waktu sekolah menengah! Tapi....Fendiosman rasa, dari dulu...muka Fendiosman still menten sampai la skarang ni. Takde perubahan yang ketara sangat. Yang ada mungkin dari segi saiz la kot.
Dari bertulang pelipis...sampai la tak berapa nak ada tulang pelipis. Dari badan montel, pergi ke badan plywood, sampai la badan ala-ala barney pulak skarang ni! Hmmm..sesekali bernostalgia best jugak eh!!!!!
13 comments:
amboi...! jambu nye dia berbaju belang ala² kemerahan cair..
dik, you were so cute masa masih ada tulang pelipis tu (now still cute gak...). Now u made me feel like selongkaring my old pics jugak la...
ISKANDAR
sebenarnye haku sangat tak suka pakai baju tu! rimas ya amat. nak syisyi pun kena bukak abis atas ke bawah. huhuhu...
KAK AMIE
ooo.....ekceli i oso like the picture! nanti kita tengok part 2 pulak. when i hit puberty kata orang puteyyy...
err... mana leh letak gmbr2 ms skolah menengah, PENDI!!! nnti terselit lak gmbr farah afidah, zarey dan aku!
nostalgic kaaannn??? u compose citer ni memang best n kelako.... dari kecik sampai beso asyik skandal dgn org lebih tua jerrrr....... patut laaaa.....lalalalaaaa....
aku rasa gambar masa baby tu paling comel!!!
aku pun mcm nak menyelongkar gmbr@ gak. tp aku Uchu... mak & ayah dah malas nak ambik gambar...
PHACHAT
gambar rumah topazkah?
hehehe....
ke gambar waktu silent hour?
musti kau akan gelak melihat keremajaan aku satu masa dulu..
BANG SHIDI
hehehe....skendel dengan orang tua katanya!
ish...bukan adi mintak la semua tu. dah memang dikelilingi oleh orang tua, so tidak dapat tidak memang akan terlibat sama dengan orang tua.
*pasai apa tatau?
ZYRIN
tu la ruginye jadi anak bungsu...
musti takde gambo waktu kecik-kecik.
ye la...mak pak dah banyak gambo dulu-dulu.
baju pun pakai secondhand je...
aduiiii dah tgk gmbr comey2 masa kecik..alih2 gmbr last yg tak tahan tu...pose maut ka?????
comel banget masa kecik!!
waaaaa....kecik2 dah jambu!
tertarik ngan gambar hang pakai spek mata plastik, pakai baju putih tu...it reminds me clearly to my childhood : spek mata pertama !!!
bila dikenang perjalanan hidup masing2, secara tak langsung kita belajar untuk menghargai apa yg telah berlaku pada kita. Semuanya ada hikmah tersendiri. For myself, aku semakin menghargai benda2 yg aku ada kerana ada nilai sentimentalnya yg tersendiri.
(mati la tuan tanah marah aku pasni...post mesej mcm kt blog sendiri!)
Teringat aku time aku sekolah rendah dulu-dulu..zaman spek kanta besar jadi pilihan..aku nih jenis yang suka bergaduh,so nak dijadikan cerita, aku kena tumbuk tepat tang mata dan spek aku patah sebelah
Mak aku punya laa marah..sebagai hukuman aku, pakai laa spek yang patah tuh dekat setahun..(aku rasa saudari Pachat masih ingat kot sebab time nih dia classmate aku.)
Wahahaha... benar2... SWOT pakai spek balut selotape kalu x silap. Ingatkan dlm komik/kartun/lakonan drama je wujud mende ni, tapi beliau adalah living proof kepada perkara tersebut!!!
aku tgk gmbq baba tingat la pulak...
al-fatihah... :-(
Post a Comment