Sunday, February 15, 2009

Once Upon A Time....Part Deux

Haaaa..aritu kita dah tengok Fendiosman waktu jaman kanak-kanak ribena. Hari ni Fendiosman nak sambung pengkisahan ni waktu Fendiosman pada zaman awal remaja. Adapun selepas dari UPSR, Fendiosman ditawarkan masuk ke sebuah boarding school. DITAWARKAN ye...bukan parents pergi panjat tangga Kementerian merayu nak sumbat anak ke Asrama Penuh. Skarang ni dah tak rasa macam hebat masuk Asrama Penuh. Time Fendiosman dulu, rasa gah tu ada la. With limited number of school, only the so-called selected students shall enter the school. Creme de la creme la kononnya. Teringat waktu cikgu Fendiosman naik Honda buruknya menghantar surat tawaran. Dia pesan;

"Pergi la sekolah ni, bagus....."

Fendiosman confius gak la. Sebab langsung tak pernah dengar nama sekolah itu dan Fendiosman target masuk sekolah lain. Buat penyelidikan sikit, jelaslah sekolah itu antara yang digeruni sebab pencapaian students yang amat memberangsangkan. I was the 4th batch to enter the school. Sekolah apa eh?
Tadaaaaaa....Al-Maahadul Islami Fidrauli bi Kajang. Melayu kata Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK). Satu masa dulu sekolah ni dalam top-5. Ada je anugerah yang pengetua bawak balik. Bio terbaik la, Fizik terbaik la, itu ini begitu begini. As a part of the family, Fendiosman rasa kerek la jugak dok situ. Ye la...to be the chosen one! (Murid-murid, gambo kat atas ni amek waktu Fendiosman dah keluar sekolah, makanya nampak perubahan saiz yang ketara la kot!).

Kat sekolah ni takde la Fendiosman amek gambo banyak2. Sebab mana la nak mampu beli kamera sendiri. Kita orang kampung, takde la susah sangat, sederhana kata orang. Tapi, banyak benda lain lagi yang lebih penting yang perlu parents Fendiosman selesaikan. Waktu ni arwah Baba (Al-Fatihah) dah pencen. Paham-paham je la, dengan anak yang membesar kesemuanya, banyak keperluan yang nak dipenuhi. Teringat Baba yang langsung tak berganti baju sebab nak sekolahkan kami. Mama pun macam tu gak!

Kat sekolah ni la Fendiosman menghabiskan sebahagian usia remaja Fendiosman. 5 tahun oooo..dari suara kecik, sampai la suara garau. Dari kaki licin, sampai la kaki berbulu (sila abaikan bulu-bulu yang lain ye murid-murid). Dari spek plastik, sampai la spek besi. Dan bermacam-macam lagi perubahan yang dapat disaksikan.

Bila masuk sekolah agama ni, aktiviti agak terhad la. Time ni Fendiosman hanya berhibur dengan Nasyid. That time, The Zikr, Nadamurni and a few other group adalah medium hiburan. Terkepung katanya. Walaupun sekolah tu di Kajang, selaku budak baik (baikkah aku?), Fendiosman tak reti nak ke KL, nak lompat pagar, nak itu nak ini. Dunia kabaret takde lagi Fendiosman kenal. Hiks.....

Untuk mengisi masa lapang, Fendiosman masuk silat! PSSGFM (Gayung Fatani katanya - Sempat la jugak ke talipinggang kuning time tu). Hahaha...tapi kan, bila masuk silat ni, Fendiosman tak berdepan dengan masalah waktu menjadi kabaret, pasal posture tu dah ada. Tudiaaahhhh..

The rest, apa eh? I was involved in Pasukan Bahas Bahasa Melayu since i was in form 1 (The PPM thingy - time tu seronok ya amat kalau dapat masuk PPM), and also team Pesta Pantun. Dan ada beberapa acara lain such as Puisi Sains - up to National Level. Ish ish..banyak gak la Fendiosman join. Ada satu acara tu, Fendiosman menang sampai Peringkat Selangor. Apa dia ya? PERTANDINGAN BERCERITA KISAH AL-QURAN. Kau adoooo? Masuk bercerita sampai tingkatan 4? Hhahahahaa....bila dikenang kembali, memang kelakar pun ada jugak.

Sukan wise, Fendiosman tak terrer. Main bola sepak? Kakiku keras. Main bola tampar? Tak cukup tinggi. Bola keranjang? Sama gak, faktor ketinggian. Bola apa lagi ada? Makanya acara lari-lari la yang mampu menyumbang serba sedikit kenangan. 400m, 800m & 1,500m were the acara.

Hmm....mula-mula masuk tingkatan 1 tu, rasa kerek memang ada. Sebab kerek tu la, ditambah dengan culture shock, dan juga sakit rumah (homesick ye murid-murid), pencapaian Fendiosman merudum. Waktu tingkatan 1, kelas diatur ikut alphabet. Jadinya Fendiosman ni nama kerabat-kerabat bagai, tercampak la ke kelas terakhir. 1 Neptune. Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptune. Bila form 2,3 tu, asal kelas Neptune je mesti ngeri! Sebabnye takut kena reject dari skolah bila lepas PMR pasal result longkang.

1A 8B, that was my Final Exam result untuk tingkatan 1. Mrasa la kena humban masuk kelas bodo. Hahahaha...tapi dengan result longkang tu Fendiosman sedar diri. Bila masuk tingkatan 2, result final yang vavavavoom, 8A 1B. Tapi ada pulak dasar baru, takde streaming kelas ikut result, tapi ikut kelas Kemahiran Hidup la pulak. Baru je feeling nak melompat pergi kelas pertama. Sejarah oooooooo, takde orang buat lagi lompat dari kelas last ke kelas first.

Naik tingkatan 3, Fendiosman dikumpulkan dengan kawan-kawan yang ambik Kemahiran Hidup pilihan 3 (Sains Pertanian). Kelas Fendiosman ni unik, sebab orang yang nombor 1 dalam seluruh tingkatan ada sama, dan yang paling last pun ada jugak kat kelas Fendiosman.

PMR, again....vavavavooommm. Fendiosman managed to score straight 9A sekaligus berjaya menyambung ke tingkatan 4 kat sekolah tu. Kalau dulu ada minimum A kalau nak stay. 6A kot kalau tak salah. Pastu sains, math & pendidikan Islam tak boleh B. Bahasa Arab minimum C. Some of my friends kena say goodbye to the school, and we welcomed a number of new students. to join us for upper secondary level.

Well...kenangan kat sekolah ni macam-macam. Fendiosman pernah kena ragging (Kau berani tiup lampu kalimantang sampai padam?). Pernah jugak kena belasah dengan senior (Sakit aaaa...kena cekik, angkat sampai kaki tak jejak tanah, pastu kena humban). Pernah kena pulau dengan batch sendiri (sebab tak sebulu...Fendiosman ikut haluan lain katanya). Tapi ada jugak a few friends yang remain as good friends sampai sekarang. Antaranya ketua samseng yang selalu tapaukan nasik pattaya bila dia fly keluar untuk beli rokok. Tu antara kenangan terindah yang Fendiosman akan ingat sampai bila-bila.

Kat sekolah, ada la group-group tertentu, and I wasn't accepted langsung to join. Fendiosman pernah dicop sosial. Sekolah agama mana boleh cakap ngan perempuan tapi Fendiosman buat slambe badak je la. Fendiosman jadi diri sendiri. Peduli apa orang nak kata kan!

Tapi reputasi sebagai Binatang Peliharaan Cikgu macam kat sekolah rendah tu ada jugak la. I was selected to be in the School Prefect Board (laaagi la budak tak suka....Prefect ni orang panggil Hanjeng, kaki retort katanya!). But I managed to get through it. Apa pun orang kata, Fendiosman tak peduli. Fendiosman hidup dengan dunia sendiri. Dan dengan dunia sendiri tu lah menjadikan Fendiosman apa yang Fendiosman jadi sekarang ni.

Form 4 was a honeymoon year. Fendiosman masuk kelas Sains Tulen. Konon terer la...tapi Masya Allah susah ya amat. Kira cukup-cukup makan je. Ageregat periksa selalu mesti lebih 15. Dengan main nya, dengan masuk acara itu ini nya, dengan pontengnya....alahai! Bila dah masuk from 5 pun tak sedar-sedar lagik! Main lagik....sampai lah satu acara Muzakarah Ibu Bapa dengan Guru, where Baba and other parents were called to discuss about their child progress in school.

Time tu barulah terbukak pekung semua. Fendiosman tak mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam akademik. Only for certain subject je yang Fendiosman score, Sejarah, Malay, Math, Pendidikan Islam, and Bahasa Arab. Lain-lain, Fizik, Bio, Kimia, takat cukup makan je. Add maths, hancur, kena bawak masuk ICU kata cikgu. Lepas kena bombard dengan Baba, baru la insaf kot. Baru la gigih nak belajar. Tapi too late for certain subject!

Fendiosman duduk jugak SPM. Walaupun tak berapa bersedia. And......when results were announced, all of us managed to get 1st grade. Me? Yaa...single aggregate, tapi ada cacat sikit la itu sijil. Ada satu subject yang tak kredit. Cukup as pass je. Boleh tau kot subject apa! Hiks....berkecai la jugak harapan nak ke overseas. Padan muka ang.....di samping keadaan ekonomi yang gawat time tu! Only straight A's yang boleh fly!

Moral of the story, kalau dah rasa pandai tu, sebenarnya ada jugak benda yang kita tak pandai! Kalau dah rasa lemah tu, jangan ikut orang. Kaaaaan? Sebab bila dah terlewat, takde sapa yang boleh bantu kita. Sendiri kena tanggung la kalau dah buat silap. Tak gitu?

Err..apa pun, life in boarding school was awesome. Walaupun Fendiosman dipulau waktu kat sekolah, tapi lama kelamaan lepas sekolah, my friends accepted me as what I am. Tu la kan...dah membesar bersama-sama ni, ada macam-macam cerita yang boleh dikongsi. Until today, bila bukak balik album-album lama sekolah, ada la rasa sebak kat dalam dada. Ada la jugak rasa benci kat sesuatu. Ada macam-macam rasa. Huhu...

Nanti kita sambung dengan part 3 pulak......




11 comments:

Rush Murad said...

tak pernah rasa masuk boarding school, dalam hati meronta2 nak pi after darjah 6, tapiiiii....eeermmm.... sekolah harian biasa sajor....

p/s; cute ler adi dgn pakai spek, if i jadik senior u, harus u jadik jambu i masa tuuu... *lariikkkkk....

phachat said...

Errr....


Sungguh dewasa ko ketika sekolah pon. Aku jaman nih bz memikior bende2 yg x berpaedah. Sekolah asrama penuh pon tatau ape ke bendenya tuh. Hebatkah sekolah itu? Kenapa kena dok asrama? Kenapa nak kena prep? Wahahaha....

amiechomel said...

kau ni memang buat akak pun rasa sebak... teringat suka duka di smapk dulu... walau mcmn pun, zaman tu jugak zaman yg plg best dlm hidup akak (and perhaps yours as well...)...

adifaizal said...

teringat zaman boarding school dulu.
Aku rasa cerita kau itu lebih kurang mcm cerita aku gak... cuma nya aku di Hishamuddin Klang...sekolah kontroversi tu lehhh...(objek2 di langit kan....)bukan sahaja jd belaan cikgu cikgi...belaan abang2 senior lagi....hahahah

Adi Osman said...

BANG SHIDI

tapi rasanya skang ni, elok la gi blaja kat skolah harian je.

macam dah tak rasa privilege masuk boarding school bila ramai-ramai pakat dok merayu nak masuk!

during my time there were only 35 boarding schools all over malaysia

nak jadi betik eh?
wahhhh.....I demanding veri der tau dulu! hanya orang yang bertuah je dapat rapat! lalalalalala


PHACHAT

errr....
kau tak tanye pulak kenapa ada SILENT HOUR?
kenapa kena bawak fork and spoon waktu makan?
kenapa ada merit demerit?
kenapa ada Belinda Thiagarajah?

tudiaaaaa....

Kitalah puteri harapan bangsa katanya!


KAK AMI

memang rasa sebak terkenang semua!
tapi semua tu la yang jadikan apa yang kita jadi sekarang ni!

tak gitu?


ADI FAIZAL

pasal belaan tu...
errrr...aku dibela oleh seorang johan tahfiz al-quran ok!

sungguh gumbira dibela beliau. satu sen pun i tak keluarkan...

pergi outing ditanggung...(i makan McEgg RM 0.99 je - so tak le mahal sangat)

serba lengkap lah....
best ooo jadi JAMBU

Zamil Afiq Zulkifli said...

wah..

syita114 said...

mmm best ingat zaman2 sekolh..dulu kalo sekolah mula la nak cepat je keje..la ni dah keje..insap sungguh, baik g belajor..hahahaha

experience aku kat boarding school 2 thn je la pun kan..kat mrsm..bapak aku tk kasik g asrama dr frm 1..zaman2 aku dulu mrsm 13 jer..3 yg ada dr frm 1-5...so dpt msk mrsm bestla kan..tp bak kata ko la ni aku rasa dah takde bestnya pun masuk asrama..sama je..mrsm skrng dah lebih 30 buah..gilerr byk...

papepun ko taklah membesar bagai johan dr segi saiz ms dulu..harus ada ruang utk ko kurus mcm dulu balik hahahahha...

Rush Murad said...

bila sambungannya ni???

betik? tak pernah dengar punggg....

Voice said...

Salammmm...

muahahaha..siap muka aku pun teselit sekali tu! Apakah itu time bahas Form 1?? kecut siots ahahah.

HELLO - hang ada masuk sampai peringkat negeri Selangor Piala Sirih Pulang Ke Gagang tahun 1997 ok...dah lupa ke??? Tapi takat 1st round jelah...hiks2...nanti aku cari gambor scan kita menang peringkat daerah ;)

Sosial...So Sial kah...aku la counterpart keja becakap dgn budak laki je tuh...hahahahahahah...

Memang baca benda ni, teringat kenangan terindah... :)

Adi Osman said...

APIK

Apa yang wah?
Huhuhu....


SYITOT

Kat asrama kan....walaupun tua setahun tetap kena panggil abang / kakak..

Geli tau...aku lahir bulan 2, senior yang lahir bulan doblas...tetap panggil abang...

kawan aku lahir bulan 12 tak panggil aku abang pun!

hahahahaha


BANG SHIDI

betik tu adalah lawan kepada jambu.

contohnye

kalau saya ni jambu kepada tepak sireh; maka tepak sireh adalah betiknya!

ada paham?

part 3 tungguuuu....


BAYAHY

tu gambo pantun peringkat zon la...
time tengah lawan skolah perimbun!

KARTIKA DI LANGIT BISAKAH DIGAPAI?

soalan ngok ngok sangat depa pagi tau!

MY HEART said...

Hye bro.. nak tukau2 link moleh???